Sunday, November 7, 2010

Jus Kurma Bersusu


Jus yang sangat sedap & penuh khasiat. Tak manis sgt & wangi je disebabkan rasa madu tu. Highly recommended! For breakfast pada I pun best sangat. Segelas jus kurma + 3-4 keping Jejari oats., dah cukup mengenyangkan. Tau je la kan, kandungan laktosa dlm kurma ni mampu memberi kan tenaga hingga kan Nabi s.a.w pun menggalakkan kita mengambil kurma kala puasa, baik utk berbuka mau pun bersahur. Malah, Maryam ibu Nabi Isa alahissalam sendiri ketika hendak melahirkan baginda memakan kurma yg jatuh dr pohon tempat dia bersandar. Wallahualam. Ooopss... dah buka lembaran sejarah pulak saya.

Jus ni sebenarnya nak buat utk diri sendiri sbb sakit tekak + demam. Tak lalu nak makan nasi & x tahu nak makan apa. I minum, sambil menunggu Haziq makan. Sedap ler pulak, sampai terbuka selera nak jamah makanan Haziq. Bila Haziq nampak air I.. x sangka la pulak bila dia rasa, suka sampai kalau boleh nak habiskan. Selalunya bila bagi budak 2 org ni makan kurma macam tu je, sikit punya payah... Even hubby n hafiy pon bila rasa suka gak. Masing2 semua minum macam x puas je. Nak buat pulak, kurma dah habis daaa. Hehehe... now I know the trick mcmana nk menggalakkan the kids makan kurma & yet this is another solution to clear kan stock kurma ... yeay! Hari tu pening kepala dok pikir cemana nk habiskan kurma, now tgh berkira2 nak simpan stok pulak utk breakfast kami ... esp di masa2 kecederaan terlambat bangun pagi. Mmm... teringat2 lagi rasanya, x puas minum ni!


Jus Kurma Bersusu
Sumber: Rasa Feb '10

10 biji kurma
500ml susu rendah lemak
250ml air panas
1 sudu makan madu
Kiub ais secukupnya

1. Rendam buah kurma dgn air panas selama 10 minit.
2. Slps itu kisar buah kurma bersama air hingga betul-betul hancur.
3. Masukkan madu & ais, kisar lagi.
4. Akhir sekali masukkan susu & kisar sebati.
5. Sedia utk dinikmati.

Disebabkan si mummy demam & terlebih rajin, ini je la hidangan t/hari buat anak sulungnya. Si adik dah ikut si bapa keluar ambil abg ipar n family yg baru smpi dr KB kat KL Sentral. Tapi si abang yg sangat suka kambing ni tersangat la happy sampai tersenyum lebar dpt makan grilled lamb kesukaannya. I buatkan mashed potato sket. Lupa terus perut dia lapar nasi.... Tu pun sib baik ada baki sekeping lamb yg dah siap marinate I beli hari tu.  Kalau x, ko makan biskut je la bangg..., nak gi kedai tapau lauk pun malas ni tau.. hihi.


Congo Bars


Tergoda jua... haha.. tiru tag line K.Nor. Huhu... memang sungguh ku tergoda ^_^ tak leh nak citer panjang sbb dah nak masuk tido. Nak translate pon x larat. Satu lagi brownies yg amat mudah & sedap.

Cuma mcm K.Nor komen, tang manis tu memang boleh dikurangkan lagi. Next time mungkin boleh kurangkan lagi gula tu letak dlm 220g je. Anyway... dlm pada dok komen manis2 gitu... tak sampai sehari dah habis tau. Hihi wat malu jer, ... mulut kata manis, tapi tekak ni x mampu menolak bila tangan dok menyua brownies ke mulut. Hai... kesimpulannya, memang sedap lah & manis sungguh petang ku hari ni... ;)

CONGO BARS
Sumber: Rima

Ingredients:
2 3/4 cup all purpose flour-(315g)
2 1/2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
2/3 cup butter, softened-(150g)
1 lb. light brown sugar(453g) - ~ I letak 250gm (next time nak kurangkan 220g)
3 eggs-(Ayu used 4 small eggs)
1 teaspoon vanilla
11.5 ounce package milk chocolate chips(326g)
1 cup chopped pecans (optional) ~ I ganti dgn almond sliced

Sift flour, baking powder and salt into a large bowl. Set aside.
Stir brown sugar into softened (not melted) butter in another large bowl until butter disappears. You can use the back of your spoon to help incorporate the two together.
Add eggs one at a time to butter mixture and stir well after each egg.
Add vanilla, chocolate chips and nuts. Mix well.
Add dry flour mixture and stir until well combined.
Coat a 13 X 9 pan with non-stick spray and spread batter evenly into dish (I used baking paper).
Bake at 170 degree for 30 minutes or until top is golden brown. Make sure you don’t over bake.


Tuesday, November 2, 2010

Ketam Telur Masin


Ni ler my main dish for lunch yg berasaskan telur masin semalam. Sejenis masakan Cina. Belum berkesempatan nak rasa kat kedai lagi ... tapi rasa2 nya macam dah jadi ... hihi, confused sungguh ;) Suka sangat kaler dish ni yg ala2 lemak ketam disebabkan kuning telur masin tu. Sedapppp... I tell u. Kalau x kenangkan anak2 dah ku tambah lagi cili padi tu, baru lebih kick!

Ketam Telur Masin
Sumber: Rasa Februari '10

3 ekor ketam
5 biji telur masin ~ bhgn kuning sahaja
5 biji cili padi
2 sudu makan mentega
2 sudu makan susu cair
2 sudu makan tepung kanji
5 helai daun kari
Garam & lada sulah secukupnya


1. Kukus ketam hingga masak & toskan airnya
2. Gaul ketam td dgn tepung kanji & goreng dlm minyak yg banyak & toskan.
3. Campur kuning telur masin bersama mentega & masak diatas api. Gunakan api perlahan.
4. Tuang susu cair & masukkan daun kari. Kacau rata.
5. Masukkan ketam tadi & goreng hingga mesra. Sedia dinikmati.


My bujang kecik yg dah keletihan tunggu time makan ... kes mummy dia sibuk klik sana, klik sini ler ni. Tu pun sib baik masih boleh senyum, hihii..


Bila turun bujang besar yg sentiasa berselera ni... aii, depa pakat wat aksi makan ler pulak. Menggelabah terus camera woman ni nak amik gambar tau... isyy..

Kuih Bakar Pisang


Buat minum petang dihujung minggu. Terlebih rajin sikit, buat dlm acuan ni smpikan memula hafiy ingatkan kuih cara. Resepi yang sungguh lama dok lam waiting, baru kini sempat ku cuba ;) Resepi asal dr Cikgu Zana Inspirasiku tapi I copy dr blog K.Nor. Bujang kecik yg tolong lenyek pisang ni ... hihi. Memang dia suka sangat nampaknya sbb rasanya yg ala2 cekodok pisang. Banyak sungguh Hafiy makan walau pun lembik sket.

Ada kekurangan sket kuih yg I buat ni ... dh bakar 1 1/2 jam tapi turned out dlm nya agak lembik. Mmmm... puas pikir, arini baru dpt agak sebabnya. Kes tamak haloba la ni. Memandangkan semua komen tentang kuih ni sungguh memberansangkan, I terus buat dua adunan walhal santan tu cuma cukup 1 1/3 cup jer. Jadi nak cukup kannya pandai2 tambah air... padan muka, nak wat bijok org kata ... sekali, lembik melepet je kuih tu. Semalam baru2 masak, bila rasa lembik semua pakat dok cebek mulut jer xmo makan. Balik keje tadi, tgk tinggal 1/8 loyang je. Laku la pulak sbb kuih tu dah set. Kalau ikut resepi betul2 mesti lg best nih. Nampaknya harus ada ulang tayang.

Buat cikgu Zana & K.Nor, terima kasih. Bukan salah resepi ye, kekurangan diri saya yg amatur ni ... nak menunjuk terror kata org. Nasib baik masih sedap & tak masuk cik tong, kan.


Kuih Bakar Pisang
Sumber: Cikgu Zana

1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji).. di lenyek kasar .. ~ k.nor guna 7bj pisang berangan
1 cwn tepung*
3/4 cwn gula*~ k.nor letak 4sb gula aje sbb letak choc rice
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*
5sb choc rice ~ optional... ni k.nor saja2 letak (I tak letak)

1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi best

Monday, November 1, 2010

Kacang Panjang Telur Masin


Menu utk lunch kali ni semua berasaskan telur masin ;) Mmm... jangan sampai my blood go upstairs sudah ^_^

Kacang Panjang Telur Masin
Sumber: Rasa Mei 2010

300g kacang panjang
1 ulas bawang merah ~ dihiris
1 ulas bawang putih ~ direbus
1 biji telur masin ~ direbus
Sedikit serbuk kunyit
1 biji cili merah ~ dimayang

Tumis bawang putih & merah hingga naik bau. Masukkan telur masin & kacau/hancur2kan. Masuk kacang panjang & serbuk kunyit. Agak2 hampir layu, masukkan cili merah. Masak sebentar & bolehlah dihidangkan.


Dessert nya pula... masih lagi White Gelatin, cuma kali ni makan dgn aiskrim & choc topping. Walla... mmg nyaman sungguh. Lebih marvellous lah dgn aiskrim, x sia2 ikut idea Haziq ni. Alhamdulillah.


Tak nampak sgt aiskrim yg bertenggek atas dessert tu sbb warnanya rainbow yg soft gitu ..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...