Monday, June 20, 2016

Bingka Jagung for Iftar


Dek tergoda nampak bingka ni kat fb Let's Cook & Bake I pon buat sebiji for iftar semalam. Reduced gula sikit & it turned out just nice manisnya cuma I would prefer to have the bingka texture slightly lembut. If follow exactly the recipe, teksturnya agak firm. Jadi resepi kat bawah ni I dah edit for future reference.

BINGKA JAGUNG
Sumber: yatiememories.blogspot.com
1 cawan gula - 3/4 cawan gula
1 3/4 cawan tepung gandum - 1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard
2 cawan santan pekat
1 cawan air
2 sudu besar mentega/minyak sapi
4 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1 tin jagung krim
Bijan untuk hiasan
Sedikit pewarna kuning


Masuk semua bahan kecuali jagung krim & bijan. Blend hingga sebati. Tuang adunan ke dalam bekas dan masukkan jagung krim. Kacau rata. Tuang adunan ke dlm loyang 9x9 in yang telas dialas baking paper. Taburkan bijan. Bakar di dalam oven bersuhu 180C selama 1 jam 15 min, menggunakan api atas bawah.


Thursday, June 16, 2016

Bubur Nasi Bersantan gaya Noxxa


Baru sempat nak mencelah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Hari ni 10 Ramadhan I buat Bubur NasiBersantan menggunakan periuk Noxxa. Bubur atas ni dimasak dalam 2 bulan lepas kot. Saja test resepi-resepi periuk Noxxa supaya senang nak memasak bila tiba Ramadhan. Lain kali kena tambah lebih sikit lagi air sebab kita prefer bubur yg berair.

Mata dah rasa nak terkatup-katup ni. Jom semak resepinya.

BUBUR NASI BERSANTAN NOXXA
(my-sweetthots.blogspot.my)
6 ulas bwg putih - cincang
2 cwn beras - basuh dan tos
4 sekawan utk tumis
2 sb minyak utk menumis
Semangkuk kecil daging dipotong kecil-kecil
2 liter air
1/2 mangkuk kecil pati santan
Sebatang carrot - didadu kecil
1 kiub stok bilis/ayam
Garam secukup rasa
Daun ketumbar, daun sup, bwg goreng utk hiasan

1. Fungsi Stirfry - tumis bwg putih dan 4 sekawan sehingga wangi. Offkan stirfry dan masukkan air.
2. Masukkan beras, daging, garam, kiub stok. High presure 15 minit.
3. Release kan wap dengan memutar tombol kepada STEAM. 
4. Buka tudung periuk, set semula kepada fungsi Stirfry, masukkan carrot dan tuangkan pati santan ke dalam bubur. Kacau sambil memasak bubur lebih kurang 3-4 min. Taburkan daun ketumbar & daun sup, gaul sebati ke dalam bubur & tekan OFF.
5. Taburkan bahan hiasan. semasa menghidang


Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...