Saturday, September 25, 2010

E-card raya ... 1431H

Lamanya x bersiaran.. agak bz lately, nak jengah sana sini pun kadang2 tak sempat walau pun jiwa ni rasa meronta-ronta nak intai dapur org. Btw, ni je la kad-kad raya yg sempat dikutip masa cuti raya hari tu...











Wednesday, September 15, 2010

Biskut Dahlia @ Samperit


Terasa nak mengukis plak raya di Kota Bharu tahun ni, sebabnya.. dah ada oven baru, biskut dahlia ni la terpilih untuk sessi pecah dara oven kakak iparku ini ^_^ Anak sulung dia excited nak baking, tu yang beli oven tu. Since anak bongsu dia si Ira tu minat sangat dgn biskut dahlia @ samperit, kami pun menyamprit la di hari raya ke3. Dah selesai... si kakak mengeluh la sakit tangan buat kuih ni. Haa... baru dia tahu kan, tapi dorang cukup puas hati la makan biskut dahlia resepi dr Norazie RNet ni, melt in the mouth gitu ;). Tapi alahai... gambar kabur sket, guna camera phone je kes camera I tertinggal pulak kat KL, frust betul.

Actually dah lama I simpan resepi ni, tapi x pernah cuba sbb mmg ada dah resepi samperit yg biasa dibuat. Bila nampak CMG buat tu baru la teringat nak mencuba sendiri.

BISKUT DAHLIA @ SAMPERIT
(Sumber: Norazie RNet)

300 g mentega
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Friday, September 10, 2010

Eid Mubarak 1431H


Eid Mubarak everyone! Maafkan segala keterlanjuran ...

Wednesday, September 8, 2010

Biskut Cipnut Nestum


Orang lain dah balik beraya, kita baru nak tayang cookies raya ... ^_^. Actually buatnya 2 minggu lepas, masa balik berbuka kat kg hari tu tapi x sempat nak share kat sini. Cookies ni memang without fail setiap kali raya I buat sejak 5 - 6 tahun yg lepas. Jumpa dlm majalah, x ingat apa. Sambutan hangat u, ramai peminatnya di kalangan keluarga besarku. Ni pun hari tu buat 5 adunan. Yang syoknya buat kat kampung, ramai helper ;) Buat beramai-ramai tu, xde la terasa sangat kepenatannya. Lepas dah dibhg2kan, dapat la masing2 sorang 1 balang. Tu pun ada yg report, dorang punya dah habis licin pon x sampai seminggu.

BISKUT CIPNUT NESTUM
(Sumber: Nestle)

Bahan A:
1 1/2 cwn tepung naik sendiri
1/2 camca teh serbuk penaik
1/2 camca teh soda
1/4 cawan teh garam

1 cawan Nestum
1 cawan cip coklat
1 cawan cincangan kacang - I letak almond slice
150g mentega
150g gula kastor - kurangkan or opt to brown sugar, sbb agak manis
1 biji telur
1 camca teh esen vanila

Ayak bahan A; masukkan Nestum, cip coklat & kacang. Ketepikan.
Krim mentega & gula hingga ringan & kembang. Masukkan telur & esen vanila.
Campur bahan A & gaul sehingga menjadi doh.
Ambil 1 camca teh penuh adunan & letak di atas tin pembakar yang telah disapukan dgn sedikit butter. Jarakkan untuk doh mengembang.
Bakar dlm ketuhar pd suhu 175C selama 10 - 15 minit @ hingga kekuningan.

** 1 adunan menghasilkan anggaran 5 dozen @ 60 keping.

Biskut Mazola


Selain choc chips cookies, kami buat biskut mazola, resepi turun temurun keluarga kami. Yang ni, my auntie yg bancuh sbb I sibuk menggentel buah rotan ;) Maaf la, x sempat nak convert sukatan ni, tapi kalau x silap 1 kati ni = 600g. Syoohhh... ada plak ladybird sesat kat sini ^_^

BISKUT MAZOLA
Resepi: ain@my-sweetthots.blogspot.com

1 kati tepung
1 kati kacang tanah ~ sangai, buang kulit & ditumbuk @ mesin
3 1/2 cawan gula halus
1 botol minyak mazola ~ lebih kurang 1 liter
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur

Ayak tepung dengan baking powder. Masukkan kacang tanah yg dah dimesin @ ditumbuk. Gaulkan dengan minyak mazola (** minyak ni x perlu dituang kesemuanya, cukup sekadar boleh dibentuk doh yang tidak berderai & boleh diterap), esen vanila & gula halus. Canai & terap. Sapukan sedikit kuning telur & bakar.
  

Monday, September 6, 2010

Puding Coklat Mudah


Buat beberapa hari lepas. Resepi yang mudah ni I dapat hasil perkongsian Lynn Sham di RNet. Kebetulan ada beli susu choc utk kes emergency kalau2 terlewat nak bersahur... boleh la minum. Tapi dah dekat 2 minggu xde sapa pon pandang. Bila dah transform jadi puding, sikit punya suka Haziq makan. Sekali hadap 3 ketul pon boleh habis. Nak2 bila dah curahkan sos coklat tu. Memang mudah... bak kata Lynn, 15 minit dah siap.

PUDING COKLAT MUDAH
(Sumber: daunpandan)

Bahan:
300 ml air
120 gm gula - boleh kurangkan jika tak suka manis
10 gm serbuk agar-agar
1 sudu besar serbuk koko
1 botol (900ml) susu coklat

Cara Menyediakannya:
1. Masak air, serbuk agar-agar dan gula hingga larut.
2. Masukkan serbuk koko. Setelah sebati, matikan api.
3. Tuang susu coklat sambil dikacau sebati.
4. Tapiskan puding ke dalam acuan dan sejukkan sebelum dihidang.

Sos Coklat
100g cooking choc
75 ml susu coklat

Masak bersama coklat & susu coklat.


Ni la dia budak yang kuat makan puding tu ... tengah buat homework.

Saturday, September 4, 2010

Roti Jala & Kari Ayam Kampung


Lagi menu berbuka Merdeka Day ;) Sehari sebelumnya mak masak kari ayam kampung & masih banyak berbaki. Tu yang terus buat roti jala ni di hari merdeka. I adik beradik memang suka makan roti jala tapi sejak berkahwin, x berapa nak rajin buat sebab my hubby tu eksyenn.. x makan roti jala kecuali kelate mari, yg I buat ni sikit pon dia x jamah. Tengok sambil cebek2 mulut dia... eii... rasa nak ikat muncung dia tu. Dok ejek2 I.. dia kata roti jala org kelantan halus sgt buatan dia, tu yang x boleh terima yg I buat tu. Memang betul pun, halus sungguh dorang menjala.. i respect la... mmg x mampu la I capai tahap tu. Kalau I menjala style org lain yang pakai botol mayonis tu, lagi la dia x berkenan rasanya. Buat plak colour selain kuning tu. Gerenti kena kutuk punya. Itulah sbbnya kalau x betul2 rasa nak makan, I malas nak buat. Kecewa rasa bila dia x pandang pon...  Jadi bila makan ni.. malas la nak offer dia, wat sakit hati je... hihi. Hari tu, nampak K.Nor buat guna resepi K.Ummi. So I copy juga. Memang best resepi K.Ummi nih... nampaknya will stick to this one lah!


ROTI JALA
Source: K.Ummi Kuantan

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning
 
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati.
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2

Minuman pulak... Air Soya Cincau...! ^_^

Friday, September 3, 2010

Sosej Berkicap


Lauk berbuka for the kids di hari kemerdekaan ke 53.Sempat snap dr bekas utk tapau jer... dlm keta nk ke rumah mak ni tau, sabar je la... hihi. Inspirasi dr blog Ayu SG. Thank you dear ;) & the recipe owner too.

SOSEJ BERKICAP
(Source: Aziemas@myreseipi.com)

Bahan2 untuk 3 orang:-
10 ketul sosej - dihiris nipis
1 biji cili merah - dihiris nipis
3 bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
2 sudu teh serbuk kari
4 sudu makan kicap -(Ayu campur kicap masin + kicap manis)
1/2 batang lobak merah - dpotong pnjg
Sedikit air
garam
Minyak utk menumis

Method:-
Panaskan minyak - tumis bawang merah & putih hingga kekuningan
Masukkan cili merah dan lobak merah - gaul
Masukkan serbuk kari - kacau rata
Tuangkan kicap & sedikit air
Masukkan sosej seketika, perasakn dgn garam
Boleh diangkat & terus dihidang


Dan ini lauk untuk org dewasa pulak ... ni jer balance yg sempat snap>>> Ikan Goreng Dalam Sos Limau Purut, resepi yg famous dr dapur K.Nor. Kali ni I guna ikan dory. Resepi boleh tengok sini ye.

Kasturi Lebaran


Tak lama je lagi kita nak menyambut lebaran kan. Dalam keseronokannya tu sedih juga nak meninggalkan ramadhan. Anak2 kat rumah ni dah tak sabar2 nak beraya. Tadi, dlm keta on the way balik rumah dr rumah mak Hafiy tanya I.

" Mummy.. lagi 7 days kan kita nak puasa? Tapi kawan Hafiy kata 6 days je lagi."
Siap tunjuk 10 jari kat I how to count, tutup 3 jari tinggal 7. I pun explain pjg lebar kat dia ...
"Dik, kawan adik betul, tapi adik pun betul gak. Tak sure lagi puasa tahun ni 29 ke, 30 hari... etc..."
"Oooo... so, kalau kita puasa 29 days je, raya pun 29 days jugak ke? Budak2 x boleh raya lama ke?"
Hahaha... budak ni, ada je yg dia nak query... macam x puas hati plak dia kalau I kata boleh raya 29 hari je.

Ok la, meh nak bagi idea minuman nak jamu tetamu dikala lebaran ;) Hari tu dok belek2 buku resepi tulisan tangan I la nak short list kuih raya yg nak dibuat la konon. Sekali selak punya selak terjumpa sehelai kertas I jot down resepi dr Majalah Rasa Oct 06 terselit kat 1 of the pages. Belek resepi tu, terbekenan pulak resepi air yg ni sbb ternampak antara bhn yg digunakan tu Sprite. Sesuai pulak ngan tema nak sambut lebaran kan. Terus rasa nak cuba sbb nak clear kan Sprite yg rasa2nya dh dekat 1 bln lebih dok dlm fridge. Tak beli pon, tp masa makan Domino's b4 puasa hari tu, set tu skali ngan Sprite ni. Hubby & I mmg x suka air2 bergas ni.. tu yg x laku. Luak pon sbb 2 anak bujang tu je yg minum. Eh, enuff me membebel la.. so here goes the recipe kalau nak cuba...

KASTURI LEBARAN
(Sumber: Rasa Oct 06)

2 sudu makan jus limau kasturi
10gm gula
150ml  jus Sprite
Sedikit ais kiub

Campur kesemua bhn di atas. Sedia untuk diminum.


Jemput minum!

Thursday, September 2, 2010

Pla Rad Prik ~ Ikan Garing dgn Sos Cili


Satu lagi resepi thai dr dapur Secubitgaram yang sempat I cuba di bulan puasa. Pun menu 2 minggu sudah. Walau pun kekurangan bahan... daun kemangi/pudina xde, gambar pun nampak x cun macam K.Nor punya, tapi rasanya memang marvellous tau! Membangkit selera ... K.Nor, memang kita selongkar habis dapur akak aritu... tapi berbaloi ^_^. Terima kasih ;) Sekarang ni, harus la kena ada kat dapur, tepung serbaguna ni...

Pla Rad Prik ~ Ikan Garing dgn Sos Cili
(Sumber: K.Nor)

350gm ikan siakap ~ k.nor guna ikan tenggiri
1/4 cawan tepung serbaguna
1 cawan daun kemangi ~k.nor guna daun pudina
minyak utk menggoreng

Hiris ikan nipis2 dan toskan.
Celup ikan dlm tepung dan goreng dlm minyak banyak (deep fry) hingga keemasan dan garing.
Toskan dan ketepikan.
Goreng daun kemangi/pudina hingga garing dan toskan.
Hidang ikan atas piring dan tuangkan sos cili diatasnya.
Hiaskan dgn daun kemangi/pudina yg dah digoreng.

Sos Cili
1/2 cawan bawang putih ~ dicincang
1/4 cawan cili padi/merah ~ dipotong dadu
3 bj cili kering ~ dipotong
3 sudu minyak sayuran
1 sudu besar sos ikan
1/2 cawan gula
1/2 cawan cuka
1/2 sudu teh garam/secukup rasa

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili yg didadukan dan cili kering hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain dan masaklah hingga sedikit pekat.
Padamkan api dan boleh la dituang atas ikan td.

Kerabu Peria/Kambas & Daging Goreng Kunyit


Menu dah basi gak ni. Permintaan en.suami masa dia ternampak peria ni kat giant, teringat arwah mak dia pernah masak. Alahaii... syahdu pulak dengar bulan puasa ni. Maka si isteri walau pun x pernah buat, terus beli excited nak tolong buatkan. Bahan2 nak buat tu dah boleh agak ler cemana tapi just nak confirm balik, I telepon my auntie. Sedap... tapi peria/kambas ni I x pandai pilih kot, agak pahit la dr yg biasa dimakan.

Kerabu Peria/Kambas

1 ekor ikan kembung ~ direbus, ambil isi sahaja
1 btg Peria/Kambas ~ dihiris nipis2, celur sebentar je, jangan layu sgt.
Bawang merah ~dihiris
Halia ~ dihiris
Lada hitam ~ ditumbuk kasar
1/2 cwn santan pekat
Garam

Gaulkan kesemuanya, sesuaikan rasa. Boleh disimpan dlm peti sejuk sebelum dihidangkan.

Selain dari kerabu, I masak daging goreng kunyit ikut style family hubby biasa masak. Kalau my mum biasa masak daging kunyit ni berkuah. But org kelantan punya versi kering, tapi sedap jugak! Nak cepat, snap pun dr bekas yg dah ditapau nak bawa berbuka kat rumah mak je ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...