Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2009

Homemade Instant Pancake Mix with Strawberry Jam & Honey

There's one time, tengok Nigella Express kat channel 707. Tergoda ler pulak ngan mak cik ni punya pancake, infact setiap kali nengok nigella masak pon i tergoda ... macam mudah ya amat! Pulak tu dia mention about making your own Pancake Mix, apa lagi ... wa browse le internet cari resepinya. Bestlah boleh wat sendiri dah. Dan inilah hasil dr my homemade pancake mix. Cuma blueberry syrupnye je yg tak ku buat. Btw, ada sikit 'M' nak wat translation, so terima je la resepi yg tak dialih bahasa ni ye.

HOMEMADE INSTANT PANCAKE MIX
(Source: Nigella Lawson)

Ingredients
Pancake mix:
4 cups all-purpose flour
3 tablespoons baking powder
2 teaspoons baking soda
1 teaspoon salt
2 tablespoons plus 2 teaspoons sugar

Pancake batter:
1 egg
1 cup milk
1 tablespoon melted butter

For the pancake mix:
Mix the above ingredients together and store in a jar.

For the pancake batter:
For each 1 cup pancake mix, add 1 egg, 1 cup milk, and 1 tablespoon melted butter. Do not overmix.

Heat a flat…

Sour Cream Coffee Cake

Raya yang lepas, lepas seminggu raya tu memang macam rajin la pulak ber'baking'2 ni. Macam lepas gian sebab tak dan nak wat kuih raya gara-gara pulun keje. Jadi, bila jenguk RNet mailing list feedback dr Mama Ghock http://thebakingstudio.blogspot.com ttg kek ni, tak sabar-sabar rasa nak cuba. Tengok nama kek (Sour Cream & Coffee) pon dah berkenan. Terbayang-bayang rasa kopi & sour cream tu, mmm....
Pastu bila kat rumah, dah memang siap semua barang & resepi kat sebelah ni. Biasa la, belek balik... kot-kot ada barang yg tercicir ke. Tetiba, rasa macam salah print resepi je sbb tak jumpa coffee as one of the ingredient. Apa lagi, tergendala projek. Email kat mama ghock tu tanya balik. Rupa-rupanya mmg betul dah resepi ni. Tapi disebabkan hati tertanya-tanya kenapa kah kek ni ada nama kopi, ku teruskan jugak godek sebiji. Nak pulak aritu baca komen si pemberi resepi tu "This very moist coffee cake recipe was given to me by a friend and it is always a hit!",…

The Bread & Butter Pudding

I've been trying a few recipes of bread & butter pudding, kebiasaannya bila ada lebihan roti yang dah nak expired. Tapi so far, dalam banyak-banyak cam dah in love with resepi ni. Inilah rupa hasil eksperimen i pada bulan October 2008 yang lepas. Thanks Ms CatLady.

PUDING ROTI
(Sumber: CatLady)

A:
500ml susu segar
8 keping roti

B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar tepung jagung

C:
2 sudu besar kismis hitam

Koyakkan roti & rendam dalam susu 1/2 jam. Kacau & gaul rata bahan B. Masukkan kismis & tuang adunan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 180C sehingga masak.

SOS KASTARD
1 tin susu cair
1 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula

Masuk semua bahan dlm periuk. Panaskan atas api kecil & masak hingga pekat macam sos.

Chocolate Brownies Cik Enon

I had been craving for this brownies lepas aidilfitri hari tu after eating it just before last Ramadhan. Actually Azhari brought the brownies to office & shared it with Zatur & I. I requested for the recipes after knowing that it was made by his girlfriend, cik enon. Tq cik enon for your wonderful recipe. 
BROWNIES CIK ENON 115g mentega (unsalted – kalau salted tak perlu tambah garam) 200g gula halus 2 biji telur (besar) 1 sudu teh vanilla esen 30g serbuk koko 60g tepung gandum ¼ sudu teh garam ¼ sudu teh baking powder ½ – 1 cawan penuh chocolate chips (campur plain choc chips + white choc chips mengikut citarasa)
1. Panaskan mentega sehingga cair dalam periuk atau microwave.
2. Tuangkan gula ke dalam satu mangkuk besar. Curahkan mentega yang telah cair tadi ke dalam bekas yang mengandungi gula tersebut dan kacau sehingga sebati.
3. Dalam satu mangkuk kecil yang berasingan, pecahkan telur dan gaulkan bersama vanilla esen. Kemudian tuangkan ke dalam bekas yang mengandungi mentega …

Paceri Terung Nyonya

Seumur hidup ni la kali pertama i masak paceri ni. Lepas ramadhan & sambut raya, tekak ni masih tak berapa selera nak makan. Pulak tu naik je keje after raya, kena keje shift petang (2pm - 10pm). Jadi choices of food for dinner... the very the limited. Masa intai-intai blog mat gebu terjumpalah resepi paceri ni... ha elok sgt la tu. Bila tengok bahan-bahannya pon senang, achik pon memberanikan la diri memasaknya utk pertama kalinya. Ni ler rupa lauk bekalan pi ofis aritu, pekena ngan ikan masin pon sodap nih. Samada anda percaya atau tidak, gambar ni di snap masa dlm tren nak ke ofis... hihi...


PACERI TERUNG NYONYA (Sumber: Cik Mat Gebu)

2 biji terung bulat
1 biji cili merah, belah dua
1 biji cili hijau, belah dua
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji bawang merah, hiris halus
1 ulas bawang putih, hiris halus
2 camca besar cili kisar
2 1/2 camca besar rempah kari ikan
2 camca besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam gelugor
1 cawan santan
1 cam…

It's simple, yet delish!

Ini menu breakfast anak-anak & hubby pagi ni. Having a son like Haziq, yg pandai makan buat i merajinkan diri la buat breakfast. Tak sampai hati sometimes tengok muka frust dia bila breakfast roti & kaya je or cream crackers cicah air gara-gara mummy dia yg lambat bangun or kemalasan. So, semalam dok berkira-kira nak buat apa for breakfast arini, so browse ler resepi-resepi yg agak-agak boleh dibuat breakfast & terjumpa la resepi ni kat blog syahani http://syahani.blogspot.com. Picked this because it's simple, yet delish. Senyum lebar haziq bila turun makan tengok pasta ni pagi tadi... "Thank you mummy, masak special tuk abang. Abang suka sangat". Adoiii... tak ke kombang mummy ko ni bang, bab bodek... no 1.

Memang sedap pada tekakku & sempoi betul resepinya. Buatnya pon x sampai 10min dah siap (provided pasta tu dh siap rebus lah ye ). Cuma kesian hafiy, x dpt makan sebab pedas pulak untuk selera dia. I tak pernah beli tuna yg ni, ingatkan tak pedas mana…