Wednesday, March 19, 2014

Apam Polkadot


Apam polkadot ni first time buat sebab Hafiy request untuk bagi kawan-kawan sekolah dia masa birthday dia hari tu. Orang tanya nak kek apa, apam ni yang dia mintak sebab katanya budak-budak kat sekolah tu memang suka makan dan selalu beli dari salah seorang budak yg bawa jual kat sekolah. Disebabkan mummy nya ni tengah rajin, so layan kan je lah. Sekali dia kata nak bagi 5 biji setiap sorang, ooppps mau pengsan mak dengar ... lepas dah nego nego, Hafiy setuju bagi 3 biji sorang .. lega .. ;) 

Bila I cerita kat my telegram group nak buat apam ni my friend Cik Mime suggest buat Angry Bird or Ladybird ... oooo a BIG no no lah ... pengsan I nanti, bukan nak buat sikit-sikit tu .. dekat 500 biji juga nak buat sbb dah terlanjur I kata might as well bagi kat sekolah agama & tempat mengaji dia sekali. Nasib baik la Hafiy xtahu kot boleh lukis Lady Bird or Angry Bird ... kalau x ... huhu nangiss ... Ni pun 2 hari I buat nak kasi cukup, nasib baik la Haziq & Hafiy tolong.

Terus terang I memang tak minat apam ni, sebab pada I rasa dia biasa-biasa je. Lagi sedap apam biasa ;) Kalau x kerana Hafiy minta memang xteringin ler nak buat ... Budak-budak memang suka kuih ni mungkin sebab warnanya yg menarik & filling jam tu agaknya. Resepi I copy dari blog hanamemories. Dah lama mokcik tu menyepi jer. Bila dah siap, seronok lak tengok ... ceria, memang sesuai sangat kuih ni dengan jiwa kanak-kanak, terus rasa hilang penat. Tapi dah cakap awal-awal dengan Hafiy, ni first & last mummy buat apam ni tau. Haha ... 


APAM POLKADOT
Sumber: hanamemories

Bahan-bahan:
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus - hana kurangkan

150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna


Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
Picitkan blueberry filling secukupnya.
Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.


My Note:
Guna acuan kertas yg kalis air sbb dr pengalaman ada yg tersembul isi kat bontot kertas ;) dan ada yang basah lekit disebabkan jem menyerap pada kertas. So bila apam ditindih-tindihkan akan jadi comot pulak. 


Yang ni dah di pack untuk Hafiy distribute pada kawan-kawan dia.


Oh ye ... ni lah budak yang korek marshmallow atas kek Hafiy hari tu ... Nurul Izwani nama dia, ada yang nak buat menantu tak? hihi



1 comment:

  1. lawaa..ank pok cek ni..eheheh
    leceh ke long nk buat? mcm okeyy je..

    ReplyDelete

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...