Tuesday, March 1, 2011

♥ Mac N Cheese Puteri Dee


Very the sedap Mac N Cheese yang dah lama sungguh I tak buat sbb memikirkan lemak2 yg bakal bersarang. Tapi once a while, xpe kan, kan ... Gambar x cun & tak dpt gambarkan kesedapan resepi Puteri Dee sbb tuan rumah dah malas & keletihan terkejar2 memasak aritu ala2 Top chef kat channel Astro 702 tu. Takut x sempat sbb pagi tu ada urusan lain.

Yang ni menu minum petang kami sabtu lepas, jemput menantu .. (anak buah hubby yg kawin masa CNY baru2 ni, kami bercuti sakan tu). Resepi Puteri Dee sangat2 popular kat Resepi.Net 6 tahun yang lepas. Pernah masuk Berita Harian Singapura - 23 December 2005. Si bujang kecik 2 org tu memang suka sangat la, dok ulang makan. Siap bawa bekal gi sekolah lagi nak bagi member rasa. Tang rasanya tu, I boleh kata, macam Lasagna versi Makaroni la kot. If you ask me, to choose I prefer yg ni dr Lasagna. Sedapnya ... teringat la pulak dah, isk ... aritu makan sikit je takut gemuk punya pasal ...

Bercakap pasal anak bujang I bawa bekal ke sekolah ni .. teringat lak cerita Haziq kat kami hari tu. Ada la one time, I masakkan dia pasta carbonara yg sempoi2 je, xde bahan2 basah mcm udang, ayam etc. Masa tu dia tolong .. dr mula sampai sudah. Dia makan siap tapau gi sekolah. As usual, bila2 dia bawa bekal .. kawan2 memang excited nak tengok, nak rasa. So, lepas si member dah rasa, tanya la "cemana mak ko buat Haziq?". Dia pun seronok la bagitau mcmana I buat. Esoknya si member cerita, mak dia dah buatkan ikut resepi yg haziq bagi verbally. Jadi & dia suka sangat. Haha.. lawak la pulak rasa. My hubby kata, "eh.. percaya lak mak budak tu resepi yg anak dia bagi."



MAC N CHEESE PUTERI DEE

1 paket (500 gram) macaroni spiral San Remo (atau boleh guna bentuk macaroni lain yang disukai)
220 gram Du Chef tomato puree (tin sedang)/ 1 botol besar sos spaghetti
400 gram daging cincang
1 biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, dicincang
5 tangkai cili padi thailand, dicincang
2 - 3 helai bay leaves (kering)
sedikit rempah oregano
garam dan gula secukup rasa

1 buku (250 gram) keju cheddar, diparut
500 - 600 ml susu segar
3 sudu besar tepung gandum

Cara-caranya
1. Rebus spiral pasta mengikut peraturan dipaketnya. Sebaik sudah masak, angkat dan toskan.

2. Untuk Sos Merah: Tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili padi dan daging cincang. Tumis sehingga daging bertukar warna dan pastikan jangan sampai air daging kering.
3. Masukkan tomato puree/ sos spaghetti Prego dan sedangkan api. Kalau guna sos spaghetti Prego boleh campurkan 1 cawan air kedalam periuk. Jika guna tomato puree tidak payah tambah air.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sosnya jangan terlalu kering sangat kerana lebih sedap berkuah supaya mudah digaulkan bersama macaroni.

5. Untuk Sos Cheese: Masukkan susu segar dan tepung gandum dan gaul rata. Masak diatas dapur dengan api yang kecil dan masukkan parutan keju cheddar. Kacau sehingga cheese cair dan sebati. Sebaiknya sos cheese jangan terlalu cair.

6. Cara menyediakan Mac N Cheese: Gaul sos merah dan macaroni spiral sehingga sebati. Tuang setengah adunan kedalam caserole dan lapiskan dengan sos cheese, dan kemudian tuang lebihan macaroni dan atasnya ditutup dengan sos cheese. Kalau nak lebih sedap boleh taburkan parutan keju cheddar diatasnya dan bakar sehingga ia bewarna kuning keemasan. Dapat menyediakan 2 loyang 8 x 8 inci.

NOTA: Jika menggunakan sos spaghetti, anda boleh kecualikan penggunaan rempah oregano dan bay leaves.

p/s Kalau malas nak buat sos-sos tu, beli je ... semi-homemade gitu. Bak kata Sandra Lee dlm rancangan masak2 dia kat channel TLC, keep it simple, make it Semi-Homemade ;)

6 comments:

  1. memanglah sedap mac & cheese ni akak pun dah berapa kali buat dah..hehe nakkkkk lagi..

    ReplyDelete
  2. kak... nak pun dah habis daa... apalagi, masuk dapur, buat sendiri ye ;)

    ReplyDelete
  3. memang nampak the very the fattening tapi yang fat fat tu lah yang amat di gemari tekak ini...uhuh lariiiiii takut terjangkit plak :D

    ReplyDelete
  4. run forest run!!!! haha ... i feel guilty lepas makan... sungguh fattening. tapi x boleh tahan la tgk org lain makan ... huhu

    ReplyDelete
  5. ainnn yg ni ai pun duk kiv dlm list tak terbuat2 jugak buatkan utk ai ye

    ReplyDelete
  6. chik mi... kalau suka lasagna, harus la u cuba ni. to me, i lebih suka resepi ni dr lasagna ;)

    ReplyDelete

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...