Showing posts with label japanese food. Show all posts
Showing posts with label japanese food. Show all posts

Tuesday, September 19, 2017

Soba Goreng ... menu simple yang sedap


Breakfast or dinner  .. haa lupa sudah ... hehe on one of the days. Anak I kan tekak international and Japanese food mmg his favourite lah. He beamed ear to ear la bila nampak mummy goreng soba ni. Mummy double joy melihat kegiranganmu, nak ;) tambah pulak sap sap sui je nak buat.

I didn't follow exactly resepi kat bawah ni, sebagai rujukan je ...

SOBA GORENG
Inspirasi: My Little Tiny Heart

- mee soba ( dua ikat untuk 3 orang makan )
- minyak masak ( 5 camca besar )
- minyak bijan ( i camca besar)
- bawang putih ( 7 ulas dihiris halus)
- kicap ikan( dua camca )
- serbuk ayam ( saya guna knorr )- 1 sudu teh.
- fish cake ( satu keping dipotong ) - I ganti dengan fishball
- cendawan straw ( 4 biji dipotong ) - I ganti dengan enoki
- salad dan carrot - I ganti dengan daun bawang, tu je yg ada dlm fridge
- garam - I tambah kicap cair sikit

Rebus soba mee dalam air bersama sedikit minyak (macam rebus spaghetti).
Kemudian toskan...

Panaskan minyak masak, masukkan bawang putih, goreng hingga kekuningan.
Masukkan minyak bijan, fish ball, masuk carrot hingga masak.
Kemudian cendawan straw dengan kicap ikan, masukkan serbuk ayam
Akhir sekali, masukkan soba mee dan salad. Gaul hingga sebati, tambah garam sekiranya perlu.



Friday, June 2, 2017

Onigirazu


Menu mmm ... sebulan yang lepas kot. Lemau betul bulan puasa tahun ni, asyik tak cukup oksigen ... nak menguap je  .. ;) I buat for picnic dengan bujang kecik kat sekolah dia. Senang ... all-in-one meal, you get carb (rice), protein (daging/ayam) dan veggies in one bite! Onigiri biasa dengar la kan, tapi apa pulak onigirazu ni?

Nama Onigirazu ni datang dari Japanese rice ball - Onigiri. 
Onigiri ialah nasi kepal berbentuk segitiga (traditional), bulat atau silinder, yang diisi inti seperti bonito flakes yang dah diperisakan dgn kicap jepun, pickled plum, tuna mayo atau pelbagai inti2 lain, kemudian dibalut dengan nori seaweed. 

Onigiri berasal dari perkataan Jepun Nigiru yang bermaksud mengepal dengan padat. Bila tidak mengepal dengan padat mereka panggil Nigiranai atau Nigirazu.

Jadi Onigirazu ialah bebola nasi (Onigiri) yang tidak dikepal seperti bentuk traditional nya, segitiga. Senang kata, bukan warga Jepun panggil makanan ni sushi sandwich ;)


Onigirazu ni senang je nak assemble, sama macam sandwich. The best part is the filling can be anything you like, selain dari filling gaya Japanese seperti chicken katsu, ia juga boleh di fusion kan intinya - ala Korea (bulgogi), ala Thai (ayam paprik), ala Mat Saleh ;) ... (tuna mayo), ala Chinese (kungpao chicken).

5 Tips untuk membuat Onigirazu yang perfect dan menarik

  1. Lepakan nasi ditengah-tengah seaweed kepada bentuk empat segi. Kalau ada acuan onigirazu, lagi cantik, nanti dapat bentuk yg seragam.
  2. Letak nasi dan inti dalam lapisan yang nipis.
  3. Tandakan bahagian mana nnt nak dipotong jika intinya menggunakan pelbagai bahan & disusun berlapis-lapis. 
  4. Terbalikkan dan rehatkan selama lebih kurang 5 minit selepas dibungkus ketat dgn plastic wrap. Wap stim dari nasi akan melembabkan nori dan akan membolehkan semua bahan-bahan sebati melekat bersama.
  5. Basahkan pisau supaya nasi & filling tidak melekat pada pisau, dan keratan rentas cantik & kemas.

ONIGIRAZU
(my-sweetthots.blogspot.my)

Nasi yang baru masak
Fillings - sesame oil chicken, bulgogi, tuna mayonis

Menyiapkan Onigirazu:
  1. Bentang plastic wrap dan letak sekeping seaweed di atasnya (bahagian berkilat menghadap plastic wrap), dengan satu bucu menghala ke atas. 
  2. Letak nasi ditengah-tengah seaweed, bentukkan segiempat sambil ratakan menjadi satu lapisan nipis. Taburkan sedikit garam di atas nasi jika filling yg digunakan agak sederhana rasanya. 
  3. Susunkan filling di atas nasi. Letak nasi diatas filling dan ratakan.
  4. Balut nasi dengan nori dan plastic wrap menjadi segi empat dengan ketat.
  5. Terbalikkan dan kemaskan bentuknya. Biarkan sebentar lebih kurang 4 -5 minit.
  6. Basahkan pisau dan potong onigirazu kepada 2 bahagian.

Tuesday, June 7, 2011

Takoyaki


Kudapan yang I buat untuk tea time kat kampung. Laku meniaga ... hehe... ye la, the kids kelaparan lepas dah penat beriadah dgn papan jorexnya. 2 hari berturut-turut dok buat cekodok jepun ni sbb ada la sorang mak budak yg baru je habis pantang komplen x merasa sbb 1st day tu dia kena kuarantin kat rumah. Jadi esoknya buat lagi. Kalau meniaga ni mmg buat duit la sbb order x putus-putus ... haha.

Sebelum lupa nak jawab soalan makcik kantin hari tu.. ye .. tempoh berdiet kita dah tamat ;P Now back to my old eating habit ... hehe.


Ada banyak resepi tako kat internet kalau nak cuba buat .. ni antara nya:

Takoyaki batter recipe
To make about 60 takoyaki balls:
  • low gluten wheat flour 300g
  • dashi 1000ml (chilled)
  • eggs 3
  • soy sauce 1 tsp
  • salt 1.5 tsp
Mix all the ingredients till smooth, and rest the batter in a refrigerator for overnight or 1 full day. Mix it well every time it is to be cooked, as the starch will sediment rapidly.
There are many variations to the batter recipe, e.g. different types of flour may be used, some batter mixes corn starch, other may substitute some part of the water with milk.

Resepi Takoyaki 2 
Sumber dari: Zaliana

Bahan-bahan-cukup untuk >< 16 biji takoyaki

150 gram tepung gandum
25 gram potato starch
1 biji telur
200 ml susu segar
200 ml air
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
1 sudu teh garam
2 batang lidi sate

Bancuh semua bahan dan biarkan seketika.
Kobis-cincang halus
Daun bawang-potong
Isi udang/sotong/sosej atau cheese
Bonito flake
Mayonis
Sos kicap
Campuran kicap manis, 1 sudu besar hoisin sos dan seasoning

1.Panaskan acuan takoyaki.Masukken sedikit minyak.
2.Bila panas,masukkan adunan tepung sebanyak separuh acuan.Kemudian masukkan udang/sotong.
3.Taburkan daun kobis dan daun bawang.
4.Penuhkan acuan dengan adunan tepung,biar hingga melimpah ruah.
5.Balikkan adunan dengan 2 batang lidi.
6.Letakkan sedikit minyak ke atas takoyaki,sambil terus memusingkan takoyaki dengan lidi sate hingga masak sekata.
7.Masukkan ke dalam pinggan,tuangkan sos,mayonis dan tabur bonito flake ke atasnya.



My bujang yg tersenyum simpul dapat makan tako ball sepuas-puasnya. Berbaloi buat sendiri .. :")

Tuesday, March 15, 2011

Daifuku & Ichigo Daifuku


Dari semalam dok pikir ... di kala Jepun dilanda tsunami, i lak rancak dok wat Japanese food kat sini. Tu yang nak letak entry ni dok tertangguh jer. Syukur alhamdulillah kita kat Malaysia ni tak mengalami bencana yang sedemikian rupa. Tak dapat nak bayangkan macamana la ketakutan mereka2 yg berada di sana. Actually mochi ni buat pada hari yg sama buat sushi, request dr my sister la >> Cik Wa. According to her dah serupa rasanya macam yg dia makan before (imported from Japan - adik lelaki I bawa balik). Katanya lagi, that day dia makan, yg sejuk2 from fridge pon best gak. Jadi I try ler letak dlm fridge, then bila nak makan, keras la pulak kuih tu, dah dibiarkan sejuk kat luar pun x lembut2. Mmm... nak kena menuntut dengan org nihon la gamaknya ni.


Anyway... selepas dah merasa daifuku buatan sendiri ni, mmg I jatuh cinta lak dgn rasanya .. especially the one with strawberry (Ichigo) ... best! Patut la Cik Wa suka sangat. Texture kuih Jepun ni liat2 sket macam buah melaka (patut pon kami suka >-<) ... sbb guna tepung pulut kan. Resepi copy dr blog Hanamemories. Alhamdulillah, hana & famili nya selamat dr bencana tsunami ... dan semoga dia sekeluarga selamat kembali ke Malaysia. Cara nak buat, boleh refer video kat sini. Simple sangat-sangat.


DAIFUKU
(Sumber: Hanamemories)

Bahan-bahan
  • 160g inti kacang merah
  • 100g mochiko@shiratama ko (glutinous rice flour)
  • 2 sudu makan gula
  • 120ml air - resepi asal 100ml
  • 8 biji strawberry kecil - utk ichigo daifuku
  • tepung katakuriko - for dusting (tepung kentang / potato starch)
Cara-cara
  • Bulatkan2 inti kacang merah dalam 20g setiap satu. Masukkan skali strawberi jika ingin membuat ichigo daifuku. Ketepikan.
  • Satukan tepung mochi, gula dan air. Kacau rata. Jika ingin buh pewarna atau perasa cam matcha atau sebagainyer bleh letak masa nih.
  • Panaskan kukusan. Kukus adunan tepung tadi lebih kurang 15min.
  • Sediakan dulang.Lapikkan dengan oven paper. Taburkan tepung katakuriko.
  • Apabila tepung mochi dah masak.Angkat dari kukusan dan tuang di atas tepung katakuriko tadi.
  • Ambil sedikit tepung katakuriko di tangan anda agar tidak melekat semasa proses membentukkan daifuku.
  • Proses nih kene berhati2 sbb adunan masih panas. Bahagikan kepada 6-8. Ambil satu, masukkan inti kacang merah dan stoberi tadi dan tutup kemas. Sapukan lebihan tepung katakuriko menggunakan berus.
  • Buat sehingga habis dan siap utk dihidang.


Ni kerja Hafiy la ni ... masa org dok snap mochi, sibuk la dia ambil ladybird ni suh posing sama ... haha ;P

Monday, March 14, 2011

Our Sushi Feast ...


Another round of sushi @ home, semlm. My sis yg kat Sabak Bernam tu nampak my sushi pics on fb. Dah terliur pulak, nak juga. Anakanda I yg berdua tu pon masih lagi belum jemu dgn sushi. So buat sushi lagi la I, kali ni sama2 dgn my sista, Cik Wa. Since she willingly helped out, I took the chance to try out a few types of sushi ler. Bila lagi kan. Yg atas tu, makizushi.


Cik Wa's favourite ... the Onigiri with tuna filling ;)


Inside-Out California Rolls ... yang agak comot ... tapi sedap sebab ada Ebikko ... berjaya gak cari ^_^.

 

Well I guess we had enuff of sushi for the time being ... sbbnya, semalam Hafiy bila bangun after his afternoon nap .. tetiba nangis kata dia mimpi sushi ... pelik la pulak I, pasal lak mimpi sushi leh sampai nangis. I yg mulanya nak gelak terpaksa tahan jer bila tengok mukanya yg sedih mencebik. Bila tanya apa  kisah mimpinya tu, dia kata xtau nak cerita camana.

Friday, March 11, 2011

California Rolls


Finally, we had our homemade sushi for dinner last nite ;) Thanks Hana for the recipe. The kids were excited watching mummy making sushi ... ;P Ada macam2 rupa sushi ni, yang ni dipanggil California Rolls. Lain kali kita roll cara lain pulak ^_^.

I introduced sushi to the kids & hubby early last year ... we had it @ Sushi Zanmai  at The Gardens. Sekali dorang suka pulak and keep asking bila nak pegi lagi. Bila bawa 2nd round, tanya pulak when next. Hoho... pengsan la I kalau every month nak makan sushi. Maka harus la belajar buat gak kan ... save budget sket. Memang puas hati la makan bila buat sendiri ni. Cuma kalau nak makan yg octopus, salmon roe or yg sewaktu dgnnya tu, nak mencari bahan mentahnya tu yang payah sket ... ada rezeki dpt la buat sendiri kat rumah juga. 

I belajar nak roll tu dr you tube jer. Actually, x confident memula nak roll sbb peralatan x cukup .. bamboo mat xde. Nekad je ni, sebab tgh rajin kan... Alhamdulillah, berjaya juga walaupun guna plastik je nak roll. Cuma if ada bamboo mat, lebih kemas la rasanya. Budak2 tu siap melawak la pulak masa I tengah prepare tu, ada ke patut dia suh pakai magic bamboo mat macam game Youda Sushi tu.. biar pantas sket. Kes melihat mummy nya terkial2 le ni, dah x sabar2 nak makan. Ok la, kalau nak cuba, ni resepi yg I copy dr blog Hana ye.

RESEPI MAKIZUSHI @ SUSHI ROLLS
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Bahan Nasi Jepun
  • 3 cawan beras jepun
  • 31/4 cawan air
  • 1/3 cawan cuka nasi
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sk garam
Bahan Makizushi
  • Tamagoyaki @ sweet omelete @ telur dadar - potong jejari
  • Timun jepun - potong jejari
  • Salad lettuce
  • Crabstick
  • Mayonis
  • Seaweed secukupnya
  • Syouyu @ kicap jepun
  • Bamboo mat
Cara-cara
  • Cara masak nasi sushi : Basuh beras dengan bersih kemudian toskan. Masukkan ke dalam periuk nasi. Masukkan sukatan air dan masak seperti biasa. Sementara itu, satukan cuka, gula dan juga garam. Kacau sehingga gula larut (nak cepat larut masak sebentar dengan api kecil). Apabila nasi masak, gaulkan campuran cuka tadi ke dalam nasi dan gaul mesra. (Proses ini perlu dilakukan ketika nasi tengah panas ) .siap sedia utk digunakan membuat sushi atau makizushi.
  • Cara penyediaan makizushi @ sushi rolls : Bentangkan seaweeds di atas bamboo mat. Cedokkan nasi sushi dan ratakan sehingga memenuhi 3/4 seaweeds.
  • Letak sedikit mayonis dan juga salad. Kemudian letak telur, timun di tengah2 juga crabstick.
  • Gulung dengan kemas kemudian potong.
  • Cicah dengan syouyu atau makan begitu sahaja.

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...