Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

Kuih Cara Manis

Buat last 2 weeks over the weekend. Kalau diberi pilihan antara 2 jenis kuih cara, mmg I prefer versi yg manis ni compared yg savoury tu. Normally kalau buat main bancuh2 je macam buat kuih ketayap/dadar dan suka kalau kuih tu lembut2 je. Kali ni saja nak cuba resepi org lain & tertarik plak dgn resepi yg mak lang tayang sbb ada santan.

KUIH CARA MANIS
(Sumber : myresepi.com)

Bahan:
100gm tepung gandum
200ml santan sederhana pekat/susu segar
1 sudu besar jus pandan (mklang guna pandan paste)
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
beberapa titik pewarna hijau
gula sebagai inti

Cara-cara:
1.Campurkan tepung, santan, telur dan garam. Kacau rata. Kemudian masukkan jus pandan dan pewarna hijau sedikit. Jika terlalu berketul, tapis atau nak mudah masuk dlm blender aje.

2.Panaskan acuan, lengser ngan minyak setiap lubang acuan. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 1/2 sudu teh gula di atas setiap satu kuih dan tutup acuan dengan penutup periuk, biarkan sebentar

3.Pastikan api ke…

Kuih Sagu Bronok

Kuih Sagu for berbuka, satu lagi menu yg dah expired pon ;). Guna resepi kak hanieliza. Manisnya sedang2 aje, I suka ^_^. Resepi k.liza mmg selalunya mudah & x menghampakan. Tengok yg orang lain buat versi kukus tu jadi lawa je sagunya. Next time, kalau rajin la kann... boleh la kukuskan pulak.
SAGU BRONOK
(Sumber: Hanieliza)

Bahan-Bahannya:
1 cawan sagu biji
3 cawan air
1 cawan gula
1/2 biji kelapa parut muda
sedikit garam
pewarna merah
daun pandan [simpulkan]

1. Sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan airnya.
2. Masakkan gula dan daun pandan dengan air hingga hancur dan mendidih. Buangkan daun pandan.
3. Masukkan sagu serta pewarna merah kacau hingga sagu kembang.
4. Bila sagu kembang angkat dan masukkan dalam loyang. Sejukkan
5. Setelah sejuk dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan garam.
6. Hidangkan.

Kita x masak lauk sebab mak masak lauk burung puyuh. Sedapnyaa... dpt pulak kunyah daun2 kunyit dlm lauk tu.. I like!


Tapi ... no mood to…

Kerang Tumis Bercili

Lagi menu awal ramadhan. Snap pon nak cepat je kat rumah mak ni. Actually x tau nak masak apa ... balik2 ikan, ayam, daging. Pergi kedai ternampak kerang terus beli sebab teringat Kerang Tumis Bercili Potret Kasih ;) Terus rasa berselera nak berbuka tau ... hihi. Ye lah, satu kelainan cara nak masak kerang, kan/ Anyway mine was a bit dry sbb ada buat something else masa ni, terlupa kat kerang lam kuali. I suka tengok Wana punya yg nampak lembab2 gitu ... her pics masakan pulak selalu je buat I telan air liur. Terima kasih Wana for the recipe! Simple but nice ;)
Resepi Kerang tumis bercili (Sumber: Wana @ Potret Kasih)
1 kilo kerang
1 labu bawang besar ( dikisar )
3 ulas bawang putih ( dikisar )
1 batang serai ( dikisar )
10 tangkai cili kering ( dikisar )
1 biji tomato (dikisar )
1 cm halia ( dikisar )
sedikit garam, gula secukupnya
serbuk perasa ( jika suka )

Cara penyediaan.
1. Cuci bersih kerang kemudian toskan.
2. Tumiskan bahan kisar hingga berbau harum dan pecah minyak.
3. Sesuaik…

Soto Ayam

Dah masuk 17 hari puasa kita baru nak tayang menu buka hari ke 5... Resepi dari Puan Puti Mazura yang selalu berkongsi resepi masakan Johor, I ambil dari teratak Chetam. Hasilnya, dah tentu la sedap & berbaloi... Macam komen Chetam, sambal kicapnya memang best! Anyway, bergedil tu x ikut pun resepi ni, sdn bhd jer... minta adik yang tolong buat, takut x sempat ;)
SOTO AYAM (Sumber: Puti Mazura)
A. Sup
1. Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat) 2. Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama, optional
3. 10 ulas bawang merah kecil, dikisar
4. 10 ulas bawang putih, ditumbuk
5. 2 inci halia muda, ditumbuk
6. 1 inci lengkuas, ditumbuk
7. 2 batang serai, dikisar bersama bawang
8. Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
9. 3 sudu besar ketumbar (disangrai dan di kisar halus)
10. 20 biji lada hitam, dititik
11. 2 biji …

Dari Azatiesayang ;)

Orang memberi, saya terima... x baik tolak kan ^_^. Terima kasih atie for the thots! Maaf, Ain ambil award je, x buat tag tu. Ingatkan suh mai rumah nak bagi langsir tau. Excited kita tadi... hihi

Bebola Kacang Merah dalam Soya

Dessert untuk hari yang sama. Bulan puasa, memang best makan dessert yang manis & sejukkk jer kat tekak. Dah terlanjur buat buah melaka, I buat sket bebola kacang merah ni. Using the same doh for buah melaka (@ our family kat melaka panggil, kuih kelepong ^_^), cuma intinya instead of gula melaka/nisan, I letak inti kacang merah. Then bila nak makan, tuang je air kacang soya either sejuk or suam. This time, I prefer versi soya sejuk.

Cecahan Telur Rebus @ Nam-prik Khai Tom

Menu berbuka hari ke 4 juga. Ni kes nak menghabiskan telur rebus dapat masa cousin buat kenduri akikah anaknya. Menu yg sesuai utk I yg kesuntukan masa...  hai rindu betul nak blogwalking, intai menu buka kawan2, tapi nak buat camana, tup-tup bulan puasa ni la pulak kerja ofis datang bertimbun.

Husband memang suka masakan yg ada rasa masam manis, so memang kena la selera dia utk berbuka ni. Resepi shared by K.Nor juga ;)
CECAHAN TELUR REBUS @ Nam-prik Khai Tom
(Sumber: K.Nor Secubit garam)

2 bj telur rebus
5 - 6 biji cili padi merah dan hijau
2 sudu besar udang kering ~ dicincang kasar
5 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar air limau nipis
2 sudu teh gula pasir

Layur cili api atas frying pan. Carikkan dgn garfu (k.nor hiris2 dgn pisau jer)
Campurkan kesemua bahan2 lain termasuk cili td.
Curahkan atas telur rebus dan sedia dihidangkan.

Salad Terung Grill @ Yum Ma-khuea-yao

Menu iftar hari ke 4. Ni pun kurang seri & rasa sebab takde daun pudina, masak ikut dan je. Tapi still sedap & sungguh membangkitkan selera makan menu simple2 camni di bulan puasa. I pon prefer terung grill dari yang direbus. Resepi skodeng dari dapur K.Nor lagi. Thanks ye kak ;)
Salad Terung Gril @ Yum Ma-khuea-yao
(Sumber: K.Nor Secubit garam)

2 batang terung panjang
1 biji telur ~ direbus
2 sudu besar udang kering ~ digoreng sekejap dan toskan
2 ulas bawang putih ~ dihiris atau dicincang
2 bj bawang merah ~ dihiris halus
5 bj cili padi ~ dihiris
3 sudu besar sos ikan
3 1/2 sudu air limau nipis
1 - 2 sudu besar gula
daun pudina ~ k.nor guna daun ketumbar, lagi wangi

Gril atau celur terung hingga lembut. Pd K.Nor lebih baik gril sbb bau terung lebih wangi kalau kita gril. (boleh gril atas frying pan)
Buang kulit (K.Nor tak buang pun) dan potong. Letak atas piring.
Campurkan bawang merah, bawang putih, cili padi, sos ikan, air limau nipis, gula dan daun pudina/ketumbar dlm sebua…

Nasi Goreng Ayam

Di bulan ramadhan ni, berbuka memang kat rumah mak je sebab anakanda I yg berdua tu kata tak meriah berbuka berempat je kat rumah. Kalau kat rumah mak, ramai ada sbb ada 2 adik yg masih single & 1 famili adik dgn 3 org anaknya yg lebih kurang sebaya my 2 sons yg mmg berbuka kat rumah mak. Jadi biasanya main menu mak dah masak.
Nasi Goreng Ayam ni pernah nampak K.Nor buat, mmg dlm waiting list. Jadi pilihan utk berbuka 2nd day for the kids, senang & cepat.. menu 2 in 1. Resepi copy dr K.Nor yg menurut katanya ambik dr Ika. Terima kasih ye semua ;) termasuk penyumbang resepi asal. Kalau tengok diorang punya lebih menyelerekan. Tapi I buat memang express je, hajat hati memang nak buat kerabu epal ke tapi x sempat dah. Daun ketumbar pon xdan nak beli.
NASI GORENG AYAM
(Sumber Ika)

* 1 ekor ayam- di potong 12 ketul
* 2 sudu kecil garam*
* 1 sudu besar serbuk kunyit*
* 1 sudu besar rempah kari*
* Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam
serbuk ku…

Naseem's Caramel Pudding

Buat puding ni sehari before 1st ramadhan lagi. Hubby's all time favourite ;) Pantang la dia tau ada, kejap2 asyik buka peti sejuk nak makan. Mula-mula kenal puding karamel ni zaman anak dara, mmg x suka langsung sbb yg I rasa tu jenis spongy, byk pakai telur so agak berbau telur bila makan. Then bila dah kahwin & tahu my hubby suka sangat dgn puding ni. I berusaha la nak buat dessert favourite dia tu so cari la resepi versi mat saleh yg kurang guna telur, boleh join dia makan. 
Dulu-dulu guna resepi dr buku Sains Rumah Tangga (SRT) form 3 je. I cuba resepi shared by Mamafami kat fotopages masa dia masih kat Malawi (resepi kawan dia kalau x silap), me & hubby mmg sudah jatuh cinta dgn kesedapannya. Hati tertarik nak cuba sbb resepi ni guna roti & the texture turned out lembut je & sedap sangat. Sejak tu kalau buat puding karamel, mmg stick to this recipe je. My dear husband dah request suh buat lagi ni sbb yang buat baru-baru ni dia x puas makan sbb hafiy dah pandai…

Salam Ramadhan 1431

Salam Ramadhan & selamat menjalani ibadah puasa semua. Moga kita semua beroleh lebih keberkatan dari tahun-tahun sebelumnya. Insya Allah..

Rich Oreo Choc Brownies

Lama x makan brownies. Jadi I baked ler brownies ni hari Ahad hari tu. Jumpa resepi ni kat blog AlongRoz. Very rich & yummy. Sekejap je licin 1 loyang. Mana taknya yg masing-masing siap bawa bekal gi school & office. Kalau x kerana nak puasa esok dah buat lagi dah ni. I saje guna oreo baru "Ice-cream flavour" tu. Wangi betul bau blueberry & choc masa bakar, tu yang buat budak2 2 orang tu x sabar2 nak makan. Since creamnya tu macam ada mint, bila makan brownies ni macam berangin je mulut ^_^, syok juga. Tapi memang sungguh yummy, chocolatey & minty! Verdict? Tengok je la warnanya yg gelap & teksturnya yg dense itu. Thank you ye Along for the wonderful recipe you shared!
RICH OREO CHOC BROWNIES ~(Makes 8" sq)
(Source: AlongRoz)

INGREDIENTS:
225g/8oz Butter
240g Cooking Chocolate
3 Large Eggs
1 tsp Coffee Powder
1 tsp Essence Vanilla
250g Castor Sugar
60g Flour*
40g Cocoa Powder*
1/2 tbsp BP*
1 tsp Salt* (* mixed together)
1 1/2 packs Oreos Cookies - brea…

Ikan Dalam Taman @ Pla Lui Suan

Hari tu masa ambil resepiIkan Colek dr blog K.Nor jumpa banyak resepi masakan ikan yg menarik. Ahad lepas, beli ikan siakap teringat la nak cuba resepi yang ni. Pernah nampak ramai gak dah cuba. Selalu kalau siakap, I cuma bakar or stim aje. Bila masak camni, berebut-rebut lak makan. Ikan yg I beli kali ni pulak comel je, Haziq siap komplen x puas makan ikan. Lagi sekali, terima kasih ye K.Nor share resepi ikan yg best ni ;) Menarik juga buat menu berbuka ni.
IKAN DALAM TAMAN @ PLA LUI SUAN
(Sumber: K.Nor Secubitgaram)

1 ekor ikan siakap

Bahan2 Sos
1/4 cawan bawang putih
1/4 cawan bawang merah
3 helai daun limau purut
2 sudu besar daun ketumbar yg dipotong
3 batang serai
3 - 5 bj cili api
3 sudu besar sos ikan
4 sudu besar air limau nipis
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar pes cili sangai

Hiris halus bawang merah, bawang putih, daun limau purut, serai dan cili api.
Masukkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Curah bahan2 ni atas ikan yg dah siap digoreng td.
Boleh la dihidangkan..

PES CILI …

Makaroni Sarada @ Makaroni Salad

Tak larat nak celoteh panjang sbb perut dah kenyang, mata pon dah layu je ni lepas lunch. Ni menu breakfast minggu lepas. Sekali sekala wat salad style jepun ni syok jugak. Resepi menu sihat ni datang dr rumah ros. Cuma I tambah telur rebus (dilecek juga), gherkin (dadu) & lada hitam (tumbuk kasar). Terima kasih ye ros. Tak dapat lak nak copy resepinya, tak tau ler apa masalah browser ni. Nnt dah ok, kita letak.

Milk Pudding

Puding ni buat hari khamis lepas, lepas balik keje sebab dah x tahan godaan la bila nampak kat blog Kak Rose. Memula dulu nampak K.Nor buat, masih la boleh bersabar dok lam waiting list, tapi bila dah dekat nak puasa ni rasa meronta-ronta lak nak makan ^_^. Alhamdulillah, mmg best. Tak rugi cuba & boleh masuk list dessert bulan puasa ni. Lemak santan berserta rasa pandan, manis pun sedang2 aje... mmg marvellous sangat lah kat tekak. Yeay, puas hatiku. Cuma kejadian puding ni x memenuhi piawai dr segi presentation la, lapisnya menggelungsur pulak. Next time buat akan cuba ikut tips yg K.Nor bagi. Resepi asal dr Gert tapi I copy dr K.Nor. Thank you ladies, kalau ada resepi best lagi kongsi la ye ;).
MILK PUDDING
Source: Gert
Reference: K.Nor

Ingredients:
600 ml water
120 gram sugar
8 gram agar agar powder
3 pandan leaves
300 ml milk
200 ml coconut milk
A few drop of pandan paste

1. In a medium size saucepan bring the water, agar agar power and pandan leaves to boil. Let it boil for 3 …

Teh O Limau Berhalia

Dari hari tu dok aim nak buat air ni masa nampak kat blog Wana. Nampak interesting coz I never thot of putting jus limau kasturi dlm teh o halia. It's just well blend, the taste of halia, teh & limau kasturi. Pendek kata memang best lah, kena dgn tekak hubby, hafiy & me. Sampaikan 2 hari berturut2 dok layan air ni sambil tengok citer korea  ^_^. Semalam ni pon sebenarnya requested by hafiy. I preferred version yg suam2 but versi letak ais pon sedap juga! Thank you Wana for sharing such a lovely recipe ^_^. It's so refreshing!
Resepi Jus Halia Limau Kasturi Sumber: Wana @ Potret Kasih
2 inci halia ( dibuang kulit kemudian di hiris2 )
1 sudu besar jus limau kasturi
1 gelas air panas
1 gelas air sejuk
3 sudu makan gula ( ikut kemanisan yang di ingini )
ais secukupnya.

1. Satukan halia, jus limau kasturi dan gula dalam jug kecil.
2. Tuangkan air panas kedalamnya. Kacau hingga gula larut.
3. Masukan 1 gelas lagi air sejuk. Kacau dan sejukkan seketika.
4. Untuk menghidang, Mas…

Kuih Koci & kenduri ...

Teringat lak time kenduri kat kg last week... tambah2, teringat kat si kuih koci kat atas ni. Hari tu eksyen... makan satu je kes perut dh penuh sumbat macam2 mknn, skrg baru nk menyesal.. dh terlewat lerr. Tapi mmg best kenduri kat kg, semua benda pon gotong royong sampaikan buat kuih koci ni pon dorang buat beramai2. Kalau kat bandar, main order je... pastu siapkan je la duitnya. Tu sbb kenduri kat kg, walaupun biasa2 aje lauknya... tapi tetap sedap sbb dimasak dgn kerjasama & penuh kasih sayang ^_^.

Sambil buat keja, makan. Sambil makan berborak.. kan mesra tu ;)

Mee Rebus, juadah utk yg tolong menolong memasak ... Yg ni pon eksyen aritu, jamah kuah jer. Now rasa meronta2 pulakkss nak makan. Kena request induk buat pulak la nnt balik buka kat kg... hihi.

Ni je lauk yg sempat disnap.. masak cili api daging dgn rebung (permintaan nenek)

Asam pedas, lebih kurang menu wajib kenduri org melaka ;)

Ayam goreng cili

Asam keping & buahnya

Saja nak berkongsi cerita. Pada yg tak pernah kenal, ini lah dia buah asam yg digunakan buat asam keping ye. Bila balik kampung, ini antara aktiviti yg biasa kami buat >> hiris buah asam untuk buat asam keping sambil borak2 bersama ahli keluarga ;) I suka buat keje ni, sambil berangan jadi tokey asam keping ... hahaha... Satu kepuasan bila tengok asam keping yg dah cukup kering dlm balang. Pokok buah asam ni actually arwah atuk yg tanam. Alhamdulillah, rasanya dah berbelas tahun juga kutip hasilnya, sejak mula berbuah tak pernah putus2 & sejak tu kami memasak menggunakan asam keping hasil buatan sendiri. Sometimes masak lauk lemak cili padi, masuk je buah asam yg fresh ni, lagi best! Disebabkan buahnya yang banyak sentiasa tu & ada yg lalu lalang tepi rumah nenek nampak asam yg berjemur tu, ada la org kampung yg bertanya nak beli asam keping. Bermula dr situ la we all start menjualnya secara kecil-kecilan.

Kek Chiffon Pandan

Last weekend balik Masjid Tanah sbb nenek buat kenduri sempena nak menyambut ramadhan, so xde aktiviti masak-memasak kat rumah sendiri. Cuma i sempat mencuba satu lagi resepi kek chiffon yg sedap di dapur makcik I kat kg. This time I tried the recipe posted at Yatiememories. Memang sedap tau, tambah 1 lagi koleksi recipe kek chiffon yg sedap! X amik gambar kek belum potong, sebaaabbbb... my cake x menjadi cantik spt Yatie or K.Nor punya. Mine macam terpenyek je lepas I terlangkupkan loyang & cracked kat atasnya, rasanya disebabkan x biasa dgn oven makcik, patutnya I set the oven temperature rendah sket dr yg biasa I buat kat rumah. So, bila tgk kek dh merekah & kaler pon dh cukup perang, terus tutup api. Bila potong baru perasan bhgn atas tu melekit sket, patut lebihkan sket masa bakar. Tapi, kek ni memang best tau!. Thanks to Yatie yang berkongsi resepi ;)
KEK CHIFFON PANDAN Sumber : YatieMemories
Bahan A
* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat

Tumis Tempe

Satu lagi menu berbuka last week. Antara menu tempe favourite I yang paling simple, resepi nenekku Cik Besah. Sepatutnya berkuah sket je tapi yg ni kes nak cepat, dah terlupa terus kering kontang jadinya.
TUMIS TEMPE
4 keping tempe - potong dadu kecil sejemput ikan bilis 1 batang cili merah 3 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 1/2 cawan air Garam
Tumbuk cili, bwg merah, bwg putih & ikan bilis. Tak perlu sehingga lumat. Tumiskan bahan2 tumbuk tadi hingga wangi, masukkan sedikit garam. Masuk tempe & tuang air. Kacau tempe sekali sekala utk memastikan rasanya sebati. Masak hingga airnya agak kering/berkuah sedikit sahaja.

Teh Halia

Sekarang ni kalau nak minum teh, dah ketagih la balik nak minum teh halia. Sampai si kecik hafiy pon dah ikut suka ;) Ni gara2 puasa last week 2 hari berturut2 tu dok buat teh halia for berbuka. Cara I senang je, rebus serbuk teh dgn halia muda yg diketuk sket. Lepas tu buat la teh macam biasa. Tapi utk rasanya yg lebih ummpphh... I suka minum waktu dia suam2, aroma halia tu wangi je.

Teringat dulu kecik2 masa sekolah rendah dok ngan nenek kat kg di Masjid Tanah, Melaka. Petang2 bila dengar macam bunyi basikal bai roti benggali lalu cepat-cepat turun dgn makcik & adik sambil bawa koleh nak beli air teh o halia & roti bai ni yang best sangat. Teh o halia dia mmg powerr! Panas lak tu. Memang sedap sangat makan dg roti dia tu, ada yg tabur gula, ada yg letak bijan atasnya. Entah la ye, walau pun sekrg ada Lavender, BreadTalk, Bread Story etc... tak setanding la roti bai tu... nak beli, bai tu pun dah xde lagi.