Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Bubur Lemak Udang

Sabtu baru-baru ni, buntu mula-mula tak tahu apa nak masak. Hati terpaut pulak bila teringat resepi bubur lemak kak fida ni yang I jumpa while blog walking a few weeks back. Lagi pun bila dah ada periuk noxxa, masak bubur tersangat la mudahnya. 15min dah cukup untuk nasi bertukar jadi bubur ;)
Sekali sekala kita buat bubur for lunch, excited pulak my 3 heroes nak makan. I buat lauk-lauk sampingan untuk makan dengan bubur tu >> telur masin, ikan pekasam goreng dan kerabu mangga bunga kantan. Memang terangkat la selera masing-masing sampai tak sedar makan menambah-nambah 3 mangkuk sorang-sorang ... haha. Hilang penat memasak bila tengok anak-anak dan hubby berselera makan. 
Jom semak resepi bubur yang sedap ni. I olah sedikit cara masak bubur ni sebab guna periuk noxxa. Bubur ni xsempat nak posing kat rumah, kita posingkan time berkelah dengan Hafiy ;). Warna bubur I ni gelap sebab bawang goreng.
BUBUR LEMAK UDANG
Sumber: Kak Fida MyResepi

Bahan-bahan ( 1 famili )
2 cwn beras
2 1/…

Simple Banana Muffin

Teruja nak baking bila seorang sahabat di Kulim nun tayang butter cake yang dia baked for her birthday last week. Butter cake biasa je, tapi adunan warna macam aiskrim neopolitan tu mmg menggamit-gamit tekak ni rasa nak makan kek tau. Keratan rentas kek Hs tu owhhh ... sangat cantik kejadiannya. Memang macam aiskrim neopolitan. 
Bila perasaan nak baking and makan kek tu membuak-buakkan tapi kemalasan tetap ada, maka dari nak buat kek hari tu kita downgrade buat muffin je la dulu ... ehehe. Senang tak payah nak cuci beater bagai. Kebetulan masa blog walking blog orang nak mencari resepi butter cake lain untuk dicuba ternampak pulak resepi muffin pisang yang sempoi di blog Nina. Dalam peti sejuk ada , memang idea yang menarik la untuk clearkan 3 ketul pisang yg tergolek-golek sedang mengecut. Dengan rupa kulit pisang yg dah nak menghitam tu, jangan harap la ada yang nak sentuh kalau tak dibega kan jadi makanan lain ;)

Seperti namanya, resepi ni memang simple sangat. Walau pun I cuma gu…

Ayat untuk menenangkan jiwa (Tafsir Al-Fajr: 27-30)

Sedikit perkongsian dari ustazah mengaji seorang kawan. Semoga sama-sama kita mendapat manfaatnya. Kala diri rasa tak tenang atau dikala menziarah orang sakit yang sedang nazak, elok la dibacakan 3 ayat terakhir dari surah Al-Fajr ini.
Kawan yang berkogsi kelebihan ayat ni tu bercerita. Ada lah seorang kakak ni, beritahu dalam group whatsapp depa yg kucing dia kat rumah tengah nazak. Masing-masing pun suggest dia baca ayat-ayat di atas kat kucing dia. Tak lama lepas tu akak tu hantar whatsapp dlm group dorang bagitahu kucing dia dah pergi dengan tenang. Naughty pulak ... rasa nak tergelak pon ada ;)

Nasi Goreng Ikan yang sedap ... kegemaran keluarga

Nasi goreng adalah satu makanan yang sangat sinonim dengan masyarakat kita. Sesuai dihidangkan tak kira waktu; pagi, petang, siang atau malam sentiasa ada peminatnya. Nasi goreng boleh jadi menu yang laku keras juga time berbuka. Nak memasaknya  mudah, lebih kepada ikut gerak hati je dan biasanya kita masuk apa saja ikut selera, contohnya lebihan makanan semalam yang boleh di recycle. 
Kali ni nak share satu resepi nasi goreng favorite my family. Bila kat rumah ada lebihan nasi dan ikan goreng, nasi goreng ni lah paling best dibuat untuk breakfast esok hari nya. Lagi best kalau berasnya Basmathi or Pusa, nasi elok xlembik dan cantik berderai. Anak-anak dan hubby kalau I masak nasi goreng letak ikan ni memang bertambah-tambah makannya. Selalunya bila buat nasi goreng, I gorengkan keropok ikan untuk dimakan bersama. Dah terbiasa tengok family hubby yg asal dari bumi cik siti wan kembang memang makan nasi goreng siap hidang dengan keropok ikan dan sos. Jadi kita tiru je la style depa.
U…

Pandan Coconut Butter Cake

"Kindness is a mark of faith, and whoever is not kind has no faith" - Prophet Muhammad
Morning ... hari ni 1 Rejab tapi I terlupa nak puasa huhu ... so dah sampai Rejab, meaning lagi 2 bulan kalendar Islam sebelum Ramadhan datang lagi. Dah selesai ganti puasa ke semua? ;)

Kek ni I buat Ahad lepas sebelum hantar Hafiy balik asrama. He loves pandan cake, si abang pon sama. Actually everbody in the house pon suka la  ... haha. Mak nya ni pulak teruja nak baking kek ni tatkala menjengah blog Domestic Goddess Wannabe .. ehehe. Alhamdulillah, sedap kek ni dan semua orang happy. Sekejap aje dah licin, tau walau pun kek ku sedikit sopak gara-gara pakai Nordic bundt pan baru ni tak spray dulu loyang tu ;).
PANDAN COCONUT BUTTER CAKE
Source: The Domestic Goddess Wannabe
(adapted from the famous Mrs Ng SK Butter Cake) Serves 10

250g butter, salted 140g gula kastor - boleh dikurangkan ke 120g next time 4 biji kuning telur 200g Prima Top flour - I gantikan dengan superfine flour  1 1/2 tsp…

Nasi Ayam Hainan Kak Lina - Taman Ampangan, Seremban

Kalau menjejakkan kaki di bandar Seremban, apa kata singgah lunch kat kedai Nasi Ayam Kak Lina di Taman Ampangan ni. Waze jer, insya allah ditunjukkannya jalan dengan selamat. Lupa pulak nak snap menu nya untuk tatapan korang buat pilihan siap-siap ;). 
Balik dari ambil Hafiy sebab cuti sekolah seminggu, kami singgah makan kat sini. Actually this is our second time here selepas cousin ku Alia (baru je bersalin his 2nd boy ahad lepas) bawa sometime last year waktu kami melawat Wo Alang yang tinggal dekat taman tu. Punya la tamak sebab masing-masing lapar, order ayam seekor terus ... haha. Nasib baik habis.

Kalau datang lagi tu, maknanya sedap la kan. Overall pada I, rasanya semua sedap. Tapi untuk nasi dia tu, I kurang puas hati sikit la sebab I prefer if beras dia berderai macam nasi arab or nasi ayam The Chicken Rice Shop (TCRS). 
Yang specialnya nasi ayam kat sini ialah dia ada hidangan sampingan taugeh goreng macam TCRS. Selain sup ayam kosong, kita akan dihidangkan juga dengan su…

Blueberry Chiffon Cake

Homemade chiffon cake has always been my favourite. Pantang nampak org buat, dan dan tu terasa gedik nak godek sebiji juga. Kalau yang kedai punya tak terliur pon nak makan sebab biasanya tekstur dia dry and extra ringan dari homemade one. Macam tak rasa apa je bila makan. 
Last 2 weeks, ternampak Ann dr anncoojournal baked blueberry chiffon cake. Kebetulan singgah Isetan Food Market sebelum balik rumah sebelah petang tu. Blueberry was on sale. Apa lagi, pantas sauk dah berangan nak wat kek chiffon ni.
The cake turned out perfect as how a chiffon cake should be, light and airy. Cuma I lebih suka chiffon cake yang ada volume sikit ... ;) so this is not the kind of chiffon cake I am expecting.

Ada sedikit cerita lawak masa I tengah sejukkan kek. Ada orang tu punya la xsabar nak makan kek ni. Dia tekan-tekannya dasar tin yang loose tu masa kek ni masih lagi panas sebab dia ingatkan kita telangkupkan loyang kek pasal kek tu susah nak keluar. Nasib baik I ada nak ambil barang kat dapur da…

Capati yang lembut & sedap

Menu dinner we all last saturday nite kat kampung warisan. Sebelah tengahari tu buat kenduri dan antara lauk yang dihidangkan ialah kari daging. Ada lebih, tu yang my induk kata jom la buat capati. Dia hulurkan resepi capati kak ina ni yang dia dah lama print tapi x terbuat-buat lagi sbb sunyi tinggal dia berdua je kat kampung sejak arwah nenek kembali ke rahmatullah September last year. Ini la peluang nak mencuba sbb bukan senang nak kumpul ramai-ramai dah sekarang.
Memang best resepi yang kak Ina share, lembut je capatinya. Definitely a keeper. Resepi bawah ni I dah tukarkan kepada sukatan 1 kampit tepung atta tu, kalau xsilap 1 kg kot. Laku keras, sampai xcukup buat sekampit hari tu.
CAPATI LEMBUTSumber:Kak Ina KL

1 paket tepung atta
1 1/2 - 2 cawan air suam - yang ni agak-agak hingga adunan boleh diuli membentuk doh
10 sudu besar minyak
10 sudu besar susu segar/kotak
secubit garam
sedikit minyak/gee sapu atas roti bila dah masak. - tak buat pon sbb lebih suka mcm tu je

Masukka…

Bibimbap

Ini la dia bibimbap yang I masak last Saturday. Semenjak dua menjak ni hasil masakan ku posing dalam tupperware bertingkat-tingkat ni je la sebab lepas masak je terus menderas ke Seremban jumpa hero kecik ;)

Apa yang special tentang resepi bibimbap Seonkyung ni ialah sos Gochujangnya. Kebiasaannya yang org buat is letak je pes gochujang yang ready-made atas bibimbap bila nak makan. Seonkyung dah improvised pes ni jadi sos yang lagi sedap untuk bibimbap. 

Memasak bibimbap ni tak susah pon, cuma renyah je sikit nak prepare sebab banyak kerja potong memotong sayur besar batang mancis ;). Macam nasi kerabu, banyak penggunaan sayur-mayur dalam masakan ni. In fact masakan korea yang lain pon memang kebanyakannya meriah dgn pelbagai sayur-sayuran. Kita boleh buat the simplest ... dengan only 1-2 sayur dan telur je tapi pada I, bibimbap yang sedap dan menarik kena lah ada pelbagai sayur of different colours ... baru lah lagi selera nak makan. Lagi pun this way I can get Haziq to eat sayur ma…

Easy Cucumber Kimchi Salad

Yes ... I am now crazy cooking Korean food lepas buat gimbap last week. My 3 heroes pon mmg looking forward for our Saturday lunch date hari tu bila I kata I thought of making bibimbap pulak ;)

Again, blog Seonkyoung jadi rujukan. Masa search resepi bibimbap kat blog dia tu, ternampak lah resepi kimchi timun yg sempoi ni. Terus rasa nak buat juga. Memang simple sangat nak buat dan rasanya sangat refreshing, kena dengan my family tastebud.
CUCUMBER KIMCHI SALADSumber:Seonkyoung Longest

1 batang timun - potong bulat dlm 1/4 in nipis
1 capsicum merah - dibuang biji dan potong halus memanjang / julienne
½ cawan daun bawang - potong memanjang
1 ulas bawang putih - dicincang
1 Tbs. Gochugaru (Korean red pepper flakes)
1 Tbs. sos ikan
1 Tbs. White vinegar apple cider
2 tsp. gula Campurkan ke semua bahan-bahan ke dalam bekas dan gaulkan sehingga sebati. Boleh dihidangkan terus atau simpan di dalam fridge sebelum dihidang.


Jambu or jambu? ;)

Gimbap (Kimbap) for our lunch date @ SASER

Annyeong haseyo ... ;)

Our weekend routine has changed a lot ever since Hafiy entered boarding school this year ;) ... thus far, Seremban becomes our 2nd home bila tiba weekend ... hopefully ... once he adapts to boarding school life ... kami boleh nego dgn dia bab melawat him every Saturday & Sunday nih  ... ;). For now ... kita layan je la dulu ... ehehe ... 

Tak tau nak masak apa last week tapi disebabkan hati ni asyik teringat nak bercuti je ... teringat la our holiday in Seoul Disember lepas. Oleh sebab itu, korean food jadi pilihan kita kali ni. It was just a brilliant choice that Saturday as my #fambam smile from ear to ear makan kimbap. Cuma frust I tak de Danmooji (Korean pickled radish) ... kalau x mesti lagi awesome ;)

Gaja ..., let's roll some kimbap ... My inspiration buat kimbap kali ni datang dari youtube Seonkyoung Longest. Just love all her cooking videos ... dah la comel, pandai masak pula.

GIMBAP (KIMBAP) Sumber: Seonkyoung Longest Untuk 6 - 7 Gimbap
Hidangan…

Macaroni with Garlic and Basil

Dah lama juga teringin nak buat spaghetti with pesto ... tapi terlampau rajinnn sgtt, tu yang tak terbuat-buat ... ehehe ... Last few weeks my friend dok promote kesedapan resepi ni yang dia 1st time cuba. Terus terpanggil nak buat minggu ni for dinner anak bujang. Alhamdulillah, Haziq loves it! 
Bila time buat hari tu tak beli spaghetti pon sbb confident je kat rumah ada stok. Sekali, yilek daaa ... sebab dh meronta-ronta sangat anak tekak ni nak makan, macaroni pon jadi la.
Untuk yang nak mencuba ... here's the recipe ...


MACARONI WITH GARLIC & BASIL
Source: Cik Sar

Ingredients:
1 packet uncooked macaroni
Extra-virgin olive oil - for blend
Olive oil - for saute
2 tbsp butter
4 cloves garlic, peeled
1 packet fresh basil, wash and dry
Parmesan cheese (cut off a chunk about 2cm from a rectangular packet) 1 packet brown mushrooms A handful of pine nuts
Salt and pepper to taste

Blend the ingredients above to a runny paste (add more olive oil if necessary) add in the parmesan towar…