Showing posts with label Sup. Show all posts
Showing posts with label Sup. Show all posts

Friday, July 25, 2014

Mushroom Soup


Salam Jumaat yang barakah. Tinggal 3 hari je lagi sebelum kita nak beraya. Ada yang dah mula bercuti dan balik kampung pun semalam. Zaman kanak-kanak dulu memang excited bila dah nak raya, tapi bila dah tua ni sedih rasanya nak meninggalkan bulan yg mulia ini. Dah hujung-hujung Ramadhan, the boys pun dah tak tau nak makan apa. 

Last weekend, Hafiy tetiba teringat nak berbuka dengan mushroom soup & garlic bread. So I buatkan la, refer resepi minami MyR as a guideline. Sepiuk hentak tau, I buat ... maklum la berbuka ramai-ramai kat rumah mak, xkan nak buat sikit je. I xmasukkan ayam pun, just guna kiub je. Selain fresh button mushroom, I tambah enoki juga .. mmg sedap sbb enoki ni bila masak mmg beri rasa manis kat kuah.

Jangan tanya mana garlic bread nya, xdan nak snap dah sebab kalut berbuka. Berselera betul si becok tu makan, mau dekat setengah bantal baguette tu dia sorang je tala ... hehe. Puas hati la tengok ... siap buat ala-ala roti banjir lagi, letak roti tu dlm pinggan, tuang mushroom soup kasi banjir ;)
 
MUSHROOM SOUP
Resepi: Minami133 Myresepi


Bahan-bahan (6 org)
1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar (susu kotak)
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang (dihiris kecil2) - I guna fresh button mushroom
garam
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum

Potong ayam kecil2. Masukkan ayam dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga masak.
Masukkan susu dan kiub ayam. Masak guna api yang perlahan. Masukkan mushroom.
Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat.
Tambah perisa, garam dan ajinomoto. Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.

Friday, March 21, 2014

Chicken Pot Pie


The breakfast I made for my kids on tuesday. Love to see their smiley faces bila nampak this dish masa turun breakfast. Bukan main xberhenti dok cakap thank you & kata sedap. Tak perlu susah-susah nak buat white sos or chicken stew for the filling, ada lebihan mushroom soup hari tu I recycle je lah. Sonang kojo akak, kan.

CHICKEN POT PIE
Resepi: ain @my-sweetthots.blogspot.com

1 mangkuk mince chicken atau chicken - cubed
Bawang besar - dadu
Mixed vege, cendawan, carrot
1 tin mushroom soup (I used campbell)
Lada hitam, garam secukup rasa.
Butter.
Short crust pastry Kawan


Cairkan butter dalam periuk dan goreng bawang besar, biar layu
Masukkan chicken cubes, kacau
Masukkan carrot, cendawan, mixed vege & kacau rata.
Tuangkan mushroom soup, tambahkan air or susu kotak sket.
Boleh tambah black pepper if suka, kacau rata, biar mendidih sekejap.
Tambahkan air jika perlu; ikut selera macamana pekat you want you mixture to be.
Sesuaikan rasa.

Letakkan filling ke dalam mangkuk yang sesuai/ramekin.
Tutup dengan pastry. Sapu dengan telur (eggwash - kuning telur + susu sket)
Bake @ 180* C, 30 minit atau hingga masak (bergantung pada oven)


** Dont worry, kalau xde mushroom soup, boleh buat sos putih/bechamel ye ... boleh refer dekat resepi Baked Pasta or Mac Cheese yg I share sebelum ni ;)



Friday, March 14, 2014

Yong Tau Foo Soup


Hari ni dah masuk seminggu sejak insiden MH370 berlaku. Wallahuaklam, masih belum ada khabar berita kemana kah menghilangnya pesawat tersebut dan penumpang-penumpangnya.

Ni adalah antara sajian paling ringkas dan paling mudah nak masak bila tak de mood. Walau pun sempoi sangat tapi rasanya sedap tau. Anak I mesti terliur nak makan bila I buat ni. Yang penting mesti makan dengan kicap cili tu, mmg boleh hirup sup 2 - 3 mangkuk kalau tak ingat kat orang lain ;) Kicap cili tu lagi bagus kalau dah lama buat ... 2 - 3 bulan umurnya ke .. sebab rasanya dah cukup mesra gitu ;)  ... well ... mokcik macam hilang kata-kata lah disebabkan our national carrier ni, i'm wishing for a happy ending, amin ... Resepi dibawah kalau nak cuba ye ..

YONG TAU FOO SOUP 
(anggaran 2 orang makan)

Segenggam kacang soya mentah
Segenggam ikan bilis
Tahu Pok
Cendawan
Fish Ball
Tahu
Foocuk
Sosej
Sayur kubis panjang
dan bahan-bahan yong tau foo yang lain, ikut suka
Garam

Rebus dahulu ikan bilis dan kacang soya hingga kembang. Selepas itu boleh ditapis dan ambil air/sup nya sahaja. (I tak tapis sebab I suka makan kacang soya tu). Tambahkan bahan-bahan yong tau foo yang lain dan biarkan ia masak sebentar. Sesuaikan rasa sup dengan garam, masak sebentar lagi sebelum tutup api. Hidangkan bersama kicap cili.


KICAP CILI

Cili padi
Sedikit bawang putih
Kicap manis & masin
Gula
Perahan jus limau nipis

Blend kesemua bahan dan sesuaikan rasanya.


Wednesday, May 26, 2010

Sup Brokoli & Kentang



Resepi cedok kat dapur MaDi HaA, buat lama dah ... before buat kuih lapis kacang merah aritu tapi tak sempat2 nak share. First time wat sup2 camni, slalu guna yg segera je, jenama campbell. Sedap & senang pulak tu.. makan camtu je or dgn garlic bread; my kids & hubby pon komen yg sama. Bagus jugak buat sup ni, ninja2 tu xtau tau ada brokoli dlm ni kalau x jgn harap la dorang tu nak mkn brokoli mcm tu aje.

SUP BROKOLI & KENTANG
Sumber : Chef Sabri

300 g kentang ~ buang kulit dan dipotong dadu
200 g brokoli ~ dipotong
60 g Bawang besar holland (letak 1 biji besar)~ dihiris
80 g celeri (letak dlm 2 tangkai je)~ dihiris
1 kiub ayam
1 tin susu sejat penuh krim
2 liter air
1 biji air limau nipis (letak setengah biji je)
2 sm garam (letak secukup rasa)
1 sm gula

Hiasan : Daun bawang dihiris dan bawang goreng (tak letak pun)

1. Dalam satu periuk masukkan air, kentang, brokoli, bawang besar, celeri, kiub ayam dan masak hingga mendidih selama 20 minit.
2. Padamkan api dan masukkan susu, kacau hingga rata.
3. Biar sup menjadi suam dan masukkan ke dalam bekas pengisar.
4. Kisar hingga halus kesemuanya dan masukkan semula ke dalam periuk.
5. Panaskan semula bahan2 yang dikisar lalu masukkan garam, gula & jus limau.
6. Hias dengan daun bawang & bawang goreng. Siap untuk dihidangkan bersama roti bawang putih.

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...