Thursday, April 14, 2011

I'm on diet ...


Takde entry menarik psl makan2 buat masa ni, sbb tuan rumah strictly on DIET! at least for 2 weeks.. hehe .. Past few months banyak sangat makan, x hengat2... jadi sebelum lemak ni x boleh disental, terpaksa lupakan semuanya ni.


Argggh... kek, roti, kuih, aiskrim... ketepi-ketepi kamu! tgk blog org rasa nak nangis weh... pagi ni nampak roti kentang dak Izah, adoii... sakit kepalo den ni.. sampai nak senyum pon x mampu dah..


Diet bukan sebab nak kurus aje... utk kesihatan gak ... al-maklum dunia sekarang ni macam-macam penyakit yg berpunca dr makanan kan  ..


Hopefully, macam ni lah ye after 2 weeks ... haha
Ada sapa-sapa nak join saya berdiet? Jom lah!!! Don't worry ... x mati punya ... mmm.. tapi pening-pening lalat tu mungkin lah ;)

Poskad dr Finland & kad dr Mas

Tuan rumah mode bz sekarang .. baru sempat nak gantung, thanks Nieza & Mas yg sama-sama meraikan tahun pertama berblogging ;)




Monday, April 11, 2011

Popiah Pisang


Popiah pisang bersos coklatbuat minum petang. Juadah yg ringkas tapi sedap. Gulung-gulung pisang dlm kulit popiah, goreng. Nak letak gula ke or cheese before gulung, pon sedap. Hujung minggu ni aktiviti masak biasa-biasa aje sbb seharian ronda-ronda kat luar & bawa the kids tengok movie >> Hop. Best gak ceritanya, pasal E.B the Easter Bunny yg x nak take over his father's business tp sibuk nak jd drummer ... quite entertaining.


Hafiy punya kerja la ni, pi atur bunga sebelah popiah. Nak tolong mummy nya yg tengah excited try lense baru ... hehe..



Tambah ais krim pon best. Disebabkan tahap ke'amaturan ... gambar yg dengan ais krim tu x menjadi la.. aiskrim dah menggelungsur turun dr popiah ... x sabar tunggu I yg x dpt2 angle utk shoot .. aisehh .. fail betul la, nak kena menuntut ngan Noorsha, K.Ita  & mereka-mereka yg pakar nampaknya ni.

Award dr Izah






Thanks Izah, ingat kat kita. Perasan chef sekejap ... hehe... ;P 

Baby Hannah


Tahniah buat Deeda & Hafez on their new bundle of joy ..  10 April 2011, >< jam 4ptg di Hospital Pantai Melaka. Baby girl seberat 2.8kg yg dah x sabar-sabar nak keluar, 2 minggu awal kalau x silap. Tak aci tau, Deeda amik nama baby girl I yg x kuar2 until now .. haha ...

Nampaknya hujung bulan ni la baru dapat jumpa baby Hannah ni.

Friday, April 8, 2011

Lovely award ... from lovely people ...


Thank you MaDiHaA dan Noorsha !!! 
I ni malu sebenarnya ... mmm, xtau nak mula tang mana, so ni la serba sedikit tentang saya:

~ anak sulung dr 6 adik beradik. Sorang adik lelaki meninggal masa baby, so tinggal kami berlima je
~ anak jati Melaka. Kg saya di Masjid Tanah (ada org kg yg singgah sini, sila perkenalkan diri anda ;) )bertemu jodoh dgn org Kota Bharu, Kelantan. Mempunyai 2 org cahayamata lelaki.
~ menetap di Ampang. Bekerja, dlm bidang IT.
~ minat baking sejak zaman sekolah lagi .. bab masak-masak lauk tu, bila dah kawin baru timbul minat ..
~ minat juga dlm photography

Thursday, April 7, 2011

Crunchy Chocolatey Chewy Cornflakes


Resepi yang dikongsi Yatt last year di RNet mailing list. I buat malam tadi for kudapan. Yatt kata dia dapat idea masa tengok rancangan masak-masak Nigella. Lovely ... Sedap and simple sangat nak membuatnya. Rasanya kalau xde snickers bars, boleh je ganti dgn Cloud 9, Mars, Reese or Peanut bars ... @ mana2 choc yg sewaktu dgnnya - yg ada caramel tau. Masa tengah mencairkan Snickers ni kat dapur ... 2 org anak teruna kecik I tu dah terbau harum kat atas. Sambil berjalan ke arah dapur tu lagi sibuk dok bertanya ... mummy, mummy masak apa? Abang bau sedap jer ni. ^_^

Crunchy Chocolatey Chewy Cornflakes a.k.a (4C Cookies)
(Sumber: Ummi Nina @ yatt94)

(maaf ye... takde sukatan, main campak je ikut keserasian)

2 bars snickers
cornflakes secukupnya.. .
air secukupnya


  1. Cairkan snickers (sy patah2kan dulu bg senang dia cair) - pakai nonstick pan supaya tak melekat...
  2. oleh kerana dia duk berketul sbb caramel tu mcm takmo cair, sy tmbah air sikit demi sikit, sampai snickers tu melt totally...
  3. kalau rasa mcm nk tambah butter, leh tambah dlm 2 sudu kecik jer... itu yg saya buat...
  4. dah cair totally snickers tu, padam api, tuang cornflakes.. .. dan gaul sampai semua cornflakes disaluti choc td
  5. sudukan dlm paper cup... kena bergerak pantas, the cornflakes stick like glue to each other sungguh cepat... cos of the caramel...
  6. sejukkan sekejap, then masuk dlm bekas kedap udara...
  7. boleh buat mkn petang atau jajan healthy utk anak2... :-)


Haipp!! Nak kena babab ni. Budak sorang ni dah x sempat2 nak ngap, kacau je org nak main kamera >_<

Tuesday, April 5, 2011

Bubur Gunting


Tak ingat .. pagi Sabtu ke Ahad .. tonton Nasi Lemak Kopi O @ TV9 sambil gosok baju ... terpikat lak dgn Bubur Gunting ni. Mak cik tu tunjuk cara membuatnya tapi x la pulak diberi sukatan cuma bagitau apa bahan-bahan asas yg dia guna je. Nampak sempoi sangat, jakun sikit .. first time dengar, teringin la pulak nak rasa. Tengok dlm TV tu family besar makcik tu dok makan slurp, slurp ... oo ... sangat la kecur.

Since aunty kiut miut I yg dok Ayer Keroh tu belum berangkat balik lagi .. I pon angkut daun pandan bawa gi rumah my mum nak buat bubur gunting ni kat rumah mak, makan ramai2 mesti best. Masa I dok masak bubur dia gi kedai borong kain nak buat baju raya katanya ... hihi ... sikit punya awal preparation makcik ni utk raya tahun ni ... 

Actually mak cik kat TV tu buat  plain je, x buh daun pandan pon. Saja kita tambah sebab pokok pandan byk kat rumah ni & lebat daunnya. Kalau ada yg berminat .. resepi seperti dibawah. Maaf xde sukatan tepat, kena agak-agak aja ye. Yang penting dohnya tu nanti jgn lembik & cukup sekadar boleh diuli.

BUBUR GUNTING
Inspirasi dari TV9 

Bahan-bahan Doh Gunting:
1/3 paket Tepung Gandum 1 kg
Sedikit Garam
Air atau air daun pandan
  1. Masukkan tepung dan sedikit garam dlm bekas. Masukkan air sedikit demi sedikit & gaul. Sukatan air cukup sekadar hingga doh boleh diuli. Uli sebati adunan.
  2. Ambil sedikit doh tadi dan canai leper. Masakkan doh yg telah dicanai tadi didlm kuali tanpa minyak cukup sekadar mengeringkan doh tersebut supaya mudah digunting.
  3. Gunting halus doh yang telah dimasak. Boleh digunting seperti membuat kuih gunting.

Untuk yg pertama kali dengar dan tak leh imagine camana rupanya .. ni dia doh yang telah digunting. Sukatan bubur boleh je buat cara yg u all biasa buat. Yg kat bawah ni lebih kurang, cara I biasa buat la.

Bahan-bahan untuk Bubur:
  • 3 cawan air
  • 4 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan gula melaka @ 2 keping nisan
  • 2 helai daun pandan - disiat dan simpulkan
  • 1/2 sudu teh garam halus
  1. Masak gula melaka / nisan bersama air dan daun pandan hingga gula larut.
  2. Masukkan santan pekat dan masak dengan api perlahan hingga mendidih. Masukkan doh yang telah digunting tadi. Seimbangkan rasa dgn garam dan boleh tambah gula pasir jika kurang. Tutup api bila kuah sedikit pekat dan hidangkan sebagai minum petang.
Sedap bubur gunting ni. Ala ala bubur caca ... sebab bahan-bahannya yg kebiasaannya ada kat rumah kan .. anytime boleh buat. Cuma next time kalau buat, nak cuba letak kapur sket dlm air tu, bagi liat-liat sket. Boleh tambah pisang nangka juga. Baru tambah syok makan.

    Bunga daisy yg hampir layu .. sesedih hati ni bila membaca kisah arwah anak yatim ni sampai mengalir air mata  :( >> http://www.hmetro.com.my/articles/Cikguambilnyawa/Article. Begini ke cara seorang pendidik zaman ini?  Memang mudah iblis menghasut bila kita sendiri x dapat mengawal amarah. Ya Allah ... mintak dijauhkan such things to happen to our family & friends.

    Monday, April 4, 2011

    Alia's Engagement ♥♥


    Selamat bertunang buat cousin ku Wan Azmilia (Alia) dan pasangannya Khairul Azmi. Majlis pd hari Sabtu, 2hb April 2011. Insya allah wedding nya, tahun depan >> hujung bulan Jan 2012. 


    Pelamin tempat sarung cincin ;)


     Hantaran daripada pihak perempuan. Sebelah lelaki lupa lak nak snap.


    Menu on that day ... nasi kerabu, sedaaapppp!! Untuk yg x makan nasi kerabu, ada pilihan nasi putih, lauk telur itik masak cilipadi dgn pucuk ubi dan sambal tumis udang.


    Budak-budak yang excited dan confuse makna bertunang dan kahwin. Ada ka anak I yg suara high pitch tu ingat majlis tunang ni ada "sah ke, x sah?" Abangnya pulak tanya .. kena ada berapa org saksi mummy? ^_^


    Dak kecik Nur Izwani, kalau dgn lelaki sukaaa... haha kecik-kecik lagi dah pandai nak mengurat. Anak I sibuk nak bergambar dgn dia .. letih dorang mengejar dia yg tak reti duk diam. Next in queue .. yg pegang Izwani tu kot. Tak gitu Kak Long? Cer citer, cer citer ... hehe ... >_<

    Sotong Black pepper ala d'Dagang


    Lunch menu on Sunday ... mode memasak yg ringkas-ringkas je sebab nak mengemas rumah, nak iron baju,  nak lipat baju aihh .. panjang list ni, tu yang ditahan-tahan nafsu nak ikut akak Siah ke kedai kain AJ .. pasar pon x pergi, selongkar freezer tengok ada sotong. Teringat kat lauk sotong yg cost me RM16.90 utk 3 ekor sotong kot kat d'Templer hari tu. Macam mudah je nak masak ... ni la lauknya based on rasa yg I ingat, main agak-agak je, .. harap-harap budak 2 org yg balik dr taekwondo class tu nanti suka la. Alhamdulillah .. menjadi & my 2 ninjas sgt happy menjamu selera semlm.

    Lauk ni ala Chinese dish .. walau pun ada blackpepper, x pedas mana pun.

    Sotong Black pepper ala d'Dagang

    6 ekor sotong saiz besar
    1 biji Lada benggala (sederhana besar) yg dipotong dadu ~ x letak sebab xde
    2 - 3 ulas bawang putih ~ diketuk
    2 sudu makan sos tiram
    2 sudu makan blackpepper ~ dikisar
    1 sudu makan kicap pekat
    1/2 cawan air
    sedikit garam
    sedikit tepung jagung ~ jika ingin kuah sedikit pekat

    Tumis bawang putih hingga terbit aroma. Masukkan black pepper kisar, air, kicap pekat dan sos tiram. Kemudian masukkan sotong dan lada benggala. Sesuaikan rasa dengan garam. Masukkan sedikit tepung jagung utk melikatkan kuah. Biarkan mendidih sebentar. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.


    Friday, April 1, 2011

    Kutu Baboon yang sedap ??? Owh nooo ... ada berani?


    Biasa makan x? Kuih ni sedap ... this one perasa pandan lagi .. sedap sampai xdan kasi amik gambar dah habis. I beli kat bawah jambatan dekat-dekat traffic light Kg Pandan. Tapi itu budak kecik, ada ka patut dia panggil Kutu Baboon ... haiyaa... letih dah membetulkan, Putu Bambu la dik, Putu Bambu. Tapi lain kali bila dia nampak kuih ni, asyik tersyasyul... Kutu Baboon gak disebutnya .. Cemana rupa kutu baboon tu agaknya ye? >_<
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...