Thursday, June 15, 2017

Agar-agar Santan Gula Melaka


Alhamdulillah perancangan Allah maha hebat, the 1st 2 weeks of Ramadhan this year jatuh pada cuti sekolah. Lega sikit hubby & I, kalau tak haru la si bujang kecil tu mau telefon nak balik rumah terus xnak sekolah. Semangat membara prepare juadah buka tu membuak-buak untuk 2 minggu pertama je la. Lepas Hafiy dah balik asrama, teringatkan apa dia berbuka terus tak berapa semangat nak memasak. Hati ni bertambah sedih bila si abang kata adik cakap dia sedih membesar cepat sangat sebab dah semakin kurang memori dia kat rumah ... ;(

Agar-agar santan ni pernah buat denga resepi lain. Kali ni kita ambil dari blog kak yatiememories pulak. Dah lama betul dia menyepi, kalau tak seronok jamu mata kagum dengan hasil air tangan dia apabila buat segala macam jenis talam dan kuih kukus.

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

1 paket serbuk agar-agar 10 gm 
1 liter air (4 cawan) 
1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm) 
1/4 cwn gula pasir 
250 ml santan pekat (Yatie guna 100 ml santan pekat kara dan selebihnya tambahkan air) 
1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu 
Secubit garam 
2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan
Cara-cara: 

Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 1 cwn air. Masukkan daun pandan yg di simpul. Masak hingga didih dan sentiasa di kacau. Bila dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan. (Guna air yg dari 4 cwn tu ya)
Dalam periuk bersih, masak 2 cawan air bersama dngn serbuk agar2. Masak hingga mendidih. 
Masukkan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih. 
Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam. 
Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api. 
Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...

TIPS:
  1. Untuk mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti. 
  2. Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.

Friday, June 2, 2017

Onigirazu


Menu mmm ... sebulan yang lepas kot. Lemau betul bulan puasa tahun ni, asyik tak cukup oksigen ... nak menguap je  .. ;) I buat for picnic dengan bujang kecik kat sekolah dia. Senang ... all-in-one meal, you get carb (rice), protein (daging/ayam) dan veggies in one bite! Onigiri biasa dengar la kan, tapi apa pulak onigirazu ni?

Nama Onigirazu ni datang dari Japanese rice ball - Onigiri. 
Onigiri ialah nasi kepal berbentuk segitiga (traditional), bulat atau silinder, yang diisi inti seperti bonito flakes yang dah diperisakan dgn kicap jepun, pickled plum, tuna mayo atau pelbagai inti2 lain, kemudian dibalut dengan nori seaweed. 

Onigiri berasal dari perkataan Jepun Nigiru yang bermaksud mengepal dengan padat. Bila tidak mengepal dengan padat mereka panggil Nigiranai atau Nigirazu.

Jadi Onigirazu ialah bebola nasi (Onigiri) yang tidak dikepal seperti bentuk traditional nya, segitiga. Senang kata, bukan warga Jepun panggil makanan ni sushi sandwich ;)


Onigirazu ni senang je nak assemble, sama macam sandwich. The best part is the filling can be anything you like, selain dari filling gaya Japanese seperti chicken katsu, ia juga boleh di fusion kan intinya - ala Korea (bulgogi), ala Thai (ayam paprik), ala Mat Saleh ;) ... (tuna mayo), ala Chinese (kungpao chicken).

5 Tips untuk membuat Onigirazu yang perfect dan menarik

  1. Lepakan nasi ditengah-tengah seaweed kepada bentuk empat segi. Kalau ada acuan onigirazu, lagi cantik, nanti dapat bentuk yg seragam.
  2. Letak nasi dan inti dalam lapisan yang nipis.
  3. Tandakan bahagian mana nnt nak dipotong jika intinya menggunakan pelbagai bahan & disusun berlapis-lapis. 
  4. Terbalikkan dan rehatkan selama lebih kurang 5 minit selepas dibungkus ketat dgn plastic wrap. Wap stim dari nasi akan melembabkan nori dan akan membolehkan semua bahan-bahan sebati melekat bersama.
  5. Basahkan pisau supaya nasi & filling tidak melekat pada pisau, dan keratan rentas cantik & kemas.

ONIGIRAZU
(my-sweetthots.blogspot.my)

Nasi yang baru masak
Fillings - sesame oil chicken, bulgogi, tuna mayonis

Menyiapkan Onigirazu:
  1. Bentang plastic wrap dan letak sekeping seaweed di atasnya (bahagian berkilat menghadap plastic wrap), dengan satu bucu menghala ke atas. 
  2. Letak nasi ditengah-tengah seaweed, bentukkan segiempat sambil ratakan menjadi satu lapisan nipis. Taburkan sedikit garam di atas nasi jika filling yg digunakan agak sederhana rasanya. 
  3. Susunkan filling di atas nasi. Letak nasi diatas filling dan ratakan.
  4. Balut nasi dengan nori dan plastic wrap menjadi segi empat dengan ketat.
  5. Terbalikkan dan kemaskan bentuknya. Biarkan sebentar lebih kurang 4 -5 minit.
  6. Basahkan pisau dan potong onigirazu kepada 2 bahagian.

Soba Goreng ... menu simple yang sedap

Breakfast or dinner  .. haa lupa sudah ... hehe on one of the days. Anak I kan tekak international and Japanese food mmg his favourite la...