Wednesday, August 4, 2010

Kek Chiffon Pandan


Last weekend balik Masjid Tanah sbb nenek buat kenduri sempena nak menyambut ramadhan, so xde aktiviti masak-memasak kat rumah sendiri. Cuma i sempat mencuba satu lagi resepi kek chiffon yg sedap di dapur makcik I kat kg. This time I tried the recipe posted at Yatiememories. Memang sedap tau, tambah 1 lagi koleksi recipe kek chiffon yg sedap! X amik gambar kek belum potong, sebaaabbbb... my cake x menjadi cantik spt Yatie or K.Nor punya. Mine macam terpenyek je lepas I terlangkupkan loyang & cracked kat atasnya, rasanya disebabkan x biasa dgn oven makcik, patutnya I set the oven temperature rendah sket dr yg biasa I buat kat rumah. So, bila tgk kek dh merekah & kaler pon dh cukup perang, terus tutup api. Bila potong baru perasan bhgn atas tu melekit sket, patut lebihkan sket masa bakar. Tapi, kek ni memang best tau!. Thanks to Yatie yang berkongsi resepi ;)

KEK CHIFFON PANDAN
Sumber : YatieMemories

Bahan A
* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir
* pewarna hijau dan perisa pandan
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
* 2 sudu kecil baking powder* diayak

Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir
* 1 sudu kecil cream of tar tar

Bahan (A):
Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.

Bahan (B):
Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.

Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.

2 comments:

  1. ramai kata sedap kek cipon pandan nih...nak try tak terterai lagi....bertambah verdict kebesannya..ni yg terguda nih

    ReplyDelete
  2. sedapnya cipon pandan, nampak gebu la...

    ReplyDelete

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...