Monday, April 26, 2010

Easy way of making Tofu Fa

Sharing with you an easy way of making tofu fa at home ;) ... dapat dr blogger2 yg i selalu skodeng..


EASY TOFU FA

Tofu Lembut
Air gula melaka (Gula melaka/Nisan kelantan, air & daun pandan - direneh menjadi air gula)

1. Tofu lembut ni di kukus lebih kurang 15 min.
2. Curahkan air gula melaka atas tofu kukus tadi. Ready utk dimakan.

Very easy maaa... apalagi, cubalah!

p/s utk variety, boleh juga gantikan air gula melaka dgn syrup lychee dan buahnya

Bersantai di Pengkalan Balak

Lagi aktiviti santai pada cuti krismas & tahun baru di penghujung 2009. Asalnya kanak-kanak ni semua nak main dalam swimming ring (yg jeam beli few years back) je kat laman nek nah, tapi disebabkan benda alah tu dah bocor ... bawa je la dorang pegi mandi laut. Nasi lemak nek nah yg jadi bfast pagi tu diangkut sekali utk anak-anak ikan yg lapar bila keluar dr air.



Tengok... sapa yg melantak lebih2.. haih, patut la beria2 nak bawak boka nasi lomak nih.
Dia sibuk melantak... anak dia pulak sibuk nak cari harta karun...

Yang lawaknya si Ammar yg takut air ni, masa kitorg acah dia nak bawa mandi kat laut, dia boleh tanya macam ni "Kak, kak... ni kolam orang dewasa ke, besarnya... "
Terlobih makan nasi lomak agaknya budak ni...

Friday, April 23, 2010

Ronda-ronda Kota Melaka (Part 2): Dataran Sg.Melaka

Lepas dah kenyang... tetiba akak kiut dapat idea ...

Akak kiut: "siang lagi ni, apa kata kita pusing2 dataran sg melaka ni hirup udara malam".

I: "nak gi mana?"

Akak kiut: "dataran sg melaka la... an pon x ponah dtg malam2. nak harapkan laki an, x koso dio nak layan syahdu2 camni"

Ha, x kesian ke u all?? Ikutkan je la hajat dia ni. Kang merajuk, sapa lak nak entertain bila kami balik kg., kan, kan...

Tengok tu... bukan main lagi, siap dating ngan my father.

Ronda-ronda Kota Melaka (Part 1): Al-kisah "Roti Canai Terbang"

Yuhuuu.. ni citer dah basi. Tapi tak kira... nak letak jugak, wat kenang-kenangan especially buat akak kiut TTU. Dia ni kalau kita balik kg cuti panjang, tak habis2 promo bandaraya bersejarah, tempat tumpah darahnya tu. Al-maklum la, punya la cintanya dia kek neghori melako ni.. sampai sojak kawin, tak do dlm kamus dio dah nak kojo luar dr melako LOL

Jadi sempena cuti krismas tahun lepas, dia pon cadangkan kitorg ikut dia ronda-ronda makan roti canai teghobang ni... "dah ponah kuar tv tau kodai ni". Apo laie... berdosup kami poie serbu kodai tu, ikut kato akak ni, laki dio dato' j tu & geng pejabat e' ghajin gak makan kek sini. Apo2 pon nak ucap timo kasih la kek akak kiut eh, sobab dapek gak hiburan sambil makan2 ni. Lain dari yang lain. Bebudak ni siap request 3-4 kali la, suruh terbang kan roti canai tu. Siap rekodkan aksi abg mat ni utk org kg tengok :-D
 

Sunday, April 18, 2010

Marble Cheese Brownies

Buat brownies ni bulan lepas, selepas digoda oleh cik puan ribena kat TTU ayer keroh tu.



MARBLE CHEESE BROWNIES
Bahan-bahan Brownies : 250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20 min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Friday, April 9, 2010

Ikhlas memberi, pasti mudah menerima ...

Itu lah yang bermain di fikiran kelmarin, semalam dan masih lagi hari ni. Cuba menghayati, biar lekat dihati. Hari ni pulak, jengah genta-rasa>> "Orang Ikhlas Tertindas", sungguh mengesankan apa yang cuba disampaikan oleh Ustaz Pahrol. Rasa amat berterima kasih dengan tulisannya. Nak tau lebih lanjut, sila layan diri disini http://genta-rasa.com/2010/04/09/orang-ikhlas-tertindas I petik sikit dr blognya:[i]"Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu." "takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!” [/i] [i]“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…” “Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?” “Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’“Pasti ada! Insya-Allah.”“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”[/i] Insya Allah, What u give, u get back.. percayalah kepada DIA yang Maha Esa! ** Jatuh cinta dgn SOLUSI :-D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...