Showing posts with label Chinese Dish. Show all posts
Showing posts with label Chinese Dish. Show all posts

Tuesday, April 26, 2016

Shrimp Chow Mein / Chow Mein Udang

 

Morning ... macamana pagi uols hari ni? Hopefully lebih baik dari semalam ye. Cuaca kat KL ni dah masuk 4 hari masih teruk jerebunya. Walaupun getting better sebab dah boleh nampak bangunan yang jauh sket tu tapi awan masih belum lagi nampak. Semalam pon hafiy balik sekolah nampak letih sangat, dok begging me xnak pergi tuisyen.
Semenjak dua menjak ni ada sikit rajin la nak mencuba resepi baru yang kita nampak masa blog walking. Masa browsing through blog Rasa Malaysia mata ni terpaku dekat resepi Shrimp Chow Mein sebab memang dah lama nak cari resepi mee goreng chinese style yang ni, tapi sebab xtau apa keyword nya ... memang payah la kan.


Gambar mee kita ni memang nampak pale & macam xsedap je kan .. sayur pon xde kecuali daun bawang ;) nak tambah carrot kasi berseri sikit xde stok lak. Tapi kita memang sangat puas hati .. gabungan sos tiram, kicap & minyak bijan memang menepati sangat rasa mee yang dicari selama ni. Budak-budak pasti akan suka, lebih-lebih lagi yang memang xsuka makanan pedas. Haziq & Hafiy pon mmg suka sangat-sangat, sampai dalam minggu yg sama je 2x kita buat. Ye la, kadang-kadang dah boring dgn Mee Goreng cara orang Melayu. Yang paling bestnya nak sediakan memang cukup sempoi xpayah nak keluar blender nak mesin cili dgn bawang. Lagi la rajin mak nak buat, kan. Haha ... Oh ye, satu je yg  kita xpuas ... color mee kita ni xcerah macam kat blog rasa malaysia. Kita suspect sbb kita xletak gula sebaliknya gantikan dengan kicap manis.

** Chow Mein dalam Cantonese dialect bermaksud fried noodles.

SHRIMP CHOW MEIN
Source: Rasa Malaysia
Saiz hidangan: 2 | Masa Penyediaan: 10 Minit | Masa Memasak: 5 Minit
8 oz fresh egg noodles atau steamed chow mein/chow mein
6 oz udang, dibuang kulit & belah belakang buang uratnya
2 sb minyak
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 oz kobis, hiris nipis
4 oz taugeh, cuci & toskan
1 tangkai daun bawang, dipotong-potong anggaran 2 inci

SOS:

1 sb penuh sos tiram1 sb kicap cair
1 sb gula
1/2 st minyak bijan
3 sb air
Secubit garam

Sediakan mee seperti arahan pada bungkusan. Satukan semua bahan sos, gaul sebati dan ketepikan. Panaskan kuali & letak minyak. Goreng bawang putih sehingga berbau wangi, masukkan udang. Apabila udang separuh masak, masukkan kobis dan teruskan mengacau. Masukkan mee dan sos. Gaul rata dan masak lagi lebih kurang seminit. Masukkan taugeh dan kacau rata. Apabila taugeh mula masak, masukkan daun bawang, kacau rata beberapa kali dan boleh la dihidangkan segera.

** Enak juga dimakan bersama sedikit sos tomato

Saturday, November 9, 2013

Salted Egg Prawn


Menu seminggu lepas. Sedap sangattt kata anak2 I. Sometimes simple ingredients can make magic to your dish, xperlu bahan-bahan yg mahal dan bersusah-susah sangat pun. Contohnya, lauk ni lah. Resepi refer sini ye >> Ketam Telur Masin. Memang puas makan udang dgn resepi yg ringkas macam ni.

Tetiba rajin sgt I ni mengupdate blog kan. Haha ...  alhamdulillah, just gain my vitamin R selepas balik bercuti ni ... mulut rasa nak pot pet aje ...



Monday, April 4, 2011

Sotong Black pepper ala d'Dagang


Lunch menu on Sunday ... mode memasak yg ringkas-ringkas je sebab nak mengemas rumah, nak iron baju,  nak lipat baju aihh .. panjang list ni, tu yang ditahan-tahan nafsu nak ikut akak Siah ke kedai kain AJ .. pasar pon x pergi, selongkar freezer tengok ada sotong. Teringat kat lauk sotong yg cost me RM16.90 utk 3 ekor sotong kot kat d'Templer hari tu. Macam mudah je nak masak ... ni la lauknya based on rasa yg I ingat, main agak-agak je, .. harap-harap budak 2 org yg balik dr taekwondo class tu nanti suka la. Alhamdulillah .. menjadi & my 2 ninjas sgt happy menjamu selera semlm.

Lauk ni ala Chinese dish .. walau pun ada blackpepper, x pedas mana pun.

Sotong Black pepper ala d'Dagang

6 ekor sotong saiz besar
1 biji Lada benggala (sederhana besar) yg dipotong dadu ~ x letak sebab xde
2 - 3 ulas bawang putih ~ diketuk
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan blackpepper ~ dikisar
1 sudu makan kicap pekat
1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit tepung jagung ~ jika ingin kuah sedikit pekat

Tumis bawang putih hingga terbit aroma. Masukkan black pepper kisar, air, kicap pekat dan sos tiram. Kemudian masukkan sotong dan lada benggala. Sesuaikan rasa dengan garam. Masukkan sedikit tepung jagung utk melikatkan kuah. Biarkan mendidih sebentar. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.


Tuesday, November 2, 2010

Ketam Telur Masin


Ni ler my main dish for lunch yg berasaskan telur masin semalam. Sejenis masakan Cina. Belum berkesempatan nak rasa kat kedai lagi ... tapi rasa2 nya macam dah jadi ... hihi, confused sungguh ;) Suka sangat kaler dish ni yg ala2 lemak ketam disebabkan kuning telur masin tu. Sedapppp... I tell u. Kalau x kenangkan anak2 dah ku tambah lagi cili padi tu, baru lebih kick!

Ketam Telur Masin
Sumber: Rasa Februari '10

3 ekor ketam
5 biji telur masin ~ bhgn kuning sahaja
5 biji cili padi
2 sudu makan mentega
2 sudu makan susu cair
2 sudu makan tepung kanji
5 helai daun kari
Garam & lada sulah secukupnya


1. Kukus ketam hingga masak & toskan airnya
2. Gaul ketam td dgn tepung kanji & goreng dlm minyak yg banyak & toskan.
3. Campur kuning telur masin bersama mentega & masak diatas api. Gunakan api perlahan.
4. Tuang susu cair & masukkan daun kari. Kacau rata.
5. Masukkan ketam tadi & goreng hingga mesra. Sedia dinikmati.


My bujang kecik yg dah keletihan tunggu time makan ... kes mummy dia sibuk klik sana, klik sini ler ni. Tu pun sib baik masih boleh senyum, hihii..


Bila turun bujang besar yg sentiasa berselera ni... aii, depa pakat wat aksi makan ler pulak. Menggelabah terus camera woman ni nak amik gambar tau... isyy..

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...