Thursday, August 1, 2013

Biskut Sarang Semut


Antara biskut raya favourite ... bahaya makan balang kat depan mata ... mau lesap sekelip mata semua biskut-biskut tu nanti. Kot ada yang nak cuba, I serta kan resepinya.

I noticed untuk mendapatkan biskut yg sedap, adunan jangan diisi terlalu banyak ke dalam paper cup. Nanti lambat masak dan adunan jadi lembut je sebab tebal. Cukup sekadar paras cup, dengan ini biskut masak sekata dan lebih rangup di luar, lembut di dalamnya. I suka makan yg baru masak, meletup - letup je gigit dalam mulut.

BISKUT SARANG SEMUT  
Sumber: Chef hanieliza
Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum( diayak)
100 gm tepung jagung (di ayak)
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla
hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)- saya guna white coklat rice.
secukupnya paper-cup kecil
Cara
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...