Monday, December 17, 2012

Cowboy Place, Watie Beach Cafe @ Port Dickson


Bila dah selalu ke PD, kadang-kadang xtau nak makan kat mana dah. Kali ni we all pergi temankan my hubby yang ada meeting kat sini. Bila jumpa tempat baru & nampak ramai orang, yang tu la kita terjah. Haziq pulak pantang nampak ayam panggang, tu yang layan kan aje. Not bad lah untuk tukar selera ... tapi sos pencicahnya tu agak kurang kena dengan selera saya.

Biar gambar je la yang bercerita ye ... ;) Most of these pictures were taken by Haziq. Ada bakat x? 

the foods ...






the surroundings ...



cowboy's place katanya ...



the happy faces ...







the price ...



Sunday, November 18, 2012

Sepetang di pantai Corus Hotel, Port Dickson




hafiy terjumpa one legged baby crab ...


aitt .. dia senyum ka?? ... tetiba tukaq loghat utagha sbb baru balik melawat McK (>_<)


patut senyum ... dah jumpaq kawan ..


tapi awat kawan dia cabut lari ... takut hafiy kot ..



Saturday, September 22, 2012

Lunch @ Tony Romas, Pavillion


A treat from hubby .. mm well, overall ... meals that worth spending money on .. among the food we chose, I personally love the shrimp the most. Mood malas bercerita kala ini, senang cite a place yg I  would consider to revisit lah ;)


Monday, September 17, 2012

On his 10th birthday ...

Tepat jam 12 malam ... kami persembahkan kek ni to Haziq


Dia x sangka kami nak memberi kejutan.
He beamed with joy throughout the entire nite ... tido pon senyum ;)




Sebelah siangnya dah plan nak bawa dia lunch somewhere, tapi atas2 sebab yg x diduga ... terpaksa kensel, postpone hari lain la nampaknya.



Wednesday, August 15, 2012

Agar-agar Kacang Merah


Resepi agar-agar yang diambil dari blog AlongRoz. Memang sedap! Cuma next time buat nak habiskan je 1 tin kacang merah tu, mesti lagi best. Pada I, lebih sesuai kalau dipanggil puding sebab tekstur dan rasanya lebih menyerupai puding.

AGAR-AGAR KACANG MERAH
(Sumber: AlongRoz)

 BAHAN2:
1 cwn Kacang Merah
1 packet / 13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
240g Gula
1 tin Susu Cair
1 sb Tpg Jagung
1 heai Daun Pandan
 Sedikit Pewarna Merah Jambu


CARA2:
1. Rebus kacang sehingga empuk.
Ambil 1/2 cwn & ratakan ke dlm acuan.
Blend baki kacang dgn susu, tpg jagung & pewarna sehingga sebati.

2. Letakkan serbuk agar-agar, air, gula & daun pandan ke dlm periuk & masak sehingga hancur.
Sendukkan +/- 1/2 cwn & tuangkan ke atas kcg merah dlm acuan tadi.
Masukkan campuran kcg merah yg di mesin tadi ke dlm agar2 & masak sehingga mendidih.

3. Biarkan lapisan kcg merah tadi mengeras sedikit sebelum di tuangkan masakan agar2.
Biar agar2 sejuk di suhu bilik sebelum di masukkan ke dlm peti sejuk.
Hidangkan sejuk.


Sunday, August 12, 2012

Biskut Bijan


Semerbak harum si bangkit bijan, kuih warisan zaman berzaman ;) Antara biskut paling top yg sering diorder pelanggan-pelanggan makcikku.

BISKUT BIJAN
(Sumber: Mak Ngah Che Empah)

1 biji telur (merah sahaja)
1 cawan mentega
1 cawan gula halus
1 cawan tepung gandum
3 cawan tepung sagu/tepung ubi
1 cawan bijan ~ digoreng
sedikit vanila dan baking powder


Krimkan butter dan gula. Apabila dah kembang, masukkan merah telur dan pukul sebati. Masukkan esen vanila. Akhir sekali masukkan tepung2 yg dah diayak bersama tadi beserta dgn bijan. Tepung tadi x perlu dimasukkan kesemua sekali, cukup sekadar adunan dapat dibentuk dah mudah untuk diterap. Terapkan dan bakar sehingga masak.





Thursday, August 9, 2012

Vermicelli Lemak Pedas



Dah tak tau nak masak apa sahur. Kalau Hafiy, nasi goreng je yang dia minta hari-hari. Senang katanya, 2 in 1, sambil pejam mata pon boleh makan. Teringat dlm fridge ada lagi vermicelli yg masih berbaki, terus teringat resepi CMG ni. Licin sekuali, sampai x cukup pulak. Untuk resepinya boleh refer sini.

**
Actually I memang lebih suka vermicelli compared to spaghetti sebab ketebalannya yg sederhana tu, in between bihun dgn spaghetti. So, stok vermicelli ni mmg banyak kat rumah ... even kalau buat bolognese pon kdg-kdg guna vermicelli je.



Tuesday, August 7, 2012

Tepung Pelita


Adoyaiii ... lepas borak-borak dgn officemate tadi, rasa nak makan tepung pelita ni la pulakksss ... Sedap sangat dan puas hati sungguh la dgn hasil yg dibuat 2 minggu lepas untuk iftar nih. Tak sedar berapa ketul dah makan, tapi yg pasti pergi terawih perut senak betul mcm makan nasi 2-3 pinggan. Walhal kita x ambil nasi pon masa berbuka tu. Mmm ... tu la penangan ambil mknn yg bersantan kan, waima ada penggunaan tepung beras lak tu dlm kuih ni. Patut pon kenyang semacam .. hehe.

Macam biasa la ... tamak punya pasal, 3 bancuhan sekali kita buat. Haha ... At first, I cuma nak bubuh dlm bekas plastik bulat yg kecik tu je. Tapi adik I insist nak kan ada aroma daun pisang, beriya-iya la dia mengerah anak & bibiknya sekali tolong. So macam-macam size ada, tu la yg paling besar .. sebesar tapak tangan dia. Senang, makan satu dah konyang .. katanya (^__^). Memang best dan sempoi resepi Yani ni, dah lama sgt berhajat nak cuba bila tgk komen positif kat MYR. Tengok pulak post Izahdaut hari tu, lagi la x sempat-sempat. Alhamdulillah, teksturnya yg lembik-lembik mcm lemak yg menggeleber kat perut tu mmg kena sgt la dgn piawai tekak kami, berbaloi-baloi I tell you!

KUIH TEPUNG PELITA
resepi: Yani @myR
rujukan: Izah Daut

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan.

NOTA: 
- I pun ikut tips yg Izah dapat dari joayee ni, mmg menjadi lah ;)
Sedikit tips dari joayee untuk membuat kuih ni basah2 seperti kuih dibeli. Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, saya taruk 2 sb tepung ubi. Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dlam bekas, sudukan dulu sedikit gula ke atas lapisn hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih. Saya taruk 1/2 sk gula.


Monday, August 6, 2012

Buah Melaka (kuih kelopong) dan Puteri Mandi

Kalau dah namanya orang Melaka, memang tak sah la di bulan puasa ni kalau tak ada kuih-kuih yang berasaskan gula melaka. Tapi bila dah kawin dengan oghe kelate ni, kadang-kadang kalau dapat yg ori, I gantikan gula melaka dengan nisan/nise. hehe ...

Kuih kelopong atau kebanyakan orang panggil buah melaka memang fav lah. Anak I si Hafiy tu, kalau kata nak buat kuih ni, cemas je nak menolong. Buat tiap-tiap hari sepanjang puasa pon xpe, laku cam goreng pisang.


Puteri mandi ni pulak permintaan adik bongsu hari tu, kalau dapat isi kelapanya tu muda sket memang marvellous lah!


Haha .. semua gambar ni snap dalam keta jer. Balik kerja, masak pon dah lambat. Selalu I & hubby tiba depan pintu rumah mak bawak juadah, azan pon dah berkumandang.


Iftar di suatu hari





Friday, August 3, 2012

Agar-agar Soya Cincau


Salam semua, sedar x sedar dah masuk 15 Ramadhan hari ni .. cepatnya masa berlalu. Ni dessert kami untuk Iftar semalam dan hari ni juga nampaknya. Memang suka sangat la dpt makan puding ke agar2 ... sejukkk je lalu kat tekak ... syiok!! Ada setengah talam lagi tu tinggalkan kat rumah mak semalam. Gambar x berapa nak terang sbb pakai kamera hp je. Kamera besar tu, dah lama x guna, adoii ... poning kepalo dok pikir charger bateri xtau letak mana. Macam biasa, bila buat tu memanjang je tamak nak puas makan kononnya ... tapi insya Allah x membazir, memandangkan banyak mulut yg nak menyuapnya.

Mula jatuh cinta dgn agar2 soya cincau ni ramadhan kali ni la, bila adik i cik bunga tu asik dok beli kat param. Bila memikirkan kalau buat sendiri lagi muai, I pon syorkan nak buat je dan kebetulan my sis ni ada terjumpa resepi agar2 ni dalam majalah saji dia terbitan 2 tahun lepas. Alhamdulillah, puas hati dapat buat sendiri, menjadi lak tu. Dapat kami makan sepuas-puasnya.


Orait, especially to makcik ... ni resepinya yg telah saya olah menggunakan agar-agar serbuk.

Agar-agar Soya Cincau
(Rujukan: Majalah Saji Oktober 2010)

10g serbuk agar-agar
1 liter air soya kotak
125g gula pasir ~ saya letak dlm anggaran 1 1/5 senduk melamine ;)
Cincau dicincang/dadu kasar ~ anggaran RM1

Masak serbuk agar2 bersama air soya & gula sehingga larut. Apabila telah larut kesemuanya, matikan api. Masukkan cincau yg telah dicincang tadi ke dlm adunan agar2. Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.



Tuesday, July 31, 2012

Wednesday, July 18, 2012

Rindu ...


Rindu pulak nak makan ni ..., sedap sgt kat tekak kami anak beranak. Bekalan makanan yg saya bawa utk anak2 bila gi buat umrah. Lepas tahalul je, budak berdua tu selalunya kelaparan .. Kenapa la xde kat Malaysia ni. Ada tak yg cuba translate tajuk makanan ni? Test sket skill baca tulisan arobbb ... (^__^)

Monday, June 25, 2012

Jalan-jalan cari makan di Kemaman


Makanan-makanan yg sering menguja saya setiap kali menjejakkan kaki ke bandar Kemaman ;)


Monday, June 18, 2012

Ochado Mid Valley: Buy 1 FREE 1 Promotion


I didn't notice there's Ochado @ Mid Valley until a friend told me about this promotion. Of course I dont want to miss kan ... maka lunch tadi kami pon membeli lah. I had a chance to try it before @ Pavilllion, masa tu I had the Pop Egg (Coffee Ikura) Milk Tea ... mmg best la & made me craving for more.


Sbb dah planned nak beli flavour yg x penah cuba ... maka I chose Ochado Premium Tea >> Okinawa Matcha with Azuki Bean. Mmm ... just a so-so la, the matcha taste was too strong & a bit pahit. After taste nya x syok betul di tekak I ni. I thot it's gonna taste like matcha ice cream macam kat Sushi King ke ... so bila minum rasa lain, mmg upset lah.


Masa queue order air tu, nampak mille crepe ni ... ada a few flavour >> Chocolate, Vanilla, Mango & Strawberry. Mmg dah lama teringin nak cuba mille crepe cake ni .. sbb nak membuat macam x sanggup ... 

Untuk cake ni, I bagi 2 thumbs up. Mmg superb!!! dah off set kekecewaan I dgn air kat atas tu. Esok-esok nak cuba flavour yg lain pulak.

Btw, here's the definition for Crêpes  and Mille crêpe from Mr Wiki ..

Crêpes are especially popular throughout France. The common ingredients include flour, eggs, milk, butter, and a pinch of salt. Crêpes are usually of two types: sweet crêpes (crêpes sucrées) made with wheat flour and slightly sweetened; and savoury galettes (crêpes salées) made with buckwheat flour and unsweetened. The name "galette" came from the French word galet ("pebble"), since the first gallettes were made on a large pebble heated in a fire. Batter made from buckwheat flour is gluten-free, which makes it possible for people who have a gluten allergy or intolerance to eat this type of crêpe.

Mille crêpe is a French cake made of many crêpe layers. The word mille means "a thousand", implying the many layers of crêpe.[3]

Soba Goreng ... menu simple yang sedap

Breakfast or dinner  .. haa lupa sudah ... hehe on one of the days. Anak I kan tekak international and Japanese food mmg his favourite la...