Thursday, August 25, 2011

Kurma Goreng Ber'Cheese' - (Iftar 18 Ramadhan 1432H)


Borak-borak kat ofis dgn my officemate Fiza, ntah macamana terkeluar pasal Kurma Goreng ni. Terus teringat Izah penah buat. Petang tu terus cuba ... buat yg letak cheese mcm dak Ijah gak .. mmg syiokkkk lah!! ¯\_()_/¯

Ni resepi yg I ambil dr IzahMuffinLover ye. Boleh juga guna resepi tepung goreng Hasue yg rangup tu mcm kat sini.

KURMA GORENG BER'CHEESE'
(Sumber: Izah)

10-15 biji buah kurma- dipotong 2 dan buang biji
keju parut secukupnya

bahan goreng:
1 1/2 senduk tepung gandum (senduk nasi)
2 sudu makan tepung beras
1 sudu makan margerine
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
air secukupnya
minyak secukupnya untuk menggoreng

Kurma yang dipotong dua disumbat sedikit dengan keju parut dan ketepikan. Bancuh adunan tepung. Bancuh cair agak2 untuk menggoreng pisang. Celupkan kurma tadi ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga garing kekuningan.


Wednesday, August 24, 2011

Kuih Cucur a.k.a Tepung Cucur - (Iftar 17 Ramadhan 1432H)


Another family's favorite .. which reminds me of my late grandfather. Dah 12 tahun dia pergi ... rindu sangat rasanya kat arwah, maklum la I membesar di bawah jagaan dia. Dulu-dulu masa I sek menengah bila balik cuti kat kg, petang petang tu rajin la wat apa-apa kuih for tea. Tapi kebiasaanya kalau kuih cucur ni, my induk yg bancuhkan the nite before ... I cuma tinggal goreng kan aja. Suka tengok kuih ni masa digoreng, cam kagum tengok dia naik membukit kat tengah tu, pastu bersarang-sarang kat dlmnya. My cousin Izzati, masa kecik dulu menggelarkannya kuih topi. Kebiasaannya memang warna coklat tapi saja I calit sket bedak hijau bagi naik seri. Memula ingat nak buh air daun pandan, tapi kat luar hujan, malas la pulak nak gi ambil. Resepi ni dapat dr my aunty. Asyik minta dia bancuhkan je kan ... bila dok jauh, x dpt lak makan. Tu yang terus minta resepi.

Kuih Cucur a.k.a Tepung Cucur
(Sumber: Pn Asnah Ali)

2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
2 cawan air

Gaul sebati semua bahan & perap dlm 2-3 jam sebelum digoreng dlm minyak penuh. Kebiasaannya utk makan esok hari, kami akan bancuh pada sebelah mlm & simpan dlm peti sejuk. Esoknya baru digoreng. Jika bancuhan sedikit pekat slps disimpan dlm fridge, boleh la ditambahkan sedikit air.

Nota:
Untuk mendapat "topi" yg cantik, bentuk kuali juga memainkan peranan. Seeloknya gunakan kuali yg "lengkung"/dlm di tengahnya.


Friday, August 19, 2011

Puding Berkuah Fruit Cocktail - (Iftar 16 Ramadhan 1432H)


Masuk blog Yatiememories terberkenan dgn puding ni. Terasa-rasa sejuk je tekak. Terus mlm tu godek utk iftar esok harinya ;-) Tapi tang kuahnya tu I buat just the way my family like it ... tambah 1 sudu makan tepung kastad bg pekat sket.

Puding Berkuah
(Sumber: Yatiememories)

Bahan2 Utk Puding
  • 1 cwn tepung kastard
  • 5 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1/2 cwn gula

  1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang.
  3. Biarkan sejuk sebentar dan simpan dlm peti sejuk. Setelah beku barulah boleh di hidangkan.
Bahan Utk Kuah
  • 1 tin mix fruits ( Boleh ganti buah laici, peach dan nanas..)
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air biasa (air masak)
  • 1 cwn gula( terpulang pd masing2 ya..)

  1. Masak gula bersama air(sekadar gula hancur je..). Setelah itu biarkan sejuk.
  2. Setelah air gula sejuk, bolehlah tuang mix fruit dan susu.
  3. Ambil puding tadi dan masukkan kedlm mangkuk...tuangkan kuah yg bercampur mix fruit.
  4. Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kuahnya I buat macam ni ... seperti yg biasa I buat kuah kastad ...

1 tin susu cair
1 tin fruit cocktail
1/2 cawan air
5 - 6 sudu gula
1 sudu makan tepung kastad

Campurkan semua bahan, masak sebentar atas api utk larutkan gula. Sejukkan dalam fridge sebelum dihidang.

Thursday, August 18, 2011

Spaghetti Lemak Pedas - (Iftar 15 Ramadhan 1432H)


Iftar day 15. Actually iftar hari ke 14 tu my sis buat spaghetti bolognese ... x laku pulak sbb the kids lebih excited dgn mknn lain. Tak dipandangnya langsung. Walhal kalau bukan ramadhan, buat kdg2 sampai x cukup lak. Jadi on monday tu I cakap kat my sis, I nak twist a bit ... buat resepi fofuler CMG ni with the spaghetti. I have the feeling it's gonna be a hit cam goreng pisang panas bila the kids nampak nanti. True enuff .. habis licin eventho that day I buat it was a bit dry sbb dah kehabisan susu. Memang sempoi resepi ni, bahan pon mudah je. Tak perlu la I canang lebih-lebih kan since ramai pon dah cuba & dah tau kelazatannya @_@


SPAGHETTI LEMAK PEDAS
(Sumber: CMG)


1/2 cekak spaghetti
2 biji tomato ceri tomato, hiris bulat
1/4 bahagian red capsicum, dadu
1/4 bahagian green capsicum, dadu
1/4 bahagian yellow capsicum, dadu
1 helai bay leaf
3 biji cii padi, hiris halus (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/3 cawan susu cair IDEAL
1 keping meat loaf "ayamas", didadu
1/2 kiub pati ayam "Maggi"
Sedikit air

  1. Rebus spaghetti tadi hingga lembut mengikut arahan pada paket atau citarasa masing2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat. Tumis bawang putih hingga layu, masukkan bay leaf dan meat loaf tadi, kacau sekejap dan tuang susu + air, biar mendidih. Tambah serbuk lada hitam dan kuib ayam, kacau dan biar masak perlahan.
  3. Masukkan red/green/yellow capsicum bersama cili padi. Tambah spaghetti dan gaul rata. Masak hingga pekat, dan rasa jika perlu tambah sedikit garam. Bila dah ok boleh matikan api.
  4. Alih ke dalam pinggan yang sesuai, hias dengan hirisan tomato dan taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam. Hidangkan segera.

Wednesday, August 17, 2011

Daging Goreng Ala Kaprau - (Iftar 14 Ramadhan 1432H)


For iftar hari ahad lepas. Bila plan nak masak daging terus teringat resepi Kak Jee ni. Simple nak buat tapi memang berbaloi sedapnya. Ramai gak yg dah cuba. Hari tu ada balance, I reheat kan for sahur ... lagi sedap rasanya sbb dah mesra kot. Laju je budak-budak tu makan. Then ada balance sket lagi, I masak nasi goreng tumiskan dgn lauk ni jadi as perencah, mmg best gak. Aihh... teringat la pulak kesedapannya tuh. Tadi pon merasa sket je sebab x byk pon nasi goreng tu. So, sesiapa yg xtau nak masak apa dgn daging, I highly recommend u lauk ni. Percayalahhhhh ... ;-) Buat Kak Jee, caya lah!! Daku dah jatuh cinta dgn resepi mu ini.

DAGING GORENG ALA KAPRAU
(Sumber: Dunia dr Dapur Kak Jee)


250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
2 sudu besar paste tomyam (I guna paste Tom Yam Tai Pee ~ bought from Giant)
cili api  diketuk2 (ikut kepedasan. resipi asal mesti pedas)
2 labu bawang besar (dibelah lapan dan dicerai2kan)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili
daun selasih

Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam. Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreang hingga daging kecut.

Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.


Ini la rupa daun selasih. Actually masa gi beli kat Giant confused jap nak amik Thai Basil ke Sweet Basil. Teringat Kak Jee sebut ni resepi dr kedai tomyam, I pun picked the Thai Basil. Lain kali kita nak try dgn Sweet Basil pulak ... boleh compare rasanya.


Kuih Kelopong a.k.a Buah Melaka - (Iftar 13 Ramadhan 1432H)


My uncle & family datang berbuka bersama we all last Saturday. I x sempat nak masak apa-apa sbb keluar ke Jalan TAR cari baju melayu anak2 & hubby. Just sempat menggentel kuih kelopong ni aje. Tu pun x sempat nak buat banyak sbb buat sorang. So on monday buat lagi sbb mak kata hari tu x puas makan. Semua org pon pandai buat kuih ni kan ... xyah sukat-sukat, agak-agak jer. Tapi kot ada yg x pernah buat, boleh refer resepi yg dikongsi oleh Yat Maria ni, ok  I malas nak menaip ;-)

BUAH MELAKA
Source: Bro Rozzan


Bahan-Bahan:
2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]

1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendidih.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
8. Hidangkan.

Ayam Panggang - (Iftar 8 Ramadhan 1432H)


My 2 bujangsss kecik asyik nak beli ayam golek pasar ramadhan, x muak-muak dorang dgn cik yam ni ... jd I golekkan je seekor kat rumah .. ;) Dah tentu Halalan Toiyyiban. Makan pun puas. Resepi campak2 sesuka hati je ni. 

Btw, bercakap pasal Halalan Toiyyiban ni ...sekadar berkongsi ilmu yg I dpt. Hari tu dengar Tazkirah lepas tarawih .. ustaz tu ada menyebut ... nak pasti kan makanan kita ni toiyyiban .. sebolehnya elakkan dr membeli dr peniaga yg x menutup auratnya ketika bermuamalat. Walaupun mereka ni Islam, tapi bila kita membeli dr mereka yg x menutup aurat ni, kita seperti menggalakkan mereka ke arah maksiat. Masya Allah ... macam tu sekali ye, makes me ponder ... mampukah I? Insya allah ... akan cuba kuingat & elak kan. Rabbi yassir wala tu'assir ...


Tuesday, August 16, 2011

Potato Au Gratin - (Iftar 7 Ramadhan 1432H)


Tak tau nak masak apa for iftar & my sis kata buat la Potato Au Gratin ... maka ini la hasilnya. Sempoi je nak sediakan. Sedap & berbaloi. The only mistake I made was to buy the wrong type of potato. So, agak kurang empuk sket kentang ni. Kurang pasti sebenarnya kentang apa yg sesuai. Kalau x mmg superb lah! Nak bake lama2, nnt jadi kering x syok makan. Ni pun dah agak kering gravy nya sbb nak empuk kan kentang tu. Maybe next time kalau guna kentang biasa2 tu I nak rebuskan sekejap sblm atur dlm baking dish.

By the way ni dia maksud Gratin yg I korek dr Wikipedia ^__^ :
Gratin (pronounced: [gʁa.tɛ̃]) is a widespread culinary technique in food preparation in which an ingredient is topped with a browned crust, often using breadcrumbs, grated cheese, egg and/or butter.[1][2][3] Gratin originated in French cuisine and is usually prepared in a shallow dish of some kind. A gratin is baked or cooked under an overhead grill or broiler to form a golden crust on top and is traditionally served in its baking dish.

Pada yg nak cuba, resepinya spt di bawah.

POTATO AU GRATIN 
(Sumber: Wan Mastura Resepi.Net)

4 biji kentang - slice
100 ml chicken stock
200 ml whipping cream
1 egg yolk
1 bulb garlic - just buang kulit, xyah potong.
salt & pepper
paprika (optional, since I xde ... I gantikan dgn cajun powder)
cheddar n mozarella cheese secukupnya
breadcrumb (optional, xde pon ok je)
fresh/dried herbs - basil/rosemary ke ..



susun sliced potatoes dlm baking tin, layer kan. then tuang chicken stock. boleh sprinkle some pepper powder in between layers if suka. whipping cream & egg yolk tu gaul mesra & tuang atas kentang tu, just enuff to cover ye. tabur cheese, breadcrumb & herbs. campak garlic atasnya (kalau x suka, x perlu letak). bakar lebih kurang 30 mins.

Shabsuka - (Iftar 7 Ramadhan 1432H)



Tak sempat nak celoteh panjang. Ni antara menu favorite I for Iftar, utk tahun ni dah 2x buat. Last time buat ikut resepi yg ni. Kali ni I ikut resepi makcik Diana dr Resepi Diana. Dah lama x dpt masuk blog Diana ni. Thanks to Yat Maria yg share resepi ni kat sini. Comparing the two recipes, my tastebud mengatakan yg ni lagi sedap sbb lebih terasa rempah2nya. Yang kat atas ni gambar yg buat dulu utk breakfast anak2 sebenarnya .. yg baru2 ni sbb dah kalut nak buka x sempat nak klik sini sana.

SHABSUKA HAJAH KAMISAH (masakan Arab)