Monday, March 11, 2013

Nasi Air @ Johan Seafood, Kg. Baru


Our favourite spot for nasi air in KL. Kami kalau datang sini memang makan nasi air je memanjang walau pun makanan-makanan thai lain yg dia masak sedap-sedap juga.

Lokasi:
Johan Seafood
Jalan Raja Daud, Kampung Baru, KL.
(Bersebelahan kedai Chop & Steak)

I mula jatuh cinta dengan nasi air klate/thai ni sejak preggy my 1st son. Masa awal-awal pregnancy x lalu sangat nak makan, teringat nak makan yg bubur je puas la we ols ronda Kg Baru mencari yg berkenan di hati sampai la terjumpa kedai ni. Kami pilih kedai ni sebab dishes nasi air dia yg banyak sgt pilihan .. Kalau kat kedai-kedai nasi air lain, kebanyakannya dia letak bahan-bahan kering, then kita yg decide nak suh masak macamana. Kat sini xyah pening kepala nak fikir, cepat pon cepat sbb dia dah siap masak macam kat bawah ni ... 3 tingkat tu semua lauk2 nasi air .. rambang mata nak pilih sbb semuanya sedap2. But still kalau kita nak suruh masak sesuatu yg lain mcm sotong goreng kunyit ke as lauk tambahan... pon boleh je.




Watak utama yg tengah kelaparan ... muka happy sgt bila makanan sampai. Tak sempat-sempat nak cedok nasi air tu. Plus, dah lama x mai sini.


Tak sampai 1/2 jam dah licin semua.


Keluar dr kedai, nampak pakcik ni jual aiskrim pulut, aiskrim dia homemade. Terus tergoda dan beli tapi 1 je la sebab masing-masing dah kekenyangan.


Macam ni ler rupa aiskrim tu. Pulut + aiskrim xde flavour + taburan kacang tanah.
Berebut-rebut pulak budak-budak ni mkn sbb sedap katanya.



2 comments:

  1. makcik kurang adventurous bab mkn...tu yg tak pernah sampai sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye ke? tapi banyak gak mknn sedap2 yg makcik dok tayang ..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...