Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Mushroom Soup

Salam Jumaat yang barakah. Tinggal 3 hari je lagi sebelum kita nak beraya. Ada yang dah mula bercuti dan balik kampung pun semalam. Zaman kanak-kanak dulu memang excited bila dah nak raya, tapi bila dah tua ni sedih rasanya nak meninggalkan bulan yg mulia ini. Dah hujung-hujung Ramadhan, the boys pun dah tak tau nak makan apa. 
Last weekend, Hafiy tetiba teringat nak berbuka dengan mushroom soup & garlic bread. So I buatkan la, refer resepi minami MyR as a guideline. Sepiuk hentak tau, I buat ... maklum la berbuka ramai-ramai kat rumah mak, xkan nak buat sikit je. I xmasukkan ayam pun, just guna kiub je. Selain fresh button mushroom, I tambah enoki juga .. mmg sedap sbb enoki ni bila masak mmg beri rasa manis kat kuah.
Jangan tanya mana garlic bread nya, xdan nak snap dah sebab kalut berbuka. Berselera betul si becok tu makan, mau dekat setengah bantal baguette tu dia sorang je tala ... hehe. Puas hati la tengok ... siap buat ala-ala roti banjir lagi, letak roti tu dlm pinggan, …

Kuih Sagu Bronok

My busy days in office just started this week. Aisshhh ... dah dekat nak raya la sibuk nau nak buat keje. Dah la system seems not ready, 2 days almost gone ... mmm ... ;( 
Ni Hafiy's new fav utk tahun ni.Before this dia xmo makan sbb kata nampak macam telur katak, haha. Dulu buat color hijau, kali ni kita make up kan color merah pulak, cantik mcm delima. Hafiy yg agak health concious ni sebenarnya xsuka i letak food coloring, dia lebih prefer the color comes from natural source ;).

Dah lost count iftar yg ke brp kita buat ni. Layan yg sejuk2 pon sedap je. Nak pulak resepi kak Hanieliza ni lembut je tekstur kuih tu, cuma agak manis sikit utk tekak I.
SAGU BRONOK
by: Hanieliza

1 cawan sagu biji
3 cawan air
1 cawan gula - to reduce to 3/4 cup or kurangkan dlm 3 tbs next time, manis sikit for me
1/2 biji kelapa parut muda
sedikit garam
pewarna merah
daun pandan [simpulkan]

1. Sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan airnya.
2. Masakkan gula dan daun pandan dengan air…

Bingka Labu Lemak Manis (Iftar 17 Ramadhan 1435H)

At last I pon terhasut lah dengan virus bingka labu yg menular among my friends. My telegram group masak2 (ahlinya geng zaman sekolah kat JB dulu) - group tu kami panggil X-Stf90 Food Network ;) sibuk bercerita pasal bingka labu these few days. Semuanya start bila our friend si Zuera dok tayang & bagi feedback yg buat weols semua kecur air liur la nak try. Nak nak bila dia kata family berebut makan sampai anak dia xsempat rasa. Buat pulak another round. 
Mmg worth a try. Sedappp sangat ... lembut & lemak manis. Manis yg sedang-sedang aje ... memang kena sangat la dgn selera. Dah tu, I guna minyak sapi ... memang wangi je kuihnya. Cuma frust sikit la, xde bijan. Kalau x, lagi kebabom masuk mulut. Anyway, I prefer eating it suam-suam. Tapi awas la ye, kalau jenis yg mudah je berangin tu .. kalau makan before gi terawih jangan salahkan I pulak nanti asyik terkentut-kentut je tau ... haha ..
Bagi para peminat labu, rugi kalau x cuba resepi ni tau. Pagi tadi sahur pun dok hadap la…

Roti Jala & Kuah Durian (Iftar 16 Ramadhan 1435H)

Roti jala ni pon selalu menjadi idaman di bulan Ramadhan. Bila makcik buat kuah durian (org lain biasa panggil pengat durian) kat kampung hari tu, kami tapau sikit bawa balik Ampang. Mak kata, nanti buat la roti jala ... dia nak makan dgn kuah durian ni. I buat double adunan kat bawah ni, dapat la dlm 35 keping kot. Haziq request nak makan dgn kuah kari, tapi mummy nya ni xdan nak layan ;)

ROTI JALASource: K.Ummi Kuantan 2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning

Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati.
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2

Popiah Sayur (Iftar 15 Ramadhan 1435H)

Dah pertengahan Ramadhan ni, bertambah pening kepala memikirkan main menu untuk iftar. Kalau kuih muih tu memang macam-macam rasanya nak makan, tapi yg homemade la. Yg beli di bazaar ramadhan lebih banyak xmenepati selera, dr buat dosa mengumpat masa makan kuih tu nanti, baik la buat sendiri je ;)

 Ni salah satu kuih idaman time berbuka kat kampung last weekend. Ada suatu masa dulu mak memang asyik buat popiah ni je gara-gara tengok drama kantonis kat tv, amoi tu berniaga popiah. Dari situ juga la, dia dapat idea buat inti popiah macam ni.

POPIAH SAYURResepi: ain@my-sweetthots.blogspot.com
Sepeket kulit popiah Sebatang carrot Sebiji sengkuang sederhana besar Segenggam udang kecil 3 - 4 ulas bawang merah - ditumbuk 2 ulas bawang putih - ditumbuk Serbuk lada sulah & garam
Sedikit air
2 biji telur - goreng jadi scramble egg/telur hancur




Kupas sengkuang dan carrot. Potong memanjang. Tumis bawang merah & putih hingga terbit bau, masukkan udang biar kecut sebentar dan masukkan gara…

Victoria Sponge Cake & #prayforgaza

Salam Jumaat yg Barakah. Ya Allah ya Rahman ya Karim ya Mukmin ya Jabbar ya Amin, selamatkan lah saudara-saudara seislam ku di Gaza ;( Sedih mengenangkan apa yg berlaku Bumi Palestine kala ini. Semalam xtermampu nak bendung air mata bila sewaktu solat isyak di masjid sebelum tarawikh, imam baca doa qunut untuk Gaza dlm rakaat terakhir. Ya Allah, kuatkan iman mereka, kuatkan semangat mereka untuk mempertahankan masjidil Aqsa.

Selain dari berdoa, kita boleh juga menyumbang kepada badan-badan yg membantu mereka seperti Aman Palestin dll. Mari kita sama-sama terus berdoa & berinfak untuk mereka.
Balik kepada cerita kek di atas, I buat ni minggu lepas. Kek yg simple je tapi boleh jadi versatile bila kita sandwichkan dgn butter cream & jam & ditaburkan buah-buah segar spt strawberry & blueberry ... maka akan terhasillah Victoria Sandwich Cake. Yang buat dulu setakat sapu jam je, malas nak buat butter cream ;)
I memang suka cake basic & simple macam ni. Buatnya mudah, re…

Throwback Thursday: Mussin & Mira's Wedding

Jalan Kampung Beringin - Kampung Balai 20 Dec 2013




Wedding cake by Deeda


Puding Milo Lapis Oreo (Iftar 9 Ramadhan 1435)

Puding yang dah lamaaa sangat I nak buat ... since last Ramadhan lagi, tapi ramadhan kali ni baru dapat cuba ;) Sedap sangat dan memang berbaloi membuatnya.

PUDING MILO LAPIS OREO
Resepi : Along - HomeKreation

( Saiz: 8" persegi )
1 bungkus @ 10g Jelly Powder - Serbuk Agar-Agar
750ml Air
160g - 140g gula
1 tin @ 400g Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah-patahkan, biarkan sandwich 2 lapis

Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.  Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih. Asingkan 23 cwn ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati. Tuangkan 11 1/2 cwn campuran milo ke dlm acuan. Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.  Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm pe…

Siakap Bakar Berempah Woku (Iftar 8 Ramadhan 1435H)

Ni pun menu iftar semalam juga. Tapi ni je la gambar yang sempat kita snap sebab dah kalut-kalut nak berbuka, terlupa terus. Wangi bau ikan bakar ni memang menggamit-gamit selera nak makan. Resepi yang dipopularkan Kak Ummi ni nampak macam banyak bahan; tapi nak membuatnya mudah je.
SIAKAP BAKAR BEREMPAH WOKU
Resepi: Kak Ummi

2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar
2 sudu teh air perahan limau nipis
1 sudu teh garam

# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.

8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
4 helai daun pandan - hiris halus
2 helai daun kunyit - hiris halus
3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
5 tangkai selasih - diambil daunnya
2 biji tomato merah - potong dadu
250 ml air
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir
2 tangkai daun bawang - dipotong-potong
3 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar:-
12 biji bawang merah
7 biji cili padi merah
5 biji buah keras - bakar kejap
3 cm kunyit hid…

Agar-agar Pandan Kristal Jelly (Iftar 8 Ramadhan 1435H)

Masa blog walking blog Wani yang baru I kenal, ter"berkenan" lah pulak dengan agar-agar ni. Sedap dan sedang elok je kemanisannya kat tekak I, tapi hubby & family kata rasanya agak tawar sikit untuk selera mereka. Yang pasti, I akan buat lagi lain kali. First time buat dlm bulan puasa pulak, memang xdpt nak agak la tahap kemanisannya tu kan. Jadi I dah ubahkan resepi asalnya untuk penuhi selera family kat rumah ni lah. Takut terlupa nanti bila nak buat lagi. Untuk resepi asal sila klik pada link resepi tu ye. Tekstur resepi asal a bit pejal (sesuai la dgn namanya agar-agar), we all ni suka yg sedang-sedang kelembutannya ... yg bergoyang-goyang sikit ;) Btw, agar-agar ni ... letak byk-byk jelly lagi sedap tau.
AGAR - AGAR PANDAN KRISTAL JELLY
Resepi asal: Sue Joshua

1 bungkus agar-agar serbuk 10gm
4 cawan metrik/1 liter air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan perahan air daun pandan yang telah dicampur air
3/4 cawan gula pasir
10 biji kecil jelly pudding segera - lagi byk, la…

Bubur Candil dengan Keledek (Iftar 4 Ramadhan 1435H)

Bubur ni permintaan Hafiy untuk iftar, gara-gara dia ternampak kat blog Yatiememories. Mula-mula candil tu Hafiy xnak letak any colouring, tapi I kata pucat sangat tak de seri. At last dia setuju la kasi mekap kaler hijau sikit .. haa ... baru la berselera nak makan, kan.
BUBUR CANDIL DENGAN KELEDEK
Resepi: Yatiememories

2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam
1 cawan air- utk uli tpng (tuang sikit2 ya masa uli doh)
Air secukupnya - utk merebus bubur candil
1 biji labu manis- sedang besarnya Bahan Kuah

1 cawan santan pekat
4 cawan air
3/4 cwn gula pasir
2 sudu besar gula merah- bancuh dngn sedikit air dan tapiskan
2 helai daun pandan-di simpulkan


Kupas labu sehingga bersih dan potong kecil/dadu besar. Cuci bersih dan rebus hingga empuk. Bila dah empuk toskan. Sementara tu dlm periuk lain didihkan air utk rebus doh candil.
Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan sedikit garam ke dlm mangkuk.
Tuangkan air sedikit demi sedikit ke dlm tepung. Gaulkan rata dan uli …

Throwback Thursday: Faiz & Meda Wedding

Kuala Kangsar, 22 Mar 2014





Mee Rebus Cik Ani

My first entry untuk ramadhan tahun ni. Ni menu iftar kami pada 3 Ramadhan dua hari lepas. I'm not a big fan of mee rebus sebenarnya, tapi biasa lah kan bila tiba bulan puasa tekak ni macam-macam rasa nak makan. Yg kes mee ni pulak gara-gara tengok IG Chef Wan ... menu berbuka kat rumah dia 2nd day puasa. Memang menggoda selera betul baca comment Chef Wan sampai I terus google resepi bondanya Cik Ani tu. Memang ramai yg dah cuba  rupa-rupanya.
MEE REBUS CIK ANI
Resepi: Bonda Chef Wan - Cik Ani

Bahan-bahannya:
1 kg mee kuning
150 g taugeh, buang ekor
2 keping tauhu, goreng terendam, hiris nipis
2 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 pokok daun sup, hiris
1 pokok daun bawang, hiris
4- 5 biji telur rebus, kupas dan belah 2
6 biji limau kasturi, belah 2
Bawang goreng secukupnya
Kuah mee rebus*

Bahan-bahannya:
1/4 cawan minyak masak
2 camca besar rempah kari daging
2 1/2 camca besar tauco, tumbuk lumat
500 g daging lembu (sedap yang ada lemak sikit)
5 - 6 cawan air
500 g kele…

Cotton Soft Japanese Cheesecake

Kek ni sedap sangat sangat ... nak nak kalau makan yg disimpan dalam fridge. Musim panas macam ni, lagi la sedap lalu kat tekak, dah la teksturnya pulak masuk je dalam mulut hilang ... macam gula kapas/cotton candy tu. Memang xsedar berapa banyak dah masuk dlm mulut. 
Dah lama sangat nak cuba buat sebenarnya, sampai dah terlupa ... haha .. nasib baik ternampak entry kak nor hari tu. Kalau x memang terlupa terus. Sangat berbaloi dan puas hati dapat buat sendiri. Pasal rupa kek yang retak tu boleh diabaikan, salah I sendiri lah ... dah tau bekas tu kecil still nak bakar juga dlm tu kes malas nak tukar bekas. Jadi redha je la kan utk rasa kek yg sedap sgt tu.
COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE
Sumber : Alma MyResipi / K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan ( 8-inci )
Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 bij…