Friday, October 28, 2011

Pavlovas for a sweet, enjoyable weekend ... ;)

Salam Jumaat yang barokah ...
Satu petikan dr. Hadith of the Day
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya) dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku. (114)  
 The first days of Dhul Hijjah are upon us. Let's take advantage and fast during these most blessed days.

The Messenger of Allah (sallallahu alaihi wa-sallam) said: “No deeds are more virtuous than deeds on these days.” The companions asked: 'Not even Jihad (fighting in Allah's Cause)?' He (sallallahu alaihi wa-sallam) replied: “Not even Jihad for the sake of Allah, unless a man goes out risking himself and his wealth for the sake of Allah, and does not come back with anything.” [Saheeh al-Bukharee]


Yeay ... seronoknya, esok cuti bg yg bekerja kan. Anak-anak pun dah habis exam ni. Ada jemputan akikah & jemputan kahwin, x pasti lagi mana satu nak pergi ni. Tak sabar juga nak jumpa Alisya Hana anak cousin I Deeda. Esok kot dia mai KL sbb mama nya ada alumni party rasanya & abbuuuah nya tu mesti dtg nak tgk match bola tu. Oghang nogori la katakan ^__^.


Pavlova ni, dah lama sangat bertangguh nak buat, last weekend ntah cemana semangat berkobar-kobar lak. My first time baking this dessert, so ... serba comottsss. Sambutan? Ibarat semut menghurung gula ... hehe. Dapat bayangkan x ... bawa gi rumah my mom nak makan ramai2. Melayan kerenah the boys, xdan den nak bernapeh ... sorang nak buh buah ni, sorang xmo buah, yg sorang lagi nak grated choc lebih ... macam2. Utk pertama kali, ok la kot. Tapi manisnya ... ampunn ... mmg melekat2. Kena kurangkan lagi gula ni. Sebenarnya x puas hati sbb base tu melekat lak atas aluminium foil, dah tu I buat mini pavlova je ... jadi agak payah ler nak keluarkan. Last2 semua pakat makan dgn sudu je la. Nak kena cuba lagi ni. Deeda pon ada hint nak juga .. tgk la kalau sempat esok.

Anyway ... I buat 2 versi hari tu Fruits Pavlova & Banoffe Pavlova. Resepi dr Allrecipes.



Banoffee Pavlova
(Source: Allrecipes)

Ingredients

  • 1 cup castor sugar or superfine sugar
  • 2 teaspoons cornstarch - lupa letak
  • 1 pinch cream of tartar
  • 4 egg whites
  • 1 pinch salt
  • 1 dash vanilla extract
  • 1 teaspoon white wine vinegar   - I ganti dgn cuka
  • 2 small bananas, sliced
  • 1 cup caramel ice cream topping
  • 1 tablespoon grated semisweet chocolate, for garnish
  • 2 cups sweetened whipped cream - malas, pakai instant whipped cream jer

Directions

  1. Preheat the oven to 350 degrees F (175 degrees C). Line a baking sheet with parchment paper or aluminum foil, and trace an 8 inch circle onto the surface.
  2. In a small cup or bowl, stir together the sugar, cornstarch, and cream of tartar. In a large glass or metal bowl, whip the egg whites with salt, vanilla, and vinegar until soft peaks form. Gradually sprinkle in the sugar mixture and continue to whip until stiff and shiny. Mound the mixture into the traced circle on the baking sheet. Flatten the top and smooth the sides using a metal spatula.
  3. Place in the preheated oven, and immediately reduce the heat to 300 degrees F (150 degrees C). Bake for 1 to 1 1/2 hours, until a pale golden brown. Turn off the oven, and leave the door slightly ajar with the pavlova inside until completely cooled.
  4. Just before serving time, invert the cooled pavlova onto a serving plate, and top with slices of banana. Cover banana with caramel sauce. Top that with whipped cream and sprinkle with grated chocolate. 
Note:
Utk Fruits pavlova, just letak whipped cream & fruits jer.

Thursday, October 27, 2011

My Pengsanlicious Pudding ...


It's a Blueberry Milk Pudding you all ... Such a pleasing treat on a hot sunny day .. kejadian hujung minggu lepas ni, lepas teringat lamanyaaa ... x buat puding yg sedap ni. Haa ... kenapa lak I gelar dia pengsanlicious pudding? Hehe ... Haziq yg drama king tu la ... dia kata mummy ... sedapnyaaa ... rasa cam nak pengsan ( ˆ⌣ˆ)ノ Haha ... over la anak I ye, tapi betul la apa yg dia feedback tu. Kalau x caya, pi la buat naa ...



Oh ya, lupa nak cakap .. happy sangat kali ni puding I dah x main gelungsur dah. TQ so much to K.Nor sbb rajin layan pertanyaan I & bagi tips masa 1st time buat dulu. Untuk resepi ... sila refer sini


Tuesday, October 25, 2011

Are you ablutophobia?

Pernah dengar x? I came across the word on my sis fb's wall. Out of curiousity ... I pon google la. Mai I kongsi my findings here ... So, apakah itu abluthophobia? Well ... it means the fear of taking a bath/shower, usually found in people who are not emotionally stable. 

Mmm ... ada gak ye orang-orang yg takut mandi? Kalau takut mandi laut ke, kolam renang ke, biasa la dengar. Tapi ni kat dalam bilik air ... macam kelakar pon ada, hehe.


Yang ni pulak definition from Yawiktionary ...

Latin ablutio a washing + Greek; φοβία (phobia)— fear

Noun

ablutophobia
  1. pathological fear of washing or bathing.

Related terms

  • -phobia
  • ablutophobic
  • ablutophobe
  • phobia

What is Ablutophobia: Ablutophobia is the fear of washing and bathing in water.

Some symptoms of Ablutophobia include: Breathlessness, and Dry Mouth and Shaking.

Albutophobia can effect males and females but it mostly effect people with some type of water trauma.


Monday, October 24, 2011

Bingka Roti Kukus Pandan yg superlicious!!


Alhamdulillah ... la la la ... hati tengah berbunga ni tau ... puas hati sangat semalam dpt merasa sendiri bingka roti yg superb nih. Ni penangan hasutan K.Ummi lah ni, tapi don't get me wrong ye ... hasutan ke arah kebaikan & kegemukan jer ... nothing bad. Statement teramat sedap dia tu yg buat jiwa meronta-ronta kat ofis hari tu. Memang super duper sedap lah (tekak I tau, org lain cheq x sure naaa ...) lembut, gebu, wangi, lemak manis ... secukup rasa lah. But then utk tekak hubby pulak, dia kata bila makan banyak, dia rasa muak sket. 

Now nak hasut org lain buat pulak, entry lain kasi simpan dulu ... haha ( ˆ⌣ˆ)ノ Tak sangka, Haziq & Hafiy pon suka sangat ... siap Hafiy kata sedap gilerr mummy. Tu yang I kena buat 2nd round lak malam tu sebab nak bagi mak rasa pulak. First batch tu x sampai 10 mins dah licin. Kalau tekak K.Ummi suka versi sejuk, I pulak suka versi suam-suam ... walla ... macam rasa roti kukus pun ada gak. Terangkat weii!! Ni pon teringat lagi rasanya ni ... semlm kan, kalau x kenang kan kalori segala tu, memang rasa nak melantak cukup2 jer.

Ok lah, kalau nak cuba, ni resepi yg I dah edit ikut my taste bud ya (teks berwarna tu) ... I kurangkan sebiji telur tu sbb takut kot kuat bau telur nnt, jadi utk resepi asal sila klik pd link yg disertakan.


BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Sumber asal: Notabilia 
My reference: Ummi @ Home Sweet Home

  • 8-10 keping roti putih  (x perlu disiat kecil)
  • 200 ml santan
  • 200 ml air
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 3 biji telor
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • sedikit kismis / kurma disiat-siat
  1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
  3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang. I taburkan kismis sikit di setiap lapisan. Kalau letak kurma pun sedap ni.
  4. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
  5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
  6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. (I prefer dimakan suam-suam ... lembut gebu jer ..)


Wednesday, October 19, 2011

Jus Kurma Bersusu ... I'm Lovin' It


Assalamualaikum & warm welcome to sweetthots (^__^) ...
Before I continue, here's a daily reminders of the day ...

-Daily Reminders-الله
Watch your thoughts, they become words. Watch your words, they become actions. Watch your actions, they become habits. Watch your habits, they become character. Watch your character, it may determine your final destination!

Hari ni nak share this one drink yg tengah hot di dapur sweetthots. It's such a pleasing breakfast treat! Seisi rumah kami tgh dilanda demam Jus Kurma Bersusu ni. Hampir terlupa suatu ketika pernah buat this juice here until last few weeks my colleague Fiza tanya I tentang resepi puding yg pernah I cuba. Masa belek-belek my own blog, ternampak ni ... terus dah teringat-ingat and I just love to prepare this drink for the kids sbb without much forces I berjaya buat depa makan kurma, minum susu & makan madu !! Alhamdulillah ... And that's the reason I'm telling you ... I'M LOVIN' IT ... to bits !!!

Jus Kurma Bersusu
(Sumber: Rasa Feb '10)

10 biji kurma
500ml susu rendah lemak
250ml air panas
1 sudu makan madu
Kiub ais secukupnya

1. Rendam buah kurma dgn air panas selama 10 minit.
2. Slps itu kisar buah kurma bersama air hingga betul-betul hancur.
3. Masukkan madu & ais, kisar lagi.
4. Akhir sekali masukkan susu & kisar sebati.
5. Sedia utk dinikmati.


Tuesday, October 18, 2011

Biskut Cornflakes / Cornflakes Cookies


Tak habis-habis lagi I dgn citer biskut raya ye. Insya Allah ... ni the last 1432H raya cookies entry I nak letak. Got to keep the recipe here sbb biskut ni sedap, sgt crunchy & resepi K1 ni mudah je nak buat. Budak-budak pon suka makan. Jadi esok-esok nak buat x ler susah nak cari resepinya.

BISKUT CORNFLAKES / CORNFLAKES COOKIES
(Sumber: Citarasawan)

Bahan-bahan
250gm mentega
150gm gula kaster
2 sudu teh esen vanila
250gm tepung gandum
4 cawan cornflakes di ramas kasar

Cara-cara :
1.  Putar mentega dan gula hingga berkrim.  Masukkan esen vanila dan pukul rata.
2.  Masukkan tepung gandum dan cornflakes uli hingga menjadi doh.
3.  Ambil 1 sudu teh penuh dan atur di dalam loyang yang telah digriskan dahulu.
4.  Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit atau hingga kekuningan.
5.  Simpan di dalam bekas kedap udara.




My Lee Min Ho & my little hero ;-)


Hehhee... amacam? ada gaya macho Lee Min Ho kah? Budak ni u all, perasan la dia macho bak Lee Min Ho gara-gara tengok City Hunter last month. Suka sangat dia dgn character superhero Lee Min Ho dlm citer tu. Siap suruh I ambil gambar dia berposing gini masa we all celebrate bday dia kat Fahrenheit 88 17 Sep hari tu. I kata kat dia, nak suka2 gitu I x kisah, tapi bukan Lee Min Ho, yg patut dijadikan idola ye. Cepat je dia jawab, kes xmo kalah ... Abang tau mummy ... idola kita Rasulullah kan? Haa ... kalau macam tu xpe la bang, lega mummy dengar :-D


Our happy faces during the sushi cum birthday lunch treat ... picture captured by Haziq


With his birthday cake ... just a small celebration kat rumah mak with mak, ayah & his cousins.

 
Last Friday pulak sampai rumah dia dgn excitednya tunjuk kat we all buku akaun tabung haji yg pihak sekolah buat. Alhamdulillah .. bagus jugak sekolah buat camni. Tapi si adik punya, xde la pulak. Ikut kata Haziq, sekolah buat by batch ... hopefully nanti turn adik sampai la jugak tu. Nasib baik si kenit ni x merajuk, kalau tak mau dia suruh we all gi buka akaun TH utk dia juga.


Abang sibuk tunjuk buku akaun TH, Hafiy pulak nak show off hadiah dia dpt ...


Pembaca Terbanyak (Jul -Ogos 2011), Program Nilam


Happy dia sbb dapat beat budak yg dpt no 1 keseluruhan tahun 1 ;-)

This week pulak both my kids busy dgn their exams kat sekolah kebangsaan. Jadi last weekend kami hanya dok rumah, menemankan dorang study. Hubby bagi dorang buat latihan, I pulak mark Haziq punya English exercise book ... bila sampai soalan no. 5 tu, x tahan nak gelak ... alahai anakkk ... boleh pulak dia jawab macam tu.


Lepas terangkan kat dia how he should have answered the question, I teringat nak explain konsep Tawassul yang I baca kat blog Achik Zana. Alhamdulillah .. berkat perkongsian achik, senang nak terangkan kat dorang dan yang buat I happy skrg both of them tanpa disuruh sometimes berebut-rebut nak menolong sbb nak tawassul utk exam. Happy sangat rasanya. I hope ... amalan tu berterusan lah nnt walau pun exam dah habis. Ameen ... insya Allah.


Monday, October 17, 2011

My all time favorite pudding: Puding Kastad Jagung


Buatnya dah agak lama .. 2 - 3 minggu lepas kot, sebagai buah tangan masa beraya kat rumah SIL. I memang suka dgn resepi dr MyResepi ni yang dicedok dr blog Kak Ummi, dia dpt from blog princessharyati. Tekstur & tahap kemanisan puding ni sgt menepati piawai tekak I, tu yg dah x pandang resepi yg lain setakat ni ;-)

PUDING KASTAD JAGUNG
(Sumber: MyResepi)

1 cawan tepung kastad
1 1/2 cawan jagung manis (dlm tin)
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair (fresh milk pun boleh)

Campurkan kesemua bhn dlm periuk & kacau sebati. Masak di atas api yang perlahan dgn mengacau adunan sehingga pekat & berkilat. Angkat & tuang ke dlm acuan yg disukai. Sejukkan sebelum dihidang.


Sedap dinikmati sejuk-sejuk ...


Friday, October 7, 2011

Puding Susu Koktel


One of my favourite dessert ye lah pudding. Dessert yang ni di buat untuk tetamu bersekali dgn Mee Jawa hari tu. Memang selalu dah guna resepi dr blog Home Sweet Home ni tapi selalunya x dan nak ambil gambar. Resepi asalnya dr cik Jun Yummylicious.

Puding Susu Koktel
(Sumber: Jun Yummylicious)


1 paket serbuk agar-agar (11 gm)
2 biji telor
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula pasir
2 - 3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail

Cara-Cara:-
Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut. Sementara itu, pukul telor dan campurkan tepung kastad. Kacau rata dan ketepikan. Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih. Masukkan campuran telor dan tepung kastad. Masukkan fruit cocktail dan kacau sebentar. Tutup api. Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan hidang.


Wednesday, October 5, 2011

Snow Almond


Satu lagi cookies yg I buat sempena menyambut Syawal. Dah 2-3 tahun dok plan nak buat cookies ni, tahun ni baru lah rajin ... hehe. Resepi dr blog Hana Memories. Happy rasa bila Hafiy suka sgt biskut ni. Tu yg nak kena simpan resepi ni kat sini.

Snow Almond
(Sumber: Hana Memories)

 
Bahan-bahan
  • 250g butter
  • 90g gula halus - leh kurangkan
  • 50g badam kisar @ serbuk badam
  • 50g tepung ubi
  • 25g coffeemate
  • 25g nestum - kisar
  • 1sk esen coffee
  • 1 biji telur
  • tepung gandum secukupnya

Utk saduran
  • Chocolate masakan
  • Nestum @ breadcrumbs

  
Cara-cara
  • Pukul butter dan juga gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen kopi dan pukul lagi hingga berkrim.
  • Masukkan badam kisar, tepung ubi, nestum dan coffeemate. Gaul menggunakan spatula.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga tidak melekat di tangan atau boleh di terap.
  • Bentukkan ikut suka samada terap menggunakan cutter, bentuk kiub atau bulat2kan.
  • Bakar suhu 170-180 selama 15min atau hingga keperangan. Sejukkan atas redai.
  • Cairkan coklat masakan secara double boiler. Celupkan kukis tadi. Kemudian golek2kan ke dalam nestum@breadcrumbs. Jika buat bulat2 bleh masukkan ke dalam paper cup yg comel2.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.

Warna Sebenar Kita Di Jalan raya ...

Semalam kala membelek2 mailbox, terpandangkan email update blog Genta Rasa dgn tajuk di atas. Tertarik dgn tajuknya ... I terus buka & baca. Terasa ... kerana banyak kebenarannya bila berkait tentang sifat sabar di jalanraya ... selalu mengabaikan aspek sunnatullah ... Malunyaaaa ... malu pada diri sendiri ... malu padaMu ya Allah.

Sesungguhnya sabar itu mencerminkan iman. Sesungguhnya I selalu tewas bila ia berkait dgn kesabaran. Berazam selalu ... tapi bila tiba tika & saat amarah memuncak ... aih ... lupa dah segala. Insya Allah ... ... akan sentiasa berusaha utk lebih sabar dlm menangani semua perkara, sabar dlm rumahtangga, dlm mendidik anak2, dlm menangani musibah & berdepan dgn kerenah manusia ... sabar dlm meminta.  Semoga lebih istiqamah dlm usaha melawannya.

Emo pulak I hari ni ye. Btw I suka sgt lagu Opick ni ... melodi & liriknya sangat menyentuh hati .. menginsafkan bila dihayati sampai x sedar airmata ni mengalir.


 

Cahaya Hati

Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu
Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa-jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Reff:
Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Back to Reff:

Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Back to Reff:

Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah

Tuesday, October 4, 2011

German Cookies


Syawal dah berlalu tapi kita baru nak tayang biskut raya ... hehe. Tahun lepas buat Biskut Denmark, tapi x sempat nak bergambar. Tahun ni buat biskut german pulak sebab terguda dgn sekut cik Ika dan Diana. Mmg world sungguh la nama-nama biskut zaman sekarang ni, kan. Apa pun biskut ni memang best ... melt in the mouth gitu & akan jadi super duper best kalau guna pure butter tau.

GERMAN COOKIES
Original Recipe: KAK RIMA Bisou A Toi
Source: Ika Kurmiaanmu

Ingredients
  • 125g butter
  • 40g icing sugar (sieved)>>Kita kurangkan sbb ada caster sugar
  • 125g potato starch
  • 80g superfine flour (I used Plain Flour)
Caster sugar n lil bit colouring>>yg ni utk hiasan ~ color ikut theme baju raya tahun ni ;-)

Method
1. Beat butter and icing sugar till fluffy and lighter in colour.
2. Sift in potato starch and plain flour, mix to form a soft dough.
3. Roll into small balls (about 7g each) and arrange on lined baking tray - i used 1/2 tbsp to get the same size
4. Dip the tip of the fork in a bowl of water and press on cookie dough.
5. Bake in preheated oven at 170 deg C for 15 min.
6. Lepas keluar oven terus tabur dgn caster sugar kalau tak dia tak melekat, kita guna bhgn atas jerr :D



Monday, October 3, 2011

Fancy Cookies


Dah lamaaaa bebenor buat ... baru terjumpa lak gambarnya. Resepi ... nanti I google balik eh.


Enjoy betul masa buat cookies ... sort of theraphy for me & my kids. Haziq & Hafiy yg minat sgt drawing, x lepas peluang bila I setuju depa nak tolong.


Yang dah siap di pack utk majlis akikah dak tecik nih hari tu ...

Serupa ke ??


My mum always says Hafiy & his Mak Long (hubby's only sister) muka serupa ... and she asked me to take photos of them together. Bila his Mak Long dtg beraya recently, Hafiy ingatkan I balik ... jgn lupa ambil gambar dia & maklong nya. Kali ni sungguh sporting lak Hafiy nak tunaikan permintaan nenek dia tu.

So ... what say u? Do they look alike or different??? (^___^)


But how about this one? Serupa x dgn muka mummy? Haha ... nak gak ada iras2 I okeh .. ;-)


I'm pretty bored today ...


Kebosanan melanda hari ni, kerja yg nak dibuat kat opis ni dah pon settled. Monday blues .. kah?? Terbayang kalau dapat tengok program Tanyalah Ustaz & Muqaddimah di TV9 or Ar-Rayyan sambil minum kopi alangkah seronoknya. Missing my days at home di pagi hari ... :( Layan drama Korea pon syok juga .. hehe ...

Btw gambar tu xde kaitan apa2 dgn cerita saya. Entry xde gambar nampak lagi la membosankan ... so I just nak share one of my family favorite dish ... semua org pon pandai masak lauk ni kan ... usually I masak bila tiba time malas or nak menderass.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...