Thursday, March 21, 2013

When life is hard on you


 and remember ...






Hai .. saya Asyraf Wafiq

Salam peeps .. budak cousin I yg bagi Apam Johol kat bawah tu dah bersalin semalam ... 20 Mac 2013 ... berat baby 3.46kg, lahir jam 4.15 am. Ini ler baby dia ... ni masa lepas bersalin .. 


Sebelah tengahari


Belum sempat nak bertemu 4 mata lagi sbb Alia bersalin kat KPJ, Seremban. Dengarnya hari ni dah boleh keluar and akan balik Ampang. Insya Allah, sempat lah jumpa before kami kelik klate tmrw morning ;)



Monday, March 18, 2013

My all time favourite roti bai


Dari zaman xde anak sampai dah beranak pinak, dari harganya cuma rm 0.25 sen sampai la lani dah naik rm 0.60 sen ... roti ni tetap di hati. Sekarang bukan atuk, nenek, mak, paknya aja yg suka makan ... dgn anak2nya sekali pon suka makan juga ...


Friday, March 15, 2013

Magnum Chocolate Brownie


Magnum new flavour ... Yeay ... I got it for free .. macamana tu ye ...?? Easy peasy ...
1. Drop by at The Gardens Magnum Chocolatier Exhibition .. (dekat dpn butik Kate Spade, Mulberry ..)
2. Snap a photo of any of the exhibit
3. Check in to this place on Facebook and post the photo.
4. Show it at the Magnum redeem counter .. near escalator @ LG and Farmasi Caring






Hurry up tau ... this promo will last until end March 2013 .. yabedabeduuu ... hari-hari la kami kat ofis ni makan eskrem magnum ;)



Today's Breakfast





Wednesday, March 13, 2013

Apam Johol


Pernah makan x apam yg dimasak dalam daun getah rambai macam ni? Kurang pasti apa nama sebenarnya, tapi sebab cousin ku beli kat Johol, N9 maka I panggil je la Apam Johol. First time makan dulu masa wedding my cousin Cik Jaja (tahun 2010 ke 2011 ...) memang agak jakun jugak lah. Kawan ayah dia yg bawa untuk jamu tetamu yang datang.

Taste wise sama je macam apam biasa, tapi biasa lah sbb pelik sikit menengokkan kuih ni bungkus dlm daun getah rambai tu .. terasa macam apam ni special sgt pulak. Hehe .. Perasaannya tu sama la macam makan tapai dlm daun getah kot.



Monday, March 11, 2013

Nasi Air @ Johan Seafood, Kg. Baru


Our favourite spot for nasi air in KL. Kami kalau datang sini memang makan nasi air je memanjang walau pun makanan-makanan thai lain yg dia masak sedap-sedap juga.

Lokasi:
Johan Seafood
Jalan Raja Daud, Kampung Baru, KL.
(Bersebelahan kedai Chop & Steak)

I mula jatuh cinta dengan nasi air klate/thai ni sejak preggy my 1st son. Masa awal-awal pregnancy x lalu sangat nak makan, teringat nak makan yg bubur je puas la we ols ronda Kg Baru mencari yg berkenan di hati sampai la terjumpa kedai ni. Kami pilih kedai ni sebab dishes nasi air dia yg banyak sgt pilihan .. Kalau kat kedai-kedai nasi air lain, kebanyakannya dia letak bahan-bahan kering, then kita yg decide nak suh masak macamana. Kat sini xyah pening kepala nak fikir, cepat pon cepat sbb dia dah siap masak macam kat bawah ni ... 3 tingkat tu semua lauk2 nasi air .. rambang mata nak pilih sbb semuanya sedap2. But still kalau kita nak suruh masak sesuatu yg lain mcm sotong goreng kunyit ke as lauk tambahan... pon boleh je.




Watak utama yg tengah kelaparan ... muka happy sgt bila makanan sampai. Tak sempat-sempat nak cedok nasi air tu. Plus, dah lama x mai sini.


Tak sampai 1/2 jam dah licin semua.


Keluar dr kedai, nampak pakcik ni jual aiskrim pulut, aiskrim dia homemade. Terus tergoda dan beli tapi 1 je la sebab masing-masing dah kekenyangan.


Macam ni ler rupa aiskrim tu. Pulut + aiskrim xde flavour + taburan kacang tanah.
Berebut-rebut pulak budak-budak ni mkn sbb sedap katanya.



Thursday, March 7, 2013

Kuih Keria 'International' Haji Jalil @ Limbongan


Kalau dah sampai area Klebang ni, harus lah singgah kedai Tuan Haji Jalil yang dah cukup terkenal kat Melaka dan 1 Malaya ni. Tempatnya di Limbongan - Klebang Kechil, Melaka. Kat tepi jalan je, tapi hari tu excited sgt ... lupa nak ambil gambar lokasi. U ols bayangkan je la ... out of 5 visits, kali ke 5 okeh baru I dapat merasa kuih ni sbb tiap-tiap kali pergi asyik habis. Yang I dapat tengok, dulang kuih je ... huhu. 

Nak lepaskan kempunan datang jauh-jauh dari masjid tanah, kami makan ler laksa. Tapi, SERIOUSLY ... laksa Haji Jalil memang TERBAIK lah, antara laksa yg tersedap I pernah makan. Trust me, no regret. Kalau tengok orang-orang yang datang membeli kat sini kan, rata-ratanya mesti order laksa gak. Sama laku dengan kuih keria dia lah ... kalau x, xde la Haji Jalil masak kuah laksa seperiuk besar .. entah-entah beberapa periuk besar ;). So kalau u all sampai sini, jangan lupa cuba laksa juga. Gerenti x menyesal punya. Cukup rasa ikan, masam masinnya ... pendek kata secukup rasalah!


Ni rupa kedai lama. Kredit utk shahriah novelis utk gambar ni.


 Ni ler rupa kedai baru. Dekat-dekat area sini juga, sebelahnya ada kedai jual Hotlink. Budak baju pink tu sibuk nak interframe, excited sangat dpt gak makan kuih ni setelah sekian lama ngidam.

 
Dahulu kala, kalau datang lambat ... jgn harap la nak merasa. Masa tu pukul 4pm tu dah kira lambat okey, nasib2 la kalau dapat. Sejak dah pindah kedai baru ni rasanya dia dah tingkatkan pengeluaran ;) Tu pasal kali ni kami berjaya lepas kempunan. Tapi masa sampai hari tu tengok dulang, kosong. Yang ada goreng keladi dan pisang aje. Muka yg dah nak ketat terus happy bila adik tu kata kena tunggu 10 minit sbb tengah goreng lagi. Kalau x disebabkan perut kenyang, nak gak order laksa masa tunggu tu.


Ni ler rupa kuih keria yang famous bonar-bonar tu. Masa dia angkat dari dapur kat belakang, harum wangi bau dia. Apa yang special sangat kuih ni? Kuih ni disira dengan Gula Melaka asli, jadi manis dia sedang-sedang je .. dan kuihnya pon harum wangi gula melaka. Makan panas-panas bertambah lah sedap, rangup luar, lembut kat dalam.


A sought after kuih for tea time bg org-org setempat dan juga org luar yg dah tahu kepopularan kuih ni. Macam biasa la .. dah sampai Klebang, x sah kami kalau x pekena coconut shake yg juga famous tu. Jadi kuih ni kita tapau bawa makan kat sana.



Dah kenyang makan-makan, lepak-lepak ... kita tapau lak coconut shake bawa balik kg .. 
dasar org tamak kan .. hihi




Friday, March 1, 2013

Salam Jumaat ...


Salam Jumaat dr serambi kampung ku ...







** Hari ni genap 3 hari Wo Inun pergi menghadap penciptanya ... al-fatihah
Hafiy pulak tanya .. kenapa ada org meninggal masa birthday Hafiy, mami? 



Soba Goreng ... menu simple yang sedap

Breakfast or dinner  .. haa lupa sudah ... hehe on one of the days. Anak I kan tekak international and Japanese food mmg his favourite la...