Sunday, June 30, 2013

Udang Brastagi


Ada balance udang yg hubby bawa balik dr Sabah hari tu xtau nak masak apa. So kita terasa nak cuba resepi baru .. terus selongkar dapur Ayu .. suka gi dapur dia sebab dia rajin cuba macam-macam resepi dan dah banyak yg dia cuba. Belek-belek dengan bahan-bahan yang ada maka kita pun cuba la resepi ni .. Brastagi pon dah pernah sampai, tapi udang brastagi belum pernah rasa. Nak tau gak, apa pasal namanya gitu ... hehe ...

Ayu gandingkan lauk ni dengan Nasi Komok (mmm ... another recipe yg macam menarik utk dicuba sbb dia dah buat a few times nih), tapi kita agak malas ler pulak hari tu .. jadi makan dengan nasi putih je la ..

UDANG BRASTAGI 

Sources:- resepi Mesra.net
Link:- Ayu@curlybabesatisfaction

2 ekor udang yang besar
2 labu bawang besar
5 biji cili merah + beberapa cili padi 

1 ulas bawang putih
½ cawan minyak makan
Sedikit garam dan gula

1 biji lime juice


Udang dibersihkan kemudian digaulkan dengan sedikit garam halus dan goreng hingga kuning. Cili merah digiling halus bersama dengan bawang putih. Bawang besar dimayang kemudian panaskan minyak dan tumiskan hingga kuning, lepas itu masukkan cili, garam dan gula. Bila sudah garing, masukkanudang dan balik-balikkan hingga sama rata. Hiaskan dengan salad, tomato, cili merah dan daun bawang semasa menghidangkannya.

** Sesuai juga jadi menu iftar or sahur ni ..


Thursday, June 20, 2013

Laksa Johor


Laksa yang dibuat masa birthday mak (26 April) hari tu. Pakat-pakat dgn Shiwa, akhirnya terlaksana la impian nak buat sendiri. Dah lama nak cuba buat, tapi asyik tak jadi sebab rasa macam remeh bila tengok banyaknya bahan-bahan dia. Tapi bila dah buat, xde la renyah mana pon. Bila nak masak makanan orang Johor ni, memang selalu selongkar resepi Puti Mazura ... dan selain dari resepi Soto yang pernah I cuba, ternyata resepi laksa Johor dia ni pon sedap juga.

LAKSA JOHOR
Sumber : Pn.Puti Mazura


Bahan utk kuah:-
1 ekor ikan tenggiri sederhana besar
2 ekor ikan kembung
ikan kering kurau sebesar tapak tangan
segenggam udang hidup
segenggam udang kering

*Rebus kesemua bahan diatas dan diblend. Air rebusan jgn dibuang dan guna air yg cukup2 aje.

20 ulas bwg merah }
10 ulas bwg putih } blend
10 helai cili kering }
2 paket kecil kari ikan - mskkan skit air utk jadikan pes
segenggam asam jawa - bancuh dgn air rebusan ikan tadi
santan dr 1 bj kelapa
3-4 sudu kerisek
2 btg serai - titik
gula dan garam

Perapkan ikan + udang yg diblend tadi bersama santan selama 2 jam.
Masukkan cili kering + pes kari, goreng hingga terbit minyak dan masukkan kerisek = kacau
Masukkan isi ikan + udang yg diperap tadi
Masukkan air asam jawa
Bila mendidih adjust airnya ikut suka kalo nak banyak
Masukkan gula+garam sesedap rasa
Biarkan mendidih dan kalau kurang masam, masukkan 1@2 asam keping



Cara Hidangan:
Spagetti - direbus
Timun - hiris cam btg mancis pun boleh
Taugeh
Daun selasih
Bwg besar - mayang halus
Daun kesum - option - mayang halus
Limau kasturi
Sambal belacan: 
(10-15 cili kering/cili merah+10 bj bwg merah + belacan + gula + garam = blend halus)

Udon Goreng Lada Hitam


Check out the recipe here


Tuesday, June 18, 2013

Bubur Candil juadah buat tetamu di hari raya

Raya baru baru ni my aunty tetiba kata rasa nak makan bubur ni, maka lepas settle masak lunch terus la gentel tepung buat bubur. Ada tet...