Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Hafiy's Pre-school Graduation

9th Nov 2010 - my Hafiy big day in pre-school ;)



 berpantun ... jenuh dia praktis ni ;)



sessi memberi bunga to mummies ...


Abang Haziq tumpang sekaki ;)

Hafiy's Pre-school Concert

Lama x update.. reasonnya, biasa la kan, bz, bz & bz ^-^. Just wanna record these pics for memory sake.. taken during Hafiy's pre-school concert, 23rd Oct 2010








Ni pula Haziq wt his best buddy masa pre-school dulu.  Jumpa masa concert coz Dayyan dtg tgk adik dia.

Jus Kurma Bersusu

Jus yang sangat sedap & penuh khasiat. Tak manis sgt & wangi je disebabkan rasa madu tu. Highly recommended! For breakfast pada I pun best sangat. Segelas jus kurma + 3-4 keping Jejari oats., dah cukup mengenyangkan. Tau je la kan, kandungan laktosa dlm kurma ni mampu memberi kan tenaga hingga kan Nabi s.a.w pun menggalakkan kita mengambil kurma kala puasa, baik utk berbuka mau pun bersahur. Malah, Maryam ibu Nabi Isa alahissalam sendiri ketika hendak melahirkan baginda memakan kurma yg jatuh dr pohon tempat dia bersandar. Wallahualam. Ooopss... dah buka lembaran sejarah pulak saya.
Jus ni sebenarnya nak buat utk diri sendiri sbb sakit tekak + demam. Tak lalu nak makan nasi & x tahu nak makan apa. I minum, sambil menunggu Haziq makan. Sedap ler pulak, sampai terbuka selera nak jamah makanan Haziq. Bila Haziq nampak air I.. x sangka la pulak bila dia rasa, suka sampai kalau boleh nak habiskan. Selalunya bila bagi budak 2 org ni makan kurma macam tu je, sikit punya payah... E…

Congo Bars

Tergoda jua... haha.. tiru tag line K.Nor. Huhu... memang sungguh ku tergoda ^_^ tak leh nak citer panjang sbb dah nak masuk tido. Nak translate pon x larat. Satu lagi brownies yg amat mudah & sedap.
Cuma mcm K.Nor komen, tang manis tu memang boleh dikurangkan lagi. Next time mungkin boleh kurangkan lagi gula tu letak dlm 220g je. Anyway... dlm pada dok komen manis2 gitu... tak sampai sehari dah habis tau. Hihi wat malu jer, ... mulut kata manis, tapi tekak ni x mampu menolak bila tangan dok menyua brownies ke mulut. Hai... kesimpulannya, memang sedap lah & manis sungguh petang ku hari ni... ;)
CONGO BARS
Sumber: Rima

Ingredients:
2 3/4 cup all purpose flour-(315g)
2 1/2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
2/3 cup butter, softened-(150g)
1 lb. light brown sugar(453g) - ~ I letak 250gm (next time nak kurangkan 220g)
3 eggs-(Ayu used 4 small eggs)
1 teaspoon vanilla
11.5 ounce package milk chocolate chips(326g)
1 cup chopped pecans (optional) ~ I ganti dgn almond sliced

Sift …

Ketam Telur Masin

Ni ler my main dish for lunch yg berasaskan telur masin semalam. Sejenis masakan Cina. Belum berkesempatan nak rasa kat kedai lagi ... tapi rasa2 nya macam dah jadi ... hihi, confused sungguh ;) Suka sangat kaler dish ni yg ala2 lemak ketam disebabkan kuning telur masin tu. Sedapppp... I tell u. Kalau x kenangkan anak2 dah ku tambah lagi cili padi tu, baru lebih kick!
Ketam Telur Masin Sumber: Rasa Februari '10
3 ekor ketam 5 biji telur masin ~ bhgn kuning sahaja 5 biji cili padi 2 sudu makan mentega 2 sudu makan susu cair 2 sudu makan tepung kanji 5 helai daun kari Garam & lada sulah secukupnya

1. Kukus ketam hingga masak & toskan airnya 2. Gaul ketam td dgn tepung kanji & goreng dlm minyak yg banyak & toskan. 3. Campur kuning telur masin bersama mentega & masak diatas api. Gunakan api perlahan. 4. Tuang susu cair & masukkan daun kari. Kacau rata. 5. Masukkan ketam tadi & goreng hingga mesra. Sedia dinikmati.

My bujang kecik yg dah keletihan tunggu ti…

Kuih Bakar Pisang

Buat minum petang dihujung minggu. Terlebih rajin sikit, buat dlm acuan ni smpikan memula hafiy ingatkan kuih cara. Resepi yang sungguh lama dok lam waiting, baru kini sempat ku cuba ;) Resepi asal dr Cikgu Zana Inspirasiku tapi I copy dr blog K.Nor. Bujang kecik yg tolong lenyek pisang ni ... hihi. Memang dia suka sangat nampaknya sbb rasanya yg ala2 cekodok pisang. Banyak sungguh Hafiy makan walau pun lembik sket.
Ada kekurangan sket kuih yg I buat ni ... dh bakar 1 1/2 jam tapi turned out dlm nya agak lembik. Mmmm... puas pikir, arini baru dpt agak sebabnya. Kes tamak haloba la ni. Memandangkan semua komen tentang kuih ni sungguh memberansangkan, I terus buat dua adunan walhal santan tu cuma cukup 1 1/3 cup jer. Jadi nak cukup kannya pandai2 tambah air... padan muka, nak wat bijok org kata ... sekali, lembik melepet je kuih tu. Semalam baru2 masak, bila rasa lembik semua pakat dok cebek mulut jer xmo makan. Balik keje tadi, tgk tinggal 1/8 loyang je. Laku la pulak sbb kuih tu dah s…

Kacang Panjang Telur Masin

Menu utk lunch kali ni semua berasaskan telur masin ;) Mmm... jangan sampai my blood go upstairs sudah ^_^
Kacang Panjang Telur Masin
Sumber: Rasa Mei 2010

300g kacang panjang
1 ulas bawang merah ~ dihiris
1 ulas bawang putih ~ direbus
1 biji telur masin ~ direbus
Sedikit serbuk kunyit
1 biji cili merah ~ dimayang

Tumis bawang putih & merah hingga naik bau. Masukkan telur masin & kacau/hancur2kan. Masuk kacang panjang & serbuk kunyit. Agak2 hampir layu, masukkan cili merah. Masak sebentar & bolehlah dihidangkan.

Dessert nya pula... masih lagi White Gelatin, cuma kali ni makan dgn aiskrim & choc topping. Walla... mmg nyaman sungguh. Lebih marvellous lah dgn aiskrim, x sia2 ikut idea Haziq ni. Alhamdulillah.

Tak nampak sgt aiskrim yg bertenggek atas dessert tu sbb warnanya rainbow yg soft gitu ..

White Gelatin ... with strawberry, chocolate & fruit cocktail topping

 Tak leh nak citer panjang, keletihan balik keje & cik abe duk tunggu nak guna lappy plak. Nak translate resepi pon x larat ni. Alhamdulillah ... baru lepas menikmati dessert yg enak ni, elok pulak slps hujan.. mmm, indahnya ;) Sedap je rasa lembut-lembut sejuk, cam makan aiskrim pulak.. tp yg ni lebih creamy & ada cheese ... mmm... syiok habis you. Dessert ni makan memang kena ceduk2 je eh, lembut amat ... tapi I like jenis2 lembut membelai lidah ni ^_^ So kalau nak yg berbentuk sket kena la adjust sukatan gelatin tu ye.
Kami makan dengan 3 topping yg berbeza >> strawberry, choco & fruit cocktail... variety gitu. Anak2 pun suka & excited dok main curah topping segala. Dgn blueberry pon mesti ngam ni. Tapi kan, kalau makan togel gitu pun sedap jugak weiii.. Yang pasti memang menimbunkan lomak yo! Hahaha... awas ya utk mereka yg sedang berdiet.
WHITE GELATIN
Source: Allrecipes

Ingredients:
1 (8 ounce) package cream cheese, softened
1/2 cup white sugar ~ I kurangkan j…

Puding Strawberry

Layan je la puding ni ye. Hati tgh panas ni mmg sedap makan yang sejuk2.Tengah sakit dada ni nak berkata-kata tingat kat anak bujang sulung tika & saat ini. Sabar je la banyak-banyak, boleh dia lupa jawab 1 page soalan exam BM Kefahaman. Bukan xtau, tapi mmg dia x ingat buat ... hai la anak, dah puas pesan ni tau, pagi tadi pesan, semlm pesan, last year pesan, tiap kali ujian pun dh ingatkn. Last few days pun camtu, boleh tertinggal jawap 1 soalan. Kalau salah jawap tu lain cerita... ni lupa nak buat. Tu yg dad dia sudah angin 1 badan ni ;) Kita sebagai ibu yg jadi pemerhati ni pon rasa x syok kan... xtau nak sebelah siapa. Mmg ni la masalah besar dia dr kinder lg, even semua2 class teacher dia ckp yg sama... xtau la apa yg dia khayalkan. Bila kita tanya, dia kata xde apa. I cuma boleh berdoa yg terbaik buat dia. Insya Allah. 
Ok la you all... sebelum I pulak naik angin, mai la kita belek resepi puding  yang I ambil dr Teratak DJ ni ye. Asalnya Puding Blueberry, tapi I tukar tang b…

Sotong Masak Halia

Menu lunch my family hujung minggu hari tu. Malas betul nak keluar gi pasar. Memandangkan dalam fridge ada sotong je maka lepas belek2 buku 50 aneka sotong tu rasa nak cuba resepi yg ni. Saja nak yg simple since Hafiy pon baru je nak baik demam, tekak dia sakit jadi kurang berselera nak makan. Sotong ni pun mmg favourite budak2 ni. Bila nampak je lauk ni, terus nak nasi. Resepi ni simple je..., pengguna halianya sedikit je, jadi I rasa kurang sesuai la nama resepi tuh... hahaha... memandai je eh. Sekali belek nampak cam sotong goreng kunyit, tapi tergoda lak nak cuba sebab ada penggunaan jintan putih tu. Sekali sekala mencari kelainan dalam masakan ... apa salahnya kan ^_^

Sotong Masak Halia
Sumber: Edisi Khas 50 Sotong

600g sotong
1 ulas bawang putih ~ hiris halus
4 ulas bawang merah ~ hiris halus
20g halia ~ hiris halus
5g serbuk kunyit
5g jintan putih
10g cili merah ~ dipotong
10g cili hijau ~ dipotong
10g daun bawang ~ dipotong
100ml air
Garam

Tumis bwg merah, bwg putih, jintan puti…

Aksi kanak-kanak ribena yang terlebih sudah...

Macam ni la gaya budak2 yg terlebih makan satay kot ...


Wan Ahmad Qusairi, anak cik bunga yg ala2 diva ni. Haziq terlindung la pulak ...

aaaaa...

ada sesapa nak booking wat menantu ^_^

Ni plak anak bujang saya ;)

Hafiy control senyum nampak ...

Teh Pudina Lemon

Tak sah la makan kalau xde minuman kan. Ni pula minuman special hari tu. Dah kenyang makan satay & segala macam makanan tu, layan pulak teh ni ... wangi & segar je. Memang biasa pak arab minum teh dgn daun pudina kan, tapi kali ni kita tambah lemon slices utk bg lebih kick! Lebih ummpphhh! As usual, I prefer yg suam-suam ;)

Custard Jelly

Dessert for makan2 malam semalam. Sabtu pagi my sis sms, suh tolong buat dessert utk family makan2 session pada sebelah malamnya. I dapat sms tu masa tgh tengok Hafiy's school concert. So around 2pm balik rumah ... check almari dapur & dessert cik Dayang Jack ni la yang terpilih based on brg2 yg ada  di dapur masa tu. Asalnya, ternampak kat blog K.Nor. Mmm... nak komen lelebih tang rasanya pon x boleh sbb ... uwaaa... tukang buat pon x sempat rasa tau. Tapi sangat la happy bila laku cam goreng pisang panas, jadi tentu la sedap sangat tu kan... sesuai sangat dgn keadaan cuaca panas skrg ni. Actually malam tu I gi kenduri member sekolah yg nak gi haji this coming weekend. Singgah rumah mak nak drop the kids & htr dessert ni. Sempat la makan satay & few other dishes, tapi masa my cousin makan Custard Jelly ni dah x mampu nak layan sbb perut dah agak penuh berangan nak makan lps balik dr rumah kawan I la konon. Balik dr kenduri, masuk dapur tengok bekasnya dah dibasuh pun.…

Jejari Oats

Cookies yang dibuat for Aidilfitri tempohari ;) My fav since last 3 years. I don't mind this year xdpt sambutan sangat pun dr  budak-budak kat rumah ni sebab that means I boleh melantak sorang sepuas-puasnya. Sedap tau (kat tekak I yg suka oat ni la), walaupun rupanya x hensem. Sgt ideal for breakfast yg ringkas & cepat ~ mengenyangkan & healthy.. xde telur lagi. Rasa manis dia pun without the coating (susu + icing sugar) mmg dah ngam. Biasanya I x coat pun... yg ni pun buh make-up sikit sbb nk shooting... bagi naik seri kata org ;P Tahun ni I malas nak shape kan panjang2 bentuk jejari. Nak cepat siap... so I just gelek guna pencanai then potong panjang2, ada la rupa jejari tapi 4 segi.
p/s chik mi... ni ler rupa biskut yg I bg resepi kat u aritu.

JEJARI OATS
Sumber : Cikgu Suria

250g butter
4 oz castor sugar
2 cups roll oats- blend
2 tablespoon coco
2 cups flour

Gelek shape fingers, bake, golek/coat dlm icing sugar+ susu tepung


 Tadi baca newspaper, tengok iklan larangan mer…

Siakap Stim 3 Rasa

Alhamdulillah.. tertunai la hajat hati nak merasa lauk ni utk lunch semalam setelah beberapa kali telan air liur tengok kat dapur secubit garam nun di T'ganu tu. Memang puas hati & akan diulang masak lagi, dan lagi, dan lagi ... insya Allah. Semalam pon habis licin dikerjakan 3 zaaim tu... mcm x cukup jer.
Cuma I stim, exactly mcm resepi >> healthy ler konon ... K.Nor pulak pilih utk goreng ikan tu. Seperti komen K.Nor tang gravy nya tu yg power... w/pun I tak masukkan daun limau purut sbb xde stok. Jadi x kisah la, goreng ke... stim ke ikan tu, hasilnya tetap marvellous. Hilang letih mengemas rumah lepas dpt makan menu yg lazat macam ni youuu ^_^. Ni pun tukang masak sempat snap satu je pic sbb yg 3 org tu dah x sabar2 tunggu tepi meja nak makan. Cemas jer 2 bujang kecik I tu masuk dapur semlm bila terhidu bau lauk yg mengancam ni tau. Ok... ni la dia resepi yg I korek dr dapur secubit garam tu ;P

SIAKAP STIM 3 RASA
Sumber: Norzailina Nordin

Bahan:-
1 ekor ikan siakap - da…

Kuih Buah Rotan

Kuih yang dah lama dibuat, baru sekarang nak tayang ;) Buat ni pun sebab hafiy request .. at last tak dimakannya pun sbb mummy nya ni goreng x rangup ler pulak. Isy... masalah yg serupa dgn ros kat jepun nun. Selain dipanggil buah rotan, ada gak yg menggelar kuih ni, kuih redan or kuih bijan. That day puas I google resepi ni & at last terjumpa kat rumah ros jintan manis ;) Rasanya memang sedap dah ... cuma part goreng tu ada fail sket la. Al-maklum la buat pun masa bulan puasa, bila tengok dah perang je terus angkat. Boleh goreng semula untuk merangupkannya ^_^
Buah Rotan
(Sumber: mesra.net oleh Fatimah Isa)

500 gram tepung pulut
1/2 biji kelapa
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur
Biji bijan halus
1 sudu besar esen ros (x letak)

1. 1/2 biji kelapa dicampur dengan 1 gelas air dan diambil santannya. Kemudian 1 biji telur,4 sudu gula dan esen ros dimasukkan kedalam perahan santan dan dipukul hingga sebati.
2. Masukkan tepung pulut kedalam satu bekas yang besar kemudian masukkan cecai…