Tuesday, June 29, 2010

Kuih Bakar Kentang @ Bingka Kentang


Sambil masak lauk sotong semalam sempat la godek kuih ni utk minum petang, kebetulan sama plak timingnya dgn si Izah Muffin tu. Ternampak last week kat blog As. Sebagai peminat bingka, terasa2 la nak makan bila tgk gambarnya tu. Tu yg terus cuba gak semlm, malasnya pasal nak keluar maka tak de la make-up kan ngan bijan. Dah berangan nak bakar dlm acuan bahulu pecah lapan, tapi acuan tu ada kat rumah mak la pulak. Memang sedap, lembut, lemak cukup rasa. Memenuhi la kriteria bingka yg sedap, kalau tabur bijan lagi best! Manis pon sedang2 je sbb kita tukar gula tu dgn brown sugar. Dan kita tambah sket air daun pandan. Teringat bingka pandan yg dicuba sikit masa dulu, tapi sbb x simpan kat sini ... salin kat kertas je, jenuh gak la ni nak mencari mana letak hari tu. Oh ya, bingka ni kalau ikut tekak kita mmg sedap makan masa dia suam2 kuku ... Resepi ni hasilnya sikit je tau, kita copy dr As.

KUIH BAKAR KENTANG
Sumber: K.Jun

2 biji ubi kentang-rebus n kisar/lecek

1 biji telur
2/3 cawan gula - Ain ganti dgn brown sugar + 2 sb gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
pewarna kuning atau hijau - Ain tambah sedikit air daun pandan
1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan

Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis.
Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.

* jun masak dalam acuan kecil2 dan bakardalam oven selama 15-20min.

Monday, June 28, 2010

Sotong Oriental


Akhirnya lepas gak kempunan nak makan lauk sotong ni untuk lunch semalam. Dah lama merancang dr dapur MaDiHaA sampai la K.Ayu S'pore. Nak wat cemana, over the weekend je la kalau nak pulun masak pon. Hari2 biasa ni x sempat, kita grab je apa yg mudah. Kat rumah ni kalau nak try resepi2 sotong memang laju je, sebab 3 hero tu mmg hantu sotong. Apa-apa pon, resepi ni memang oriental lah. Harus dibuat lagi & lagi & lagi ... ^_^. Kita ikut sebiji cam resepi ni cuma tambah sket perahan jus limau & omit cili hijau tu.

SOTONG ORIENTAL
Sumber: Aliza Mansur

500 gm sotong ~ bersihkan & potong then dicelur sebentar & tos
1 tangkai daun kari
5 ulas bwg merah ~ hiris
3 ulas bwh putih ~ cincang
garam & gula secukup rasa
1 biji cili hijau ~ hiris (MaDiHaA tambah)
sedikit perahan jus limau nipis (Ain tambah)

Bahan2 ini dicampur jadikan pes
2 s/b pes tom yam
2 s/k rempah kari ikan
1 1/2 s/b sos tiram
2 s/k sos ikan
6 s/b air panas

1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bwg putih dan tumis hingga kekuningan.
2. Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata & biar lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan sotong dan cili hijau.. kacau rata. Masukkan garam (jika perlu) & gula & masak selama 5 minit. Sedia utk dihidangkan

Lauk sotong ni kita gandingkan cendawan & brokoli goreng.

Friday, June 25, 2010

Doa menyapu dahi selepas solat

Memang biasa kita buatkan selepas solat selesai tahiyat akhir bagi salam & terus sapu dahi. Tapi tak pernah pon saya tahu mahupun bertanya kpd yg lebih arif apa tujuannya. Pagi ni sementara tunggu laptop on kat office selak Solusi Isu #20 (Belajar Daripada Alam), ternampak la ada doa rupanya seiring perbuatan kita tu.


Maksudnya: "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah ya Tuhanku, hapuskanlah daripadaku perasaan susah dan dukacita."

Kaifiat & Khasiat
Daripada Anas r.a katanya: "Apabila Rasulullah s.a.w selesai solat, Baginda menyapu dahi dengan tangan kanan sambil melafazkan doa tersebut." (Majma' al-Zawaid wa Manba' al-Fawa'id, 16971)

Tahukah Anda: Keajaiban Tulang Sulbi

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimamah tanah kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia diciptakan dan daripadanya dia akan dibangkitkan." (Riwayat al-Nasa'i no 2077, Abu Daud no 4843, Ibn Majah no. 4266)

Daripada hadis diatas, 3 kesimpulan yang boleh dibuat:
1. Bermula kejadian manusia dr tulang sulbi.
2. Tulang sulbi begitu utuh & tidak akan hancur.
3. Manusia akan dibangkitkan semula pada hari kiamat drpd tulang sulbi.

Petikan dr Solusi Isu #19, Fizikr.Islam & Sains oleh Dr Farhan Hadi Mohd Taib
Teringat anak yg sulung pernah bertanya "Mummy... macamana ek nnt manusia yg dah hancur semua tu Allah hidupkan balik masa hari Kiamat?". Jawapan saya yg cetek ilmu ni: "Tak pasti la bang, itu semua kuasa Allah."

Semalam baca artikel dlm Solusi ada diterangkan bagaimana manusia dibangkitkan pada hari kiamat. Alhamdulillah... boleh la nak explain semula kat dia lepas ni. Saya kongsikan disini semoga ada manfaatnya.

Firman Allah s.w.t.bermaksud: "Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yg dahsyat). Dan bumi mengeluarkan bebanan yang berat (yg dikandung didlmnya). Dan manusia bertanya: "Mengapa bumi (menjadi begini)?" (Surah al-Zalzalah 99: 1-3)

Disebut di dalam kitab Syarah al-aqidah al-Tahawiyyah:
Apabila benih2 ini dikeluarkan ke permukaan bumi, Allah s.w.t akan menurunkan hujan dr. langit. Air hujan ini seumpama air mani lelaki lalu menumbuhkan bhgn2 hujung ekor itu (tulang sulbi @coccyx dlm istilah sains) sebagaimana pokok2 yg tumbuh dr tanah. Maka jasad2 manusia akan ditumbuhkan buat kali kedua drpd hujung ekor sepertimana ia telah tumbuh buat kali pertamanya di dalam rahim ibu.

Petikan dr Solusi Isu #19, Fizikr.Islam & Sains oleh Dr Farhan Hadi Mohd Taib

Thursday, June 24, 2010

Kek Oren Fernleaf


Hari ni tak de hasil baru dr dapur yg nak dikongsi kat sini. Actually ingat semlm nak buat Kuih Bakar Kentang yg ternampak kat blog mynurkasih tu. Dah beberapa hari terasa kesedapannya kat tekak nih. Macam la penah makan ^_^. Tapi gi kedai dekat2 rumah, kentangnya tinggal sikit & tak berapa elok. Tingat kat Muffin Pisang Keju tu tapi pisang yg kat kedai tu macam x best je, so x jadi gak la.

So just nak share resepi kek oren ni yg dulu2 suka sgt buat bila rasa nak makan (dah penah share, tp kat fp) coz all the family members love it. Gambar ni pon gambar lama tau. Masa tu kita x reti godek2 internet nak cari resepi, tu yg stick to this one je. Sedap tau sebab the tangy flavour dr orange juice & kulit oren tu. Baunya pun wangi je. Tapi sekarang hampir ku lupakan resepi ni sbb pjg sgt queue resepi baru... huhu. Queue panjaaaannnggg, macam x gerak je u... Yg ni ada filling blueberry ye.

 

Kek Oren Fernleaf
Sumber: Fernleaf Butter

250g butter
250g gula
240g tepung
4 biji telur Gred B
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh parutan kulit limau
1 cawan jus limau
1 sudu teh jus limau Sunkist (optional)

Mula-mula pukul butter dengan gula sampai kembang.
Kemudian masukkan telur satu-satu sampai kembang dengan high speed.
Kemudian tepung tadi (ayak terlebih dahulu dengan baking powder tu). Gaul rata.
Masukkan segala jus tadi dan bakar sampai masak. Suhu bergantung kepada oven anda.

Note:
** Jika memarut kulit limau, pastikan tak terambil bhgn putih tu ye utk elakkan kek rasa pahit.
** Untuk letak filling, letak sedikit adunan dlm papercup dan letak filling di tengah. Tutup filling dengan adunan semula.


Masa ni terlebih rajin, sebab baru pandai main icing.

p/s Hari ni Robinson's on sale. Sape yg dekat2 tu ... mai jengah sini.

Tuesday, June 22, 2010

Kek Coklat Tanpa Telur


Another choc cake recipe. Cuma bezanya kali ni, tiada penggunaan telur. Tingin juga nak tau the outcome, kan ^_^ So I ambik kesempatan mencuba resepi ni  utk class party my kids; hari terakhir before cuti sekolah baru2 ni. Memang super moist & lembut keknya. Bak kata my friend, basah lencun. Rasa pon sgt chocolatey. But I'm gonna give it a second try nnt, x puas hati sket pasal masa bakar tu whether nak kena lama lagi. Hari tu bila cucuk lidi mmg licin je kuar, terus tutup api. Resepi ni i dapat dr blog Dayang Jack. Mengancam betul kek dayang, tu yang kita tergoda terus buat tu.

KEK COKLAT TANPA TELUR
Sumber: Dayang Jack

Bahan-bahan : loyang kecil
1 cawan tepung gandum*
1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
1 sk serbuk penaik*
1/2 sk soda bikarbonat*
1/4 sk garam
3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
3/4 cawan air kopi panas
1/3 cawan susu segar
1 sk esen vanilla
1 sk cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka)

Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi btl2 panas)
Tapiskan adunan.
Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.

*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.


Yang ni for the ninjas bawa ke school.

Bahulu Batik Mekar Kukus


Dah lama teringin nak buat kuih ni, bayangkan dr Kak Rossya S'pore (dia buat Apam Blossom) tu active berblogging lagi sampai la skrg.. Tapi bila nampak K.Fida MyR posted the recipe kat myresepi, step by step tu macam mudah je, ku gagahkan juga la mencuba. Alhamdulillah... mekar sungguh. Actually gambar ni my second attempt, to me failed sket compared to the first try. Asyik tertangguh je nak post kat sini sbb tak ingat mana letak gambar. Yang dulu mekar sungguh... pecah tiga or empat jer, xde pecah2 kerang kat atas tu. Tak tau la silap kat mana, rasa sama je caranya. I kata kurang jadi sebab kalau perhatikan betul2, bhgn atas kuih tu macam lembab2 padat sket ... x puas hati betul la... dah la ni buat utk kudap2an majlis pertunangan my cousin, Cik Jaja masa Wesak Day aritu. Apa2 pon resepi K.Fida ni memang best! Myresepi asik down je, ni kita copy dr blog hana aje lah.


BAHULU BATIK MEKAR KUKUS
Sumber: K.Fida @ MyR

125 g tepung gandum*
1 sk baking powder* (*ayak bersama)
115 g gula halus
1/2 sk penuh ovallete
4 1/4 sb susu cair
1 biji telur - A
1/2 sk esen vanilla
1 sk choc. pes (akak guna 1 sb koko dibancuh air jadikan pes)

Panaskan kukusan.Sediakan papercup beralas mangkuk alum.
Pukul semua bahan kecuali choc pes hingga sebati dan pekat.
Adunan dibahagi dua dan bubuh choc pes pd satu bahagian.
Bubuh adunan berselan-seli dlm papercup yg tersedia hingga habis.
Kukus hingga mekar selama 10-15 min dgn api kuat.
Sejukkan kuih dan boleh disajikan.

** I also like the color combination, suggested by my dear sis, Apam shomel kata Cik Wa. Thanks sis for your help that day!


Update sket pic kuih ni yg kita buat 1st time. Sorry la kalau macam syok sendiri plak, xde niat lain cuma nak berkongsi masalah je ^_^. Nampak x perbezaannya? Mekar x hengat... semekar hati tuan yg membuatnya masa tu. Gebus mulus ringan; sedap sungguh. Tapi nape 2nd time x mcm ni... Yg first tu mcm malu2 je nak gelak, teksturnya pon agak padat sket tau ... isk, nak kena csi. Kalau ada sapa2 tau sebabnya, share ye. Nak buat lagi ni coz family ... anak2 esp mmg suka.

Ayam Ala Kassim


Soalan trivia: Apa ada pada si Kassim ni? hihi...

Dah merata i nampak org dok tayang ayam ni, tapi masa tu x heran sgt sbb ingatkan bahan2nya cerewet, x check pon resepinya. Then last week nampak Ayu S'pore dok tayang ayam ni & dia mentioned resepinya senang sangat dan rasanya pon sedap, so kita pon tergerak la nak cuba jugak. Ye lah, nak tau gak apa yg hebatnya si kassim ni... popular sgt cam kassim selamat nampak ;).

Buat semalam coz Haziq kata dah lama x makan ayam, terus tingat nak cuba ala kassim ni. Memang mudah bahannya & tak sangka rasanya pon marvellous u... anak2 pon kata sedap, cuma i tambah sos tomato sket dlmnya nak balancekan rasa kicap pekat yg macam dah terlebih bubuh tu. Jangan main2 tau, walaupun si kassim ni agak hitam rupa kejadiannya, rasanya tetap hebat, kalau nak tau... cubalah! Ni kita copy resepinya dr rumah K.Zai.

AYAM ALA KASSIM
Sumber: azura Suhaimi@MyR

1/2 ekor ayam - dipotong kecil
3 sudu besar cili kisar - kalau suka pedas boleh tambah
2 sudu besar kicap pekat
3-4 tangkai daun kari
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sos tomato   ** ain tambah

bahan2 kisar:
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
  • gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit
  • kemudian gorengkan ayam tadi separuh masak
  • angkat dan ketepikan
  • panaskan minyak
  • tumiskan bahan2 kisar dan cili kisar sehingga wangi dan pecah minyak
  • masukkan daun kari dan kacaukan rata
  • biarkan seketika sambil dikacau selalu
  • kemudian masukkan kicap pekat dan tumiskan sehingga kuah agak kering sedikit
  • masukkan pula ayam dan sedikit air (kepekatan dan kecairan kuah bergantung pada selera masing2)
  • akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
  • kacau dan biarkan sehingga ayam masak dan empuk
  • angkat dan hidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi tomato dan lain2
note: masakan lama, senang dan sedap

Monday, June 21, 2010

Toy Story 3 3D


Sejak nampak poster Toy Story 3 before school hols lagi Haziq & Hafiy dah request nak pegi tengok. & they requested to watch the 3D version! They had their 1st experience of watching 3D movie ni tengok Ice Age 3 dulu, tu yg dok pujuk we all hampir setiap hari la sepjg cuti sekolah ni. Dorang ni pulak dok ulang tengok Disney Channel yg galak menayang Toy Story 1 & 2. Ambik feel la kata org. Since hubby & I xde bawa dorang ke mana2 cuti sekolah kali ni, kami pon setuju la bawa dorang hari Sabtu baru ni. To me, this one is the best among the 3, sakan the boys gelak. Luckily they didn't fight over the characthers ... lega I, abang booked Buzz Lightyear.. Hafiy kata he's fond of Woody. Habis cite tu Haziq ajak pi Kinokuniya, dpt dia bodek I rembat 2 buku Toy Story.



Then hubby ajak gi Mid Valley nak tengok property exhibition. Dapat la 2 beradik ni jumpa Buzz & Woody. Ada plak jual Toy Story mechandize & the boys duk bodek us lagi suh beli, which end up me buying Haziq a bedsheet. Nak beli for Hafiy juga, tapi entah apa yg dia merajukkan, mati2 dia xmo. So, cuma Haziq la tido malam bertemankan Buzz Lightyear nya.

Friday, June 4, 2010

Dessert for Lunch: Choc Mousse Brownies

Dah makan nasi, makan pisang, jangan tak tau, ada hati lagi nak makan kek... isy, isy, isy ... x hengat.
Tapi nak buat cemana kan, dah ada depan mata... makan je la, jgn byk tanya. sementara boleh makan, kita makan, oke. sedap lak tu, bhgn atas tu ala2 makan aiskrim gitu... mmm... chedapp...


Choc Mousse Brownies
Sumber: Yani MyR

Bahan-bahan ( 18cm )

  • Brownies
  • 45g butter
  • 65g gula halus
  • 1 biji telur
  • 50g tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • Chocolate Mousse 
  • 140g coklat masakan
  • 1 sudu besar gelatin
  • 100ml air
  • 2 biji telur putih
  • 200g whipping cream
  • 40g gula halus



Cara-cara
  1. Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
  2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
  3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
  5. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
  6. Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
  7. Cairkan coklat masakan de ngan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
  8. Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
  9. Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
  10. Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
  11. Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
  12. Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermu kaan mousse.

Dah kenyang sangat ni... tak habis ler pulak... Ada yg nak ke? mai ler dtg ghumah... ada sepotong lagi nih. Dan rasa bersalah mengumpul lemak pulak dtg.. apa lagi, layan ler segelas air lemon madu ni... kenkonon nak kikis lemak yg degil tu ;)


Lunch @ Home: Nasi Ayam Ipoh


Salam Jumaat utk semua... semoga kita semua beroleh berkat di penghulu segala hari ni. Lunch apa hari ni? hihi. Arini kita & hubby cuti... replacement leave bday agung esok. Jadi ada masa la nak kecah2 kat dapur utk mkn tengahari dgn menu kat atas ni... kes tgk ramai org dah cuba la ni... x tahan godaan uuu... Haziq kata; sedap mummy, sedap sgt mummy masak... Mau x sedap, ipoh mari ni ... haziq... macam tu lah, kalau dpt mkn fav food dia.. berkali2 lah dia ckp nnt. Resepi kita copy dr dapur Teratak Impian, asalnya dr Quinnie MyR. 

NASI AYAM IPOH
Sumber: Quinnie MyR

  • *BAHAN NASI*
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega
  • *BAHAN AYAM*
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
  • *BAHAN SUP*
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • *BAHAN CILI*
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam n gula secukupnya
  • *BAHAN KICAP*
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
  • *BAHAN HIASAN*
  • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun



Cara-cara:- 
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

Method Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

Method Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Method Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.


Lepas makan nasi, makan pisang ;)

Tuesday, June 1, 2010

Happy Birthday Pok Che' !!!

May each and every passing year bring you wisdom, peace and cheer.



Semoga mendapat kebaikan hidup di dunia & akhirat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...