Friday, August 3, 2012

Agar-agar Soya Cincau


Salam semua, sedar x sedar dah masuk 15 Ramadhan hari ni .. cepatnya masa berlalu. Ni dessert kami untuk Iftar semalam dan hari ni juga nampaknya. Memang suka sangat la dpt makan puding ke agar2 ... sejukkk je lalu kat tekak ... syiok!! Ada setengah talam lagi tu tinggalkan kat rumah mak semalam. Gambar x berapa nak terang sbb pakai kamera hp je. Kamera besar tu, dah lama x guna, adoii ... poning kepalo dok pikir charger bateri xtau letak mana. Macam biasa, bila buat tu memanjang je tamak nak puas makan kononnya ... tapi insya Allah x membazir, memandangkan banyak mulut yg nak menyuapnya.

Mula jatuh cinta dgn agar2 soya cincau ni ramadhan kali ni la, bila adik i cik bunga tu asik dok beli kat param. Bila memikirkan kalau buat sendiri lagi muai, I pon syorkan nak buat je dan kebetulan my sis ni ada terjumpa resepi agar2 ni dalam majalah saji dia terbitan 2 tahun lepas. Alhamdulillah, puas hati dapat buat sendiri, menjadi lak tu. Dapat kami makan sepuas-puasnya.


Orait, especially to makcik ... ni resepinya yg telah saya olah menggunakan agar-agar serbuk.

Agar-agar Soya Cincau
(Rujukan: Majalah Saji Oktober 2010)

10g serbuk agar-agar
1 liter air soya kotak
125g gula pasir ~ saya letak dlm anggaran 1 1/5 senduk melamine ;)
Cincau dicincang/dadu kasar ~ anggaran RM1

Masak serbuk agar2 bersama air soya & gula sehingga larut. Apabila telah larut kesemuanya, matikan api. Masukkan cincau yg telah dicincang tadi ke dlm adunan agar2. Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.



3 comments:

  1. Ainnnnn, jangan lupa kongsi resepi nanti ya....looks yummy

    ReplyDelete
  2. Sedapnya agar2 cincau..tergoda tgk:-)

    ReplyDelete
  3. makcik: Insya Allah .. mmg best tp en suami kurang suka pulak
    noorsha: peminat2 soya mmg gerenti suka la

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...