Monday, February 16, 2015

Brownies Batik Cheese


Tadaaaa ... meh I nak share satu resepi brownies best ... bercakap pasalnya pon dah buat I rasa teringin lagi. Pada hal baru pagi tadi I makan the last kopek. Rupa brownies I ni nampak kurang cun tapi serious sedap sangat rasanya, yum .. yum .. yummehh .. tambah kalau guna coklat bar/cooking choc utk brownies tu ... lagi la terangkatss uols ... kalau x control, mmg sekejap je la licin iols makan ... bahaya woo.

Resepi ni I dapat inspirasi dari #cikkiah kat IG. Masa tengok dia share ... adoi ... xnyempat-nyempat rasa nak cuba. My tamakness ... made me double the recipe, confident giler kan ... haha ..

BROWNIES BATIK CHEESE
Resepi: ain@my-sweetthots.blogspot.com
Inspired by: #cikkiah IG

240g semi sweet chocolate bar/cooking choc/coklat cip - cairkan

Adunan A: Gaul bersama
130g gula
80g minyak
2 biji telur
2 biji kuning telur
1 tsp vanilla essence

Ayakkan bersama bahan-bahan kering berikut:
120g tepung
120g serbuk coklat
3g atau 1/2 sudu teh baking soda
3g atau 1/2 sudu teh garam

Biskut marie secukupnya


Gaul adunan A dgn coklat cair tadi sehingga menghasilkan batter yg berkilat. Masukkan adunan kering & kacau sebati.

Tuangkan sedikit batter ke dlm loyang yg telah digris. Susun kan kepingan biskut marie yg telah dipatah-patahkan di atasnya. Lapiskan semula dengan adunan batter brownies & ulangi proses ini sehingga selesai. Tuangkan adunan cheese ke atas nya & tabur chocolate chip. Bakar dlm oven bersuhu 170C (yg telah dipanaskan terlebih dahulu) selama 15 min, keluarkan loyang & biarkan diluar selama 10 min.Kemudian bakar lagi brownies tersebut selama lebih kurang 15min lagi.


Thursday, February 12, 2015

Fruit Infused Detox Water: Pineapple & Mint


and here's another one ... haha ... awat cheq rajin terlajak lak ni kan ... sejak ada jug seksi menawan ni mmg agak rajin ler buat infused drink ni. Oh ye, yang ni hubby kata macam kuah laksa rasanya .. boleh? hehehee .. nasib ai bukan tengah minum, kalau x mau tersembur or tercekik air pulak ... ntah apa-apa la mamat tu ;) ...

Pineapple/Nenas:
membantu melegakan sakit sendi dan arthritis

Mint/Pudina:
menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar liur dan enzim-enzim pencernaan.

Monday, February 9, 2015

Fruit Infused Detox Water: Orange, Lemon, Ginger & Lemongrass



Cerita air lagi .. hehe .. just nak share one of my favourite detox water. What's yours?

Orange:
membantu peredaran darah yang sihat

Lemon:
membantu penghadaman dan menyegar nafas

Ginger/Halia:
popular sebagai pemangkin sistem immunisasi badan

Lemongrass/Serai:
banyak khasiatnya, antaranya ialah membantu menyahtoksikkan hati, pankreas, buah pinggang, pundi kencing dan saluran pencernaan. Dalam perubatan ayurveda, serai dikatakan mampu mengurangkan stress. Kajian pemakanan pula mendapati serai juga kaya dengan anti-oxidant.

Cara-cara menghasilkan Infused/Detox Water:
1.Potong/hiris buah-buahan atau sayur-sayuran dalam bentuk yang mudah dimakan/bite-sized.
2. Susun buah-buahan yg dihiris ke dalam balang 1 liter.
3. Tuangkan air sehingga memenuhi balang dan tutupkan balang tersebut.
4. Biarkan sekurang-kurangnya 30 minit untuk rasa dr buah-buahan itu meresap ke dalam air.

Kerabu Maggi Siam

Kerabu maggi siam ni memang kegemaran ramai la kat rumah ni. Rasa dia yang lengkap masam, masin, manis dan pedas sikit memang cukup memb...