Wednesday, February 23, 2011

♥ Siakap Stim 3 Rasa & Leg Five ...


Siakap Stim 3 Rasa lagi for lunch, ahad baru2 ni ... dah suka la kata kan... harus la ada siaran ulangan, kan, kan ... Resepi boleh refer sini. Yang tukang makannya 4 orang jer.. tapi ikan sampai 2 ekor tu ... haha... ngalahkan kucing.


Teringat lak dialog anak2 bujang I semalam dalam kereta on the way balik dr rumah mak.. Si abang sibuk bercerita dia kena tumbuk dengan budak perempuan yang bernama Qamarina .. agak ganas juga si Qamarina ni yer... tapi itu bukan topik utamanya kat sini ... hihi

Abang: "I was walking at the kaki lima when she suddenly punch my face .. Mummy, kaki lima tu cemana nak sebut ye in English?"

(Hubby & I baru nak jawab, but ... itu kepochi lagi pantas ...)

Adik: Leg five

Me: Apa dik? ( tak berapa dengar ... suh dia ulang)

Adik: Ye la, kaki lima. Leg Five la..

Haha... tak tahan, tak tahan weh ... hubby, myself & Haziq semua gelak ... dgn Hafiy sekali pun gelak gak. Dah puas gelak, baru ler cikgu buat pembetulan .. ^_^

Wednesday, February 16, 2011

♥ Baked Custard


Yang ni pon buat semalam ni... nak menghabis susu 1 liter & thick cream yg dah buka tu, takut rosak lak. Iskk... asyik ternak lemak je, kan. I pulak pakai thick cream ... mmg thick la lemaknya nnt ni. Tapi mmg sedap berlemak2, x kira la makan time dia suam2 kuku or sejuk.  Encik suami suka, ada lg 2 mangkuk dlm fridge. Gerenti lah balik keje kang dia terkam peti sejuk dulu. Best ... Resepi ni pon mudah amat nak membuatnya. Boleh dpt 4 bekas ramekins seperti gambar ni ye utk 1 resepi ni.


BAKED CUSTARD
Source: Quick Short Recipes Step-By-Step

3 eggs
95g (1/2 cup) soft brown sugar
375ml (1 1/2 cup) milk
125ml (1/2 cup) cream
1 teaspoon vanilla essence
ground nutmeg, for dusting

1. Preheat oven 180C. Brush 4 cups of ovenproof dish with melted butter.
2. Whisk eggs, sugar, milk, cream & vanilla essence in medium bowl for 1 minute.
3. Pour into prepared dish.
4. Place filled dish into a shallow baking dish. Pour enough hot water into baking dish to come halfway up the sides. Place on oven shelf; sprinkle top of custard with nutmeg; bake for 15 mins. Reduce heat to 160C, bake for another 20 mins or until custard is set and a sharp knife comes out clean when inserted. Remove dish from hot water immediately. Serve warm or cold.

Hint: Serve custard on its own or with fresh, poached or canned fruit.


♥ A Delectable ... Red Velvet Cake


Finally .. red velvet ni bertamu di rumah I ...  Asyik dok bertangguh jer dr dulu ... dr zaman Jeni tokey RNet dok buat lagi hihi... Dah famous sana sini baru la dtg seru nak cuba. Tapi... sebab utamanya  jadi rajin >> my dearest hubby minta, sayang punya pasal ... kita buat la kan. Dan sebelum dia start sindir pasal my new kitchen gadget yg tinggi pelaburannya tu, baik la I buatkan. Alhamdulillah ... I've picked the right recipe .. it's moist, terasa kebalduannya ... n just the right balance of sweetness. I like!! Lagi satu yg best tentang resepi ni, tak yah susah2 nak cari buttermilk ... payah nak dpt.. byk kedai yg x jual.

Terima kasih kat Wawa @ RNet yg share resepi ni. Punya la rajin ... Rainbow Velvet lagi dia buat. Tang colour tu ... tak dapat la the original red velvet ... puas dok belek2 kat kedai hari tu... ngeri pulak tgk macam2 kaler merah tu. At last, i chose Chrismast Red. Boleh la... yang penting, rasa kek memang cun sangat.


Ni dia resepi untuk yang berminat nak cuba ... Btw, I added my homemade lemon curd to the cream cheese topping as I prefer to a have a bit of tanginess utk kurangkan kemuakan cheese tu. Biasanya I letak lemon juice, but lemon was out of stock in my kitchen semlm.  

RESEPI RAINBOW VELVET CAKE
Sumber: wawa @ RNet

Bahan A (ayak bersama)
400gm tepung gandum
1 tsp baking soda (soda bikabonat)

Bahan B
2 buku mentega (suhu bilik)
350gm gula kaster
2 tsp esen vanila
5 biji telur grade A

Bahan C
350ml Susu segar
1 Tbsp cuka atau jus lemon
(Satukan semua, biarkan selama 10 minit)
 
Bahan D
perisa blueberry + pewarna ungu
perisa strawberry + perwarna merah
perisa pandan + pewarna hijau
perisa lemon + pewarna kuning


Topping Cream Cheese
250gm cream cheese (suhu bilik)
80gm gula aising
1 tsp esen vanila
2-3 sudu teh lemon curd / lemon juice - Ain tambah

** Note from me (yg suka cheese): 
Untuk resepi ni, I dapat 2 biji kek - (1 - 9x9 in square tin, 1 10 in round tin). 250g topping tu, tak cukup, even I guna 500g pun tak cukup ... just enough to cover cake jer... 2nd cake tu pun nipis jer toppingnya, x sampai hajat nak buat layer. 
 
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan loyang bergris (saya guna 4 loyang berasingan)
2. Satukan bahan A, ketepikan.
3. Pukul bahan B hingga kembang, masukkan telur satu persatu di ikuti bahan A dan bahan C berselang seli. Pukul hingga sebati.
4. Asingkan adunan kepada 4 bahagian. Masukkan campuran pewarna dan perisa - gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 20 minit (atau sehingga masak)
5. Cream Cheese : Pukul cream cheese bersama gula hingga lembut, masukkan esen vanila dan whipping cream sedikit demi sedikit, pukul hingga bergaul rata dan tidak berketul.
6. Lapiskan dengan cream cheese disetiap layer kek. Siap untuk dihidang. :)


Monday, February 14, 2011

♥ Lemon Curd Mousse Fruit Tart


Tadaa... ni satu lagi projek me'lemon'kan diri yg sgt best nih. Fuhh... panjang benar nak menyebut namanya ... patut kena ikut sifu la, main shortform jer. ... hihi... Sedap ... seindah namanya. Dapat pulak dimakan sejuk2 dr fridge. Kena buat lagi ni, tak puas makan.


Kali ni untuk tart shell tu I guna resepi sorang kawan >> basically just biskut marie yg diblend + butter. Mix & shapekan. Sejukkan dlm fridge/chiller pon xpe. Then baru bakar. Exact resepi x tau le letak mana... nnt dah jumpa kita paste balik ye. Resepi mousse tu, ambil dr sini >> Home Cooking In Montana  Tq to my friend Linda for the inspiration ;) 

LEMON CURD MOUSSE

1 cup heavy whipping cream
4-5 TBS lemon curd
Whip heavy cream to medium peaks.
Fold in lemon curd. Place the mousse in a plastic bag(or use a piping bag) and cut a small hole.
Pipe lemon curd mousse in each tart. Top with berries.


♥ 11 tahun bersama ... Isteri atau Is Three?


6 Feb 2011 ... ahad yg lepas, genap 11 tahun usia perkahwinan I. Sama date dgn birthday Mas Duniaku &  husband Izah Muffin Lover. Alhamdulillah ... hopefully ikatan ni sentiasa di bawah redha & rahmatNya. Sampul atas tu, a present from Haziq ... the week before kami balik Kelantan ... takut lupa katanya. .. hehe.. I actually plan nak bake Red Velvet Cake for the day, tapi since encik suami changed his mind >> balik ke KL hari Sabtu minggu tu, tak larat la pulak. So, we all cuma pergi lunch kat luar je la on that special day.


Tu ler isi dlm sampul yg Haziq bagi ... dia suruh buat belanja. hihi ... alahai .. tak sampai hati, puas pujuk suh ambil balik x mahu pulak dia.

Oh ye ... bercerita pasal Haziq ni teringat lak cite hubby pasal lawak Haziq masa dorang (hubby n the kids) borak dlm keta semlm. I tak ikut masa tu. Ntah apa mulanya .. si Hafiy bagitau Haziq .. dad dia ni selalu kelentong dorang, x leh caya... hari tu dah tipu mummy, kata nak gi dating ... pastu bila dia ikut, xde pon girlfriend nya. Haziq pon ckp... tak pe la dik, lelaki boleh kahwin 3. My hubby pon ckp, bukan 3, 4 la. Haziq pon bagitau la kenapa dia kata 3 jer .. betul dad, sebab lelaki ada isteri (isThree), Is One, Is Two, Is Three ... baru bunyi cam isteri. Three tu kan 3.. kawin 3 baru la dpt isteri.. Hafiy pon excitedly ckp, owh... camtu Hafiy nak isThree la. ( isk... ada2 je la budak2 ni. ada hati rupanya nak berbini 3 anakku ... harapnya x la..kan, pandai ke nak uruskan nnt ... I dengar pon dah kecut weh)


♥ Popcorn Chicken


Jeng jeng jeng .... now dah tau dah cemana nak menghabiskan dada ayam kat rumah ni ... Tq ye Hana  ... juga kat Izah dan Mas yang dah bagi feedback memberansangkan. My ninja suka ... Haziq kata mummy ni sume pandai masak la... sedap lagi dr KFC punya ni mummy ;) sedapnya... dalam pada tgh makan tu, x berhenti-henti dok cakap sedap. Mmg I setuju pon cakap Haziq tu, sedap lagi popcorn chic homemade ni. Buat pun x susah mana ... zup zap zup zap, siap... dlm x sampai 1/2 jam, dah boleh makan ^_^

RESEPI POPCORN CHICKEN
Sumber: hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1 keping dada ayam@peha ayam tanpa tulang - potong dadu
  • *2 sudu besar tepung serbaguna @ tepung rempah ayam
  • *1/2 sk serbuk lada sulah
  • *1 sk serbuk kari @ rempah lain yg digemari - resepi asal secret herb
  • *sedikit garam dan gula
  • *1/2 sk serbuk bawang/onion powder - hana parut bwg putih 1 ulas
  • *1-2 biji putih telur - hana guna satu biji telur
  • *1-2 sb susu segar
  • 3/4 cawan breadcrumbs
  • olive oil utk spray - jika bakar gune oven
  • lada hitam kasar @ garam - utk taburan selepas goreng

Cara-cara

  • Gaul ayam dengan bahan bertanda * sebati. Perap sebentar. Cara masak boleh pilih kaedah di bawah. hana guna kaedah satu.
  • Kaedah satu : Masukkan breadcrumbs ke dalam plastik bersih/ziplock. Masukkan ayam perap tadi dan goncang2kan sehingga ayam bersalut sepenuhnya dengan breadcrumbs. Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.
  • Kaedah dua : Spray baking tray dengan minyak zaitun.. letakkan ayam perap tadi. Spray lagi minyak ke atas ayam. Bakar suhu 475°F selama 5 minit. Kemudian balikkan ayam.. dan sambung bakar lagi 5-7min atau sehingga masak.
  • Kaedah tiga : Perap ayam dengan lada sulah, garam dan gula, serbuk onion, serbuk kari.. Golek2kan ayam dengan tepung serbaguna. Kemudian celupkan ayam ke dalam campuran telur dan juga susu segar. Kemudian g0lek2kan pula ke dalam mangkuk breadcrumbs. Untuk coating yang agak tebal ulangi proses menyalut telur dan juga breadcrumbs. Goreng dengan minyak panas hingga keemasan.
  • Kaedah empat : Jika tak nak salut breadcrumbs, selepas perap goreng terus ayam hingga masak.
  • Apabila dah masak, taburkan dengan serbuk lada hitam kasar dan juga garam jika suka.Hidangkan dengan sos kegemaran.
** I guna Kaedah satu, yg paling simple kot .. & breadcrumbs tu I blend sket supaya lagi halus & cantik ;)

    ♥ Daging Merah Ala Thai


    Menu lunch hari sabtu. Actually niat asal nak masak Daging Grill Pedas... dah lama nak cuba ni... tapi ada kekurangan bahan2 & tersangat malas la nak ke kedai .. kalau keluar tu, alamatnya silap2 gi makan kat kedai pulak .. hehe... Rasanya menu ni dulu kita dapat masa selongkar resepi2 thai kat dapur K. Nor ni. Tq kat akak & Jeezy. Simple & sedap ... anak2 I pun suka.

    DAGING MERAH ALA THAI  
    Sumber: Jeezy MyR

    Bahan-bahan ( 4 orang )
    1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
    2 ulas bawang putih diketuk
    1 labu bawang besar dipotong bulat
    1 sudu besar cili giling
    Sedikit sos tiram
    Sedikit sos ikan (thailand mari)
    Sedikit sos tomato
    Sedikit minyak untuk menumis
    Garam dan gula secukup rasa
    Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)

    Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
    Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
    Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
    Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
    Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
    Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
    Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.


    * * Note: Kalau letak daun ketumbar, lagi I suka ... mesti wangi jer

    ♥ Portuguese Egg Tart


    My portuguese egg tart yang ... kurang pada rupa ... sedap dr segi rasanya .. Both my kids surprisingly suka sangat ... sekali hadap ada kot 3-4 biji. Mmg boleh buat lagi nampak gayanya ni. TAPI ada satu perkara yg  I cukup x puas hati >>> aaa... kulit dia tu x puff mcm puff kat bawah tu ... or macam dak Hana punya lah. Lama sangat dah dok simpan resepi skyblue MYR ni.


    PORTUGUESE EGG TART
    Sumber: skyblue @ MyResepi

    Bahan-bahan (5-6 biji)
    • 1 keping Puff Pastry
    • *Bahan-bahan A*
    • 1/4 cawan Gula Halus- klu tk suka manis leh kurangkan sedikit
    • 1/4 cawan Susu Cair atau Susu Segar
    • 1/4 cawan Whipping Cream
    • 3 biji Telur Kuning
    • 1/4 sudu kecil Vanilla Extract

    1. Panaskan oven, 200ºC.
    2. Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk dan kacau sampai sebati. Ditapis dan diketepikan.
    3. Potongkan puff pastry kepada 6 keping bentuk bulat. Cucuk permukaan puff pastry yg telah dipotong dgn garpu.
    4. Masukkan puff pastry yg dipotong ke dlm tin muffin@alumminium cup@acuan tart shell.
    5. Isilkan campuran telur ke dalam setiap puff pastry 3/4 penuh.
    6. Bakar selama 20 minit. Biar sejuk dalam tin muffin selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan.


    ** Note: Sedikit manis utk I, next time boleh kurang kan sket gula tu.

    ♥ Lemon up your life with Lemon Curd Puff


    My lemony day just started over the weekend ... ^-^ Utk panaskan enjin ... ni dia Puff dengan lemon curd filling ... tangy .. ;) I like rasa masam2 manis lemon curd ni. Btw ni kerja orang malas ye kawan2... malas nak bersolek... tu pucat lesi jer muka puff tu. Kes malas nak sapu kuning telur ler ni, sbb buat sket jer... mmg 3 ketul spt yg dok tayang ni ... lebihan pastry buat Portugese Egg Tart. Macam biasa ... x rajin le nak wat pastry puff sendiri, guna ready-made cap Kawan tu jer.

    Friday, February 11, 2011

    ♥ Lemon Curd


    Inspired by Mrs Onn, after she posted the pic at her fb photos collection. Komen dia buat I teruja, tau. Kebetulan lemon ada dlm fridge, punya la lama x berusik2... kes tamak ler ni, tgk harganya murah hari tu. Terus la I google resepi & follow the Video Jug way of making Lemon Curd ...

    Sorry ... tgh malas nak translate ni. Copy bulat2 jer dr Video Jug

    Lemon Curd
    Step 1: Ingredients
    • the zest and juice of 4 large lemons
    • 4 eggs
    • 320 g caster sugar
    • 220 g butter
    • 1 level dessert spoon of corn flour
    • 1 medium saucepan
    • 1 large whisk
    • 1 sterilized jar
    • Serves:
    • makes 800 g
    • Preparation Time:
    • 20 minutes
    • Cooking Time:
    • 20 minutes
    1. Step 2: Whisk the eggs

      Pour the eggs into a saucepan and lightly whisk.
    2. Step 3: Add remaining ingredients

      Whisk in the sugar, lemon zest, lemon juice, butter and corn flour.
    3. Step 4: Make the lemon curd

      Place the pan on a medium heat and whisk continuously for 7-9 minutes until all the ingredients melt and eventually thicken. Once thickened lower the heat, whisk for one more minute and remove from the heat.
    4. Step 5: Store

      Carefully pour the lemon curd into a sterilized jar and leave to cool. Store in a cool, dry place. It will keep for 2-4 weeks.


    Dah ada beberapa resepi yg dok berangan nak buat dgn Lemon Curd ni ... tungguu ...

    p/s happy birthday to my cousin ... Faizah! May you be a good muslimah, insya Allah.

    ♥ Sup Belut @ Cinta Selera, PCB


    Another eatery yg we all x miss punya bila balik KB. Why? It serves my sons favorite dish >> Sup Belut. Balik baru ni pon dorang request kat ayah cik dia nak makan sup belut.


    Amacam? Ada berani? Nampak menyelerakan x? Well... if u ask me ... err ... I agak kurang berminat. Sebabnya ... bila makan, terbayang lah pulak ... iskkk... My kids complaint ... Mummy ni ... unagi sushi makan, sup belut x boleh pulak. Kan serupa tu. Oh tidakkk... am I being hypocrite? Haha... tu la yang my Youpo labelkan I.

    Entah lah ye... bila I makan Unagi sushi tu ... u tau lah... japanese cuisine... dorang sgt2 menjaga penampilannya .. I know it's belut, tapi sbb dah dipotong hingga x nampak rupa paras asalnya, x la pulak kembang tekak ni nak makan. Mmg sedap ... hihi. Mmg hypocrite aku rupanya ye. Eh tapi kan... I dah berusaha tau.. I rasa kuah dia, sedap. Even kat kedai ni kan, kuah sup belut tu lagi sedap dr kuah sup daging dia. Then cuba makan isi dia... sikittt jer... sedap gak, lembut jer bila ditelan ... tapi pipi ni dah rasa kembang semacam dah ... maka x dpt ler meneruskan. 1 suapan sudah cukup bagiku. Begitu la selalunya bila makan kat sini. My kids... uishhh... x sah cakap... berebut2 nak makan isinya.

    Al kisah bermulanya episod Sup Belut: the ninjas favorite nih begini ... abang ipar yg introduced... masa we all balik klate 3-4 tahun lepas kot... sbb dengar belut ni bagus utk ubat asthma. Dah tu bagus juga utk kulit. First time budak2 ni try, terus suka... lepas tu tiap2 kali balik, minta la nak pegi sini ... kalau x... boleh merajuk tau ... esp Hafiy si muncung itik tu. Kedai ni pon, kitorg simpan no tel. Order dulu, sampai2 boleh terus makan ;) tak de la letih menunggu ... Oh ye, selain dr Sup Belut, Paprik Belut pun sedap gak.


    Lepas makan ... sedut udara tepi pantai ... nyamannya... tp x tahan .. sejukkk ...

    Thursday, February 10, 2011

    ♥ Etok ♥


     Kalau berada di bumi Klate, jgn lupa makan etok ... hehe... petang2 gini, x la lapar pun... tapi teringat la pulak nak makan etok. Tak pasti, kat Ganu ada ke tak eh? Ada org gelarkan benda ni Kuaci Klate. Actually kan ... sebelum ni x pernah teringin pon nak makan .. sebabnya... x pandai nak makan. Ngeee... x reti la nak kopek. Dari nak makan pun sampai boleh naik tension, baik xyah makan langsung. Pengalaman pertama makan etok, berbelas2 tahun dulu ... ikut adik & hubby dia balik kg. Adik ipar I pun beli la etok, nak suruh rasa. Puas tau kita gigit2 x terbuka pon, rasa nak ketuk je. Last2 give up terus. Yang dapat I rasa masa tu ntah sebiji dua je kot. Punya la x reti.
     

    Baru-baru ni balik, ternampak la mokcik jual etok tepi jalan ... terus pesan kat darling I, esok nak beli la ... nak bagi anak dia rasa. Sebab masa tu rushing ... nak ke mana tah. So, keesokannya... beli la kat tepi pasar Siti Khadijah. Geram pulak tengok cik abang tak sempat2 ... makan dlm keta. I pon cuba la... pastu asyik kena gelak je dgn dia x dpt2 kopek. Dia pon explain la cemana nak buka. Dan akhirnya... dalam terkial2 dan hampir tertelan serpih2 kulit etok tu, berjaya la buka. Asyik la pulak... terus jatuh cinta sama etok .. haha.. ;P Siap bagi duit suh dia pegi beli lagi. Kemaruk la kami 2-3 hari ulang makan etok. Sekali beli, ada kot rm8 ... tu pun sikitt jer :(  Tak puas makan. Mokcik tu kata, sbb minyak & bwg naik harga. Nampak gayanya, next time balik, gi kutip etok sendiri, salai sendiri la ye.


    Senyum kemain org tu melayan etok ...


    Sambil2 dok intai pokcik ni ... mencari lembunya yg hilang agaknya ...


    Sedar x sedar .. dah habis. alahai... nak lagi!

    ♥ Apam Keledek ♥


     Yeayy... tercapai hasrat nak makan apam ni akhirnya semalam. Lagi menu yg berasaskan keledek ye, di dapur saya ;) Kentut tu belakang kira lah... sedap ni weii... rugi sapa x cuba. Dok berkira-kira nak buat dari kat KB lagi .. ntah la apa yg dibz kan.. byk sgt program lepak melepak, cuci mata... borak kosong ^-^. Nasib baik la nekad nak buat juga, sbb dah beria2 usung keledek tu ke KL... dan... syukur alhamdulillah... x sia2 la mengapam lepas balik keje aritu. Sangat2 sedap i tell u, kaler oren asli apam tu pon cantik je kejadiannya, tapi dlm gambar, lain ler pulak kaler yg kluar... x percaya? Kena cuba la ye. Ni I letak banyak gambar apam nih, nak membuktikan kesedapannya. Will definitely do it again n again n again kalau ada keledek oren. Izah.. akak dah bagi feedback ni, pi amik keledek lam fridge tu, cepat bancuh.


    Nak berterima kasih kat Mas yg bagi cadangan selongkar blog kak Ummi utk cari resepi berasaskan keledek ni. Thank you Mas, dgn respond mu yg sangat pantas! Dan yang paling penting thanks to K.Ummi & Madiha yang sudi berkongsi resepi apam yg sangat sedap tu.. Ha... berapa kali dah I sebut sedap ni. Bak kata seorang kawan kalau dapat makan yg sedap2 ... Saya Sukah!! hehe... Maka ... rajin2 kan lah diri buat sendiri ye kawan2 kalau nak rasa. K.Ummi... bagus sungguh letak search engine kat blog akak tu... kalau x berpeluh2 gak la nak cari. Maka dengan ini diisytiharkan keledek orenku dah habis... kempunan ler pulak nak try Kuih Bakar Keledek & Talam Lapis Keledek. Kena postpone dulu ni... sbb angin keledek masih ada lagi yang tak habis keluar ... ^_^
     

    APAM KELEDEK
    Sumber: K.Ummi & MadiHa

    Bahan A:-
    • 3 sudu makan tepung gandum
    • 2 sudu teh yis segera
    • 1 sudu teh gula kastor
    • 3 sudu makan air suam
    Bahan B:-
    • 200 gm keledek (dikukus) (I guna keledek kaler oren tu, malas nak kukus... rebus ajer)
    • 180 gm gula kastor (I kurangkan 150 gm juga)
    • 1 biji telor
    • 150 ml santan pekat
    Bahan C:- (ayak bersama)
    • 200 gm tepung gandum
    • 1 sudu teh Double Action Baking Powder
    Cara Membuat:-
    1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
    2. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
    3. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
    4. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (I tutup mangkuk adunan).
    5. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (I guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
    6. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi. 

    Sunday, February 6, 2011

    ♥ Pengat Keledek


    Lagi menu yang berasaskan keledek ...  best memang best... tapi tang kentut tu yang ku tak tahan ... Haha.. ^-^

    Friday, February 4, 2011

    ♥ Donut Keledek


    Tak leh cakap banyak... just nak kongsi pasal donut ni.  Donut keledek yg surprisingly sangat sedap kat tekak saya ... w/pun x buh telur sbb kusangka ada telur dlm fridge, sekali checked, yilek pulak.  Ni pun sbb bukan kat rumah sendiri, malas nak cari penimbang, main agak2 ikut suka je la sukat bhn2 tu. Kalau x mesti lg sedap ni. Thanks to K.Nor yang mengilhamkan penggunaan keledek dalam resepi Donut Kentang Ros JintanManis ye. Thanks gak kat Ros, utk resepi asal tu. Suka sgt2 la. I xde stok susu tepung, jadi gantikan dgn susu kotak je sukatan air suam tu.


    DONUT KELEDEK
    ilham dari Ros Jintan Manis

    ·                     500 gram tepung gandum
    ·                     200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
    ·                     4 sudu besar susu tepung 
    ·                     1 biji telur -  dipukul sedikit
    ·                     200 ml air suam -  k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer 
    ·                     3 sudu besar marjerin
    ·                     3 sudu besar gula
    ·                     3 sudu kecil yis - lain kali nak kurangkan sket

    1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

    2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

    3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

    4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

    ♥ Radix Fried Chicken @ Kubang Kerian


    Kes terliur tengok FNO secubitgaram ler ni ... aritu google.. ada kat Kubang Kerian. Nak gi shah alam jauh la plak dr Ampang. Balik KB, kita pon ajak ler my larling JJCM ke sini. Boleh tahan rasanya. Kami tried both Herb & Spicy flavour. Pada I, Herb is better but a bit salty to my taste bud. 1 thing I like about their chicken, ia lebih fresh compared to KFC. Coleslaw & mashed potato nya mmg sedap. My kids pon suka sgt siap kata lebih sedap dr KFC.
     

    Zig Zag Wedges ni sedap gak eventho sos atas tu bukan cheese... cuma thousand island & mayo jer.

    Thursday, February 3, 2011

    ♥ Kedai Makan Kak Lah @ Pengkalan Kubor


    Lokasi: bertentangan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1

    Yippie... one of the food dlm our wish list dah dpt makan ^_^.  A MUST visit stall setiap kali kelik klate ...   Datang sini dah selalu. Baru ni sempat nak snap gambar. Buktinya >> Siap simpan no tel kakak ni lagi tau nak make sure kedai dia buka supaya x kehampaan ... ni kes ada bbrapa kali we all pegi, kedai dia tutup... frust wo.. ye la... from kb berlapar pepg around 9 ~ 9.30 dah gerak ke Tumpat semata2 nak makan kat kedai ni sekali tutup... memang leh putus arah tau.. Sejak tu ler minta no tepon kakak ni.

    Gambar ni kejadian di hari isnin hari tu. Actually dulu kedai kakak ni elok jer pastu dia nak besarkan sbb ramai pelanggan. Tapi dah agak lama juga x siap2 ni... ;)  Actually... x banyak jenis makanan pon kat sini ... tapi tetap mampu buat hubby & I teringat2 selalu nak datang kedai Kak Lah ni. Apa menu istimewa kedai ni ye yg sampai kami teringat-ingat selalu tu eh? Walhal.. kedai pon.. dah berapa kurun x siap2.

    Kalau takat yang ni...  Merata boleh jumpa yang sedap, kan.


    Macamana pulak yang ni? Payah nak jumpa gulai ni weiii..



    Kepala ikan merah... nyum nyum ... menurut kata my abang ipar, menu ni namanya Gulai Lemak Cili Api. Sekali tengok macam masak lemak cili api org negori yo... tapi kan.. cemana eh, serupa tapi x sama kot. Kita wat kat rumah style org negori campur klate... isk... kdg2 jadi, kdg2 tidak.. makan kat kedai gak yg sedap... Ni je masakan2 yg dijual kat kedai ni... tapi lakunya bukan main ... kalau lambat datang.. alamat kempunan la.


    Bila gulai dah sampai depan mata... lupa dah kamera segala, lambat nnt i gigit tulang jer u sbb my kids pun mmg suka sgt gulai kak Lah ni, w/pun gulai ni agak pedas.. Lepas makan, apa lagi... shopping kat Pengkalan Kubor la. Oops.. ada sket persamaan dgn tag line kucing disitu, tingat pulak nak bagi pesan kat dia nih..
    Wahai kucing... jika kamu membaca kisahku ini, jgn lupa ye.. kalau singgah ke pantai timur, sila masukkan kedai ni dlm list jjcm mu... okehhh! Highly recommended nih..

    Tuesday, February 1, 2011

    Ahaii.. cek mek molek ;)


    Bersiaran dr bumi Cik Siti Wan Kembang ... Memang kena la tema ye kuih ni... baru je makan panas2 tadi.. mmg syiok la makan time cuaca sejuk hujan camni ... keledek ni pulak, elok je empuk ... molek bak kata warga klate ^_^. Actually my darling but but yang request nak makan cek mek ni ... bahan senang, laju je la.. dan2 tu gak buat.


    Dok puah lagi ni... (err.. betul ke ambo kecek ni? hihi...) tadi buat sket je, berebut2 makan ... ingat kan malam2 x laku... licin weii... ye la buat sendiri, lembut gebus sbb tepung sket keledek lebih. No worries... stok keledek terlebih sudah... setambun lagi tu.... moga dimurahkan rezeki org yg memberi tu.. bagi sikit punya x hengat... 10kg kot ni. Kembung keledek ler kami lepas nih.


    Apa nak buat lagi ni eh... yang terpikir skrg:

    1. Donut keledek ... yess!! memang ku tunggu nk cuba nih.
    2. Pengat/Bubur keledek campur sagu
    3. Keledek goreng
    4. Keledek masak airdgn pucuk manis
    5. Keria ... x mo la, cek mek kat atas tu lebih kurang je rasa keria ... err... bingka keledek? ada ka kawan2? x penah dgr le pulak.

    Idea please... apa lagi nak wat dgn keledek ni ye...

    Dec 2010 memoir of Khairun's birthday celebration

    Kenangan birthday my cousin ... Nur Khairunnisa yg ke 9 tahun @ masjid tanah, masa cuti Krismas .As usual ... kami mmg gomar bonar aktiviti bakar membakar ni.. mesra bergotong royong gitu.. main dishnya, dah tentu la nasi lemak cik senah yang sangat2 lemak itu.


    Ni kisah keesokan harinya, geram tengok ini budak mandi woo.. I pun snap la pics nya ;)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...