Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Sup Ikan Ala Thai

Sup ni I masak for sahur bbrapa minggu yg lepas. The recipe was shared by my colleague kat our Whatsapp group, dia skodeng resipi dr majalah kat kedai ;) Thank you Zarina. I x nampak keseluruhan resepi tu, so ada sstgh ingredient yg di adjust sesedap rasa je.
Sedap sup ni, definitely a keeper ... berbeza dr sup yg normally I masak ... the recipe called for daun pandan & daun limau purut mmg sgt thai lah kan. Ok la, nak get ready for the last day berbuka  for this year.

SUP IKAN ALA THAI
Sumber: ain sweetthots

Beberapa keping ikan - anggaran 500g
2 batang serai - dititik
5 helai daun limau purut
2 helai daun pandan - disimpul
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 biji bawang merah }
2 ulas bawang putih  }
2 inci halia                } dihiris memanjang
Serbuk perisa ikan/ayam - ain x letak
5 biji cili api          - dipotong serong
2 biji ubi kentang  - dipotong dadu
Garam secukup rasa
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun ketumba…

Cucur Udang Rangup

Cucur udang ni sepanjang Ramadhan ni je dah buat 2-3 round (bila buat mmg 2 kali ganda resepi ni) sebab best sangat-sangat. Rangup di luar, berongga-rongga lembut jer kat dalam. Penangannya ... sampaikan waktu sahur pun kadang-kadang kami 4 beranak dok layan cucur udang ... hehe ...
Tak ingat siapa yang menggoda tapi resepi ni dari blog Chef Delima Zamrud, yang dapat idea dr cucur jirannya.

CUCUR UDANG RANGUP
Resepi : Delima Zamrud
*1/2 kg udang kertas yg kecik halus2 tu (bersihkan buang kepala n janggut nyer)
*2 biji bawang besar (mayang)
*1 genggam taugeh (kalau nk letak byk pun boleh)
*1 cekak daun kucai (di potong panjang2)
*1 biji putih telur
*1 sudu besar minyak masak
*1 sudu kecil cuka
*1 sudu kecil serbuk pasti sedap knorr
*3-4 senduk tepung gandum (mengikut keperluan)
*Secubit serbuk kunyit (untuk warna)
*Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Masukkan semua bahan yg bertanda * dalam bekas dan gaul sebati sampai tepung menyaluti semua bahan2 seperti dalam gambar.

(Courte…

Agar-agar Sirap Selasih

As Salam Jumaat yang barakah. U all suka x agar-agar sirap? Agar-agar sirap ni mostly semua orang pon biasa makan kan. Nostalgia ... masa kecik-kecik, agar-agar ni la yg kita selalu makan kat rumah orang kahwin, time kenduri and even raya. I suka yg letak biji selasih macam ni. Syok bila tergigit selasih tu. I guna agar-agar serbuk, selalu buat xde main sukat-sukat, tapi untuk rujukan I letak la kat sini.
AGAR-AGAR SIRAP SELASIH Resepi : ain@my-sweetthots.blogspot.com
Bahan : 10 g agar-agar serbuk 2 sudu besar sirap rose - I suka guna brand F&N atau Saga >< 200 gm gula pasir - atau ikut manis 1 liter air - boleh lebihkan sikit untuk tekstur yg lebih goyang ;) 1 helai daun pandan sedikit pewarna merah jika perlu Biji selasih - direndam hingga kembang, buang airnya
Cara membuatnya : Satukan agar-agar bertali dgn air dan masak hingga agar-agar hancur. Masukkan gula secukupnya dan kacau hingga adunan larut dan sebati. Masukkan sirap dan daun pandan.  Biarkan hingga mendidih. Tapis dan tuang ke…

Pandan Milk Pudding

Milk Pudding ni memang dah selalu buat. Dah lama juga x membuatnya ni, jadi bila ada lebih santan dlm fridge hari tu terus teringat nak layan puding ni lah. Kalau yg buat dulu I letak blueberry paste utk ganti pandan paste  Haziq kata rasa nak pengsan, kali ni dia kata rasa macam honeydew pulak. Bila I makan dan amati, aa... ada rasa honeydew. Sedap sangat kat tekak ni. Pelik juga mcmana keluar rasa honeydew pulak, yg ku bubuh pandan paste. 
MILK PUDDING
Source: Gert
Reference: K.Nor

Ingredients:
600 ml water
120 gram sugar
8 gram agar agar powder
3 pandan leaves
300 ml milk - I guna 400ml sbb santan tu dah kurang
200 ml coconut milk - kali ni I buat just letak 100ml santan, sbb byk tu je ada kat rumah tapi still rasa sedap je
A few drop of pandan paste

1. In a medium size saucepan bring the water, agar agar power and pandan leaves to boil. Let it boil for 3 minute until agar agar power dissolved. 
2. Add in sugar; continue to stir until sugar dissolved. Lastly pour in the milk and coconut milk. …

Biskut Sarang Semut

Antara biskut raya favourite ... bahaya makan balang kat depan mata ... mau lesap sekelip mata semua biskut-biskut tu nanti. Kot ada yang nak cuba, I serta kan resepinya.

I noticed untuk mendapatkan biskut yg sedap, adunan jangan diisi terlalu banyak ke dalam paper cup. Nanti lambat masak dan adunan jadi lembut je sebab tebal. Cukup sekadar paras cup, dengan ini biskut masak sekata dan lebih rangup di luar, lembut di dalamnya. I suka makan yg baru masak, meletup - letup je gigit dalam mulut.
BISKUT SARANG SEMUT  
Sumber: Chef hanieliza Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum( diayak)
100 gm tepung jagung (di ayak)
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)- saya guna white coklat rice.
secukupnya paper-cup kecil Cara
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan…

Puding Susu Koktel

** Gambar yang disnap dalam kesuraman lampu jalan ;) Nak yang lebih menggiurkan >> here


PUDING SUSU KOKTEL
(Sumber: Jun Yummylicious)


1 paket serbuk agar-agar (11 gm) 2 biji telor 4 cawan air 1/2 tin susu cair 1 cawan gula pasir 2 - 3 sudu besar tepung kastad 1 tin fruit cocktail

Cara-Cara:- Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut. Sementara itu, pukul telor dan campurkan tepung kastad. Kacau rata dan ketepikan. Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih. Masukkan campuran telor dan tepung kastad. Masukkan fruit cocktail dan kacau sebentar. Tutup api. Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan hidang.

Soto Madura

Mengantuknyaaa ... dah berapa kali menguap, kalau x puasa boleh pi buat kopi sat ;) Menu iftar di hari minggu baru-baru ni. Nampak Yatie buat, teringin pulak nak rasa Soto kuah lemak. Sedap tau,  tambah sikit sambal kicap, fuh ... terangkat ;). Abaikan rupa soto I yg nampak x berapa presentable tu - (kekurangan bahan hias, bawang goreng lupa nak letak, ayam racik2 dah habis, taugeh pon tinggal berapa helai je) ... Time sahur baru teringat nak snap (haha ... sempat lagi kan dlm pada mengantuk2 tu).


SOTO MADURA
Resepi: Yatiememories

1 ekor ayam – dipotong 4
1 s/k garam dan sedikit serbuk kunyit utk mengoreng ayam.
2 kotak santan kara/ayam brand (1 kotak 200ml)-guna santan kotak supaya kuahnya cantik, tak pecah..
4 cwn air atau secukupnya
3 batang serai – dititik
1 btng kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
Garm dan sedikit gula

Bahan di Kisar
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 labu bwng besar
5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
1 inci ku…