Wednesday, April 30, 2014

Ayam Panggang Blackpepper Bermayonis


Kalau tercari-cari resepi ayam panggang, sila la intai-intai dapurmamasya. Ada pelbagai resepi ayam panggang yg dah dicuba oleh mama ni, sampai xtau mana satu nak pilih. 2 minggu lepas, dah terlanjur meroti I buat la ayam panggang ni untuk dinner. So pagi-pagi lagi dah perap ayam & simpan dalam fridge.  Belah petang sementara tunggu roti proofing, I pun bakar ayam dulu. Timing just nice, ayam tu masak around maghrib sempat anakanda dinner before gi tuisyen.

Resepi ayam panggang kali ni memang dapat pujian melambung dari anak-anak & hubby yang kebetulan kerja kat KL hari tu (tu sebab ler I is terlebih rajin sgt memasak hari tu, kan ... hehe..) I pun setuju sangat this recipe memang best. Tambah sedap makan cicah dengan gravy yg sgt sedap I buat hari tu ... hahaha, syok sendiri kan. But seriously, gravy kali ni memang terbaik and was a perfect match for the ayam.

I served ayam tu dengan roasted potato yg dibakar sekali dgn ayam (gaul dgn serbuk ketumbar & both jintan then drizzle dgn olives oil) dan some tomato cherry.


AYAM BAKAR BLACKPEPPER BERMAYONIS
Sumber:  Dapurmamasya 

Resepi asal: Rosjintan

1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil black pepper - ain tambah black pepper sauce 1 sudu
2 cm halia ( agak-agak je)
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah

1. Blend bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
2. masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)


CREAMY BLACKPEPPER GRAVY
Resepi: ain@my-sweetthots.blogspot.com

1/2 cup culinary whipping cream
Lebihan sos perapan ayam di atas
Lebihan jus yg keluar semasa ayam dibakar & yg melekat di atas dulang pembakar
Beberapa sudu sos black pepper

Campur kesemua bahan & masak sebentar atas api. Sesuai kan rasanya & tambah sedikit garam jika perlu. Hidangkan dengan ayam panggang di atas.

Tip masak ayam bakar dari Dapurmamasya:
1. Jgn potong ayam kecil2 sbb ayam nanti agak kering dan tak lembut, seeloknya seekor ayam potong empat atau guna chicken leg.Nak hidang barulah dipotong
2. Utk bagi ayam kilat elok, sapukan butter atau minyak zaiton semasa membakar
3. Perap ayam sekurang2nya 1-2 jam atau nak lagi sedap 1 mlm.
4.Sekiranya rempah perapan ayam ada lebih....sapukan kpd ayam semasa membakar.
5.Kalau bgh isi ayam dah tertanggal dr kulit itu maknanya ayam dah sgt masak...seelok2nya jgn sampai isi ayam tertanggal dr tulang.
6. Bila ayam dah masak, keluarkan segera dari oven utk mengelakkan ayam kering
 

Tuesday, April 29, 2014

Bee Hives Bread / Roti Sarang Lebah



Ooo yesss ... I pon dah terkena sengatnya. This bread is the talk among food bloggers right now, tu yg achik pon terkinja-kinja juga nak menerai. I first saw this kat FB cik Izah Muffin ler. For me, the bread alone xde apa-apa special pon. It's the Butterscotch sauce & the crunchy nuts that makes it taste sooo good, finger licking good ;) We licked the sauce sampai habis licin berkilat xyah basuh dah bekas tu ... hahahaaa ...

Kalau I nak buat lagi, I will definitely use a different recipe for the dough sbb I lebih suka roti yg lembut & buat lebih the Butterscotch sauce tu sebab that day tak cukup kita nak colek-colekkan kat roti tu.  I hantar sikit kat rumah my mum, adik I siap nak order tau. So, amacam? Uols x tergoda gak ke nak buat?


ROTI SARANG LEBAH
Resepi: Lydia Honey

DOH
2 cawan tepung gandum * izah campur tepung roti
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik *yogurt tak de izah ganti buttermilk
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..


Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya.
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan dengan minyak je.


Taburkan dgn pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 
Sementara menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah. Time bakar dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya. Sedia untuk dihidangkan.


NOTE:-
1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.


BUTTERSCOTCH SAUCE

1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTE:-

Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .


Monday, April 28, 2014

Egg & Chicken Sandwich ... the creative way


Sharing another idea to be creative with eggs which I made for my kids this morning.

EGG & CHICKEN SANDWICH
Resepi: ain @ my-sweetthots.blogspot.com

Beberapa keping roti
Beberapa keping Chicken Meatloaf
Telur
Slice Cheese
Salad
Tomato Cherry/Pickles
Blackpepper - crushed

1. Sapu roti dengan mayonis. Ketepikan


2. Ambil sekeping meatloaf, gunakan gelas dan tekan ditengah-tengah meatloaf tersebut seperti gambar di atas.


3. Tarik keluar bahagian tengah meatloaf.


4. Letak meatloaf di atas pan yg dah dilengser sedikit minyak & pecahkan sebiji telur ditengah-tengah lubang.


5. Masak hingga putih telur sedikit mengeras & boleh la digunakan dlm sandwich atau dimakan begitu sahaja dgn sos or blackpepper

Friday, April 25, 2014

Ayam Panggang Simple


Ayam panggang ni kita buat dalam sebulan yang lepas. Berborak sakan kat telegram & when I shared pic of ayam panggang sedap with rosemary yg I buat masa tu my x-schoolmate dok tanya resepi ayam panggang yang best. Jade pun shared her simple ayam panggang resepi which then I teragak la pulak nak buat terus. Since dia xbagi specific measure I menambah la mana yg patut.

It's a very simple & quick preparation & bahan-bahan pun yg biasa ada dalam setiap rumah, yet taste dia still sedap. My kids just love it.


AYAM PANGGANG SIMPLE
Sumber: Jade

Seekor ayam - belah 4 supaya sekata & cepat masaknya
Lada sulah secukupnya
Garam
Lemon - dihiris letak diatas/dicelah kulit ayam, boleh juga diperah sedikit jusnya & dilumur pd ayam
Olive oil/butter - untuk lumur pada ayam 

Ayam yang dah dibersihkan dilumur rata dgn lada sulah, garam & jus lemon. Kemudian dilumurkan dengan olive oil /butter untuk menghasilkan kulit luar yg rangup & cantik berkilat. Hirisan lemon diletakkan dicelah-celah kulit ayam dan bakar ayam di dalam oven sehingga masak.

Nikmat Di Kala Hujan ...


Secawan kopi panas & inang-inang goreng. Ye, that's how I enjoy it. Sekarang Hafiy pon dah terikut-ikut ;) To my blog readers out there ... try lah ... see if you'll love it or not. Assalamualaikum.


Wednesday, April 23, 2014

Sotong Bersos Madu


Bila saya malas nak masak, atau nak masak yg cepat siap & ringkas, ni le antara menu pilihannya. Cepat, mudah & ringkas dan yg paling penting ... sedap. My boys bukan main puji melambung kalau I masak lauk ni. Macam masterchef katanya ... haha .. dah favourite dia kan ... bukan main lah, mummy pon kembang kuncup hidung tau ;)

SOTONG BERSOS MADU
Resepi: cik ain | my-sweetthots

1/2kg sotong dibersihkan & dicelur sebentar, toskan airnya
3-4 ulas bawang putih - cincang
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan madu - boleh ganti dgn gula kalau xde tp kurangkan sedikit
1/3 cawan air
Sedikit jus lemon/limau nipis
Daun bawang - dihiris
1-2 tangkai cili kering - jika ingin pedas

Ambil 3/4 bhgn dr bwg putih yang dicincang, goreng hingga kekuningan dan ketepikan.
Campur bhn sos - sos tiram, madu & air.
Tumis baki bwg putih hingga wangi. Boleh masukkan cili kering jika ingin sedikit pedas. Masukkan sotong & goreng sebentar (I prefer sotong tu garing sedikit). Masuk bahan sos & sedikit je garam utk lebih umpphh sbb sos tiram dah masin masak hingga kuah nampak sedikit likat. Masukkan jus lemon & daun bwg yg dihiris dan masak lagi 1-2 minit. Semasa menghidang, taburkan bwg putih yg digoreng tadi. Yang ni xde stok daun bwg, togel je kurang seri.

Mongolian Beef


Lauk ni I masak for the kids dinner last week. Ada daging je kat rumah masa tu & I teringat kat resepi Maz ni. So saja la nak test menu orang mongolia pulak ;) Memang sesuai masakan ni untuk kanak-kanak sebab rasa dia manis-manis kicap tu. Haziq suka sangat. Untuk tekak I ni yg suka lauk yg ada pedas-pedas, lebih kick rasanya kalau tambah cili padi. Tak de stok pulak dalam peti masa tu.

MONGOLIAN BEEF
Resepi: http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (resipi anggaran)

300g daging lembut/batang pinang - hiris nipis panjang
1 ulas bawang putih - cincang
1-2 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
1/2 sudu besar gula perang
minyak masak secukupnya
tepung jagung secukupnya - untuk salut daging
cili burung/cili besar - hiasan
sedikit air

1. Pastikan daging berul-betul kering agar proses masak nati daging masak elok dan tidak mengeluarkan air - (maz tak cuci pun daging tu, terus goreng sebab daging bersih)

2. Dalam pingan yang besar, ratakan 3-4 sudu besar tepung jagung yang digaul dengan secubit garam. Kemudian salutkan kedua bahagian daging dengan tepung jagung sepenuhnya.

3. Panaskan 3-4 sudu besar minyak masak dalam kuali leper biasa (bukan non stick), kemudian susun daging dan masak 2-3 minit dikedua bahagian. Angkat dan ketepikan. Buat sampai habis dan tambah minyak sikit lagi untuk masak yang seterusnya jika perlu.

3. Dengan kuali sama, masukkan 2 sudu besar minyak, kemudian masukkan bawang putih dan masak sekejap. Masukkan kicap manis dan gula perang, biar berbuih seketika, kemudian masukkan sos tiram dan sedikit air (jgn banyak ye).

4. Akhir sekali masukkan daging, cili hiasan dan perasakan secukup rasa. Kacau balik agar sebati, jika perlu boleh tambah air 3-4 sudu lagi dan masak sekejap biar sos jadi pekat. Siap

Tuesday, April 22, 2014

Blueberry Crumble Cake


This cake memang dah lama nak share asyik la kena potong queue dengan resepi lain. Dah lama juga kita buat dlm 2-3 bulan lepas. Serious sedap sangat sampai saya dah jatuh cinta tau. Lagi pulak bila guna fresh berries and a good quality butter, berta mbah-tambah la sedapnya ...meroyan makan takut gemuk ... sambil tangan tu still dok menyua jugak kek tu dalam mulut ... hehe. Keknya jenis sponge, ringan & tak muak ... memang terbaik lah. A delicious alternative to the classic apple crumble. Kalau serve dengan ice cream pon best.

Asalnya buat kek ni sebab sayang hari tu terlebih-lebih buat crumble untuk Apple Crumble. Bila google nampak best sgt kek ni, review pon menarik je. Kalau blueberry uols guna tu jenis masam kan, pandai-pandai la lebihkan gula gaul kat blueberry tu ye.


BLUEBERRY CRUMBLE CAKE
Recipe: TrudyNH Allrecipes

Serves: 9
125g plain flour
1 1/2 teaspoons baking powder
1/4 teaspoon salt

50g margarine
100g caster sugar
1 egg
75ml milk
300g fresh blueberries

100g caster sugar
5 tablespoons plain flour
1/2 teaspoon ground cinnamon
4 tablespoons softened butter

Preparation method Prep: 15 mins |Cook: 35 mins

1. Preheat an oven to 180 C / Gas 4. Grease and flour a 23cm square baking dish. Whisk 125g flour, the baking powder and salt together in a mixing bowl.

2. Beat the margarine and 100g sugar with an electric mixer in a large bowl until light and fluffy. Beat in the egg. Pour in the flour mixture alternately with the milk, mixing until just incorporated. Pour the batter into prepared dish, then sprinkle evenly with blueberries.

3. Combine 100g sugar, 5 tablespoons, cinnamon and butter in a bowl with a fork until crumbly and evenly mixed. Sprinkle evenly over the blueberries.

4. Bake in the preheated oven until a skewer inserted into the crumble comes out clean, about 35 minutes. Allow to cool before serving warm.


Cook's note:
If you decide to use frozen blueberries, thaw them out and drain before using in the recipe.

Thursday, April 17, 2014

Tortilla Pizza


Assalamualaikum ... hari ni dok tayang pizza lagi kat rumah maya I ni ye. Well, just nak share ... whenever tekak I ni menggedik-gedik la nak makan pizza kan or doubleH request tapi I was flipping lazy nak main tepung, nak prep time yg pendek je, ini lah solutionnya ... using Tortilla wraps dari Mission as the pizza base ;) Pantass gitu ... sup sap sup sap ... yeaaahhhh & pizza will be ready within 30 mins ... haha ... plus u can choose nak base rasa garlic ke, potato, the original plain or onion & chives. Oo lala ... 

... and my other secret for a great pizza in a jiffy is .... to use Sos Spaghetti Kimball (be it 1.Cendawan, 2.Bawang & Selasih or 3.Bolognese) as the sauce base ... and my sons really love to have tomato cherry & bawang Holland on their pizzas. The juice yg keluar from the tomatoes when u bite gives an extra kick. Ummpphh lah!

Sometimes kita tak terlintas nak memvariasikan our pizza topping dengan apa-apa bahan yang ada kat rumah. Here are some of the topping we normally had at home ;) Yang kat atas tu ialah Beef Pepperoni & Sos Bolognese.


Grilled salmon (just letak salt & grill) & cheezy mayo


Minced Beef & Hickory Smoke BBQ Sauce Life
hoho ... i sgt suka this combo, menjejes air liur ooiii bila tengok ni.


Minced Beef & Black pepper Sauce


Serunding Ayam & Mayo

Ini cuma sebahagian je, ada macam-macam lagi topping yang boleh kita buat bila buat pizza kat rumah. Semuanya bergantung kepada selera & creativity, kan.

Wednesday, April 16, 2014

Grilled Lamb Rumey Rimas


Satu lagi resepi yang I suka sangat tapi asyik tak menyempat je nak share. Sos perapan ni xpedas, rasa masam manis dia memang ngam sangat & membangkit selera. Tu yang my anak pun suka & asyik tanya bila nak buat lagi cik rimas ni ... hehe. Resepi ni kawan I yang dok kat Riyadh yang bagi, dia pulak dapat dari kawan dia Wan Rumaizah yg juga bermastautin kat sana rasanya. I kurang pasti lah mana datang nama Rumey Rimas tu, may be ada kena mengena dengan Tony Romas atau Rumey tu nama glamour cik Wan sendiri ye?  ;) 


SOS RUMEY RIMAS
Resepi: Wan Rumaizah
Sumber: Umm Ammar Jeni Mokhtar

1 cup sos tomato
1 1/2 cup madu
1/2 biji lemon - ambil jus
2 inci halia
4 ulas garlic
Garam, lada hitam & oregano secukup rasa

Campur semua bahan-bahan & perapkan dengan lamb. For best result, marinate the lamb overnight.

**My Note:
Lebihan sos perapan tu ain masak sekejap biar pekat sikit dan boleh serve dengan grilled lamb tu nanti.


Serve dengan ciabbata bread, salad & mashed potatoes memang terbaik!

Tuesday, April 15, 2014

Caramel Cheesecake


Dah lama nak share citer ciskek yg sangat sangat sedap ni. Senang citer it's a simple cheesecake with a very wonderful taste. Masa menulis ni pon rasa dok telan air liur je teringatkan kesedapannya tu ... a taste that lingers on gitu ... haha macam tu la bila makan sesuatu yg cukup memuaskan hati, rasanya tu mmg melekat-lekat, teringat-ingat ... isyy rasa nak gi buat je sebiji ;) Memang sangat puas hati memilih kek ni as birthday cake hubby masa February hari tu sebab dia pun sangat suka, kejap-kejap masuk dapur buka peti sejuk cari kek. Benda-benda yg berkaramel ni mmg his favourite.


I double the recipe below supaya dapat kek yg besar sikit & boleh bagi adik, mak & family my aunty rasa. Semua pun kata sedap. Memang manis sikit coz ada caramel, kan ... kira dimaafkan lah ye kandungan gula untuk kek ni. Kalau x, xmenarik nnt.

 
CARAMEL CHEESECAKE
Resepi: Yani MYR
Bahan-bahan ( 18cm ) 

Krim:
250g cream cheese - suhu bilik
3 biji telur
1cwn(200ml) sour cream
1cwn(200ml) fresh cream
120g gula
2 sudu besar corn starch
beberapa titik vanila esen
Lapisan bawah
100g biskut marie/ graham cracker
50g butter(cairkan)

Caramel:
1/4 cwn(50ml) fresh milk
80g gula
Masukkan biskut ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk dengan kayu pencanai sehingga hancur. Masukkan butter dan ramas sehingga jadi berketul
Masukkan biskut ke dalam loyang. Tekan padat-padat biskut tadi.
Sediakan karamel. Masakkan gula dengan 1 sudu besar air sehigga perang. Padamkan api. Kemudian masukkan fresh milk. Ketepikan
Pukul cream cheese sehingga jadi bentuk krim. Masukkan gula -> esen vanila -> sour cream -> telur -> corn starch -> fresh cream ikut turutan sambil dipukul. Pukul sehigga jadi bentuk krim.


Tuangkan krim ke dalam loyang. Letakkan karamel di atas cream tadi.
Bakar selama 30 minit pada suhu 200C dan turunkan suhu kepada 160C. Bakar lagi selama 30 minit. untuk mengelakkan hangus pada permukaan bolehlah letak aluminium foil selepas 30 minit pertama. Bakar secara double-boiler dgn meletakkan air suam di dalam dulang. 



Friday, April 11, 2014

Pizza


Sejak angin rajin uli roti tu datangkan, tetiba rasa nak makan pizza homemade. Kali ni saja nak try resepi pakcik Jamie, tapi I xde stok semolina flour tu pun kat rumah, even bread flour pun dah lama xbeli. Nak keluar malas, tapi nak juga buat masa tu. Jadi pakai je la tepung gandum serba guna. Sedap dan menjadi juga. Best gak resepi pakcik ni, senang je. Pizza tu pun lembut and gebus je. Lain kali nak kena try buat guna semolina & bread flour pulak la nanti.

Untuk sos pizza, I selalunya pakai tomato puree or Sos Spaghetti Kimball (trust me, sos ni sedap tau ... xyah cari Prego dah. murah pulak tu dr cik Prego) - I biasa guna either Bolognese or Bawang & Selasih ... dua-dua pun best. As for the topping tu selalunya beef pepperoni, cherry tomato, bawang holland & mushroom. Yang kat atas tu I cmpak gak baki sos merah Baked Pasta I buat hari tu ... so ada la small chunks of minced meat dlm tu. Double sedap ;) Then for the cheese I tabur mix of parmesan, cheddar dan mozarella. 

So here's the recipe based on apa yg I buat ye.


PIZZA DOUGH
Adapted from: Jamie Oliver
(Menghasilkan: 2 large pizza - size 24cm)

500g tepung gandum/tepung roti
1/2 sudu teh garam
7 g yis kering
1/2 sudu besar gula kastor
2 sudu besar extra virgin olive oil
325 ml air suam

  1. Ayak tepung dan garam, buatkan lubang ditengah-tengahnya.
  2. Campurkan yis, gula dan olive oil ke dalam jug berisi air suam, biarkan sebentar then tuangkan ke dalam lubang tadi. Perlahan-lahan gaulkan tepung dan terus menguli hingga menjadi doh yg licin dan elastik. - I campak semua bahan dalam mixer & biar je mesin yg menguli ;)
  3. Rehatkan doh yg dah siap tadi. Tabur sedikit tepung ke atasnya, tutup doh dgn kain lembap dan biarkan dlm 1 jam sehingga doh naik 2 kali ganda.
  4. Keluarkan doh tadi ke atas meja kerja yg dah ditabur tepung, tumbuk-tumbukkan untuk buang angin. Doh ni boleh digunakan terus; atau simpan di dalam peti sejuk (or freezer) dgn dibalut ke dalam cling wrap.
  5. Jika nak guna terus, bahagi-bahagikan doh tadi dan boleh lah dicanai mengikut saiz pizza yg dikehendaki. 
  6. Sapukan sos pada base pizza, tabur topping dan all the cheese, kemudian bakar.
**Note:
  1. Adalah lebih baik untuk mencanai pizza 15 - 20 mins before kita nak memasaknya. Jangan biarkan doh yg dah dicanai terbiar beberapa jam tanpa dibakar. 
  2. Jika hendak menyediakan terlebih awal, pizza yg dah siap ditabur topping tersebut hendaklah ditutup dgn cling wrap dan disimpan dalam peti sejuk.
  3. Sekiranya nak menyimpan doh yang telah dicanai tanpa diletakkan toppingnya terlebih dahulu; canaikan doh dlm ketebalan 0.5cm dan letakkan ke dalam bekas aluminium foil yg telah digris dgn olive oil & ditabur tepung. Doh yg telah dicanai ini boleh disusun bertingkat-tingkat, balut dgn cling wrap & disimpan dlm freezer. 

Oh ye ... Happy Belated Birthday to Alisya Hana  ni gambar I cilok from her mama (pre-birthday treat by abah ke ni?) ... kejap dah 3 tahun budak yang perasan mermaid ni dan sangat suka pink, sampai air nak minum color pink ... bila main dengan nenek dia, she jadi Barbie ...suruh nenek jadi oink oink sbb binatang tu color pink tau ... adoiii la, pity nek echah ;) ... Tengok je gambar tu, baju pink, hairband pink ... I bet, kasut pun kaler pink tu ;) More stories of her at her mama's blog if u are interested ...

Wednesday, April 9, 2014

Marble Butter Cake


Ni ler kek marble yg I citer kat bawah tu tadi. Saya setuju dgn DG dan Wen, kek ni sedap ... that's why sebelum cheq lupa, have to keep the recipe here. I love the outer crust yg garing tu, makan panas-panas baru keluar oven memang sedap  woo ... tak sedar 2 3 potong masuk mulut sekali hadap, huhu ... bahaya, bahaya .. tu yang cepat-cepat agih-agihkan bagi kat sedara mara ni ... haha.

Sila, sila la buat ye ... gerenti x menyesal punya. Kalau banyak mulut yg nak disumbat, baik double kan terus recipe coz yg kat bawah ni cuma dapat kek kecik je, lebih kurang tin bulat 8in tu.

MARBLE BUTTER CAKE
Recipe adapted from: Wen’s Delight via DG

Ingredients:
250 gr Butter - Soft
85 gr Caster sugar (I used 100 gr)
1 tsp Vanilla extract
1/8 tsp salt (if prefers less salty just a pinch will do)
4 Egg yolks
1 tbsp Milk
200 gr Plain flour
1 tsp Baking powder
4 Egg whites
85 gr Caster sugar (I used 80 gr)


Method:
- Preheat oven at 160C. Line a 8" Square tin.
- Cream butter, sugar, vanilla and salt until light and fluffy.
- Add in egg yolks one at a time and beat till creamy. Add in milk and mix well.
- Sift in flour and baking powder and mix well. Set aside.
- Whisk egg white and sugar till soft peak in another bowl.
- Fold 1/3 of egg white mixture into butter mixture. Mix well and fold in the rest.
- Pour batter into lined baking pan and bake for 40-45 mins or until cooked.

** NOTE:
Untuk adunan coklat tu, I asingkan dlm 1/3 adunan campurkan dengan 3 sb nutella sbb hari tu dah kehabisan coco powder. Pastu pandai-pandai lah tompok-tompokkan adunan tu dlm baking tin & then swirl sket biar mcm nak xnak je bercampur utk beri efek marble tu ;)


Oh ye ... #budakkeningberkerut ni pun mai juga meneman mak dia datang mandi. Haha ... kelakar dengar citer Hafiy pasal dia yg hairan tgk muka sendiri lam cermin ni ...


Butter Cheesecake


Last 2 weeks my aunty kat melaka tu dok tayang kat our family whatsapp group the cakes she baked nak bawa balik kg untuk santapan my induk. Terliur pulak menengokkan marble kek dia tu. Dan dan tu jugak la I rasa nak makan butter dan marble cake youuuu ... maka terus masuk dapur & buat. Bukan 1 jenis tau, i buat 2 bijik terus okey ;) hahaha ... puas hati. Maka tetamu2 I yg datang menumpang mandi pun dapat ler tempias makan kek butter ni (rumah I je alhamdulillah air x putus ... kalau x xtau la mana nak mandi & basuh baju), termasuk my mum. Mak & cik wa preferred the marble cake (nanti i share resepinya pulak) tapi my other sister suka this one.

I jumpa resepi ni kat blog zila4ever, memang menawan betul tengok kek dia jadi xsabar nak rasa tau.  My pic here didnt do much justice to the taste sbb I was in a hurry. Dah tu ... tengok je la tu lubang2 udara pun banyak ... hehe ... lupa nak hentak sikit mold tu sebelum bakar.

Resepi asal dr Chef Norzailina. Dah lama famous rupanya kek ni among bloggers masak-masak, I je x aware. Memang sedap kek ni but still I prefer to cut down the sugar amount sikit je lagi then it will be just perfect to my tastebud. And as always, I prefer my cheesecake ada slight zingg supaya xmuak ... maka I added a few drops of lemon juice to the batter.

One more thing yg buat I excited baking this cake hari tu ialah sebab nak try my bundt pan yg masih anak dara sunti tu ... hehe ... dah setahun kot peram lupa je nak guna. My friend Suzanne tu pun dah balik sini for good. Nasib baik hari tu teringat kalau x entah bila la nak rasmikan, kan.  Not so happy sebab ada tompok-tompok panau tu ... xdapat smooth surface lagi. Tak pe ...ada alasan la nak bakar kek lagi ni ;)

Here's the recipe, i dah edit amount gula tu for my future reference.


BUTTER CHEESECAKE
Resepi: Chef Norzailina

170 gm mentega
125 gm krim keju
250 gm gula kastor - 180gm/200gm will be just nice for me
5 biji kuning telur
210 gm tepung serbaguna } -guna tpng gandum pun boleh
1½ camca teh serbuk penaik } diayak
2 camca teh vanila
5 biji putih telur
1/8 camca teh garam

Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya.
Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis.
Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur, putar sebati.
Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Tambah vanila. Ketepikan dulu.
Dalam mangkuk bersih yg lain, pukul putih telur hingga berbuih.
Masukkan garam, putar lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan tadi.
Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis. Kaedah kaup balik.
Ratakan adunan ke dalam tin empatsegi 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan di sapu mentega.
Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak.
Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin.



Kerabu Maggi Siam

Kerabu maggi siam ni memang kegemaran ramai la kat rumah ni. Rasa dia yang lengkap masam, masin, manis dan pedas sikit memang cukup memb...