Alhamdulillah, silaturrahim yg terputus sejak sekian lama dengan sahabat-sahabat puspawangiku dibawah tu dapat dieratkan semula melalui groups WhatsApp sejak pertengahan tahun lepas kalau xsilap. Bila dah berkumpul tu walau pun di alam maya memang kecoh sampai kadang-kadang beratus-ratus message yg masuk, ada yg hphone hang, ada yg keneneng nak baca celoteh yg macam-macam dr drama akasia, cerita shopping sampai la ke hal mesin basuh, piuk belanga semua. At last, kami bahagi-bahagikan group ikut kategori, memasak, biz, kasih sayang, jalan-jalan dan general. Tu pun kadang-kadang xsedar diri tersasar dari landasan ;). Tak ketinggalan, selain group menceceh, kita buat juga group mengaji. Syukur, alhamdulillah. Banyak manfaatnya, in sha Allah. Semoga kami semua istiqamah.
Seronok juga group mengaji kami walau pun sekadar di alam maya. Dapat juga kongsi ilmu sedikit sebanyak tentang hukum tajwid didalam Al-Qur'an melalui mereka yg berpeluang pergi belajar mengaji dengan ustaz. I terpanggil nak kongsikan sedikit sebanyak hukum tajwid yang telah kami bincangkan di blog ini untuk rujukan sendiri, anak-anak & rakan taulan. Lebih mudah nak refer bila-bila terlupa.
Perkongsian kali ni ialah cara bacaan Hamzah Wasal dipermulaan ayat. Bagaimana kita nak mengenal hamzah wasal?
HAMZAH WASAL:
Mengikut Rasm Uthmani, ditulis dengan huruf Alif dan diletakkan tanda seperti kepala huruf Sod.
HAMZAH WASAL:
Mengikut Rasm Uthmani, ditulis dengan huruf Alif dan diletakkan tanda seperti kepala huruf Sod.
Terdapat 3 cara bacaan Hamzah wasal dipermulaan ayat seperti di bawah:
Apabila bermula dgn alif lam, bacalah hamzah wasal itu seolah-olah ia berbaris di atas.
(Cth Al-Fatihah:1)
Cara bacaan: Al hamdulillah
B. Baris Bawah
Bila tidak bermula dengan alif lam, kita perlu lihat huruf ke 3. Jika ia berbaris atas atau bawah, bacalah seolah-olah hamzah wasal itu berbaris bwh.
(Cth Yaasin:64)
Cara bacaan: Is lauhal yauma
Cara bacaan: In firu khifafan
C. Baris Hadapan
Bila xbermula dgn alif lam dan huruf ke 3 berbaris hadapan, bacalah seolah-olah hamzah wasal itu berbaris hadapan.
(Cth An-nisa:50)
Cara bacaan: Un zur kaifa
U..great sharing u.. tqtqtq..
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukur dapat berkongsi sesuatu yg dpt dimanfaatkan u ;)
DeleteTerima kasih
Deletealhamdulillah
DeleteLebih lengkapnya bisa dibaca di tulisan-tulisan saya tentang Al-Qur'an di: http://kelanadunia.blogspot.com/search/label/Al-Qur'an
ReplyDeleteterima kasih tuan
ReplyDeleteTerima Kasih Banyak....alhamdulillah
ReplyDeletealhamdulillah
Deleteterima kasih.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya mohon izin utk share post ini di fb saya. Utk rujukan saya supaya tidak lupa dan utk kawan2 yg mungkin tidak tahu. Terima kasih
ReplyDeletetiada masaalah.
DeleteThks
ReplyDeletealhamdulillah
DeleteTerima kasih tuan..tengah baca tetiba lupa macam mana nak baca wasal ni..search jumpa..alhamdulillah..sgt mmbntu..
ReplyDeletealhamdulillah
DeleteSaya share dalam blog saya ya. Saya creditkan pada blog akak. :)
ReplyDelete;) alhamdulillah ilmu dpt dipjg-pjgkan. Moga lebih ramai yg dapat manfaat
DeleteMaaf tumpang tanya, untuk surah yasin tu kenapa dibaca baris bawah? Bukan ikut huruf ketiga ke? Mohon pencerahan dari saya yang jahil....
ReplyDeleteSebab bukan bermula dgn Alif lam Ashraf, jadi kita ikut bacaan B.
Deletehahahahahaha nyaris2 saya mencari adakah "Alif Lam Ashraf" ada wujud kah??????HAHAHAHAHAHAHAHA setahu saya Alif LAm Syamsiah dan Qomariah ja... xpernah dengar lagi Alif Lam Ashraf.... rupa-rupanya Ashraf tu nama orang hahahahahahaaaa....cik ain lain kali tulislah Encik Ashraf ..ok3 anyway ini maklumat yang terbaik
Deleteterima kasih , memang sangat berguna.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKenapa nama blog ni sweet thots, tahun tak maksudnya apa 😅
ReplyDeletealhamdulillah.. tkasih
ReplyDeleteMcm mana dgn surah ahqaf ayat 4. Kenapa "iituuni" bkn "u'tuuni"
ReplyDeleteYelah kenapa iituuni bukan utuuni ye?
ReplyDeleteiituuni bukan utuuni kerana itu bacaan gharib iaitu bacaan Al Qur’an yang berbeda dengan kaidah ilmu tajwid pada umumnya.
ReplyDeletehttps://www.google.com/amp/s/bioearthworm.wordpress.com/2016/02/18/1-bacaan-gharib-dalam-al-quran/amp/
ReplyDeleteYang is lauhal itu huruf ke 3 nya lam fathah knapa huruf pertamanya dibaca kasrah tidak fathah?
ReplyDeleteMohon share ye.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Sangat bermanfaat kpd sy yg pelupa ni. Terima kasih atas perkongsian..
ReplyDeleteJazakallahukhairan kathira..selalu keliru nak mula bacaan hamzah wasal ni.halalkan ilmu ye..
ReplyDeleteTerima kasih...
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih atas perkongsian ❤️
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteperlu berhati-hati, tidak semua hukum bacaan hamzah wasal di awal ayat terangkum dalam tiga hukum ini sahaja.. sekadar memaklumkan agar pembaca tidak keliru.. semoga kita semua dirahmati..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian❤️
ReplyDelete