Wednesday, January 30, 2013

Ww: Kayu




Membaca jurnal bdaria menginsafkan saya sebentar. Semoga Allah permudahkan dia dan keluarganya dlm mengharungi dugaan tersebut.


Masakan Kampung @ Velodrom, Cheras

Hala tuju kami empat beranak untuk makan tengahari tatkala teringin nak menyedut siput dan nak makan ayam kampung. Lauk pauk memang banyak; kalau boleh semua nak masuk pinggan, pelbagai sambal pencicah, ulam-ulaman. Udang galah pun ada, tapi bersedia je la time nak bayar tu ye, gigil-gigil gak nak buka dompet. Tapi favorite kami apa lagi, siput sedut dan ayam kampung lah. 

Lokasi kedai di kawasan Downtown KL, Velodrom Cheras. Bersebelah Nasi Ayam Kampung Hassan (NAKH). Kalau NAKH tutup setiap Jumaat, kedai ni pulak tutup setiap hari Isnin. Bersebelahan kedai ni pon ada kedai masakan kampung. Kami x pernah cuba sebab xde siput sedut kat situ.


Terpulang kepada selera masing-masing lah, kalau nak masakan siput sedut kelantan yg ori ... sila ke NAKH, ada kelainan dr segi rasanya tau dari yg kebanyakan kedai yg biasa kita makan sebab kat NAKH ni, dia letak daun kaduk dan x dimasukkan cili padi ... so kuahnya rasa lemak2 and after taste, pahit2 sikit gitu. Sedap gak.


Ni pinggan nasi I masa first time I gi makan kat sini, 3 jenis protein ... oooppss, baru perasan ... 4 lah. Eeiii ... mana x hancuss diet, dan utk yg ni .. I sorang je makan waktu ni ... rm33 ... berpeluh2 akak time bayar tu. Mana taknya, udang galah tu sekor je dia charge rm23 ... dan sepinggan siput sedut tu rm5 kalau x silap.



Friday, January 25, 2013

Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock


Orang kata untung keje kat area MV nih ... tapi bagi kitorg yg dah dekat 3 tahun opis pindah kat sini, dah buntu dah mikir menu lunch. Kalau dapat pekena Nasi AYam Kunyit Mat Rock kat atas ni, sedapnyaa...

Huhu ... mana nak gagau kat area opis ni. Orang yg pernah merasa mesti tengok gambar ni kecoq air liuq ..  terbayang ayam goreng yg sedap panas2 bersalut dgn sambal macam sambal belacan siam berserta potongan kacang panjang dan bawang holland .. agak menyengat la pedas dia tapi memang sedap. Cukup membuka selera dan memang boleh teringat-ingat. Kicap ada disediakan jika nak. Harga pon berpatutan.

Kita pon mula terpikat, hasil hasutan Kucing Oren nan gumukkss itew .. sila lihat entri dia yg ni. Gambar i ni lagi tangkap leleh kan, kan .. haha .. Memang dah lama menyimpan hajat nak makan since baca entri dia. But time I makan ni, berlaku secara kebetulan jer 2 bulan lepas. Pergi klinik area Jln TAR, macam buntu lak tetiba nak makan apa sbb lalok kena jab ala2 penangih dadah tgh high ... sekali I ternampak queue pjg dekat satu gerai ni ..bila dtg dekat, cam confirm je nasi tu. Terus masuk queue and beli.


Ada beberapa lokasi Mat Rock ni meniaga, satu di Jalan P.Ramlee .. detail kat blog kucin tu ye. Yang I pergi ni dekat belakang Colliseum Cafe, Jalan Tar ... kalau beratur tu belah kiri leh nampak building spt dalam gambar ni. Sori .. tak bagi alamat/koordinat .. malasss nak gugel .. perut tengah senak terlebih kenyang ni. Nanti bila rajin, kita update lokasinya ye.





Wednesday, January 16, 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...