Tuesday, August 19, 2014

Kerabu Tomato Ikan Bilis


I just love kerabu, be it just vege or a mix with some seafood or meat. Kerabu tomato ni salah satu cara I nak menghabiskan tomato sebelum dia lembik. Buat macam ni, kejap je licin. Kalau x, x berusik la tomato tu tergolek2 je dlm fridge x dipandang pon ;)

KERABU TOMATO IKAN BILIS
(ain@my-sweetthots.blogspot.com)

Tomato ~ dibuang isi tghnya, dipotong kasar-kasar
Cilipadi ~ dimayang halus
Bawang besar ~ dihiris
Daun ketumbar, jika suka ~ dimayang
Suhun, jika suka ~ dicelur masak, toskan
Ikan bilis goreng ~ ditabur begitu shj atau boleh juga disangai kering & blend halus
Kacang tanah goreng
Perahan jus limau nipis
Garam dan gula

Gaulkan kesemuanya, sesuaikan rasa dan hidangkan.


Monday, August 11, 2014

Ayam Masak Merah


Menu iftar Ramadhan hari tu. Err .. gambar tu dah xnampak ayam ye sebab snap dalam kereta, on the way nak ke rumah mak. Kalau bukan bulan puasa, macam tak berapa nak pandang je lauk ayam masak merah ni sebab ni kira menu wajib mostly kenduri kahwin. Tapi masa puasa hari tu terasa-rasa sangat nak makan. Memang gatal sungguh kan, tekak ni. I selalu masak lauk ni ikut sedap rasa je jadi sukatan kat bawah tu lebih kurang lah ye. My secret bagi rasa lauk ni kebabom adalah dgn menambah sedikit santan or susu cair pada kuah tu ;) Cubalah, memang beri kelainan & terangkat tau.

AYAM MASAK MERAH
(ain@my-sweetthots.blogspot.com)

1 ekor ayam
Serbuk kunyit
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
10 - 12 ulas bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
2 inci halia (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
3 sudu besar cili kisar
1 biji tomato (dibelah 4)
1/2 - 3/4 cawan sos tomato
Sedikit sos tiram - optional, anggaran 1 sudu besar
Sedikit air
1/3 cawan santan/susu cair
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Gaul garam dan kunyit pada ayam. Kemudian goreng sehingga hampir masak.
Tumis bahan-bahan kisar dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar.
Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato & sos tiram jika suka. Tambah sedikit air.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sekata.
Masukkan bawang besar yang telah dihiris. Biarkan mendidih 3-4 minit.
Akhir sekali masukkan sedikit santan/susu cair. Masak sebentar dan tutup api.
Siap untuk dihidangkan.

Thursday, August 7, 2014

Karipap Roti Inti Sardin


Resepi sempoi je ni tapi kadang-kadang kita pon xterfikir ... kan, cetusan rasa my friend si Zuera tu. Dia bercerita kat our telegram group sampai semua org pon terliur nak buat wpun bahan-bahannya yg biasa-biasa aje. tapi seriously memang sedap roti ni, sbb ia rangup diluar, lembut je dalamnya.

Masa raya kat kb baru ni, tak tau nak breakfast apa. I kena kerja, so x follow la hubby & kakak ipar keluar breakfast. Teringatkan karipap ni, terus la buat. Habis sebuku roti, licin ;) Pekena pulak dgn segelas teh tarik uolss ... alhamdulillah ... memang marvellous lah. Anak buah lalu kat tepi pon buat xpandang je ... hehe ...

Inti sardin tu terpulang la pada selera masing-masing. Kalau xboleh makan yg xmasak, masak la dulu inti tu macam buat sambal sardin. I ni, dua-dua pon ok, kalau rajin je baru I masak inti tu. Anak-anak & hubby pon xkisah, tu yg best ... sonang kojo den ;)


KARIPAP ROTI INTI SARDIN

Sebuku roti
1 tin sardin saiz sedang
1 labu bawang besar - didadu kecil
2 - 3 biji cili merah - didadu kecil
3 - 4 limau kasturi - diambil jusnya
garam secukup rasa
Sedikit bancuhan tepung gandum & air - sebagai pelekat
Penggelek
 
Inti:
Sardin dituang ke dalam mangkuk, dibuang tulang & perutnya; kemudian dilecek. Masukkan sekali sos sardin tadi bersama dengan bawang, cili merah & jus limau kasturi. Tambah garam & sesuaikan rasanya.

** Jika xsuka inti yg sebegini, boleh la dimasak terlebih dahulu spt membuat sambal sardin.


Ambil sekeping roti, gelek dgn penggelek hingga nipis. Jika suka, boleh dibuang bhgn tepi roti terlebih dahulu. Letak inti ditengah-tengah,sapukan bancuhan tepung dikeliling tepi roti dan lipat memanjang atau segi tiga. Tekan bahagian tepi dgn garfu. Goreng dlm minyak panas sebentar sehingga roti bertukar keperang-perangan. Sangat sedap dimakan ketika masih panas/baru dimasak sbb roti masih rangup diluar & lembut je didalamnya.

** Selain dr goreng begini, boleh juga kita pelbagaikan dgn mencelup roti ke dalam bancuhan tepung goreng rangup segera atau yang ini.


With Zuera & her four princesses yg datang beraya ke Masjid Tanah. Thanks so much for dropping by ;) Dia was on the way balik Penang dr rumah MIL kat Batu Pahat.

Wednesday, August 6, 2014

Padprik Sotong


Padprik sotong ni menu iftar bulan Ramadhan baru ni. Baru sempat nak enter frame ;) Dah penghujung puasa, dah habis fikir nak masak apa ... mak kata adik beli kacang panjang banyak hari tu, terus dia suruh buat padprik. 

Actually masak padprik ni kita xde specific sukatan pon. Buat sesedap rasa je janji ada rasa masam manis & pedas sikit. Yang ni agak berkuah sikit sebab budak-budak kat rumah ni memang suka kuah lebih.

PADPRIK SOTONG

Bahan:
500 gm sotong - dipotong & cuci
1 batang carrot - dihiris bulat
2 genggam bunga kobis - di potong kecil
1/2 biji capsicum hijau - di potong kecil
1 labu bawang besar - dihiris bulat

Bahan Sos:
2-3 sudu besar kicap pekat
6 sudu besar sos tomato
6 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
5 helai daun limau purut - disiat
2 batang serai - diketuk
3 biji limau nipis (perah jus)
5 biji cili padi - diketuk
6 ulas bawang putih - diketuk
1/2 cawan air
garam secukup rasa
minyak

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan sotong dan kacau rata. Masukkan kicap pekat, sos tomato, cili sos dan sos tiram. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan bawang besar yang dihiris. Bila mendidih lagi, masukkan daun limau purut, jus limau dan sedikit garam. Sesuaikan rasanya, tutup api dan boleh la dihidangkan bersama nasi putih & telur dadar ;)

Friday, July 25, 2014

Mushroom Soup


Salam Jumaat yang barakah. Tinggal 3 hari je lagi sebelum kita nak beraya. Ada yang dah mula bercuti dan balik kampung pun semalam. Zaman kanak-kanak dulu memang excited bila dah nak raya, tapi bila dah tua ni sedih rasanya nak meninggalkan bulan yg mulia ini. Dah hujung-hujung Ramadhan, the boys pun dah tak tau nak makan apa. 

Last weekend, Hafiy tetiba teringat nak berbuka dengan mushroom soup & garlic bread. So I buatkan la, refer resepi minami MyR as a guideline. Sepiuk hentak tau, I buat ... maklum la berbuka ramai-ramai kat rumah mak, xkan nak buat sikit je. I xmasukkan ayam pun, just guna kiub je. Selain fresh button mushroom, I tambah enoki juga .. mmg sedap sbb enoki ni bila masak mmg beri rasa manis kat kuah.

Jangan tanya mana garlic bread nya, xdan nak snap dah sebab kalut berbuka. Berselera betul si becok tu makan, mau dekat setengah bantal baguette tu dia sorang je tala ... hehe. Puas hati la tengok ... siap buat ala-ala roti banjir lagi, letak roti tu dlm pinggan, tuang mushroom soup kasi banjir ;)
 
MUSHROOM SOUP
Resepi: Minami133 Myresepi


Bahan-bahan (6 org)
1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar (susu kotak)
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang (dihiris kecil2) - I guna fresh button mushroom
garam
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum

Potong ayam kecil2. Masukkan ayam dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga masak.
Masukkan susu dan kiub ayam. Masak guna api yang perlahan. Masukkan mushroom.
Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat.
Tambah perisa, garam dan ajinomoto. Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.

Tuesday, July 22, 2014

Kuih Sagu Bronok


My busy days in office just started this week. Aisshhh ... dah dekat nak raya la sibuk nau nak buat keje. Dah la system seems not ready, 2 days almost gone ... mmm ... ;( 

Ni Hafiy's new fav utk tahun ni.Before this dia xmo makan sbb kata nampak macam telur katak, haha. Dulu buat color hijau, kali ni kita make up kan color merah pulak, cantik mcm delima. Hafiy yg agak health concious ni sebenarnya xsuka i letak food coloring, dia lebih prefer the color comes from natural source ;).

Dah lost count iftar yg ke brp kita buat ni. Layan yg sejuk2 pon sedap je. Nak pulak resepi kak Hanieliza ni lembut je tekstur kuih tu, cuma agak manis sikit utk tekak I.

SAGU BRONOK

by: Hanieliza

1 cawan sagu biji
3 cawan air
1 cawan gula - to reduce to 3/4 cup or kurangkan dlm 3 tbs next time, manis sikit for me
1/2 biji kelapa parut muda
sedikit garam
pewarna merah
daun pandan [simpulkan]

1. Sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan airnya.
2. Masakkan gula dan daun pandan dengan air hingga hancur dan mendidih. Buangkan daun pandan.
3. Masukkan sagu serta pewarna merah kacau hingga sagu kembang.
4. Bila sagu kembang angkat dan masukkan dalam loyang. Sejukkan
5. Setelah sejuk dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan garam.

Thursday, July 17, 2014

Bingka Labu Lemak Manis (Iftar 17 Ramadhan 1435H)


At last I pon terhasut lah dengan virus bingka labu yg menular among my friends. My telegram group masak2 (ahlinya geng zaman sekolah kat JB dulu) - group tu kami panggil X-Stf90 Food Network ;) sibuk bercerita pasal bingka labu these few days. Semuanya start bila our friend si Zuera dok tayang & bagi feedback yg buat weols semua kecur air liur la nak try. Nak nak bila dia kata family berebut makan sampai anak dia xsempat rasa. Buat pulak another round. 

Mmg worth a try. Sedappp sangat ... lembut & lemak manis. Manis yg sedang-sedang aje ... memang kena sangat la dgn selera. Dah tu, I guna minyak sapi ... memang wangi je kuihnya. Cuma frust sikit la, xde bijan. Kalau x, lagi kebabom masuk mulut. Anyway, I prefer eating it suam-suam. Tapi awas la ye, kalau jenis yg mudah je berangin tu .. kalau makan before gi terawih jangan salahkan I pulak nanti asyik terkentut-kentut je tau ... haha ..

Bagi para peminat labu, rugi kalau x cuba resepi ni tau. Pagi tadi sahur pun dok hadap lagi, tinggal sepotong je .. share berdua dgn cik abe ... ;) 


BINGKA LABU LEMAK MANIS
Resepi: Yatiememories -Yatie guna loyang bulat 9 inci

2 biji telur
2 cwn santan
1/2 cwn susu cair - susu cair xde, I ganti dgn susu kotak
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula pasir halus
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter/minyak sapi
2 cwn labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih

Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...