Showing posts with label Korean Food. Show all posts
Showing posts with label Korean Food. Show all posts

Thursday, September 14, 2017

Spicy Cold Kimchi Noodles


Ann-yeonggg ... ;) 

Ni menu dinner semalam. Kes badan tak berapa sihat, asyik bersin & hingus menitik-nitik. Terus terlintas nak buat korean noodles yang sangat ringkas & pantas nak sediakan ni sbb nak kejar masa Haziq ada tuition malam tadi. 

It was well received by hubs and son. Senyum simpul Haziq dpt lepas craving Korean food. Lepas upload kat insta ... ada a few friends dah terliur and minta resepi. This dish can be very addictive tau. Haziq balik dari tuition pon minta lagi ... haha ... must be sedap sangat mummy masak eh ;)

So, here's the recipe. Do try it out ... who knows it will be your new favourite noodle dish! Gabungan rasa  sweet, spicy and tangy tu will make you bertambah-tambah dari sesudu menjadi bersudu-sudu ... hehe.

Oh ye ... daku sedikit kemalasan memandangkan tekak pahit, asyik bersin dan hidung berair je ni. Jadi tengok je la resepi yg belum sempat translate ni. 

SPICY COLD KIMCHI NOODLES

180g (6.3 ounces) somen noodles
1/2 cup (aged) Kimchi – cut into thumbnail pieces
1/3 medium (85g, 3 ounces) chilled Lebanese cucumber (or English cucumber) – rinsed, seed removed and julienned - tak letak sbb tak ada stok
1 hard boiled egg – halved to serve on top of the noodles

Bibim sauce (Mix these in a bowl)
2 Tbsp gochujang
1 Tbsp rice vinegar - I ganti dgn apple cider vinegar + heinz distilled vinegar
1 Tbsp honey
1 Tbsp raw sugar
1 Tbsp sesame oil
1 Tbsp roasted sesame seeds

1. Cook the somen noodles in rapidly boiling water until al dente. (Follow the directions from the package.) Drain the noodles and cool down under cold running water for about 1 minute. Stir the noodles with some tongs or your hand while it’s under the water. Drain the noodles well.

2. Put together the noodles, Kimchi (& Kimchi juice if any came out during the cutting) and bibim sauce in a large mixing bowl and mix them well with your hands. (Wear a food handling glove). Serve it in a bowl. Place the cucumber and egg on top of the noodles. Enjoy!


Taraaa ... siap ... sempoi kan .. so apa lagi, sila la cuba kawan-kawan.

Wednesday, March 15, 2017

Bibimbap


Ini la dia bibimbap yang I masak last Saturday. Semenjak dua menjak ni hasil masakan ku posing dalam tupperware bertingkat-tingkat ni je la sebab lepas masak je terus menderas ke Seremban jumpa hero kecik ;)


Apa yang special tentang resepi bibimbap Seonkyung ni ialah sos Gochujangnya. Kebiasaannya yang org buat is letak je pes gochujang yang ready-made atas bibimbap bila nak makan. Seonkyung dah improvised pes ni jadi sos yang lagi sedap untuk bibimbap. 


Memasak bibimbap ni tak susah pon, cuma renyah je sikit nak prepare sebab banyak kerja potong memotong sayur besar batang mancis ;). Macam nasi kerabu, banyak penggunaan sayur-mayur dalam masakan ni. In fact masakan korea yang lain pon memang kebanyakannya meriah dgn pelbagai sayur-sayuran. Kita boleh buat the simplest ... dengan only 1-2 sayur dan telur je tapi pada I, bibimbap yang sedap dan menarik kena lah ada pelbagai sayur of different colours ... baru lah lagi selera nak makan. Lagi pun this way I can get Haziq to eat sayur mayur. Kalau makanan Korea, kemain makan lagi segala sayur-sayur ni. 


Sos Gochujang:

1 ulas Bawang putih
3 Tbs Epal Fuji - dadu kasar
3 Tbs Bawang Holland - mayang kasar
½ Tbs. kicap
2 Tbs. Gochujang
1 Tbs. Jus Lemon
1 Tbs. Mirin(Seasoned rice wine)
1 Tbs. Gula
1 Tbs. Minyak bijan
Secubit serbuk lada hitam

Satukan kesemua bahan-bahan ke dalam blender/food processor. Blend sehingga halus. Simpan di dalam fridge sementara menunggu masa menghidang. 


Untuk perapan daging (atau apa-apa protein pilihan):

1 lb. daging - potong kecil-kecil memanjang
2 Tbs. Kicap
1 Tbs. Mirin, seasoned rice wine
1 Tbs. Minyak Bijan
2 Tbs. Gula
Black pepper

Satukan kesemua bahan-bahan ke dalam bekas. Gaul sebati dgn daging. Ketepikan.

Untuk sayur-sayuran:

Minyak bijan
Garam
1 batang Zucchini - potong memanjang seperti mancis
3 batang Carrot - potong memanjang seperti mancis
1 paket cendawan shitake - hiris nipis
1 biji capsicum - potong memanjang seperti mancis
  1. Panaskan kuali menggunakan api sederhana panas. Urutannya ialah kita akan memasak sayur yang berwarna cerah dulu so warna pada sayur tu tak akan memberi kesan pada sayur-sayuran yg dimasak selepasnya. 
  2. Masukkan sedikit minyak, gorengkan zucchini. Tambah sedikit garam. Goreng sebentar hingga layu sedikit dan keluarkan.
  3. Masukkan sedikit minyak, gorengkan capsicum. Tambah sedikit garam. Goreng sebentar hingga layu sedikit dan keluarkan.
  4. Masukkan sedikit minyak, gorengkan carrot. Tambah sedikit garam. Goreng sebentar hingga layu sedikit dan keluarkan.
  5. Masukkan sedikit minyak, gorengkan cendawan. Tambah sedikit garam dan black pepper. Goreng sebentar hingga layu dan keluarkan.
  6. Akhir sekali, goreng daging yang diperap tadi dengan sedikit minyak. Masak hingga kering airnya.

Optional:

1 cawan Korean mung bean sprouts / soy bean sprouts side dish (For the recipe CLICK HERE)
1 cawan Korean spinach side dish (For the recipe CLICK HERE)
1 cawan Korean radish side dish / Korean cucumber side dish (For the recipe CLICK HERE)
1 cawan chopped kimchi (For the recipe CLICK HERE)



Lepas dah siap semua, boleh lah mula menghidang. Letakkan nasi ke dalam mangkuk, ratakan. Susun sayur-sayur tadi disekeliling mangkuk, tinggal bahagian tengah untuk daging. Letak telur goreng mata (kuning masih cair, baru best). renjis sedikit minyak bijan dan taburkan bijan ke atasnya. Akhir sekali, tuangkan sos gochujang.

Part paling best dah tentu la time makan ;) - Tuang sos gochujang atas bibimbap dan gaulkan kesemua bahan-bahan termasuk telur goreng mata. Hasilnya will be seperti gambar di atas. Apa lagi ... ngap lah .. haha ..


Tuesday, March 14, 2017

Easy Cucumber Kimchi Salad



Yes ... I am now crazy cooking Korean food lepas buat gimbap last week. My 3 heroes pon mmg looking forward for our Saturday lunch date hari tu bila I kata I thought of making bibimbap pulak ;)


Again, blog Seonkyoung jadi rujukan. Masa search resepi bibimbap kat blog dia tu, ternampak lah resepi kimchi timun yg sempoi ni. Terus rasa nak buat juga. Memang simple sangat nak buat dan rasanya sangat refreshing, kena dengan my family tastebud.

CUCUMBER KIMCHI SALAD

Sumber: Seonkyoung Longest

1 batang timun - potong bulat dlm 1/4 in nipis
1 capsicum merah - dibuang biji dan potong halus memanjang / julienne
½ cawan daun bawang - potong memanjang
1 ulas bawang putih - dicincang
1 Tbs. Gochugaru (Korean red pepper flakes)
1 Tbs. sos ikan
1 Tbs. White vinegar apple cider
2 tsp. gula
Campurkan ke semua bahan-bahan ke dalam bekas dan gaulkan sehingga sebati. Boleh dihidangkan terus atau simpan di dalam fridge sebelum dihidang.


Thursday, March 9, 2017

Gimbap (Kimbap) for our lunch date @ SASER


Annyeong haseyo ... ;)

Our weekend routine has changed a lot ever since Hafiy entered boarding school this year ;) ... thus far, Seremban becomes our 2nd home bila tiba weekend ... hopefully ... once he adapts to boarding school life ... kami boleh nego dgn dia bab melawat him every Saturday & Sunday nih  ... ;). For now ... kita layan je la dulu ... ehehe ... 


Tak tau nak masak apa last week tapi disebabkan hati ni asyik teringat nak bercuti je ... teringat la our holiday in Seoul Disember lepas. Oleh sebab itu, korean food jadi pilihan kita kali ni. It was just a brilliant choice that Saturday as my #fambam smile from ear to ear makan kimbap. Cuma frust I tak de Danmooji (Korean pickled radish) ... kalau x mesti lagi awesome ;)


Gaja ..., let's roll some kimbap ... My inspiration buat kimbap kali ni datang dari youtube Seonkyoung Longest. Just love all her cooking videos ... dah la comel, pandai masak pula.


GIMBAP (KIMBAP)
Untuk 6 - 7 Gimbap
Hidangan: 2 - 4 pax

Bulgogi Daging:
8 oz daging, potong memanjang -nipis, halus
1 Tbs kicap
1 Tbs mirin
1 Tbs gula
1 tsp minyak bijan
¼ tsp black pepper



Campurkan ke semua bahan & perapkan. Selepas selesai goreng carrot, menggunakan kuali yg sama, tambahkan minyak. Masukkan daging perap ni dan gorengkan sehingga semua cecair diserap oleh daging. Ketepikan.

Telur Dadar:
4 biji telur
1 tsp garam
1 tsp minyak masak

Pecahkan telur, masukkan garam & kacau rata. Panaskan kuali dan lenserkan minyak ke atasnya. Tuang separuh dr adunan telur dan ratakan. Kecilkan api dan biarkan masak lebih kurang 2-3 minit. Terbalikkan telur dadar dan masak 1 minit lagi sebelum diangkat. Buat sehingga habis. Potong telur dadar ini kepada 4 bahagian memanjang dan ketepikan.

Carrot: 
1 Tbs minyak
6 oz carrot, shredded
1 tsp garam
½ tsp black pepper

Menggunakan kuali yg sama, tambahkan minyak. Masukkan carrot, garam dan lada hitam. Goreng lebih kurang 2-3 minit atau sehingga lembut. Keluarkan dan ketepikan. 

Bahan-bahan Filling/inti yang lain:
6 - 7 imitation crabmeat - potong 2 memanjang
5 oz Danmooji (Korean yellow pickled radish), potong memanjang 6 - 7 batang
3 oz timun, potong memanjang 6 - 7 batang 
or 8 oz Korean spinach banchan (CLICK HERE untuk resepi)


Nasi: 
3 cawan nasi sushi -suam
1 tsp garam
1 tsp gula
½ tsp black pepper
1 Tbs minyak bijan
1 tsp bijan

Campurkan ke semua bahan-bahan kecuali nasi dalam mangkuk. Masukkan nasi dan gaul rata. Sentiasa tutup dengan tuala lembap untuk mengelakkan nasi menjadi kering semasa menggulung gimbap.

6 - 7 Gim (Dried seaweed sheet/Nori)
minyak bijan & bijan secukupnya

  1. Letakkan seaweed (bahagian berkilat di bawah) di atas bamboo roller. Ratakan 1/2 cawan nasi menutupi 2/3 bahagian seaweed.
  2. Aturkan telur dadar, crab meat, spinach/timun, carrot, daging dan danmooji melintang di atas nasi. 
  3. Gulungkan kimbap menggunakan roller. Ulang lagi sehingga selesai.
  4. Untuk memotong gimbap, lumurkan minyak bijan pada pisau dan gulungan gimbap. Potongkan gimbap 1/2 - 3/4 inci, dan taburkan bijan ke atasnya.
Untuk Tuna Gimbap:
7 0z tuna in oil (buang minyaknya) digaul dengan 3 Tbs mayonis dan secubit lada hitam. Cadangan sayur utk gimbap tuna ni ialah daun perila dan timun.

Wednesday, April 27, 2016

Japchae


A Korean dish that my kids suka sangat. Anak-anak I ni tekak international gak, so kalau berjalan ke mana-mana tu dorang suka juga mencuba makanan tempat yang dilawati ... mummy nya pon senang, xde la pening kepala. But then, negara K-Pop ni kami belum la sampai lagi tau ... ehehe ...

Buat japchae ni xde la susah pon, remeh je sikit sbb nak potong memotong macam ulam-ulam nasi kerabu. Ni pon menu yang sesuai untuk kanak-kanak sebab x pedas.

JAPCHAE
Sumber: ain | my-sweetthots

Korean glass noodles (potato or sweet potato)
300 gm daging lembut
Korean spinach atau sawi
2 jenis cendawan
1 bawang besar Holland
1 batang lobak merah (carrot)
4 ulas bawang putih
Kicap cair Lee Kum Kee
Minyak bijan Knife
Garam
Gula

1. Potong bawang putih halus2.
2. Panaskan air dlm kuali. Bila air mendidih, masukkan glass noodles. Rebus sehingga masak.
3. Gaul daging dgn 1 sudu kecil minyak bijan, bawang putih yang telah dipotong halus, 1 sudu kecil gula, 1/4 sudu kecil serbuk halia & 2 sudu kecil kicap cair. Perapkan daging dlm peti ais selama 20 minit.
4. Hiris bawang (belah dua dulu & hiris).
5. Hiris lobak merah (belah 2-3 & potong panjang & halus).
6. Panaskan air dalam periuk kecil. Bila air mendidih, masukkan spinach/sawi yg telah dipotong & rebus hingga layu. Keluarkan spinach/sawi dari periuk & toskan air.
7. Tambah 1 sudu kecil minyak bijan, sedikit bawang putih yg telah dipotong halus & sedikit garam ke dalam spinach/sawi. Gaul sampai rata.
8. Tumis bawan & kacau sampai layu & keluar air.
9. Masukkan daging & masak sampai lembut.
10. Masukkan glass noodles. Kacau rata.
11. Masukkan spinach/sawi. Kacau rata.
12. Masukkan 3 sudu kecil kicap cair (ikut selera masing2), 1 sudu kecil minyak bijan (ikut selera masing2) & gula secukup rasa. Kacau hingga sebati sehingga masak.

Monday, April 4, 2016

Tteokbokki


Tteokbokki a.k.a kek beras pedas antara street food yang sangat popular di Korea. Disebabkan anak-anak suka sangat makan masakan korea, kita pon ambil peluang la belajar memasaknya. Kali ni kita nak share cara masak Tteokbokki ni. Tak la susah mana pon nak buat. Di sekitar Ampang Avenue memang banyak mini market korea jadi x susah nak cari bahan-bahannya. Insya Allah bahan-bahan yg saya share kan di sini di jamin halal.

TTEOKBOKKI
(my-sweetthots.blogspot.com)
1. Tteok (Korean rice cake)


2. Kek ikan (fish cake)
3. Telur rebus
4. Ikan bilis
5. Tangleweed
6. Bawang putih
7. Korean chilli paste (gochujang)
 8. Serbuk cili Korea


9. Cili padi (kalau nak pedas)
10. Gula

1. Hiris bawang putih halus2.
2. Rebus air dengan ikan bilis & tangleweed untuk dijadikan stok. Setelah mendidih, tutup api & biarkan stok tersebut selama 10 minit. Buang ikan bilis & tangleweed tadi.
3. Rebus tteok (Korean rice cake). Pastikan tteok tidak melekat. Selepas masak, buang air rebusan. 
4. Simbah kek ikan dengan air panas. Potong empat segi.
5. Panaskan stok ikan bilis & tangleweed. Masukkan 2 sudu besar gochujang (Korean chilli paste), 2 sudu kecil serbuk cili, bawang putih, hirisan cili padi & gula secukup rasa. Kacau sampai sebati. 
6. Masukkan tteok, kek ikan & telur rebus. Kacau perlahan2 untuk elakkan melekat ke kuali.
6. Masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Tutup api.
7. Hidangkan ketika masih panas.

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...