Showing posts with label Food Hunt/Review. Show all posts
Showing posts with label Food Hunt/Review. Show all posts

Tuesday, March 28, 2017

Nasi Ayam Hainan Kak Lina - Taman Ampangan, Seremban


Kalau menjejakkan kaki di bandar Seremban, apa kata singgah lunch kat kedai Nasi Ayam Kak Lina di Taman Ampangan ni. Waze jer, insya allah ditunjukkannya jalan dengan selamat. Lupa pulak nak snap menu nya untuk tatapan korang buat pilihan siap-siap ;). 

Balik dari ambil Hafiy sebab cuti sekolah seminggu, kami singgah makan kat sini. Actually this is our second time here selepas cousin ku Alia (baru je bersalin his 2nd boy ahad lepas) bawa sometime last year waktu kami melawat Wo Alang yang tinggal dekat taman tu. Punya la tamak sebab masing-masing lapar, order ayam seekor terus ... haha. Nasib baik habis.


Kalau datang lagi tu, maknanya sedap la kan. Overall pada I, rasanya semua sedap. Tapi untuk nasi dia tu, I kurang puas hati sikit la sebab I prefer if beras dia berderai macam nasi arab or nasi ayam The Chicken Rice Shop (TCRS)

Yang specialnya nasi ayam kat sini ialah dia ada hidangan sampingan taugeh goreng macam TCRS. Selain sup ayam kosong, kita akan dihidangkan juga dengan sup fish ball.

Bagi yang inginkan kelainan boleh la order Nasi Itik atau Nasi Angsa pula. I belum try lagi, jadi tak dapat ler nak komen.

Harga hidangan kat kedai Kak Lina ni reasonable la.

1 ekor ayam         }
4 pinggan nasi     }
1 pinggan tauge   }
3 gelas Teh O ais } kosnya rm75.

Kami datang tu hari Jumaat, ada pisang & Chinese tea diletak atas meja dan diberi secara percuma kepada para pelanggan.


Wednesday, November 19, 2014

Lasagna for Kiddos & Berjimba di Flora Cafe @ Ampwalk, Jalan Ampang


Bekalan untuk class party pot luck doubleH hari ni. 

Recipe you all boleh refer sini or sini (sos merah - Bottom Layer, bechamel/white sauce- Top Layer) or yang ni ... just ganti kan spaghetti/spiral tu dengan lasagna sheet ye. Guna yang instant lasagna sheet, senang kerja. 

Oh ye, hari ni madam tai tai berjimba lagi dgn kawan-kawan zaman sekolah jb dulu ;) Pantang ada peluang ye. Meraikan org kulimfornia si harsa turun kl lah konon-kononnya ... walhal baru 2 minggu lepas dah jumpa dia kat CyberLodge ... hehe. Tapi alasan kali ni lebih kukuh lah ye, sebab si Reque hari tu xjumpa dia lagi ... so I teman meramaikan lah. Lagi pun harsa pon stay dekat Lanson Place. Sepelaung je tu kan ... 


Kali ni we chose Flora Cafe pulak untuk ber'gather-gather' ;) sbb dekat dgn Harsa. I pon xpernah lagi try tempat ni. Patutnya Ellie & Rin pon join juga tapi cancel last minute sebab Ellie ada hal.


At first ingat nak makan buffet lunch that's why kami duduk kat luar sbb nampak menarik juga lauk-lauknya walaupun simple je. Tapi pernah dengar kalau kat sini should try menu Johor lah, memandangkan the owner is a Johorian.


My pick was Mee Bandung, based on the staff recommendation. Quite nice la rasa dia, portion pon boleh tahan.


Mee Rebus ni Harsa punya. Untuk kita yg x berapa fan dgn mee rebus ni, the taste is quite sedap la.


Reque had Kuew Teow Ladna, ok la rasanya.


My first try on Air Kathira. Sedap gak.

Overall food kat sini not bad, price wise for a nice cafe like this is considered ok ... boleh la nak singgah lagi next time.

Friday, September 19, 2014

Umai Cafe @ Precint 2, Putrajaya

Another eatery that I tried masa I stayed kat Putrajaya hari tu ialah Umai Cafe ni. Terjumpa secara kebetulan sbb we xjumpa Ayer@8 tu, tapi memang pernah dengar pasal this cafe dari husband's nephew. Umai Cafe ini terletak di Bangunan Anjung Alaf Baru, presint 2, 62520 Putrajaya, di antara Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi) dan Monumen Alaf Baru.


Sebab I puasa hari tu, I pun bercadang nak try menu berat sket tapi the 3 Za'aim dah order nasi lak. Tanya waiter, dia suggest Kuey Teow Kungfu ni. Not bad, boleh tahan sedap. 


Hafiy had Nasi Goreng Umai, ada ayam goreng kunyit served dgn nasi tu. Boleh tahan sedap, makan dgn sambal belacannya yg sedap tu.


Haziq pula makan Nasi Goreng Padprik, boleh tahan gak rasanya.


 ... and hubs had Nasi Goreng Sardin Petai, yang ni biasa-biasa je, xrasa sardin pun, tak brp nak recommend.


I order gak lempeng sebab terliur sgt nak makan. Memang recommended lempeng ni. Sedap. Ada banyak lagi menu yg nampak best kat Umai Cafe ni. Next time sesat Putrajaya boleh cuba pulak. Harga pun memang berpatutan, food kat atas ni plus 4 air cost us RM38.50. Ok la, kan. 

UmaiCafe | the lake cafe Putrajaya
Presint 2, putrajaya, Malaysia
waktu operasi: 9 am - 11 pm setiap hari (waktu tutup akan diberi notis di facebook dan juga blog)

Wednesday, September 17, 2014

Almaeda Restaurant @ Ayer@8 Precint 8, Putrajaya


Dah lama x share pasal tempat-tempat makan. So hari ni I nak share new eateries in Putrajaya. Quite interesting place walau pun masih banyak kedai-kedai yg kosong. Antara yg I nampak hari tu (xsempat nak round sebab nak cepat pon ye, dah nak kejar maghrib pon ye) ada Fuel Shack, Hot & Relax dan Teh Tarik Place.

That day bila diumumkan anak-anak UPSR kena resit paper BI pulak tu, I pon bagitau hubs nak try makanan kat Ayer8, Putrajaya yg xjumpa the day before. Untuk memujuk hatinya yg lara tu kan ... Sensitif bebenor ... dok tangkap leleh je dalam kereta. Kami actually stayed 2 nights kat Hotel Pullman sebab my hubs ada training kat situ. Tapi pagi-pagi menderas la balik Ampang, nak hantar Haziq ke sekolah. Nasib baik exam start 8.15am & we all sampai around 7.15 - 7.20am mcm tu. 

Bila kat Putrajaya, mcm buntu je bab-bab makan ni. Lemau lak bila mikir nak makan kat Alamanda so I tanya member2 kat group whatsapp. Kak Long kawasan suggested this restaurant. Roti Giant & kambing kat sini sedap katanya. Akak pon terkinja-kinja la rasa nak menerai jugak.


May be sbb this place is still new, type kat waze xkeluar pulak kawasan Ayer@8 ni. So the 1st nite, kami xjumpa sebaliknya sampai kat Umai Cafe lak. Masa makan kat Umai tu, dah rasa macam building on the opposite side of the lake tu la Ayer8. Tu yang simpan hajat nak pergi juga.


My initial plan masa husband ajak bermalam kat Pullman hari tu nak pergi Restoran Selera D'Timor ni lah (canopy hijau, bawah Teh Tarik Place ni). Kes ternampak adik pergi the week before, kedai kakak ipar dia rupanya. Tapi dek tergodakan roti giant kak long, kita simpan la hajat tu utk esok-esok pulak. Restoran AlMaeda adalah sebaris dengan restoran ni ye, hujung sekali selepas Restoran Upin Ipin. Restoran-restoran ni semua di tingkat paling bawah ye, menghadap tasik.


Ni lah roti giant nya kot, puas telek-telek menu tak jumpa. Nampak ni le roti paling besar, jadi I order la yg ni ... Yemeni Mulawah Bread kalau xsilap. Tapi ambil yg set, makan dengan Lamb Akdah ni


Untuk set roti & lamb ni harga dia RM15.90. Agak berbaloi la sebab boleh makan 2 org kongsi dengan husband, tu pun dah last tu agak slow nak menghabiskan. Ada banyak lagi menu lain yg kami tergoda tapi takut membazir terus xjadi order. Nasib baik x diturutkan nafsu tu kan.


Budak yg sedu sedan tu makan Lamb Mandy Rice ni, mmg menu favorite dia kalau gi kedai Arab. Memula konon sedih, xmo makan. Lepas tu habis licin dikerjakannya. Nampak kat hujung meja tu, tisu lap air mata & air hidung dia la tu ;) Yg ni harga dia xigt la untuk single plate, tapi kalau size L tu, RM34.90 kalau xsilap. Kami bertiga suka dengan sos tomato yg makan dengan nasi ni, eventhough pedas sket tapi memang sedap. Ni pun masa dok tulis dah telan air liur sbb teringat.


Dek kerana nafsu, bakhlava pon nak makan gak ... yg ni RM10 sebekas. Rasa so-so je, x rangup dah. I guess dia xbuat kat situ.

Overall the food semua sedap dan memenuhi citarasa. Recommended lah. Choices of food pon banyak. Memang rasa akan ada next visit sebab dah boring makan kat Saba or Rawsha. Lagi pun kat sini masih xramai org, so tenang & cepat servisnya ;) 

Thursday, June 19, 2014

Lontong Singapura, Pekan Masjid Tanah


Cerita lontong lagi nampaknya ni. Maaf lah kalau boring. Saya dlm "Misi mencari lontong yg sedap" or my friend kata, Raya sebelum puasa ... haha .. gara-gara hari tu xpuas hati kan. Lontong ni nampak lagi sedap, kan dr yg kat bawah tu? ;) 

I balik kg last week, jengah my nenek & tido kat kampung.  The next morning my cousin yg ni, whatsapp tanya "nak breakie lontong Spore sedap x? Famous in Masjid Tanah ni, kat fb ramai yg kata sedap so kena cepat la, org kata pukul 9am dah habis".  Akak pon tergoda, menggelupur bangun tau ... terus la kejutkan my laki & anak-anak2. Then pergi tanya cik Tom, anak my Indok kat rumah sebelah .. nak ikut ke x.

By 8am kami dah sampai simpang (which is Pekan Masjid Tanah tu, tp my family mmg refer tempat ni as simpang). Jumpa Deeda kat sana dgn anak dia (Cik Mermaid Pinky bangun pagi la that day sbb nak breakfast sama weols). Si Deeda ni pon xpernah try lagi this place, jadi lepas dah park kereta masing-masing kami pon mencari la kedai lontong tu yg dikatakan kat fb bertentang kedai ayamas. Bila dah nak menghampiri kedai ayamas tu, masing-masing macam dah cuak je dan tertanya-tanya ... sudah ... kedai dia tutup ke hari ni? Sbb nampak lengang sangat ... isyy ... takkan kedai yg dikatakan sedap ni xde orang ... bila sampai tgk kat roller shutter nampak la waktu operasi dia 8.30am - 12.30am.


Adoiii ... sabar je la ... apa nak buat setengah jam ni? Takkan nak balik? Nak xnak, kami round la pasar tani kat depan tu. Cik Mermaid Pinky baju pink tu beli la kuih lapis sbb kuih tu colour pink, I lak beli pokok 2 pasu dan sekeping murtabak sbb berkenan tgk murtabak tu cantik je rupa dia 4segi, org tu buat guna acuan.


Ni salah satu pokok yang I beli tu, Deeda kata pucat je ... macam sakit ... haha ... memang spesis dia macam ni lah.

Dah habis ronda jam baru pukul 8.20am. Kedai xbuka-buka lagi. We all melangut je la tepi longkang tu haa, sempat alih keta pulak lagi sementara tunggu kedai buka.


Bila kedai buka je terus meluru duduk, dah longoh mencangkung tepi longkang tadi. Terus order Lontong, Nasi Kukus Ayam Berempah & Soto. Cik Mermaid Pinky pulak minum air bandung. Eeii ... fanatik pink betul budak ni. Nasi Kukus & ayam tu biasa-biasa aje. Soto dia sedap (lupa lak nak snap sbb perut dh lapar), tapi begedilnya ... sedap lagi yg kami buat kat rumah ;)

Lontong dia sedap, ada paru goreng, isi-isi lodeh mcm tempe, sengkuang, kacang, tahu, kobis & suhun semua ada, just nice kuah nya pon xterlalu pekat or cair. Ada letak sambal kelapa juga. Ini baru la betul, lontong. Untuk harga RM4.50 semangkuk, I am very happy with the taste, kalau teringin nak makan lontong ala-ala kat rumah tapi malas nak buat, boleh la lepas kempunan kat sini. Even lontong kat Cafe Mak Jah, Ampang Jaya tu pun x sesedap & complete macam yg ni. Yeayy ... my craving for lontong sudah terlaksana akhirnya ... alhamdulillah.


Lepas breakfast cik Mermaid ni ikut balik rumah nekyang. Nak main dgn Hafiy & Haziq katanya. Oh ye, kami semua panggil dia mermaid sbb dia kata diri dia si mermaid karakter kartun Disney.

Lepas boring main dgn abang-abang, dia ikut my Indok balik rumah. Belek album kawin Indok, terus cakap inai kat jari dia dah habis. Nak pakai inai. I pon tolong la pakai kan ... dia suka je, until I gi lukis atas tangan ... lepas dah siap dia dok merungut & sorok2 tangan kat belakang ... muncungkan mulut & merungut ... "nanti mama marah, mama xbagi pakai kat tangan ... kat sini (jari) xpe ... nanti mama marah hana"  ... muka xpuas hati je ... suruh basuh inai kat tgn tu. Adoii ... pening kepala we all nak layankan dia psl inai tu sementara tunggu mama dia dtg ... 

Lontong Kg Jawa, Segamat


Dah lama I x share food review, kan. Ada quite a few gak in my list, dah berkurun gak la tu pergi try ... hehe. Tapi kali ni biar I share the recent one lah ye. Masa ikut my hubs gi Segamat sempat try kedai lontong ni, nama kedai xde tapi lokasi nya tu bertentang Sekolah Kebangsaan Kg. Jawa. 

Dah lama nak cuba baru kali ni la dapat sbb selalu dok dengar his office mate yg dr KL kalau ada keje kat Segamat mesti nak singgah breakfast sini. Actually cik abang I tu pon xpernah jejak kedai ni, so bila I tanya dia kata xtahu cuma bg clue kedai tu dekat dgn sekolah & dekat Kg. Jawa. I pon buka Ipad & google la "warung lontong Kg.Jawa". Memang ada la org review pasal kedai dan lokasinya dekat dgn sekolah. Tapi xde gambar pon.

So, kita pun buka waze dgn confident nya terus navigate Sekolah Rendah Kg Jawa. Bila reached that area nampak satu kedai ramai org bertentang sekolah, terus cari parking & masuk. I ordered Lontong kat atas tu, Hafiy minta Nasi Lemak (pastu menyesal x order Soto bila rasa abang punya sedap) & Haziq makan Bihun Soto dgn begedil.

I pon hairan apa yg best sgt mkn kat sini ... hehe. Tapi orang memang ramai, susah nak cari tempat duduk. The lontong so-so aje, kuah mmg pekat tapi isi dlm xde pon ... sedih I, ingat ada la byk tempe, tahu, suhun & isi-isi lodeh yg sewaktunya ... tapi yg I jumpa tempe cenonet jer, jari kelingking ni pon besar lagi tau. Frust ...


Soto boleh tahan la, kuah x pekat & tak cair ... xrasa rempah soto pon ... tapi sedap la juga. Tu yang Hafiy menyesal makan Nasi Lemak. Haha ...

The begedil, out betul lah ... garam pon x rasa. I tertanya-tanya .. apa la yg kwn2 laki I asyikkan sgt nak mai sini ... mmm ... or may be, not my day that day? Tukang masak sakit tekak kot? Or the usual tukang masak sakit, org lain yg masak?


Lastly I tried their satay paru & satay sotong, dan juga tempe goreng ... sbb yg ni pon famous diperkatakan among my hubs punya rakan sekerja. Well ... satay paru tu ada satu bau yg I xsuka ... me dont like the smell & taste ;(  Tempe goreng tu ok la, I had it with sambal cili kicap ... tapi again, I kecewa ... sambal tu xde kick lah, mcm ada yg kurang, xrasa kicap, xrasa masin, err ... xcukup rasa. My stomach was full tapi kenyang ... faham ke maksud tu?

Anyway, lain orang ... lain tekaknya kan, lain citarasa ... siapa yg sampai Segamat, kalau teringin nak breakfast lontong ... boleh la cuba & nilai sendiri ye ;)
 

Friday, November 22, 2013

Rojak & Cendol @ Masjid Al-Azim, Pandan Indah


Salam pagi Jumaat. Ni ler rojak yg sedap, kita suka tu. Nak post semlm, blogger.com ni buat hal pulak. Tak boleh nak choose pic from laptop. Dah a few times macam ni, time orang tengah free and rajin nak berblogging ni ... Back to cerita rojak. Yang ni rojak sotong. Sedap tau. Haziq memula eksyen .. xmo makan sbb dia nak makan nasi. So dia tumpang makan I punya la, adik dia makan satu plate sorang. Sedap la tu, dia siap cilok sket from adik. Last-last he ordered another plate sbb gaya org xpuas makan je, ended up dia la yg mkn paling banyak .. haha ..

Lokasi:
Tepi jalan pintu masuk utama Masjid Al-Azim
Pandan Indah

Waktu operasi:
Setiap hari kecuali Jumaat


Ni cendol yang kami makan hari tu. Lemak berkrim penuh kolestrol  ... hehe ...


Muka happy lepas makan ... Sekali sekala makan kat tempat open air macam ni memang best, sat sat rasa tiupan angin .. nyaman je. Kalau budak-budak ni boring, boleh main kat padang/taman rekreasi sebelah tu sementara mak pak nya dok bersembang.

Berdekatan gerai rojak ni, ada gerai laksa, sup dan nasi ayam. Tapi tak pernah cuba lagi sebab memang selalu dtg dah aim kat rojak dan cendol ;)


Friday, November 15, 2013

Cendol Wahab


Ada one day tu, kami ke Wangsa Melawati sebab nak lunch kat Wangsa Grill, belated celebration utk birthday Haziq. Terlupa pulak la nak tengok waktu operasi restoran Chef Zubir ni. Rupanya 6pm onwards  baru buka. Maka kami meronda-ronda la dulu, xde arah di sekitar area Sri Rampai. Nak cari light meal sementara tunggu dinner time. Ternampak Restoran Wahab ni, ada replika gambar cendol kat sign board dia. Terus teringat my office mates yg duduk area Ulu Kelang & Wangsa Maju pernah citer kesedapan cendol wahab, suh hb stop singgah makan cendol dan rojak kat sini.

Lokasi:
Restoran Wahab's
(The Best Cendol in Town)
Rampai Business Park, Sri Rampai, Setapak

Waktu operasi:
x pasti ;)


Dah siap-siap order, tunggu je la nombor kita naik ... ;) So, ni ler makanan2 yg kami order that day ...


Kue teow goreng ayam


Rojak ayam


Cendol aiskrim ... kecewa, nak cendol kacang merah tp dah habis

Taste wise overall  boleh la. Tapi my vote will still goes to rojak & cendol depan Masjid Al-Azim Pandan Indah or rojak & cendol berdekatan Damansara Specialist Hospital. Cuma kelebihannya kat sini, pilihannya banyak ... cendol aje ada lebih dr sepuluh jenis. Selain daripada tu ada makanan bergoreng juga macam kue teow dan mee goreng.

** Lain kali kalau singgah, I nak cuba Mee Rebus nya sbb ada kawan recommend, sedap katanya.

Tuesday, November 12, 2013

Restoran Det Station @ Ampang Avenue


Antara restoran Nasi Lemak yang I can consider sedap lah sebab sambalnya boleh tahan sedap ;). Senang je nak cam tempat ni, sebab kedainya dicat hijau luar dan dalam. Dan juga terletak x jauh dari PapaRich.

Lokasi:
Jalan Avenue 3, Avenue Ampang, Ampang Campuran.

Waktu Operasi:
5pm - 2.30am

Selain daripada Nasi Lemak, Det Station juga menjual Char Kuay Teow yang boleh tahan sedap dan juga burger.


Friday, November 8, 2013

Emping ♥♥ menggamit memori


Nostalgia makanan musim tuai padi masa kecil-kecil, duduk kat kampung tinggal dengan atuk. I took this foto utk adik-adik kat ofis yg xpernah kenal rupa emping ni. Bukan takat xkenal, xpernah makan pun. Kebetulan ada emping tu kat kampung hari tu, kelapa muda pun berlambak. Apa lagi ... terus la kami buat emping ni untuk kudap-kudapan. Bagi adik-adik yg x pernah cuba, boleh la rujuk resepi kat bawah ni ye.

EMPING

1 peket emping
Kelapa muda parut
Gula melaka - disagat

Sangai emping sehingga masak/rangup. Kemudian gaulkan dengan kelapa muda parut dan gula melaka yg telah disagat tadi. Hidang segera utk menikmati rasa yg lebih rangup. After sometimes, rasanya akan liat-liat sikit sebab kelembapan yg ada pada kelapa dan gula tu. Tapi still sedap je.


Ho Chi Minh: Of Vietnamese Food that I missed ...

Early May this year, we all berpeluang melawat bandaraya Vietnam iaitu Ho Chi Minh atau nama lamanya Saigon City. I belum blog lg pasal my trip ke sana sebab itu mood xde mariii ... hihi. Sekarang, tgh rajin dan kurang busy, boleh la nak share. Biar I started off with cerita the Vietnamese food yg I have fallen for ...

Antara sebab kami menjejakkan kaki to this part of Vietnam: antara destinasi asia yg popular utk dikunjungi  dan keterujaan I bila membaca blog cik mulan, pengalamannya bermastautin lama di sana, the food that she missed. Adding to all that, my addiction and love for coffee buat I teringin sangat-sangat nak merasa the true Vietnamese Iced Coffee.  

Got to go ..., leave you with the list of food that I really enjoyed during my 4d3n stay there.

Watching the Barefoot Friends in Vietnam made me craves for all these food again ... and it's just hard to find  a really good one here ... Tengok Ho Dong makan tu, huhu ... nangis akak ... telan air liur je lah. 


Vietnamese Beef Soup Noodle / Pho' (pronounced as Fa)


Vietnamese Sandwich / Banh Mi (pronounced as Bun Mee)


Vietnamese Iced Coffee / Cafe Sua Da



My everyday dose masa kat HCM, with every meals ... me yg selalu minum hot coffee rather than the cold ones pon boleh ketagihh ... no wonder mulan suka sgt2.

** x sempat nak rasa Vietnamese Spring Roll as the Halal shop that selling it was closed during my visit. I bet it's also damn good! ;)

Wednesday, October 23, 2013

Breakie @ Bangi Kopitiam


Missed this place kat Taman Putra Sulaiman, Ampang yg dah tutup about a few months back sbb kurang sambutan kot. The food kat sini quite nice, cuma crowd x ramai .. 


Ni breakfast lepas balik dr berjogging way back berbulan-bulan yg lepas ... dengan cousin I and his gf. As I was wfh masa ni sebab kena keje ikut shift UK, sometimes bila dtg rajin tu, ada gak la beriadah kat Tasik Ampang Hilir. Healthy life style konon, tapi balik jogging melantak x hingattt ... guane tu? ;) 


Tuesday, June 18, 2013

Tuesday, May 21, 2013

Restoran Mee Tarik Warisan Asli


Dah lama nak try makan kat kedai ni sejak adik bongsu kecoh-kecoh dia dah sampai sini lunch dgn member ofis, tengok org buat mee tarik. Masa balik dr KLIA (kami balik kota bharu, kg hubby - kenduri kawin/bekwoh anak sedara dia), flight delay sbb teknikal katanyer ... biasa la alasan gitu kalau naik AA tu kan  ... jadi bila sampai KL perut memang dah berkeroncong gila .. tapi nak lunch, jam pun dah 3 lebih .. tanya mak dengan ayah, dorang terasa nak makan apa2 x ... diorang tu xde idea ... mana nak cari menu nasi campur ke apa ... bila passed by Sg Besi I terus teringat pasal Mee Tarik ni, tanya lagi kat mak ... dia kata x kisah nak cuba ... terus minta hubby belok ke sini.

gambar kredit kpd Sharz and Catz

Yang kelakarnya bila melangkah masuk kat kedai ni, muka mak dah lain macam tengok pelayan & semua pekerja kat kedai ni cina muslim yg betul2 dr seberang tanah besar (rupa mcm dlm gambar tu) ... cuak je dia ... I kata if dia betul-betul x selesa, kita keluar je balik cari kedai lain. Tak nak pulak, so kami pon duduk dan start belek menu, muka blur je masing-masing ..

Kat sini style order nya tulis no menu, macam kat kopitiam. Tak tau nak makan apa ... bila tanya pon bukan faham sangat explanation dorang tu, xreti cakap melayu. Jadi, ikut gerak hati je la time mengorder tu.


Pilih punya pilih, at last ambil ni >> Menu : No.401 Mushrooms Meat with noodles
Price : RM8.00
rasanya boleh la ... masam manis mcm tu



x ingat namanya, rasa macam mee sup yg ada chilli flakes & bwg putih goreng sket



Menu : No.309 Toothpick Lamb
Price : RM24.00
Dalam banyak-banyak tu, paling best yg ni la.
Untuk peminat daging kambing macam kami, this dish is a must try tau!
Sedap ... pedas-pedas manis, xde bau pun kambingnya.

Overall ... boleh la nak tukar selera. Masakannya biasa-biasa aje tapi mee dia tu memang special and sedap, rasa dia kenyal-kenyal sket. Fresh, dia buat bila orang order. Sambil tunggu order siap boleh tengok diorang buat mee ... ralit, terlupa nak amik gambor ... refer sini

Address:
Mee Tarik Warisan Asli 
51A, Jalan Tasik Utama 3
Medan Niaga Tasik Damai
Sg. Besi 57000, KL
 017-8768960  / 0390543209

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...