Ujian itu datang dlm pelbagai bentuk. Kali ni heboh pasal UPSR BI & Sains bocor. Dah hampir 5 hari sejak berita itu tersiar. Bila Haziq tanya hari tu kenapa la ada soalan bocor ni mami?, sambil tersedu-sedu meleleh air mata nak meluahkan rasa frust dia ... I hanya mampu kata, kita hanya merancang abang, Allah maha tahu ... ada hikmah tersembunyi. Abang patut bersyukur diberi peluang kedua, peluang lebih baik untuk abang buktikan usaha abang tu. Apa lah sangat dugaan ini kalau dibandingkan dengan apa yg dialami keluarga MH17 & MH370.
Cerita banyak won't help to solve the issue pon, jadi baik lah kita fokus ke depan. Haziq dapat extra time to study, yeahh. Jom masak Kari Ikan style Chef Wan ni, xperlu serbuk kari ye ... tapi kita pakai rempah ratus je. Macam kari nenekku masak kat kampung je dulu-dulu masa dia masih sihat. Sedap kari ni diganding dgn sambal kelapaku ;)
KARI IKAN GAYA GOA
(Sumber: Yatiememories)
600 gram ikan tenggiri
3 biji tomato*
3 biji cili hijau*
3 camca besar serbuk ketumbar*
3 camca besar serbuk jintan putih*
2 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar halus)
2 biji bawang besar, dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dicincang
1/2 camca besar biji sawi
4 camca besar cili kisar
500 ml santan
1/2 cawan jus asam jawa
2 biji tomato, belah 3 setiap satu
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
600 gram ikan tenggiri
3 biji tomato*
3 biji cili hijau*
3 camca besar serbuk ketumbar*
3 camca besar serbuk jintan putih*
2 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar halus)
2 biji bawang besar, dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dicincang
1/2 camca besar biji sawi
4 camca besar cili kisar
500 ml santan
1/2 cawan jus asam jawa
2 biji tomato, belah 3 setiap satu
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Panaskan minyak dalam periuk, Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum.
Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
Tuang sedikit air, kemudian tambah santan, kacau rata. Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa. Kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
Masukkan tomato, dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata...
salam..
ReplyDeletesedap tu..
arwah nenek saya pun selalu masak..tapi kami panggil gulai kot..
oo cikSiti org kedah/utara ke? Biasa yg sebut lauk ni gulai, org utara kan?
Delete