Dah lama x share pasal tempat-tempat makan. So hari ni I nak share new eateries in Putrajaya. Quite interesting place walau pun masih banyak kedai-kedai yg kosong. Antara yg I nampak hari tu (xsempat nak round sebab nak cepat pon ye, dah nak kejar maghrib pon ye) ada Fuel Shack, Hot & Relax dan Teh Tarik Place.
That day bila diumumkan anak-anak UPSR kena resit paper BI pulak tu, I pon bagitau hubs nak try makanan kat Ayer8, Putrajaya yg xjumpa the day before. Untuk memujuk hatinya yg lara tu kan ... Sensitif bebenor ... dok tangkap leleh je dalam kereta. Kami actually stayed 2 nights kat Hotel Pullman sebab my hubs ada training kat situ. Tapi pagi-pagi menderas la balik Ampang, nak hantar Haziq ke sekolah. Nasib baik exam start 8.15am & we all sampai around 7.15 - 7.20am mcm tu.
Bila kat Putrajaya, mcm buntu je bab-bab makan ni. Lemau lak bila mikir nak makan kat Alamanda so I tanya member2 kat group whatsapp. Kak Long kawasan suggested this restaurant. Roti Giant & kambing kat sini sedap katanya. Akak pon terkinja-kinja la rasa nak menerai jugak.
May be sbb this place is still new, type kat waze xkeluar pulak kawasan Ayer@8 ni. So the 1st nite, kami xjumpa sebaliknya sampai kat Umai Cafe lak. Masa makan kat Umai tu, dah rasa macam building on the opposite side of the lake tu la Ayer8. Tu yang simpan hajat nak pergi juga.
My initial plan masa husband ajak bermalam kat Pullman hari tu nak pergi Restoran Selera D'Timor ni lah (canopy hijau, bawah Teh Tarik Place ni). Kes ternampak adik pergi the week before, kedai kakak ipar dia rupanya. Tapi dek tergodakan roti giant kak long, kita simpan la hajat tu utk esok-esok pulak. Restoran AlMaeda adalah sebaris dengan restoran ni ye, hujung sekali selepas Restoran Upin Ipin. Restoran-restoran ni semua di tingkat paling bawah ye, menghadap tasik.
Ni lah roti giant nya kot, puas telek-telek menu tak jumpa. Nampak ni le roti paling besar, jadi I order la yg ni ... Yemeni Mulawah Bread kalau xsilap. Tapi ambil yg set, makan dengan Lamb Akdah ni
Untuk set roti & lamb ni harga dia RM15.90. Agak berbaloi la sebab boleh makan 2 org kongsi dengan husband, tu pun dah last tu agak slow nak menghabiskan. Ada banyak lagi menu lain yg kami tergoda tapi takut membazir terus xjadi order. Nasib baik x diturutkan nafsu tu kan.
Budak yg sedu sedan tu makan Lamb Mandy Rice ni, mmg menu favorite dia kalau gi kedai Arab. Memula konon sedih, xmo makan. Lepas tu habis licin dikerjakannya. Nampak kat hujung meja tu, tisu lap air mata & air hidung dia la tu ;) Yg ni harga dia xigt la untuk single plate, tapi kalau size L tu, RM34.90 kalau xsilap. Kami bertiga suka dengan sos tomato yg makan dengan nasi ni, eventhough pedas sket tapi memang sedap. Ni pun masa dok tulis dah telan air liur sbb teringat.
Dek kerana nafsu, bakhlava pon nak makan gak ... yg ni RM10 sebekas. Rasa so-so je, x rangup dah. I guess dia xbuat kat situ.
Overall the food semua sedap dan memenuhi citarasa. Recommended lah. Choices of food pon banyak. Memang rasa akan ada next visit sebab dah boring makan kat Saba or Rawsha. Lagi pun kat sini masih xramai org, so tenang & cepat servisnya ;)
No comments:
Post a Comment