Showing posts with label Cakes. Show all posts
Showing posts with label Cakes. Show all posts

Saturday, October 7, 2017

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat


Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafami, share resepi ni kat ig dia. Lately kat fb yg orang share resepi soft butter cake, semuanya ada guna ovalette. 

Excited sangat nak buat, dengan confident nya I terus buat 2 batch tau ... haha ... nasib baik hasilnya marvellous sangat. My aunty pun puji kesedapan kek ni. 

SOFT BUTTER CAKE
Sumber: FB Mariana Zainal

250gm butter
180g gula kastor
4 biji telur gred A
2 cawan rata tepung naik sendiri
1/2 cawan susu cair / susu sejat
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar serbuk koko


1. Alas loyang 4 segi 8 inci dengan grease proof paper. Ketepikan.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan ringan.
3. Masukkan telur satu persatu, pukul perlahan selama 1 minit setiap biji telur hingga sebati. Masukkan esen vanila.
4. Masukkan tepung berselang seli dengan susu cair/sejat, bermula dengan tepung dan diakhiri dengan tepung. Kaup balik adunan dengan senduk kayu.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian - satu warna asal dan satu bahagian lagi dicampur pandan emulco, adun sebati.
6. Sudukan adunan berselang-seli ke dalam loyang sehingga habis.
7. Panaskan oven pada suhu 180C selama 10 minit. Bakar kek selama 40-50 minit atau hingga masak.



Thursday, September 7, 2017

Marble Butter Cake


Ni kejadian time raya haji baru-baru ni kat kampung. My mom & sisters tak balik sebab kaki mak belum baik lagi, jadi dia malas la nak travel. Time raya tu teringin la pulak nak makan butter cake, memula aim nak buat kek marble lembut (terjumpa resepi kat 1 blog). Bila dah nak start buat tengok resepi balik ada ovalette, so cancel la sbb xsuka ada penggunaan ovalette tu. Lepas dah puas google, I ended up baking resepi dari Kak Azie Kitchen. 

Alhamdulillah, tak sia-sia sis chose resepi ni. Tambahan pulak semua serbu straight lepas kek keluar dari oven, memang laku keras la kan ... kek panas-panas. Keknya pon elok je manis sedang-sedang je.

MY BEST EVER BUTTER CAKE
Sumber Resepi: Azie Kitchen

250 gram pure butter jenama Anchor
250 gram tepung naik sendiri
180 gram gula kaster
4 biji telur
1/2 cawan susu segar

Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.
Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed).
Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan tepung. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.
Masukkan dalam loyang saiz 8-9" yang telah dilapik baking paper atau dispray terlebih dahulu.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan atas redai.

** Nota:
Jika guna tepung gandum, boleh masukkan 1 sudu kecil baking powder.





Thursday, April 27, 2017

Moist Peach Banana Cake yang viral di IG


Kek pisang viral junior chef adik Danish Harraz ni memang sedap sangat. Moist, soft and everything nice lah ;) Secara tak sengaja ternampak post kek pisang ni in 1 of the ig I follow. There and then baru sedar viralnya si abam Danish ni. Akak dah ketinggalan rupanya ... huwaaa ... Tak pernah lagi bake kek pisang letak peach. Terus gigih keluar beli pisang dan canned peaches semata-mata nak sangat merasa kek ni ... haha ... 

Memang tak sia-sia la. My aunty nenek cyber pon asyik puji kek ni sedap. The sweetness pon just nice. Resepi yang highly recommended sebab nak buatnya senang sangat, godek-godek dgn senduk je. Tak payah susah-susah nak cuci beater bagai. Bahan-bahan pon mudah nak cari dan biasa ada dalam kitchen.



MOIST PEACH BANANA CAKE
Source: IG @danish.harraz

1 cawan canned peaches yang telah dipotong kiub
2/3 cawan salted butter dicairkan
3 cawan tepung gandum
2 biji telor gred A
1 1/2 cawan gula pasir
2 sudu the baking powder
2 sudu the baking soda
secubit dua cinnamon powder/serbuk kulit kayu manis
  1. Panaskan oven pada 150 darjah. Ikut oven memasing ya.
  2. Gris bundt pan atau alas baking tray size 9 x 13 dengan baking paper.
  3. Ayak bahan kering dalam satu bekas.
  4. Lenyekkan pisang dalam magkuk dan masukkan gula, telor, melted butter dan digaul sebati.
  5. Masukkan bahan kering dan kaup balik kan sahaja hingga rata. Jangan overmixed.
  6. Tuang adunan ke dalam bundt pan atau baking tray.
  7. Bakar selama 40 - 50 minit atau bahagian atas agak keperangan sedikit dan bila dicucuk dengan lidi tiada adunan tepung yang melekat. Dah masaklah tu.

NOTE:
Bundt pan mesti disapu dengan butter yang banyak dan leak tepung supaya bila diterbalikkan kek keluar dengan senang dan cantik.



Thursday, April 13, 2017

Simple Banana Muffin


Teruja nak baking bila seorang sahabat di Kulim nun tayang butter cake yang dia baked for her birthday last week. Butter cake biasa je, tapi adunan warna macam aiskrim neopolitan tu mmg menggamit-gamit tekak ni rasa nak makan kek tau. Keratan rentas kek Hs tu owhhh ... sangat cantik kejadiannya. Memang macam aiskrim neopolitan. 

Bila perasaan nak baking and makan kek tu membuak-buakkan tapi kemalasan tetap ada, maka dari nak buat kek hari tu kita downgrade buat muffin je la dulu ... ehehe. Senang tak payah nak cuci beater bagai. Kebetulan masa blog walking blog orang nak mencari resepi butter cake lain untuk dicuba ternampak pulak resepi muffin pisang yang sempoi di blog Nina. Dalam peti sejuk ada , memang idea yang menarik la untuk clearkan 3 ketul pisang yg tergolek-golek sedang mengecut. Dengan rupa kulit pisang yg dah nak menghitam tu, jangan harap la ada yang nak sentuh kalau tak dibega kan jadi makanan lain ;)


Seperti namanya, resepi ni memang simple sangat. Walau pun I cuma guna 3 ketul pisang sebab tu je yang ada tapi rasa muffin tu tak ada cacat cela, still best. Penyumbang resepi asal susah la pulak nak trace sebab Nina cuma kata dia dapat resepi ni dari IG story

SIMPLE BANANA MUFFIN
Sumber: Nina

4 biji pisang, dilecek - I cuma letak 3 biji sebab tu je yg ada 
3/4 cup gula pasir - I kurangkan jadi lebih sedikit dr 1/2 cup
1 butir telur, dipukul 
1/3 cup butter, dicairkan 
1 1/2 cup tepung gandum
1 sdt baking powder 
1/2 sdt baking soda 
1/8 sdt garam 

1. Campurkan pisang yang sudah dilecek dgn gula pasir, telur dan butter. Pukul rata dgn hand whisk.
2. Ayak bersama tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam. 
3. Masukkan bahan kering ke dalam adunan pisang, gaul rata. Jangan overmix ya. 
4. Tuang ke dalam cup hingga 3/4 penuh, letakkan sehiris pisang di atasnya. 
5. Bakar dengan suhu 180'C selama 30 minit atau hingga masak. 

Untuk variasi:
Boleh ditambahkan chocolate chips, almond atau keju. Tepung gandum juga boleh mix dengan oatmeal. Muffin ini sesuai untuk sarapan mahupun sebagai bekalan. Kalau buat muffin di sebelah malam, keesokan paginya boleh dipanaskan sebentar dalam microwave untuk sarapan.



Wednesday, March 29, 2017

Pandan Coconut Butter Cake


"Kindness is a mark of faith, and whoever is not kind has no faith" - Prophet Muhammad

Morning ... hari ni 1 Rejab tapi I terlupa nak puasa huhu ... so dah sampai Rejab, meaning lagi 2 bulan kalendar Islam sebelum Ramadhan datang lagi. Dah selesai ganti puasa ke semua? ;)

Kek ni I buat Ahad lepas sebelum hantar Hafiy balik asrama. He loves pandan cake, si abang pon sama. Actually everbody in the house pon suka la  ... haha. Mak nya ni pulak teruja nak baking kek ni tatkala menjengah blog Domestic Goddess Wannabe .. ehehe. Alhamdulillah, sedap kek ni dan semua orang happy. Sekejap aje dah licin, tau walau pun kek ku sedikit sopak gara-gara pakai Nordic bundt pan baru ni tak spray dulu loyang tu ;).

PANDAN COCONUT BUTTER CAKE

Source: The Domestic Goddess Wannabe
(adapted from the famous Mrs Ng SK Butter Cake)
Serves 10

250g butter, salted
140g gula kastor - boleh dikurangkan ke 120g next time
4 biji kuning telur
200g Prima Top flour - I gantikan dengan superfine flour 
1 1/2 tsp baking powder
65ml santan
1/2 tsp pes pandan

4 biji putih telur
50g gula kastor
  1. Pukul butter & gula sehingga kembang dan ringan. 
  2. Masukkan kuning telur, bahan-bahan kering, santan dan pes pandan berselang seli wet-dry-wet dan gaulkan hingga sebati. Ketepikan.
  3. Dalam bowl lain, pukul putih telur sehingga kembang. 
  4. Kemudian masukkan gula secara berperingkat sambil memukul. Pukul sehingga bertanduk (firm peaks) bila bowl ditelangkupkan, adunan tidak akan jatuh.
  5. Kaup masuk adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur secara berperingkat. Gaul sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang bulat 8 atau 9 inci.
  7. Ratakan adunan dan bakar pada suhu 170C selama 40 - 45 minit.

Notes:
I use 65g eggs for all my bakes until otherwise stated.

Monday, March 27, 2017

Blueberry Chiffon Cake


Homemade chiffon cake has always been my favourite. Pantang nampak org buat, dan dan tu terasa gedik nak godek sebiji juga. Kalau yang kedai punya tak terliur pon nak makan sebab biasanya tekstur dia dry and extra ringan dari homemade one. Macam tak rasa apa je bila makan. 

Last 2 weeks, ternampak Ann dr anncoojournal baked blueberry chiffon cake. Kebetulan singgah Isetan Food Market sebelum balik rumah sebelah petang tu. Blueberry was on sale. Apa lagi, pantas sauk dah berangan nak wat kek chiffon ni.

The cake turned out perfect as how a chiffon cake should be, light and airy. Cuma I lebih suka chiffon cake yang ada volume sikit ... ;) so this is not the kind of chiffon cake I am expecting.

Ada sedikit cerita lawak masa I tengah sejukkan kek. Ada orang tu punya la xsabar nak makan kek ni. Dia tekan-tekannya dasar tin yang loose tu masa kek ni masih lagi panas sebab dia ingatkan kita telangkupkan loyang kek pasal kek tu susah nak keluar. Nasib baik I ada nak ambil barang kat dapur dan ternampak kejadian tu. Adoi la. Nak geram pon xjadi .. haha. Kesudahannya satu sudut kek chiffon ni macam terpenyek sbb kena tekan. Tempang jadinya sebab xsama tinggi.


Blueberry Chiffon Cake
Sumber: Ann Low

5 biji kuning telur (whole egg 70g each)
25g caster sugar
40ml minyak jagung
100g fresh / frozen blueberries, puri
100g tepung gandum / tepung kek, diayak
lemon zest dari sebiji lemon

Meringue
5 biji putih telur
1 tsp jus lemon
40g caster sugar

Pukul kuning telur dan gula dengan hand whisk hingga kembang. Masukkan minyak, diikuti puri blueberry dan gaul sebati.
Ayak tepung sekali lagi & masukkan ke dalam adunan di atas bersama-sama dengan lemon zest. Kacau adunan hingga sebati.

Meringue - Pukul telur putih dan jus lemon sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit2 dan pukul lagi sehingga kental dan berkilat (stiff peak).

Kaup rata 1/3 adunan meringue ke dalam adunan kuning telur. Masukkan lagi baki dan gaul perlahan-lahan sehingga sebati.

Tuang adunan ke dalam loyang chiffon berukuran 20cm dan bakar kek di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 160 C utk 10 minit. Turunkan suhu oven kepada 150 C dan bakar lagi selama 40 minit. Keluarkan dr oven dan terlangkupkan kek di atas redai untuk menyejukkannya sebelum dikeluarkan dari acuan.

Monday, November 14, 2016

Orange Cheesecake


Dah berkurun I perhatikan kek ni kat Anncoo Journal ... baru semalam dapat buat. Overall sedap, soft and wangi dengan aroma dan rasa orange. The amount of sugar is just nice. Cuma satu je xpuas hati, kenapakah bahagian bawah kek tu dense sikit? Mmm ... underbake ke? Anyway the recipe is too good to be thrown away ... it could be my technique yang xkena kot ... 

ORANGE CHEESECAKE
Source: Anncoo Journal

Ingredients:
(A):
250gm Cream Cheese, softened
250ml Milk
120gm Butter

(B):
50ml Fresh Orange Juice
2 nos Orange Rind, grated

(C):
6 nos Egg yolks
60gm Sugar

(D):
70gm Cake / Plain Flour
20gm Corn Flour

(E):
6 nos Egg Whites
1/2 tsp Cream of Tartar
60 gm Sugar

Method:
Melt cream cheese and milk over a double-boiler, stir to get smooth mixture.
Remove from heat and add in butter, stir until butter melted.
Add in ingredients (B) and (C). mix well.
Slowly add in ingredients (D), mix well until mixture becomes thick.
Whisk egg white and cream of tartar till frothy.
Add in sugar and continue whisk until peak foam.
Mix egg whites to cheese mixture with a spatula.
Pour batter into a 10″ lined square cake tin.
Bake at preheat oven 150’C with water bath for 1 hour 10 mins.

Kitchen note:
*Wrap aluminium foil completely around the bottom and halfway up the sides of the pan.
*Cover cheesecake with aluminium foil loosely when half way baked (about 20-30 mins) to prevent cheesecake over browning.
*The cake will have pulled away the edges of the pan. Remove cheesecake from oven and carefully run a small knife around the edge of the pan to loosen any bits that might stick to the pan.



Tuesday, May 17, 2016

Japanese Green Tea Condensed Milk Pound Cake





I love all things matcha ... green tea drinks, mochi, cakes, macarons & all lah .. haha ... Bila member yang baru balik dr holiday ke Tokyo menikmati keindahan sakura bagi souvenir japanese green tea powder, terasa nak buatkan kek la pulak. Since dah lama sangat I nak mencuba Condensed Milk Cake asyik xterbuat-buat, maka I decided nak buat with this green tea flavour.

Banyak bloggers yg dah cuba .. I pon x ingat I took from which blog, resepinya. The cake was nice but a little sweet for me. Dah rasa nak kurangkan gula or condensed milk tu dah but first time using green tea dlm baking, I x confident takut pahit lak so I just follow the exact recipe.

Hafiy bawa kek ni as bekal to school, kawan-kawan dia semua suka pulak & suruh bawa lagi. Ha .. baru 2 hari lepas dia bagitau lagi kawan-kawan tanya bila nak bawa kek green tea ni lagi ... ehehe ..






JAPANESE GREEN TEA CONDENSED MILK CAKE
Reference: Bisous A Toi

240g mentega berkualiti tinggi
90g gula halus
1/2 tsp garam
1 cawan susu pekat manis
3 tbsp japanese green tea powder
4 biji telur gred A
240g tepung kek (boleh guna tepung gandum)*
1 1/2 tsp baking powder*
(*disatukan dan diayak)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin kek dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula hingga putih. Masukkan esen vanilla dan garam, putar hingga gebu. Tuang susu pekat manis dan putar lagi hingga sebati.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, masukkan juga serbuk green tea & putar rata.
  4. Akhir sekali masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga mendapat adunan yang licin, jarak masa antara 1 biji telur ialah 1 minit. Tuang dalam tin tadi dan bakar 50 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2.
  5. Uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah, jika keluar bersih tandanya kek anda telah masak. Uji kek kira2 5 minit tempoh terakhir masa membakar. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan. Taburkan sedikit gula aising sebelum dihidangkan, jika suka...
Note:
Sedikit manis utk my tastebud, boleh kurangkan sukatan gula or susu pekat next time.






Monday, May 16, 2016

Black Bottom Banana Bars


This black bottom banana bars mmg sgt sedap until I asyik teringat. Even hubby pon keep on asking bila nak buat lagi. Combo pisang & chocolate nya just nice, xde yang over power rasa yg lagi satu.

Anyway I saw it at Shidah's dah agak lama terliur tapi asyik lupa nak beli pisang. Bila kebetulan hubby beli pisang nak makan gitu je, ada lebih terus ku buat sebiji wpon pisang xcukup 3 cups tapi rasa pisangnya still balance & the cake turned out sedap lembut gebus.

BLACK BOTTOM BANANA BARS
Source: taste.com.au / Shidah

Ingredients
1 cup butter, softened (salted)
1 cup sugar 3/4 cup sugar
2 egg
2 teaspoon vanilla extract
3 cups mashed ripe bananas (about 7 medium berangan) 1 1/2 cups mashed bananas
3 cups all-purpose flour
2 teaspoon baking powder
2 teaspoon baking soda
1/2 cup baking cocoa
1/4 cup milk


Directions
1.In a large bowl, cream butter and sugar until light and fluffy. Beat in egg and vanilla. Stir in the bananas. Combine the flour, baking powder, baking soda; add to creamed mixture and mix well.
2.Divide batter in half. Add cocoa to half; spread into a greased 12x12inch. baking pan. Spoon remaining batter on top and swirl with a knife.
3.Bake at 350° for 25-35 minutes or until the a toothpick inserted near the center comes out clean. Cool on a wire rack.



Thursday, May 5, 2016

Japanese Durian Cheesecake


Dek terliur tengok kak wan post resepi kek ni kat blog dia, I pon buat la sebiji last month. Kek ni jenis cheesecake yg teksturnya gebu sikit, rasanya ringan tapi lembab ... masuk mulut hilang gitu ;) tekstur macam keratan rentas atas tu. Sedap dimakan sejuk ...  Anak-anak & hubby memang layan la ...


JAPANESE DURIAN CHEESECAKE
Source : ieatishopipost
Modified & Translate by K1

Bahan-bahan
200gm isi durian
250g Philadephia Cream cheese
6 biji kuning telur
70gm gula castor
60gm mentega - cairkan
100ml susu segar
70gm tepung gandum
20gm tepung jagung
1/4 sudu kecil garam

Adunan Meringue
6 biji putih telur
1/4 sudu kecil cream of tartar
70gm gula castor

Loyang 8in gris dan di alas kertas minyak di dasarnya.


Penyediaan :
  1. Panaskan oven pada suhu 200C (api atas dan bawah).
  2. Kacau cream cheese hingga lembut secara double boiler.
  3. Kemudian masukkan kuning telur, kacau sebati.
  4. Masukkan gula dan mentega cair, kacau sebati.
  5. Kisar isi durian bersama susu hingga halus.  Masukkan ke dalam adunan, gaul rata dan tapis.
  6. Alihkan dari boiler, masukkan tepung dan garam, sebatikan.
  7. Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan cream of tartar dan gula castor dan putar hingga kembang (soft peaks).
  8. Kaup balikkan ke dalam adunan durian sedikit demi sedikit hingga sebati.
  9. Tuang ke dalam loyang dan bakar secara double boiler.  Letak loyang di rak paling bawah dan bakar selama 15minit pada suhu 200C.
  10. Turunkan suhu kepada 160C dan bakar hingga permukaan atas keperangan.  Cucuk dengan lidi jika adunan melekat, tambahkan masa membakar.  Turunkan suhu kepada 140C dan bakar sehingga masak.
  11. Tutup api dan biarkan kek di dalam oven selama 10minit.  Kemudian buka pintu oven dan biarkan selama 10minit sebelum kek di angkat keluar.
  12. Enak di hidang dingin.

Thursday, April 14, 2016

Nutella Cheesecake



Cheesecake ni dah lama buat, Oct 2015 lagi ... ehehe ... terliur tengok kek ni kat IG, terus la godek sebiji. Mulanya lepas dah google resepi rasa nak try Nigella lawson punya, tapi sebab rasa nak makan yg baked I pon chose the recipe dari RasaMalaysia.

Nutella Cheesecake Bars Recipe 
RasaMalaysia

2 cups Oreo crumbs
1/4 cup unsalted butter, melted
16 ounces cream cheese, at room temperature
2 eggs, at room temperature
1/2 cup granulated sugar
1/4 cup + 1 tablespoon heavy cream
1 vanilla bean, halved and seeds scraped (or 1 tsp vanilla extract)
1/3 cup Nutella



Preheat oven to 325F (170C). Butter an 8×8 baking dish and line with parchment paper, making sure that the parchment is well pressed in the corners. Set aside.

In a food processor, pulse Oreos until they become crumbs. Add in melted butter and pulse until moistened. Press Oreo mixture evenly into the bottom of your baking dish. Bake crust until set, about 12 minutes. Set aside to cool.

Clean out the food processor. Add cream cheese, eggs, sugar, ¼ cup heavy cream, and vanilla. Pulse until smooth. Put 2/3 of the cream cheese mixture in a bowl and set aside.

Add Nutella and 1 tablespoon of heavy cream to the remaining 1/3 cream cheese mixture in the processor. Pulse until smooth.

To assemble, spread the plain cheesecake mixture over the cooled Oreo crust, being careful of the crust. Then pour the Nutella cheesecake layer on top of the plain cheesecake layer and spread evenly.

Bake on the center rack of the oven for about 35 minutes, or until the center jiggles slightly. Remove from the oven and cool completely on a cooling rack. Refrigerate for at least 3 hours.

When ready to serve, lift the bars out of the pan by lifting up the parchment paper (it should release easily). Cut into 16 squares and serve.


Cook’s Note:
Put the Nutella cheesecake mixture into a piping bag, then pipe on top of the plain cheesecake layer, to get more even layer than spreading.

* I didn't do it like that .. saja nak bagi dia spread freely ... naturally ... ehehehe ...

Tuesday, March 22, 2016

Cookies N Cream Cheesecake


Resepi lama sangat-sangat dah buat. Angkut dari fotopages sebab fotopages ni macam dah x stabil je. Kadang-kadang nak access pon xdapat, server unavailable memanjang.

Memang worth trying & definitely a keeper Tak caya, sila la cuba ye.  I dapat dari makcik kantin dulu.

COOKIES 'n' CREAM CHEESECAKE
(Source: Celebrity Chef's Cookbooks-Cheesecake Seduction)

 

Base
100 gm butter, diced
170 gm digestive biscuits, crushed
30 gm brown sugar
30 gm cocoa powder, sifted
50 gm cornflakes, crushed
40 gm almond flakes

- Heat butter in pan and add all the other ingredients.
- Fry till fragrant and press in 23 cm false bottom cake pan
- Cover cake pan & refrigerate for at least 30 minutes


Notes: In replacement to the dry ingredients, you can use leftover biscuits (samperit, almond, cornflakes etc), crushed and kept frozen. 


Filling:
500 ml thickened cream (i used whipped cream)
80 gm icing sugar
2 tsp vanilla
1 1/2 Tbsp gelatine powder dissolved in 80 ml water
250 gm mascarpone cheese ( I use normal cream cheese)
100 gm Chocolate sandwich cookies, quartered

- Whisk thicken cream, icing sugar and vanilla until mixture thickens
- Pour gelatine, mix well and add mascarpone cheese.
- Stir in cookies using spatula.

Pour filling onto biscuit base. Cover and refrigerate, possibly overnight. 

Monday, March 16, 2015

Kek Oren Marble Lembap


Kek oren mmg my all time favourite. Teringat, mak pun suka kek ni. Aritu boring xleh wat keje kat ofis ni ternampak che mat post gambar kek oren kat blog dia. Dan dan tu teringin, macam terbau-bau je wangi oren kek ni kat hidung ni ha ... tapi dek asyik lambat je sampai rumah hari-hari xler dapat buat-buat lagi sampai la semlm, dah xtahan sgt rasanya. Walaupun dah dekat nak tgh mlm, xkira ... semangat sangat nak baking ... gagahkan diri utk buat juga ...  tapi at last bila dah siap, takut lak nk ngap. Haha ... Tahan nafsu je menunggu esok harinya ... nasib baik sedap & very moist. To those yang suka kek yang cair di mulut, boleh la cuba resepi ni, In sha Allah x mengecewakan.

KEK OREN MARBLE LEMBAP
Resepi: Chef Wan
Sumber: CMG

200 gram mentega berkualiti tinggi (scs, anchor, emborg, golden churn)
1 cawan gula kastor (asingkan 2 camca besar)
2 biji orang sunkist saiz sederhana. cuci dan lap kering
1 1/2 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour), diayak
3 biji telur gred A, asingkan kuning dan putihnya
1 camca besar serbuk koko
1/3 camca teh garam halus
Badam cincang, untuk hiasan (optional)


Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 atau 9 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengar kertas minyak. Lenser juga kertas tadi (che mat guna tin aluminium pakai buang saiz sederhana, dapat 3 biji). Oren sunkist diparut kulitnya, pastikan bahagian kaler oren sahaja. Kemudian perahkan jusnya. Ketepikan.

Putar putih telur hingga berbuih, kemudian masukkan 2 camca besar gula kastor (yang diasingkan dari resipi) dan putar hingga bertanduk. Matikan mixer dan alihkan putih telur ke dalam bekas lain. Ketepikan.

Masukkan mentega. garam dan gula kastor dalam mangkuk pemutar. Putar hingga gula larut, masukkan kuning telur, satu persatu dan terus memutar hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren hingga habis. Tambah parutan kulit oren, putar rata.

Menggunakan spatula, cedok 1/3 bahagian putih telur (no. 2) dan gaul rata dengan adunan mentega, gunakan kaedah kaup balik. Cedok lagi 1/3 bahagian putih telur dan lakukan kaedah yang sama, buat hingga baki putih telur habis. Dan gaul hingga rata.

Cedok keluar 3 camca besar adunan ke dalam mangkuk lain. Tambah serbuk koko (pastikan ia diayak), gaul hingga rata dan sebati. Tuang 1/2 bahagian adunan kek ke dalam tin, kemudian sudukan 1/2 bahagian adunan koko, buat beberapa tompokkan. Lorek dengan chopstik hingga membentuk corak marmar.

Tuang baki adunan kek dan ratakan. Sudukan baki adunan koko atasnya, dan lorekkan dengan chopstick, pastikan anda tidak cucuk chopstick tadi hingga ke dasar tin, untuk mengelakkan lorekkn yang anda buat awal2 tadi rosak. Tabur sedikit badam cincang atasnya, jika suka.

Bakar 45 minit atau hingga kek masak. Uji dengan mencucuk lidi sate bersih atau cake taster di bahagian tengah kek, jika keluar bersih tu tanda kek anda masak. Keluarkan dari oven, biar 5 minit dan boleh keluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidangkan.


Friday, October 10, 2014

Chocolate Cream Cheese Chiffon Cake & berakhir sudah UPSR 2014


Salam Jumaat peeps ... lama x mencelah, macam-macam hal berlaku. Penat seminggu berkampung di hospital langsung lupa nak jengah sini. Kek chiffon ni kita buat bulan lepas, sebelum Haziq dijangkiti denggi lagi. Alhamdulillah, now dia dah sihat. Even though dia still on Mc & dah xde makna dia resit Math paper 1 ni, hubs nak gak dia buat. So semalam we sent him to school just to sit for the exam lah. Alhamdulillah all went well, Haziq dpt jawab dgn baik paper ni & dia kata this one lebih senang dari paper yg bocor tu ;)

Balik kepada kek chiffon ni, ku tergoda masa intai blog kak secubitgaram tu lah. Terus godek sebiji nak rasa. Kalau baca cerita cake ni from the original source, cake ni sepatutnya quite moist but mine turned out a bit dry lah. So xsure la pulak di mana silapnya tu. Tekstur kek memang spongy, rasa coklat tenggelam sket disebabkan cream cheese tu. 

CHOCOLATE CREAM CHEESE CHIFFON CAKE

source : Kenneth Goh @ Guai Shu Shu/K.Nor@SecubitGaram

Ingredient A – For egg yolk batter portion
4 egg yolks
80 grams of sifted self raising flour
30 grams of butter
80 grams of cream cheese
80 grams of fresh milk.
2 tablespoons of cocoa powder

Ingredients B – For egg white beating
5 egg whites
85 grams of castor sugar
1 tsp. of cream of tartar

STEPS OF PREPARATION
Get ready a 19cm chiffon tube pan. PLEASE DO NOT GREASE THE CHIFFON TUBE PAN.

Pre heat the oven to 175 degree Celsius.

Melt the butter, cream cheese and milk in a microwaveable bowl for about 1 minutes. Stir until well mixed and set aside. If you do not have a microwave oven, just heat up using double boiler method (oven a pot of hot water) until melted and well mixed.

Sift in the chocolate and self raising flour, stir until well combine. Gradually add in the egg yolks one by one. Stir until well mixed and set aside for later use.

Beat the egg whites in a standing mixer until foamy. Add in 85 grams of castor sugar and 1 teaspoon of cream of tartar. Beat the egg whites until stiff peak form.

Fold in the egg whites in 3 stages to the egg yolk mixture as swiftly and as lightly as possible.

Transfer the batter to the ungreased chiffon cake tin and baked in the oven at 175 degree Celsius for 45-50 minutes or when a skewer inserted comes out clean. In the event that the top starts to turn brown too soon, you can lower the temperature to 160 degree Celsius and continue the baking.


Once ready, take out from the oven, invert upside down over a wire rack and let it cool completely.

To unmould, use a sharp knife to scrap the sides or use hands to slightly “peel” the chiffon cake. A successful and properly baked chiffon cake should be spongy enough for you to “peel” from the tin without breaking the cake. Cut using a serrated knife when completely cooled.

Thursday, September 18, 2014

Kek Karamel Pelangi / Rainbow Caramel Cake


Kek ni kugodek lebih kurang tiga minggu lepas sebab tekak terasa nak makan kek pulok. Asalnya nak buat kek lain tapi tuan tanah kata dia suka makan kek karamel ni lagi dari kek yg I nak buat tu. Somehow sebelum ni tak pernah terasa nak cuba buat kek ni until la dia request ni. Sedap rupanya kek karamel ni, especially kalau dia sejuk, teksturnya memang gebus macam kapas, masuk mulut hilang, masuk mulut hilang ... hehe ... tu yang sekejap je separuh kek dah habis.

Next time buat kena lebihkan sikit lagi bahagian karamelnya, so kasi habis 1 tin susu cair la. Baru lagi syok makan. Thanks a lot pada Kak Ita yang buat step by step dan share banyak tips nak buat kek ni. My first try terus success ... yeahhh ... my only mistake ialah guna 8in cake tin macam yg dicadangkan. Mungkin tersalah tulis di situ. Jadi sebab terlebih muatan kek I tu merekah, tu yg x boleh tayang whole cake kat sini ... Actually masa dok tuang adunan dlm tin kek tu dah notis benda ni nak jadi, tapi nak cepat xkuasa nak buat caramel nya tu plus nak cepat sudah, I sumbat gak dlm tin tu ... haha ... padan muka sendiri ... 


KEK KARAMEL
Resepi : Munirah Baharum

Gula Hangus: 
2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc. I guna 9 inci
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan. Biar gula sejuk. 
Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. Ketepikan

Bahan Karamel
1/2 tin susu cair - yg ni I buat 3/4 tin, next time nak buat 1 tin
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )


Adunan Kek Bahan 1:
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2:
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna. Ketepikan.

Merinque:
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.

Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu. Lorekkan atas adunan dengan lidi.


Panaskan oven terlebih dahulu. Panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven tukar pada suhu 160C. Gunakan api bawah sahaja. 

Kaedah Steam Bath :
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.


Friday, July 11, 2014

Victoria Sponge Cake & #prayforgaza


Salam Jumaat yg Barakah. Ya Allah ya Rahman ya Karim ya Mukmin ya Jabbar ya Amin, selamatkan lah saudara-saudara seislam ku di Gaza ;( Sedih mengenangkan apa yg berlaku Bumi Palestine kala ini. Semalam xtermampu nak bendung air mata bila sewaktu solat isyak di masjid sebelum tarawikh, imam baca doa qunut untuk Gaza dlm rakaat terakhir. Ya Allah, kuatkan iman mereka, kuatkan semangat mereka untuk mempertahankan masjidil Aqsa.


Selain dari berdoa, kita boleh juga menyumbang kepada badan-badan yg membantu mereka seperti Aman Palestin dll. Mari kita sama-sama terus berdoa & berinfak untuk mereka.

Balik kepada cerita kek di atas, I buat ni minggu lepas. Kek yg simple je tapi boleh jadi versatile bila kita sandwichkan dgn butter cream & jam & ditaburkan buah-buah segar spt strawberry & blueberry ... maka akan terhasillah Victoria Sandwich Cake. Yang buat dulu setakat sapu jam je, malas nak buat butter cream ;)

I memang suka cake basic & simple macam ni. Buatnya mudah, resepinya pon sempoi sangat.



VICTORIA SPONGE CAKE

5 biji telur - ditimbang
Bahan-bahan lain dibawah adalah sama timbangannya dengan telur:
Butter
Gula - boleh kurangkan dalam 30 - 40g jika suka
Tepung

1 1/2 tb baking powder
1 tb vanilla extract
3 1/2 tb susu

Krimkan gula & butter, masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan tepung, baking powder, vanilla extract & susu. Gaul sebati.

** Untuk Victoria Sandwich Cake, boleh bakar dlm 3 bekas 8" selama 12 - 15 mins, kemudian layer kan kek dgn Swiss Meringue Butter cream & raspberry.

** Atau boleh juga di bakar dlm tray berukuran 12" x 12" untuk menghasilkan kek seperti dlm gambar.

Tuesday, July 1, 2014

Cotton Soft Japanese Cheesecake


Kek ni sedap sangat sangat ... nak nak kalau makan yg disimpan dalam fridge. Musim panas macam ni, lagi la sedap lalu kat tekak, dah la teksturnya pulak masuk je dalam mulut hilang ... macam gula kapas/cotton candy tu. Memang xsedar berapa banyak dah masuk dlm mulut. 

Dah lama sangat nak cuba buat sebenarnya, sampai dah terlupa ... haha .. nasib baik ternampak entry kak nor hari tu. Kalau x memang terlupa terus. Sangat berbaloi dan puas hati dapat buat sendiri. Pasal rupa kek yang retak tu boleh diabaikan, salah I sendiri lah ... dah tau bekas tu kecil still nak bakar juga dlm tu kes malas nak tukar bekas. Jadi redha je la kan utk rasa kek yg sedap sgt tu.

COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE
Sumber : Alma MyResipi / K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan ( 8-inci )
Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon

Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).

Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.

Bakar kek dlm kira2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil. Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).

Monday, June 30, 2014

Sicilian Orange Cake


Tak dan nak celoteh panjang, kek ni I buat 2  hari before Ramadhan. Mak request. Actually dia kata apa-apa kek pon boleh. Teringat yg dia suka makan kek oren yg I selalu buat dulu-dulu, terus terasa nak cuba pulak resepi kek oren yg Rima share ni. Ok la, nak get ready for berbuka pulak. Apa menu berbuka you all hari ni ye?

SICILIAN ORANGE CAKE
Resepi : Rima


250g butter - suhu bilik
250g gula pasir - I letak 200 gm je
4 biji telur size M
1 1/2 st parutan kulit oren
250g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder)
85ml jus oren

Bahan untuk aising:
125g gula aising
5 sk jus oren


Panaskan oven 170C. Sapu loyang 22cm dengan butter keliling. dan alas loyang dengan baking paper.

Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 4-5minit. Pecahkan telur, masukkan satu per satu. Masukkan parutan kulit oren. Pukul lagi hingga kembang.

Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.

Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min. Cucuk sebelum keluarkan dari oven. Jika kek belum masak dan permukaannya sudah keperangan, letakkan aluminium foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar.

Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas wire rack. Kemudian baru sisipkan.
Untuk membuat aising, campurkan gula aising dan jus oren ke dalam mangkuk dan kacau sehingga berkrim. Curahkan ke atas kek tadi dan boleh la dipotong dan dinikmati.


Thursday, May 8, 2014

Butterscotch Chip Chocolate Muffin


Muffin ni I buat malam tadi for my kids breakfast pagi ni. Terpanggil nak buat bila kawan-kawan kat Telegram sibuk dok buat 2 3 hari ni. Resepi asal dari Nigella ni dikongsi kat myresepi, ramai yang dah cuba dan puas hati. Bahan-bahannya mudah je dan gerenti menjadi punya. I just gantikan coklat chip dgn butterscotch chip. Cuma ada sedikit kemusykilan dan xpuas hati lah, kenapa ada 3-4 biji muffin I yang menyenget kejadiannya ni ... mmm ... x mungkin dulang bakar ku senget.


COKLAT CHIP MUFFIN
Resepi: Nigella
Sumber: junjs11 MyResepi
Menghasilkan 15 biji muffin size M cup

250gm tepung
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
175gm gula - 160gm
150gm coklat cip - ganti dgn butterscotch chips
250ml susu segar
90ml minyak
1 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla


gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.
gaul bahan basah dalam mangkuk lain n masukkan campuran bahan kering tadi. gaul rata, masukkan coklat cip, gaul lagi.
letak dalam papercup, tabur coklat cip lagi jika suka. bakar selama 20min.

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...