Showing posts with label Sambal. Show all posts
Showing posts with label Sambal. Show all posts

Thursday, October 3, 2013

Sambal Kelapa Special (untuk Lauk Kari Ikan)


Tayang gambar dulu, nanti kita share resepi ye. Sambal kelapa ni memang special tau sbb xleh jumpa kat kedai. Resepi arwah MIL I, serve with Kari Kepala Ikan ... mmg terangkat lah. Lama dah nak kongsi resepi ni tapi asyik lupa je.

Sorryyyy .... lambat ... too many things on my plate, kepala otak berserabut ... tu yang tak sempat-sempat and xde mood nak update. Harap kena dengan selera uols juga la ye. Husband I dan anak-anak memang bertambah-tambah makan kalau dibuatkan sambal ni bila masak kari.



SAMBAL KELAPA SPECIAL (untuk Lauk Kari Kepala Ikan)
Resepi: ain sweetthots

4 sudu besar kelapa parut (guna yg untuk disalut kuih mcm kuih buah melaka/kaswi lg sedap)
Anggaran 2 ibu jari halia ;)
4 biji bawang merah
4 - 6 biji cili api
Gula melaka/nisan secukupnya
Daun kari secukupnya
Asam jawa

Tumbuk kelapa & cili api hingga lumat. Masukkan bahan-bahan lain dan tumbuk lagi hingga lumat. Gaul sebati dgn asam jawa (letak sikit je air, biar pekat). Adjust la sesedap rasa.




Saturday, August 13, 2011

Ikan Bilis Tumis Sambal Tempoyak - (Iftar 3 Ramadhan 1432H)


Mode malasss ni. Antara menu sampingan Iftar 3 Ramadhan 1432. Pekena dgn nasi panas-panas & ikan goreng, memang boleh bertambah-tambah makan. Nak-nak bila dah tambah potai. Fuh!! Bak kata adik I, shapaleh!! Resepi ehsan dr Mak Lang Azie.

Ikan Bilis Tumis Sambal Tempoyak
(Sumber: Mak Lang Azie @ MyResepi) 

 

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • 1 genggam ikan bilis digoreng dahulu (ikut suka, tak nak goreng pun tak per)
  • *10-15 biji cili padi
  • *0.5cm kunyit hidup
  • Sebatang serai dititik
  • Sehelai daun kunyit dihiris
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Sedikit garam
  • Tempoyak secukupnya (suka ati nak boh baper byk)
  1. Tumbuk lumat kunyit hidup, di ikuti dgn cili padi, cili tu tak berapa lumat pun tak per.
  2. Panaskan sedikit minyak dlm kuali, kemudian tumiskan bhn2 tumbuk, masakkan sedikit cili, org2 tua kata matikan cili.
  3. Kemudian masukkan tempoyak, daun kunyit hiris dan serai. Kacau. Taburkan garam, kena igt sket kwn2, kekadang ikan bilis dah masin, so agak2 ler ek.
  4. Selepas 3 minit, agak2 bau semua dah naik, barulah masukkan ikan bilis. Gaulkan, tutup api. Boleh ler di hidang.
  5. Kalo tempoyak tu agak2 tak masam, masa menumis tadi boleh ler ditambahkan asam keping, barang sekeping dua ya.

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...