Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

Roti Doh Sponge & MH370 berakhir di Lautan Hindi

Lama betul tau I x meroti kat rumah ni sejak BM rosak. Terima kasih kat mek Jah yang berjaya meniup angin meroti I yg dah lama suam-suam kuku je ni. Dek tergoda menengok kegebusan roti dia tu lah maka semalam daku meroti jugak :) Untuk roti ni kene buat doh sponge nya dulu baru diadun dengan bahan-bahan roti pulak. Masa dah start membancuh doh A tu I was so confident ada tepung roti, sekali bila nak timbang habis selongkar almari baru ler sedar xbeli rupanya. Tak pe ... disebabkan semangat dah membuak-buak tu maka kita teruskan juga dengan tepung gandum je. 
Alhamdulillah roti maintain lembut gebus, x caya tengok je isi dalam yang I dah siat kat bawah ni. Best, xyah nak masuk bread improver semua tu. Boleh ulang buat lagi, mungkin nak tambah gula sket dalam adunan untuk jadikan roti manis pulak.

ROTI DOH SPONGE
Resepi: Puan Zarina
Sumber: Izah

Doh span (A):
420gm tepung high protien
250gm air 5gm yis

Campurkan semua bhn (A), gaul sebati dan uli sikit2 pun ok.
Pastu biarkan dlm bekas tert…

Kek Gula Hangus

Dah lama tak makan kek ni. Tu yang bila seorang kawan lama masa kat stf dulu share resepi dia, terus tergerak nak buat. Yang bagusnya resepi yang cik Nallerque ni share ialah kek dia kurang berminyak, jadi xde lah rasa berminyak-minyak je tekak ni. Cuma lain kali, I rasa nak kurangkan sikit sukatan gula/susu pekat manisnya tu. Bagi member ofis rasa, dia kata ok je kemanisannya tu.

KEK GULA HANGUS Resepi: Nalini Fahimi/Nallerque
2 cawan gula pasir 2 cawan air 2 cawan tepung gandum 1 cawan susu pekat manis - boleh kurangkan kpd 3/4 cawan 3 sudu besar marjerin 1 sudu besar bikarbonat soda 1 sudu besar baking powder 8 biji telur sedikit esen vanila
Masak gula dengan air untuk dijadikan gula hangus. Biarkan sejuk sebentar. Campur susu pekat dan marjerin, kacau sebati. Masukkan telur satu persatu. Masukkan tepung sehingga habis dan akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau sebati. Masukkan adunan dalam acuan dan bakar/kukus selama 1 jam.

Chicken Pot Pie

The breakfast I made for my kids on tuesday. Love to see their smiley faces bila nampak this dish masa turun breakfast. Bukan main xberhenti dok cakap thank you & kata sedap. Tak perlu susah-susah nak buat white sos or chicken stew for the filling, ada lebihan mushroom soup hari tu I recycle je lah. Sonang kojo akak, kan.
CHICKEN POT PIE
Resepi: ain @my-sweetthots.blogspot.com
1 mangkuk mince chicken atau chicken - cubed Bawang besar - dadu
Mixed vege, cendawan, carrot
1 tin mushroom soup (I used campbell)
Lada hitam, garam secukup rasa.
Butter.
Short crust pastry Kawan

Cairkan butter dalam periuk dan goreng bawang besar, biar layu
Masukkan chicken cubes, kacau
Masukkan carrot, cendawan, mixed vege & kacau rata.
Tuangkan mushroom soup, tambahkan air or susu kotak sket.
Boleh tambah black pepper if suka, kacau rata, biar mendidih sekejap.
Tambahkan air jika perlu; ikut selera macamana pekat you want you mixture to be.
Sesuaikan rasa.

Letakkan filling ke dalam mangkuk yang sesuai…

Apam Polkadot

Apam polkadot ni first time buat sebab Hafiy request untuk bagi kawan-kawan sekolah dia masa birthday dia hari tu. Orang tanya nak kek apa, apam ni yang dia mintak sebab katanya budak-budak kat sekolah tu memang suka makan dan selalu beli dari salah seorang budak yg bawa jual kat sekolah. Disebabkan mummy nya ni tengah rajin, so layan kan je lah. Sekali dia kata nak bagi 5 biji setiap sorang, ooppps mau pengsan mak dengar ... lepas dah nego nego, Hafiy setuju bagi 3 biji sorang .. lega .. ;) 
Bila I cerita kat my telegram group nak buat apam ni my friend Cik Mime suggest buat Angry Bird or Ladybird ... oooo a BIG no no lah ... pengsan I nanti, bukan nak buat sikit-sikit tu .. dekat 500 biji juga nak buat sbb dah terlanjur I kata might as well bagi kat sekolah agama & tempat mengaji dia sekali. Nasib baik la Hafiy xtahu kot boleh lukis Lady Bird or Angry Bird ... kalau x ... huhu nangiss ... Ni pun 2 hari I buat nak kasi cukup, nasib baik la Haziq & Hafiy tolong.
Terus terang …

Kaswi

MH370 incident - It's day 10 now ...sigh ... but let's continue to make doas for them #PrayforMH370.

Hari tu masa oven rosak tengah baiki, tangan ni gatal je la nak buat kuih. Bila masuk blog yatiememories nampak dia post gambar kaswi memang terasa-rasa dah kat tekak. Apa lagi, keluarkan kukusan lah terus buat. Resepi Kak Fida myresepi ni memang best, macam yatie kata sedap dan elok kenyal. 2 hari berturut-turut dok ulang buat tau. Haha ... teruk betul dok makan je kerja kita ni. Next time harus cuba pulak resepi Kaswi Nyonya Kak Fida ni.

KASWI
Resepi: Fida myresepi

Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc ):
280 gm tepung gandum
80 gm tepung kanji / tpng ubi
40 gm tepung hoen kwee
780 ml air
2 sudu kecil air kapur
sedikit warna coklat-jika perlu Bahan perlu di masak

300 gm gula melaka/ gula merah*
125 gm gula pasir* Note to self: boleh kurangkan sikit lagi gula next time
500 ml air*
1/2 sk garam*
3 helai daun pandan* - disimpul


Campur ketiga-tiga jenis tepung, 780ml air dan air kap…

Yong Tau Foo Soup

Hari ni dah masuk seminggu sejak insiden MH370 berlaku. Wallahuaklam, masih belum ada khabar berita kemana kah menghilangnya pesawat tersebut dan penumpang-penumpangnya.

Ni adalah antara sajian paling ringkas dan paling mudah nak masak bila tak de mood. Walau pun sempoi sangat tapi rasanya sedap tau. Anak I mesti terliur nak makan bila I buat ni. Yang penting mesti makan dengan kicap cili tu, mmg boleh hirup sup 2 - 3 mangkuk kalau tak ingat kat orang lain ;) Kicap cili tu lagi bagus kalau dah lama buat ... 2 - 3 bulan umurnya ke .. sebab rasanya dah cukup mesra gitu ;)  ... well ... mokcik macam hilang kata-kata lah disebabkan our national carrier ni, i'm wishing for a happy ending, amin ... Resepi dibawah kalau nak cuba ye ..
YONG TAU FOO SOUP (anggaran 2 orang makan)
Segenggam kacang soya mentah Segenggam ikan bilis Tahu Pok Cendawan Fish Ball Tahu Foocuk Sosej Sayur kubis panjang dan bahan-bahan yong tau foo yang lain, ikut suka Garam
Rebus dahulu ikan bilis dan kacang soy…

Ikan Percik & Day 6: #PrayForMH370

Menu dah basi ni. DoubleH memang suka la bila masak percik ni & sejak ada pan ajaib ni lagi la suka masak menu-menu sempoi macam ni, cepat dimasak, kerja mengemas pun mudah x percik minyak sana sini. Dah masuk 6 hari sejak insiden MH370 ;( macam hilang idea la selagi xtau kesudahannya ... sama-sama kita berdoa & tawakal mohon bantuanNya, lahaulawala kuwwata illa billahil aliyilazim ... Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah semata-mata, amin.
IKAN PERCIK

Beberapa ekor ikan kembung
6 biji bawang merah
1/2 inci halia
1-2 biji cili merah
1 keping asam keping
Garam dan gula
1 cawan santan pekat
1 batang serai


Blend bawang, cili merah, halia bersama dengan santan. Masak hingga pekat serta masuk garam, gula & asam keping - sesuaikan rasa.

Kuah percik dilumur pada ikan yg hendak dibakar. Bakar & lumur berulang-ulang sehingga masak.


#PrayForMH370

Upon hearing the news, I felt my heart sinks deep into my chest. Berat rasa hati kita, apa tah lagi the passengers' families .. I cried bucket, every now & then ... It's day 3 now, still no news tentang the whereabouts of the aircraft, crews & passengers ;(

Let's keep on praying all ...  I'm still hoping ... hoping for a good ending. Rabbi Yassir Wala Tuassir, Rabbi Tammim Bil Khair (Ya Allah permudahkanlah bagi kami dan jgnlah Engkau sukarkan, dan berikanlah kami kesudahan yang baik), insya Allah  ... ameen.

Apam Harum Manis

Another friday has passed and what kind of weekend are you anticipating this week? I perlu meluahkan, tapi husband xde lak sekarang nak mendengar. I am a bit terkilan lah dgn respond sstgh org kpd pertanyaan I ...  it's so funny because it implies they know me better than I know myself. To which I like to respond, "HELLOOO ..., it's annoying lah how you are judging me, do you know it hurts me more when I thot that you are my friend ... you are not respecting my feelings ... who gave you that permission to filter what I need and what I don't? Bukannya benda x elok pun yg I tanya tu. Bila difikir-fikirkan balik, I macam dh dgr ayat ni 2-3 kali. Tapi I lupa, is it from you last time? I dah campak jauh-jauh kata2 tu sebelum ni, sebelum ia bernanah kat hati ni. Wahai hati let's forget it ... buat sakit dada je, rosak kesihatan .. harum manis lah macam apam ni ... let's focus on aura-aura positif dan cerita-cerita manis je ye. 
Ye, baik kita focus cerita tentang a…

Baked Pasta

Selain dari kek, I buat baked pasta ni hari tu sebab tau memang sentiasa ramai peminatnya. Ni yang habis dulu hari tu sampai terlupa nak snap yang dah masak. Actually semua resepi yg ada sos merah & putih, lebih kurang je bahan-bahan dan caranya .. tapi kali ni saja gatal nak cuba resepi dayang jack ni. 
BAKED PASTA
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan - untuk 4-5 orang makan
2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)
150 g minced beef/chicken - guna beef
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti- guna tomato paste- agak2 letak secukupnya
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit garam - mama letak juga gula secukupnya utk imbangkan rasa masam tomato
1 sudu besar mentega

Sos Putih
2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah
2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
sedikit…

Chocolate Marshmallow Slice to die for, for Hafiy's Birthday Celebration

Assalamualaikum & barakah monday peeps. Sedar xsedar kejap je dah masuk bulan 3. Rasa macam baru je lagi budak-budak naik sekolah. Cuaca sekarang panas betul mcm everyday je suhu cecah 37C or 38C, kesian mengenangkan anak-anak balik sekolah tengahari panas ni. Duduk dalam rumah pun rasa melekit-lekit je ketiak ni apa lagi budak-budak yg berjemur tengah panas tu. Itu la I ni asyik membebelkan anak je jangan lupa minum air kosong banyak-banyak. Kadang-kadang dah isikan air dalam botol masa turun kereta boleh dia tertinggal botol air. Adoii ... sabar je la.


Berbalik pada cerita brownies ni ... As I posted this pic on IG, Whatsapp group & Telegram, ada kawan-kawan yang dah bertanya resepi. Actually ada banyak entry lain yg pending but I have to make way for this one first lah since ada request. Thanks sgt to Kak Ayu for introducing this recipe lepas lebih 6 bulan sunyi sepi. I always trust her choice. Dia pun memberi laluan pada brownies ni dulu to break her silence on the blog,…