Thursday, March 7, 2013

Kuih Keria 'International' Haji Jalil @ Limbongan


Kalau dah sampai area Klebang ni, harus lah singgah kedai Tuan Haji Jalil yang dah cukup terkenal kat Melaka dan 1 Malaya ni. Tempatnya di Limbongan - Klebang Kechil, Melaka. Kat tepi jalan je, tapi hari tu excited sgt ... lupa nak ambil gambar lokasi. U ols bayangkan je la ... out of 5 visits, kali ke 5 okeh baru I dapat merasa kuih ni sbb tiap-tiap kali pergi asyik habis. Yang I dapat tengok, dulang kuih je ... huhu. 

Nak lepaskan kempunan datang jauh-jauh dari masjid tanah, kami makan ler laksa. Tapi, SERIOUSLY ... laksa Haji Jalil memang TERBAIK lah, antara laksa yg tersedap I pernah makan. Trust me, no regret. Kalau tengok orang-orang yang datang membeli kat sini kan, rata-ratanya mesti order laksa gak. Sama laku dengan kuih keria dia lah ... kalau x, xde la Haji Jalil masak kuah laksa seperiuk besar .. entah-entah beberapa periuk besar ;). So kalau u all sampai sini, jangan lupa cuba laksa juga. Gerenti x menyesal punya. Cukup rasa ikan, masam masinnya ... pendek kata secukup rasalah!


Ni rupa kedai lama. Kredit utk shahriah novelis utk gambar ni.


 Ni ler rupa kedai baru. Dekat-dekat area sini juga, sebelahnya ada kedai jual Hotlink. Budak baju pink tu sibuk nak interframe, excited sangat dpt gak makan kuih ni setelah sekian lama ngidam.

 
Dahulu kala, kalau datang lambat ... jgn harap la nak merasa. Masa tu pukul 4pm tu dah kira lambat okey, nasib2 la kalau dapat. Sejak dah pindah kedai baru ni rasanya dia dah tingkatkan pengeluaran ;) Tu pasal kali ni kami berjaya lepas kempunan. Tapi masa sampai hari tu tengok dulang, kosong. Yang ada goreng keladi dan pisang aje. Muka yg dah nak ketat terus happy bila adik tu kata kena tunggu 10 minit sbb tengah goreng lagi. Kalau x disebabkan perut kenyang, nak gak order laksa masa tunggu tu.


Ni ler rupa kuih keria yang famous bonar-bonar tu. Masa dia angkat dari dapur kat belakang, harum wangi bau dia. Apa yang special sangat kuih ni? Kuih ni disira dengan Gula Melaka asli, jadi manis dia sedang-sedang je .. dan kuihnya pon harum wangi gula melaka. Makan panas-panas bertambah lah sedap, rangup luar, lembut kat dalam.


A sought after kuih for tea time bg org-org setempat dan juga org luar yg dah tahu kepopularan kuih ni. Macam biasa la .. dah sampai Klebang, x sah kami kalau x pekena coconut shake yg juga famous tu. Jadi kuih ni kita tapau bawa makan kat sana.



Dah kenyang makan-makan, lepak-lepak ... kita tapau lak coconut shake bawa balik kg .. 
dasar org tamak kan .. hihi




6 comments:

  1. Keria tu nampak biasa ja kan.....tapi dia pandai UPkan dgn gula melaka.....creative

    ReplyDelete
  2. ye la makcik, that's creativity. Tuan Haji Jalil yg kreatif ;) mmg biasa2 je kuih tu tanpa salutan gula melaka. Tapi bila dia salut macam tu .. harum semerbak jdnya, memang menggamit2 selera ... acu try wat kat rumah ye .. tapi yg mak saya penah buat la .. xjd mcm hj jalil punya ..

    ReplyDelete
  3. Teringat buat kuih keria masa kat Perth dulu. X pnah2 buat sblum tu. Resepi pn main agak2 je. Menjadai gak..hehe..

    ReplyDelete
  4. oh my keria my fav - esp yg minimum tepung

    ReplyDelete
  5. anoi aii...terasa nak keria pulakk! good entry nnt ada kwn2 i mintak direction nk crk keria ni ..i bg link entry ni je hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...