Friday, March 14, 2014

Yong Tau Foo Soup


Hari ni dah masuk seminggu sejak insiden MH370 berlaku. Wallahuaklam, masih belum ada khabar berita kemana kah menghilangnya pesawat tersebut dan penumpang-penumpangnya.

Ni adalah antara sajian paling ringkas dan paling mudah nak masak bila tak de mood. Walau pun sempoi sangat tapi rasanya sedap tau. Anak I mesti terliur nak makan bila I buat ni. Yang penting mesti makan dengan kicap cili tu, mmg boleh hirup sup 2 - 3 mangkuk kalau tak ingat kat orang lain ;) Kicap cili tu lagi bagus kalau dah lama buat ... 2 - 3 bulan umurnya ke .. sebab rasanya dah cukup mesra gitu ;)  ... well ... mokcik macam hilang kata-kata lah disebabkan our national carrier ni, i'm wishing for a happy ending, amin ... Resepi dibawah kalau nak cuba ye ..

YONG TAU FOO SOUP 
(anggaran 2 orang makan)

Segenggam kacang soya mentah
Segenggam ikan bilis
Tahu Pok
Cendawan
Fish Ball
Tahu
Foocuk
Sosej
Sayur kubis panjang
dan bahan-bahan yong tau foo yang lain, ikut suka
Garam

Rebus dahulu ikan bilis dan kacang soya hingga kembang. Selepas itu boleh ditapis dan ambil air/sup nya sahaja. (I tak tapis sebab I suka makan kacang soya tu). Tambahkan bahan-bahan yong tau foo yang lain dan biarkan ia masak sebentar. Sesuaikan rasa sup dengan garam, masak sebentar lagi sebelum tutup api. Hidangkan bersama kicap cili.


KICAP CILI

Cili padi
Sedikit bawang putih
Kicap manis & masin
Gula
Perahan jus limau nipis

Blend kesemua bahan dan sesuaikan rasanya.


3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. mangkuk jacobs je uols? mana port meirion bagai? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ceh, mangkuk yang nak dikomennya. Nanti ye cik wawa ... tungguuuu

      Delete

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...