Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Mali's Corner

Mali's Corner ... the top spot for Char koay teow in KL. Setelah sekian lama dok dengar org sebut-sebut kesedapannya, finally ni lah pertama kali merasa hari sabtu yg lepas dekat Platinum Walk, Danau Kota. Rasanya? Sedap la jugak ... Maaf ... some may not agree with my comment ... tapi semata-mata nak datang sini makan koay teow ni tidak la kot sebab kita ni bermastautin kat Ampang. Hari tu pon bila dah makan 1/2 pinggan, nak menghabiskan tu payah la pulak. Maybe sebab rasanya ada cam berempah sikit buat tekak ni cepat muak. Tapi dari segi harga pulak, I rasa ianya sangat berpatutan.  Pada tekak I char koay teow basah kat my hometown pekan Masjid Tanah tu lebih menepati citarasa kami. Just my 2 cents. Bak kata orang, tepuk dada tanya selera ... citarasa kita berbeza2 kan. Dlm kata lain rambut sama hitam hati lain-lain. Sesungguhnya Allah tu Maha Mengetahui, kalau semua org sama citarasa & kehendaknya ... I rasa bertambah tunggang langgang dunia ni, dok berebut benda yg sama k…

Kek Lapis Cheese Persona

A quick fix for my cheese cake craving. It's really fast to prepare peluh pon x sempat keluar and yet the taste ... was like ... mmm ... heaven on earth ... superb!!! alhamdulillah ( ˆ⌣ˆ)ノ no regret. Tiru K.Ummi tabur biskut oreo on top ... since I enjoy the taste of lemon on my cheese cake, I letak le sket lemon juice dlm adunan cheese tu.
KEK LAPIS CHEESE PERSONA
Sumber:Ryo Azhar

Bahan A: (Loyang kek saiz 9x9 / 8 x 8 in)
2 bungkus biskut marie perisa coklat (lebih kurang 600 gram- Ryo guna jenama LEE) - I guna perisa coffee500 ml susu segar,dipanaskan Bahan B:
500 gram cheese cream (Philadelpia/Tartura)10 ml susu segar1/2 cawan gula halussedikit jus lemon



Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati.Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan. I tambah a bit of lemon juice.Sediakan bekas yang dialaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.Panaskan susu segar, padamkan api.Ambil seke…

Muffin Coklat

Tak sempat nak bermadah helah, mode bz bee sekrg ni. Tapi nak letak gak resepi muffin ni kat sini yg diselongkar dr dapur Izah Muffin Lover tu ... supaya x lupa, esok2 kalau teragak nak buat senang nak refer. By the way, rupa muffin I hodoh ... nak ambil gambar pon xde hati ... bukan salah resepi, tapi oven kakak Ipar la yg harus dipersalahkan, bayangkan muffin yg patut naik membukit ditengah, boleh lak naik menyenget ... minah senget ke apa ;-). Kecewa menengokkan rupanya tu, tapi rasa ... alhamdulillah, sedap tau!
MUFFIN COKLAT Sumber: Izah,mak Lang &  kak Ummi
Bahan-bahannya:

A
 2 cawan tepung *izah gune tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko *izah letak 1 cawan
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam

B
 2 cawan gula kastor *izah kurangkan sikit
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick * izah tambah

C
 3/4 cawan air panas

Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tep…

Hafiy & Hana