Thursday, October 14, 2010

Kuih Buah Rotan


Kuih yang dah lama dibuat, baru sekarang nak tayang ;) Buat ni pun sebab hafiy request .. at last tak dimakannya pun sbb mummy nya ni goreng x rangup ler pulak. Isy... masalah yg serupa dgn ros kat jepun nun. Selain dipanggil buah rotan, ada gak yg menggelar kuih ni, kuih redan or kuih bijan. That day puas I google resepi ni & at last terjumpa kat rumah ros jintan manis ;) Rasanya memang sedap dah ... cuma part goreng tu ada fail sket la. Al-maklum la buat pun masa bulan puasa, bila tengok dah perang je terus angkat. Boleh goreng semula untuk merangupkannya ^_^

Buah Rotan
(Sumber: mesra.net oleh Fatimah Isa)

500 gram tepung pulut
1/2 biji kelapa
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur
Biji bijan halus
1 sudu besar esen ros (x letak)

1. 1/2 biji kelapa dicampur dengan 1 gelas air dan diambil santannya. Kemudian 1 biji telur,4 sudu gula dan esen ros dimasukkan kedalam perahan santan dan dipukul hingga sebati.

2. Masukkan tepung pulut kedalam satu bekas yang besar kemudian masukkan cecair santan sedikit demi sedikit.

3. Kemudian ,uli sehingga menjadi satu doh yang lembut (tambah air jika santan tidak mencukupi) supaya senang untuk dibulat-bulatkan. Adunan yang telah dibentuk hendaklah digaulkan dengan bijan halus dan digoreng dengan minyak yang sederhana panasnya sehingga kuning keemasan.


Nota:
Perlu diingatkan kena goreng dengan minyak sederhana, jangan telalu kuat, supaya bahagian dalam kuih buah rotan ni masak sekata dan rangup apabila di makan dan disarankan buat kecil-kecil, supaya tidak mengambil terlalu banyak masa apabila digoreng nanti.

2 comments:

  1. kak ain, mas suka kuih ni....kalau mas hadap sebalang pun habiss

    ReplyDelete
  2. owh ye ke... wah, bahaya tu mas, bulih gumukss.. nnt i jauhkn sket balang kuih ni, xpun i buh 1/4 balang jer.. hihi..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...