Thursday, May 11, 2017

Tepung Bunga


"Always focus on how far you've come, rather than how far you have left to go"
The Optimist Coffee

Good morning peeps ... post holiday blues pepagi ni. Whenever I rasa I need a booster or motivation to work I memang suka singgah beli kopi at this coffee shop >> The Optimist (an independently run business) LRT Ampang ni. Their friendly staff and Quote-of-the-day stickers on the coffee cups which vary from customer to customer always gives good vibes to start my day. Selebihnya tawakkaltu alallah. 

Ok, back to recipe yang I nak share hari ni. It's my first time merasa & buat. I am not so sure where it originates, my sister kata ni kuih terengganu but when I shared the pic dlm group whatsapp kawan sekolah, dia kata ni kuih kampung dia, kelate ;) Tanya laki, dia kata xpernah tengok & xpernah makan pulak ...  

As you can see dalam gambar kat atas tu, tepung bunga ni texture dia macam dodol, boleh tarik-tarik sebab penggunaan tepung pulut. Rasanya pulak ada iras-iras kuih gertas. Bezanya kuih gertas lebih liat & ada kelapa parut.

Last week  tengah-tengah syok tengok drama kat One HD, dapat whatsapp from my sister ... dia tanya pernah makan kuih tepung bunga ke tak. Dia nampak satu post kat IG raffieyyusoff and rasa terliur nak try. I pon buka link yang dia send tu. Tengok macam senang je nak prepare, bahan-bahannya pon mudah & tak banyak. So I texted her, esok or lusa balik dari kerja pun boleh try buat. 

So last friday balik dari kerja my sister and I pun start la projek tepung bunga kat rumah mak ;) Kami buat ikut resepi yang di share oleh raffiey tu. Actually lepas belek resepi balik baru perasan xde gula kastor untuk salut kuih. Malas nak keluar, we decided to blend kasar je la gula pasir, so rupa the end product xler berapa cun.



TEPUNG BUNGA
Sumber resepi: IG raffieyusoff

200gm tepung pulut
200 ml ++ santan kotak - kalau doh masih keras, tambah lagi sikit-sikit
Sedikit garam

1. Gaul kesemua bahan-bahan sehingga menjadi doh.


2. Gentel bulat-bulat kecil dan picit di bahagian tengah.
3. Pecahkan sebiji telur dan kocokkan. Celup adunan yang dah dibentuk tadi ke dalam telur dan goreng sehingga lapisan telur sedikit keemasan.


4. Toskan minyaknya dan terus digaul ke dalam gula kastor. Sedia untuk dihidangkan.


1 comment:

Kerabu Maggi Siam

Kerabu maggi siam ni memang kegemaran ramai la kat rumah ni. Rasa dia yang lengkap masam, masin, manis dan pedas sikit memang cukup memb...