Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Cempedak Goreng

Buat dah lama, terjumpa gambar baru teringat nak share. Kelainan pada adunan tepung untuk menggoreng ni ialah ia diletakkan santan, memberikan rasa lemak manis pada cempedak goreng tu. The reason I nak cuba sebab I teringat resepi ni mungkin akan menghasilkan gorengan yg sedap macam pisang goreng yg I makan kat Floating Market, Bangkok way back in 2006. Sedapnya teringat-ingat sampai sekarang. Ye, hampir ada persamaan cuma hajat nak letak bijan dlm adunan batter ni xtercapai sebab xde stok lak kat rumah. Nak keluar beli tu punya la malas.
* Bahan yang bergaris tu means I xletak ye.

ADUNAN GORENG PISANG RANGUP
Resepi: Hairul
Sumber: Izahdaut

2 cwan tepung beras 1 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan kotak 1/2 sb baking powder sedikit serbuk kunyit 
1 biji telur 2 sudu besar marjerin cair - gantikan dengan butter air secukupnya garam secukup rasa
Sebatikan semua bahan di atas kecuali marjerin cair. (marjerin yang dicairkan perlu benar-benar sejuk) Di sarankan untuk menggunakan tangan su…

Nasi Ayam Istimewa

Sedapnya bangun pagi ni, sejuk je baru lepas hujan. 2 - 3 hari ni memang hujan je kat Ampang ni, kalau x pagi, petang. Kadang-kadang pagi petang. Hari ni pon hujan belah pagi, then maghrib until now.
Weekend baru ni masak nasi ayam. Tetiba tekak terasa nak makan. Saja lah pergi jengah dapur maya Kak Azie Kitchen sebab tahu kat sana memang ada banyak resepi nasi ayam yg dia cuba. Lepas belek-belek, I pilih yang ni sebab kat tajuk post dia punya la menggoda uols ... Nasi Ayam Istimewa Yang Sangat Sedap ... haaa ... korang x tergoda ke bila baca tajuk menu tu? Memang sempoi je resepi ni tau, tapi x kurang sedapnya. Nak tahu, kena cuba lah. Oh ye, en suami call hari tu bagitahu dia dah sampai Gurun, tanya I masak apa. Bila cakap nasi ayam, dia merajuk la pulak tak masak kat dia. Nak kena buat lagi la nanti. Yesss ... ada chance la cuba resepi-resepi lain kat dapur Kak Azie tu.
This week exam PSRA pulak ... from Mon - Fri sebab satu hari cuma satu paper je dorang sit. Bila tanya, Haziq ka…

Tortilla Bread

Dek malas nak keluar rumah di suatu hari dan xtau nak makan apa, I pun uli tepung buat tortilla bread ni for dinner. Not bad for first try, lenkali kena kasi lagi nipis canai doh ni baru best. By the way, resepi ni xdpt banyak pun, dlm 5 keping je kalau buat besar pinggan makan macam I. So, kalau ahli keluarga ramai tu sila la double kan kuantiti bahan-bahan tu.
TORTILLA BREAD 
Sumber:Maz @ Ilham Dapur

2 cawan allpurpose flour
1/3 cawan unsalted butter - suhu bilik
1/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam - jika guna mentega bergaram, tak perlu letak
air secukupnya


1. Satukan semua bahan kecuali air. Gaul guna hujung jari biar jadi berketul macam serbuk roti. 2. Kemudian masukkan air sikit-sikit dan uli biar sebati jadi doh seketul yang lembut (tak perlu uli macam nak buat donat tu ye sebab lepas tu nak canai pulak). 3. Amik doh tadi dan taburkan sikit tepung atas permukaan tempat nak canai tu dan canai nipis biar jadi bentuk bulat (tekap je nak jadi bulat tu atau boleh aje gu…

Umai Cafe @ Precint 2, Putrajaya

Another eatery that I tried masa I stayed kat Putrajaya hari tu ialah Umai Cafe ni. Terjumpa secara kebetulan sbb we xjumpa Ayer@8 tu, tapi memang pernah dengar pasal this cafe dari husband's nephew. Umai Cafe ini terletak di Bangunan Anjung Alaf Baru, presint 2, 62520 Putrajaya, di antara Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi) dan Monumen Alaf Baru.

Sebab I puasa hari tu, I pun bercadang nak try menu berat sket tapi the 3 Za'aim dah order nasi lak. Tanya waiter, dia suggest Kuey Teow Kungfu ni. Not bad, boleh tahan sedap. 

Hafiy had Nasi Goreng Umai, ada ayam goreng kunyit served dgn nasi tu. Boleh tahan sedap, makan dgn sambal belacannya yg sedap tu.

Haziq pula makan Nasi Goreng Padprik, boleh tahan gak rasanya.

 ... and hubs had Nasi Goreng Sardin Petai, yang ni biasa-biasa je, xrasa sardin pun, tak brp nak recommend.

I order gak lempeng sebab terliur sgt nak makan. Memang recommended lempeng ni. Sedap. Ada banyak lagi menu yg nampak best kat Umai Cafe ni. Next time sesat Putra…

Cookies & Cream Brownies

Salam Jumaat peeps ... dah 2-3 hari tangan gatal nak baking & makan kek. Berapa kali keluar masuk butter asyik xjadi je nak buat. Semalam lepas dinner nekad nak buat juga sebab dah dekat 2 minggu tengok brownies ni kat blog Shidah, memang terliur betul nak rasa. 
Ooo .. lala ... seriously sedap ... brownies ni memang sangat addictive, non stop rasa nak makan. Tapi sebab portion resepi ni sikit je jadi kedekut la nak makan banyak-banyak at one serving ... hehe ... Luckily I decided to use 3/4 brown sugar & 1/4 cup sugar, so the sweetness tu mmg just nice to my liking.
Silalah buat ye kawan-kawan, surely no regret I tell you ;) For this recipe, I guna 9in x 9in cake tin.

COOKIES & CREAM BROWNIES
Source:Shidah @DairimamaYield: 2 dozen

Cream Cheese Layer: 
250 gram cream cheese, softened
1/4 cup sugar
1 egg
1/2 teaspoon vanilla extract

Brownie Layer:
1/2 cup butter, melted
1/2 cup sugar  1/4 cup sugar
1/2 cup packed brown sugar  3/4 cup brown sugar/molasess sugar
1/2 cup baking coc…

Kek Karamel Pelangi / Rainbow Caramel Cake

Kek ni kugodek lebih kurang tiga minggu lepas sebab tekak terasa nak makan kek pulok. Asalnya nak buat kek lain tapi tuan tanah kata dia suka makan kek karamel ni lagi dari kek yg I nak buat tu. Somehow sebelum ni tak pernah terasa nak cuba buat kek ni until la dia request ni. Sedap rupanya kek karamel ni, especially kalau dia sejuk, teksturnya memang gebus macam kapas, masuk mulut hilang, masuk mulut hilang ... hehe ... tu yang sekejap je separuh kek dah habis.
Next time buat kena lebihkan sikit lagi bahagian karamelnya, so kasi habis 1 tin susu cair la. Baru lagi syok makan. Thanks a lot pada Kak Ita yang buat step by step dan share banyak tips nak buat kek ni. My first try terus success ... yeahhh ... my only mistake ialah guna 8in cake tin macam yg dicadangkan. Mungkin tersalah tulis di situ. Jadi sebab terlebih muatan kek I tu merekah, tu yg x boleh tayang whole cake kat sini ... Actually masa dok tuang adunan dlm tin kek tu dah notis benda ni nak jadi, tapi nak cepat xkuasa nak…

Almaeda Restaurant @ Ayer@8 Precint 8, Putrajaya

Dah lama x share pasal tempat-tempat makan. So hari ni I nak share new eateries in Putrajaya. Quite interesting place walau pun masih banyak kedai-kedai yg kosong. Antara yg I nampak hari tu (xsempat nak round sebab nak cepat pon ye, dah nak kejar maghrib pon ye) ada Fuel Shack, Hot & Relax dan Teh Tarik Place.
That day bila diumumkan anak-anak UPSR kena resit paper BI pulak tu, I pon bagitau hubs nak try makanan kat Ayer8, Putrajaya yg xjumpa the day before. Untuk memujuk hatinya yg lara tu kan ... Sensitif bebenor ... dok tangkap leleh je dalam kereta. Kami actually stayed 2 nights kat Hotel Pullman sebab my hubs ada training kat situ. Tapi pagi-pagi menderas la balik Ampang, nak hantar Haziq ke sekolah. Nasib baik exam start 8.15am & we all sampai around 7.15 - 7.20am mcm tu. 
Bila kat Putrajaya, mcm buntu je bab-bab makan ni. Lemau lak bila mikir nak makan kat Alamanda so I tanya member2 kat group whatsapp. Kak Long kawasan suggested this restaurant. Roti Giant & kamb…

Kari Ikan Gaya Goa & Cerita UPSR

Ujian itu datang dlm pelbagai bentuk. Kali ni heboh pasal UPSR BI & Sains bocor. Dah hampir 5 hari sejak berita itu tersiar. Bila Haziq tanya hari tu kenapa la ada soalan bocor ni mami?, sambil tersedu-sedu meleleh air mata nak meluahkan rasa frust dia ... I hanya mampu kata, kita hanya merancang abang, Allah maha tahu ... ada hikmah tersembunyi. Abang patut bersyukur diberi peluang kedua, peluang lebih baik untuk abang buktikan usaha abang tu. Apa lah sangat dugaan ini kalau dibandingkan dengan apa yg dialami keluarga MH17 & MH370. 
Cerita banyak won't help to solve the issue pon, jadi baik lah kita fokus ke depan. Haziq dapat extra time to study, yeahh. Jom masak Kari Ikan style Chef Wan ni, xperlu serbuk kari ye ... tapi kita pakai rempah ratus je. Macam kari nenekku masak kat kampung je dulu-dulu masa dia masih sihat. Sedap kari ni diganding dgn sambal kelapaku ;)

KARI IKAN GAYA GOA(Sumber: Yatiememories)
600 gram ikan tenggiri
3 biji tomato*
3 biji cili hijau*
3 camca bes…

TAJWID: Cara Bacaan Hamzah Wasal dipermulaan ayat

Alhamdulillah, silaturrahim yg terputus sejak sekian lama dengan sahabat-sahabat puspawangiku dibawah tu dapat dieratkan semula  melalui groups WhatsApp sejak pertengahan tahun lepas kalau xsilap. Bila dah berkumpul tu walau pun di alam maya memang kecoh sampai kadang-kadang beratus-ratus message yg masuk, ada yg hphone hang, ada yg keneneng nak baca celoteh yg macam-macam dr drama akasia, cerita shopping sampai la ke hal mesin basuh, piuk belanga semua. At last, kami bahagi-bahagikan group ikut kategori, memasak, biz, kasih sayang, jalan-jalan dan general. Tu pun kadang-kadang xsedar diri tersasar dari landasan ;). Tak ketinggalan, selain group menceceh, kita buat juga group mengaji. Syukur, alhamdulillah. Banyak manfaatnya, in sha Allah. Semoga kami semua istiqamah.
Seronok juga group mengaji kami walau pun sekadar di alam maya. Dapat juga kongsi ilmu sedikit sebanyak tentang hukum tajwid didalam Al-Qur'an melalui mereka yg berpeluang pergi belajar mengaji dengan ustaz. I terpa…

Ayam Goreng Sedap

Dah selalu goreng ayam gitu je dengan kunyit & garam. Apa kata cari kelainan sikit buat ayam goreng style kak Mori ni. Boleh tahan sedap rasanya, my sons pon suka.
AYAM GORENG SEDAPSumber: Mori's Kitchen
Cuma gaul kan ayam dengan garam dan kunyit seperti biasa, kemudian tambahkan sesudu dua sos tiram, dan gaul rata. Kemudian masukkan pula sesudu minyak bijan dan gaul rata. Masukkan juga sesudu teh serbuk secubit rasa dan sedikit serbuk lada hitam. Gaul rata ke semua bahagian dan biarkan sebentar. Kemudian goreng dengan minyak yang panas sehingga masak sempurna. Siap.

ww: Friendship

♥♥ tbt: Geng Outing Baju Hijauku

Weekends 2 minggu yg lepas, seminggu selepas gathering kat bawah tu  ... ;)