Thursday, February 25, 2016

Ayam Sambal Bali



Ni pon cerita lama tapi sebelum kejadian roti kat bawah tu. I think 2 weeks before. Aktiviti apa lagi kat kampung kalau bukan masak & masak ;) Setelah tak tahu nak masak apa dengan ayam ni my cousin suggest buat Ayam Sambal Bali yang viral kat fb tahun lepas. Actually ada banyak versi resepi yang dikongsi kat internet but I chose the one yg xberempah. Maaf, sumber asal x la ku ketahui sebab yg share pon xletak reference owner resepi ni, sukatan pon x ada, resepinya ditulis cincai je. Jadi I olah semula supaya senang faham.

Komen I tentang lauk ni .. semua komen sedap .. dah nama masakan Bali, can expect la xberapa pedas tapi ada manis-manis sikit. Resepi yg ni ala-ala ayam sambal yg xpedas diletak kicap manis rasanya. Budak-budak yang ramai kat rumah nenek hari tu pon suka sebab xpedas. Boleh la repeat lagi nanti. Nak buatnya pon senang sangat-sangat, semua bahan yang diguna memang yg biasa ada dalam dapur.

Resepi asal letak belacan, tapi I rasa macam xberapa sesuai ehehe .. maka I xletak.

AYAM SAMBAL BALI

1 ekor ayam - digaul serbuk kunyit & garam - goreng, xperlu garing
1 genggam cili kering - dimesin
6 biji bawang besar    - dimesin
1 labubawang putih    - dimesin
sedikit halia               - dimesin
5 batang serai            - dititik
6 tangkai daun kari
Kicap tamin
3 sudu besar gula - I letak kicap manis, jadi x masukkan gula ni
Garam secukup rasa

Ambil sedikit minyak yang diguna utk menggoreng ayam, tumiskan serai. Masukkan daun kari, biarkan garing sekejap. Then masukkan bahan-bahan yang dimesin, tumis hingga naik bau & garing. Masukkan garam & gula. Tuangkan kicap sesuaikan rasanya. Akhir sekali masukkan ayam goreng tadi. Masak dlm 7 - 10 minit lagi supaya sebati rasanya.

Ada pecal juga hari tu. Pakai pes pecal segera je beli dari kampung member kat Kuala Selangor.

dan Kari Tetel bersama terung .. orang Melaka kan ... xlupa dgn lauk tetel nya .. sedap kita menternak lemak I tell you ... haha

Wednesday, February 24, 2016

Roti Paung Ganu kite ... ;)

Assalamualaikum .. fuh almost a year ni xde perkongsian kat sini. Ada juga la I main masak-masak but tak sempat nak share anything here. Busy je sejak main sistem insurans nih. Roti ni I buat kat kampung during CNY holiday recently. Before lupa I better keep the recipe here for future reference. Got it from my aunty yg teringin sangat nak makan roti paung. Siap carikan resepi tapi bila tanya dia kata dah lupa la ambil kat mana.


Sedap juga hasil roti ni tapi my family kata kurang manis dan a bit tawar. Supaya xlupa I adjust siap-siap resepinya ye. 1 recipe ni calls for 16 buns. So I made 3 batches to cater ahli majlis yang ramai tu.

ROTI PAUNG
Sumber: Unknown

500g tepung gandum / tepung roti
1 paket 11gm yis
1 biji telur
2 sudu marjerin
3 - 4 sudu besar susu pekat manis
300 ml air suam
1 cawan gula

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan campurkan, garam, tepung gandum, marjerin, susu pekat manis dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
Uli sehingga lembut dan doh tak lekat di tangan. Biarkan doh naik sekali ganda
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya. Bentukkan doh sebesar buah langsat dan susunkan rapat di dalam loyang
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda
biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 
Sementara menunggu doh naik ON kan oven anda.. Setting 180-200C api atas bawah.. (adjust suhu ikut oven anda ..my oven suhu ni).
Make sure oven panas baru masukkan loyang. Time bakar dalam 15- 20 minit.
Roti paung yang asli hanya kosong begitu sahaja. Tapi untuk memenuhi permintaan budak-budak, ada yang I taburkan cheese dan gula on top.
 
 
 Yang ni pulak my aunty request tabur bijan dan gula.



Bubur Candil juadah buat tetamu di hari raya

Raya baru baru ni my aunty tetiba kata rasa nak makan bubur ni, maka lepas settle masak lunch terus la gentel tepung buat bubur. Ada tet...