Showing posts with label Minuman. Show all posts
Showing posts with label Minuman. Show all posts
Thursday, February 12, 2015
Fruit Infused Detox Water: Pineapple & Mint
and here's another one ... haha ... awat cheq rajin terlajak lak ni kan ... sejak ada jug seksi menawan ni mmg agak rajin ler buat infused drink ni. Oh ye, yang ni hubby kata macam kuah laksa rasanya .. boleh? hehehee .. nasib ai bukan tengah minum, kalau x mau tersembur or tercekik air pulak ... ntah apa-apa la mamat tu ;) ...
Pineapple/Nenas:
membantu melegakan sakit sendi dan arthritis
Mint/Pudina:
menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar liur dan enzim-enzim pencernaan.
Monday, February 9, 2015
Fruit Infused Detox Water: Orange, Lemon, Ginger & Lemongrass
Cerita air lagi .. hehe .. just nak share one of my favourite detox water. What's yours?
Orange:
membantu peredaran darah yang sihat
Lemon:
membantu penghadaman dan menyegar nafas
Ginger/Halia:
popular sebagai pemangkin sistem immunisasi badan
Lemongrass/Serai:
banyak khasiatnya, antaranya ialah membantu menyahtoksikkan hati, pankreas, buah pinggang, pundi kencing dan saluran pencernaan. Dalam perubatan ayurveda, serai dikatakan mampu mengurangkan stress. Kajian pemakanan pula mendapati serai juga kaya dengan anti-oxidant.
Cara-cara menghasilkan Infused/Detox Water:
1.Potong/hiris buah-buahan atau sayur-sayuran dalam bentuk yang mudah dimakan/bite-sized.
2. Susun buah-buahan yg dihiris ke dalam balang 1 liter.
3. Tuangkan air sehingga memenuhi balang dan tutupkan balang tersebut.
4. Biarkan sekurang-kurangnya 30 minit untuk rasa dr buah-buahan itu meresap ke dalam air.
Friday, January 30, 2015
Wednesday, October 1, 2014
Teh Tarik Ala Thai
Lama x mencelah kat sini. This past one week I diduga dgn isu di tempat kerja & Haziq demam denggi. Tu yang sunyi sepi sekejap. He's been warded for almost a week now, alhamdulillah platlet count dah start naik balik, selera makan pon dah ada. 3 orang pengawas peperiksaan dah ready standby kat wad utk tunggu dia resit for UPSR Science & BI that day. Disebabkan his condition was at worst state masa tu, hubs & I setuju dgn doktor not to let him take up the exam. We all redha with Allah's plan for our son, itu lah yg terbaik pada masa tu.
I learnt about this drink while watching Giada on AFC. Giada buat Thai Iced Tea. Since I xberapa favor minuman berais, I buat versi panas. Hubs, myself & Hafiy just love the taste. Haziq je xminat nak cuba as dia xsuka air panas.
TEH TARIK ALA THAI
Resepi: ain@my-sweetthots.blogspot.com
4 uncang teh / 3 sudu besar teh serbuk
3 cawan air panas
3 biji bunga lawang
>< 3 sudu besar gula pasir
>< 3 sudu besar gula pasir
2 cawan susu kotak
Campur kesemua 3 bahan pertama di atas ke dalam periuk. Masak atas api hingga mendidih. Tapiskan air ke dalam teko, masukkan gula pasir & kacau hingga larut. Campurkan susu kotak. Sesuaikan rasa & hidang.
Campur kesemua 3 bahan pertama di atas ke dalam periuk. Masak atas api hingga mendidih. Tapiskan air ke dalam teko, masukkan gula pasir & kacau hingga larut. Campurkan susu kotak. Sesuaikan rasa & hidang.
*Jika suka yg sejuk, boleh juga disejukkan terlebih dahulu dalam peti ais sebelum dihidangkan atau masukkan ketulan ais semasa menghidang.
Layan dengan nasi lemak memang heaven lah ;)
Tuesday, December 17, 2013
Jus Kurma Almond Bermadu
Made this again last saturday, 2 hari berturut-turut. Bila buat setelah lama x buat ... macam ni lah jadinya ;) Tiap-tiap hari anak dok request ... ketagih lah tu ... hehe ... even mlm tadi masa dinner pun tanya, "air kurma ada x mummy?". Mummy dah xlarat semalam, penat drive from PD, sakit tekak rasa nak demam. Buat xtau je la, xkuasa nak layan. Pada hal bukan lama pun nak membuatnya. Dulu kala buat macam yang ni
je. Tapi ada sekali tu stok almond ada banyak dan takut rosak, I
masukkan sekali, blend kasar-kasar je. Sedap pulak bila minum tergigit
almond.
Hubby ada meeting kat Lexis, PD semalam tapi he was not in good shape on sunday tu. Back pain datang kembali. I rasa, dia xberingat masa time angkat barang. Macam gagah sangat. Serba salah la pulak tgk rupa dia yg dok menahan sakit tu ... nak suruh dia mc, dia yang kena chair the meeting. Habis tu camana, orang lain dah checked in, payment dah buat ... xkan nak cancel. So I ambil EL on monday, teman kan dia ke sana. Berceloteh banyak sangat eh, jom check out resepi ni ...
Oh ye ... sedikit perkongsian tentang khasiat kurma di sini.
Hubby ada meeting kat Lexis, PD semalam tapi he was not in good shape on sunday tu. Back pain datang kembali. I rasa, dia xberingat masa time angkat barang. Macam gagah sangat. Serba salah la pulak tgk rupa dia yg dok menahan sakit tu ... nak suruh dia mc, dia yang kena chair the meeting. Habis tu camana, orang lain dah checked in, payment dah buat ... xkan nak cancel. So I ambil EL on monday, teman kan dia ke sana. Berceloteh banyak sangat eh, jom check out resepi ni ...
Oh ye ... sedikit perkongsian tentang khasiat kurma di sini.
JUS KURMA ALMOND BERMADU
Resipi: ain@my-sweetthots.blogspot.com
Resipi: ain@my-sweetthots.blogspot.com
10 biji kurma
500ml susu rendah lemak
150ml air panas
1 sudu makan madu
Segenggam almond - yang sebiji-sebiji dgn kulit tu, x perlu bakar
2 -3 gelas air sejuk
1. Rendam buah kurma dgn air panas selama 10 minit. Buangkan kulit luarnya yang keras. Kalau nak cepat, rebus je kejap sampai air menggelegak terus tutup api.
2. Slps itu kisar buah kurma bersama air hingga betul-betul hancur.
1. Rendam buah kurma dgn air panas selama 10 minit. Buangkan kulit luarnya yang keras. Kalau nak cepat, rebus je kejap sampai air menggelegak terus tutup api.
2. Slps itu kisar buah kurma bersama air hingga betul-betul hancur.
3. Masukkan almond, kisar kasar je.
3. Masukkan madu, air sejuk & susu. Sebati kan rasa.
4. Simpan dalam chiller dulu sebelum diminum.
3. Masukkan madu, air sejuk & susu. Sebati kan rasa.
4. Simpan dalam chiller dulu sebelum diminum.
** Note: Kalau dah x menyempat-nyempat tu, boleh je tambah kiub ais dlm air tu mcm ni, or blend sekali dgn kiub ais.
Friday, December 13, 2013
Jus Alpokat
Ada one day hubby balik dr kerja bawa balik seplastik avocado. Dia kata geram lak tengok buah ni kat MBG KLCC. Dia kata ... macam sodaapp je, macam naaakkk je. Tu yang terus dia beli. Pada hal, xpernah-pernah dibuek ea ... boli avocado nih. Macam la ghoti ...
Sampai rumah, dia hulur kat I .. suruh buatkan jus. Errr ... xpernah buat sbb x berapa minat nak minum. Tapi macam boleh agak macamana nak buat la sebab makcik pernah cakap sebelum ni. So google resepi kat web jap utk confirm kan balik. So, resepi kat bawah ni based on my analysis lah. I actually tak measure betul-betul tau, buat sesedap rasa. Take the recipe below as a guide lah, u ol adjust lah mana yg patut, nak lemak, kasi lebih susu, kurang air & vice versa ye. Best letak madu, wangi je air tu nnt & lebih healthy kan?
JUS ALPOKAT
Resipi: ain@my-sweetthots.blogspot.com
2 biji buah avocado yg masak - belah dua, ambil isinya
Beberapa sudu susu pekat manis
1/2 liter susu kotak
1 - 2 cawan air sejuk
madu secukupnya
Sirap coklat hersheys dll
Ais kiub - boleh letak if guna blender dgn fungsi ice breaker, I x confident if guna blender biasa tu
Campur semua, blend & sesuai kan rasa. In my case, x guna ice cube. So sejukkan dlm fridge dulu. Bila nak minum, tuang hersheys choc syrup .. jgn letak banyak ... nnt manis & xdpt rasa nikmat buah avocado tu ;)
Wednesday, October 19, 2011
Jus Kurma Bersusu ... I'm Lovin' It
Assalamualaikum & warm welcome to sweetthots (^__^) ...
Before I continue, here's a daily reminders of the day ...
-Daily Reminders-الله
Watch
your thoughts, they become words. Watch your words, they become
actions. Watch your actions, they become habits. Watch your habits,
they become character. Watch your character, it may determine your
final destination!
Hari ni nak share this one drink yg tengah hot di dapur sweetthots. It's such a pleasing breakfast treat! Seisi rumah kami tgh dilanda demam Jus Kurma Bersusu ni. Hampir terlupa suatu ketika pernah buat this juice here until last few weeks my colleague Fiza tanya I tentang resepi puding yg pernah I cuba. Masa belek-belek my own blog, ternampak ni ... terus dah teringat-ingat and I just love to prepare this drink for the kids sbb without much forces I berjaya buat depa makan kurma, minum susu & makan madu !! Alhamdulillah ... And that's the reason I'm telling you ... I'M LOVIN' IT ... to bits !!!
Jus Kurma Bersusu
(Sumber: Rasa Feb '10)
(Sumber: Rasa Feb '10)
10 biji kurma
500ml susu rendah lemak
250ml air panas
1 sudu makan madu
Kiub ais secukupnya
1. Rendam buah kurma dgn air panas selama 10 minit.
2. Slps itu kisar buah kurma bersama air hingga betul-betul hancur.
3. Masukkan madu & ais, kisar lagi.
4. Akhir sekali masukkan susu & kisar sebati.
5. Sedia utk dinikmati.
Sunday, November 7, 2010
Jus Kurma Bersusu
Jus yang sangat sedap & penuh khasiat. Tak manis sgt & wangi je disebabkan rasa madu tu. Highly recommended! For breakfast pada I pun best sangat. Segelas jus kurma + 3-4 keping Jejari oats., dah cukup mengenyangkan. Tau je la kan, kandungan laktosa dlm kurma ni mampu memberi kan tenaga hingga kan Nabi s.a.w pun menggalakkan kita mengambil kurma kala puasa, baik utk berbuka mau pun bersahur. Malah, Maryam ibu Nabi Isa alahissalam sendiri ketika hendak melahirkan baginda memakan kurma yg jatuh dr pohon tempat dia bersandar. Wallahualam. Ooopss... dah buka lembaran sejarah pulak saya.
Jus ni sebenarnya nak buat utk diri sendiri sbb sakit tekak + demam. Tak lalu nak makan nasi & x tahu nak makan apa. I minum, sambil menunggu Haziq makan. Sedap ler pulak, sampai terbuka selera nak jamah makanan Haziq. Bila Haziq nampak air I.. x sangka la pulak bila dia rasa, suka sampai kalau boleh nak habiskan. Selalunya bila bagi budak 2 org ni makan kurma macam tu je, sikit punya payah... Even hubby n hafiy pon bila rasa suka gak. Masing2 semua minum macam x puas je. Nak buat pulak, kurma dah habis daaa. Hehehe... now I know the trick mcmana nk menggalakkan the kids makan kurma & yet this is another solution to clear kan stock kurma ... yeay! Hari tu pening kepala dok pikir cemana nk habiskan kurma, now tgh berkira2 nak simpan stok pulak utk breakfast kami ... esp di masa2 kecederaan terlambat bangun pagi. Mmm... teringat2 lagi rasanya, x puas minum ni!
Jus Kurma Bersusu
Sumber: Rasa Feb '10
Sumber: Rasa Feb '10
10 biji kurma
500ml susu rendah lemak
250ml air panas
1 sudu makan madu
Kiub ais secukupnya
500ml susu rendah lemak
250ml air panas
1 sudu makan madu
Kiub ais secukupnya
1. Rendam buah kurma dgn air panas selama 10 minit.
2. Slps itu kisar buah kurma bersama air hingga betul-betul hancur.
3. Masukkan madu & ais, kisar lagi.
4. Akhir sekali masukkan susu & kisar sebati.
5. Sedia utk dinikmati.
2. Slps itu kisar buah kurma bersama air hingga betul-betul hancur.
3. Masukkan madu & ais, kisar lagi.
4. Akhir sekali masukkan susu & kisar sebati.
5. Sedia utk dinikmati.
Disebabkan si mummy demam & terlebih rajin, ini je la hidangan t/hari buat anak sulungnya. Si adik dah ikut si bapa keluar ambil abg ipar n family yg baru smpi dr KB kat KL Sentral. Tapi si abang yg sangat suka kambing ni tersangat la happy sampai tersenyum lebar dpt makan grilled lamb kesukaannya. I buatkan mashed potato sket. Lupa terus perut dia lapar nasi.... Tu pun sib baik ada baki sekeping lamb yg dah siap marinate I beli hari tu. Kalau x, ko makan biskut je la bangg..., nak gi kedai tapau lauk pun malas ni tau.. hihi.
Monday, October 25, 2010
Teh Pudina Lemon
Tak sah la makan kalau xde minuman kan. Ni pula minuman special hari tu. Dah kenyang makan satay & segala macam makanan tu, layan pulak teh ni ... wangi & segar je. Memang biasa pak arab minum teh dgn daun pudina kan, tapi kali ni kita tambah lemon slices utk bg lebih kick! Lebih ummpphhh! As usual, I prefer yg suam-suam ;)
Friday, September 3, 2010
Kasturi Lebaran
Tak lama je lagi kita nak menyambut lebaran kan. Dalam keseronokannya tu sedih juga nak meninggalkan ramadhan. Anak2 kat rumah ni dah tak sabar2 nak beraya. Tadi, dlm keta on the way balik rumah dr rumah mak Hafiy tanya I.
" Mummy.. lagi 7 days kan kita nak puasa? Tapi kawan Hafiy kata 6 days je lagi."
Siap tunjuk 10 jari kat I how to count, tutup 3 jari tinggal 7. I pun explain pjg lebar kat dia ...
"Dik, kawan adik betul, tapi adik pun betul gak. Tak sure lagi puasa tahun ni 29 ke, 30 hari... etc..."
"Oooo... so, kalau kita puasa 29 days je, raya pun 29 days jugak ke? Budak2 x boleh raya lama ke?"
Hahaha... budak ni, ada je yg dia nak query... macam x puas hati plak dia kalau I kata boleh raya 29 hari je.
Ok la, meh nak bagi idea minuman nak jamu tetamu dikala lebaran ;) Hari tu dok belek2 buku resepi tulisan tangan I la nak short list kuih raya yg nak dibuat la konon. Sekali selak punya selak terjumpa sehelai kertas I jot down resepi dr Majalah Rasa Oct 06 terselit kat 1 of the pages. Belek resepi tu, terbekenan pulak resepi air yg ni sbb ternampak antara bhn yg digunakan tu Sprite. Sesuai pulak ngan tema nak sambut lebaran kan. Terus rasa nak cuba sbb nak clear kan Sprite yg rasa2nya dh dekat 1 bln lebih dok dlm fridge. Tak beli pon, tp masa makan Domino's b4 puasa hari tu, set tu skali ngan Sprite ni. Hubby & I mmg x suka air2 bergas ni.. tu yg x laku. Luak pon sbb 2 anak bujang tu je yg minum. Eh, enuff me membebel la.. so here goes the recipe kalau nak cuba...
KASTURI LEBARAN
(Sumber: Rasa Oct 06)
2 sudu makan jus limau kasturi
10gm gula
150ml jus Sprite
Sedikit ais kiub
Campur kesemua bhn di atas. Sedia untuk diminum.
Jemput minum!
Friday, August 6, 2010
Teh O Limau Berhalia
Dari hari tu dok aim nak buat air ni masa nampak kat blog Wana. Nampak interesting coz I never thot of putting jus limau kasturi dlm teh o halia. It's just well blend, the taste of halia, teh & limau kasturi. Pendek kata memang best lah, kena dgn tekak hubby, hafiy & me. Sampaikan 2 hari berturut2 dok layan air ni sambil tengok citer korea ^_^. Semalam ni pon sebenarnya requested by hafiy. I preferred version yg suam2 but versi letak ais pon sedap juga! Thank you Wana for sharing such a lovely recipe ^_^. It's so refreshing!
Resepi Jus Halia Limau Kasturi
Sumber: Wana @ Potret Kasih
2 inci halia ( dibuang kulit kemudian di hiris2 )
1 sudu besar jus limau kasturi
1 gelas air panas
1 gelas air sejuk
3 sudu makan gula ( ikut kemanisan yang di ingini )
ais secukupnya.
1. Satukan halia, jus limau kasturi dan gula dalam jug kecil.
2. Tuangkan air panas kedalamnya. Kacau hingga gula larut.
3. Masukan 1 gelas lagi air sejuk. Kacau dan sejukkan seketika.
4. Untuk menghidang, Masukkan hirisan halia tadi dalam gelas bersama ais kemudian tuangkan jus halia tadi.
5. Bolehlah di minum.
Monday, August 2, 2010
Teh Halia
Sekarang ni kalau nak minum teh, dah ketagih la balik nak minum teh halia. Sampai si kecik hafiy pon dah ikut suka ;) Ni gara2 puasa last week 2 hari berturut2 tu dok buat teh halia for berbuka. Cara I senang je, rebus serbuk teh dgn halia muda yg diketuk sket. Lepas tu buat la teh macam biasa. Tapi utk rasanya yg lebih ummpphh... I suka minum waktu dia suam2, aroma halia tu wangi je.
Teringat dulu kecik2 masa sekolah rendah dok ngan nenek kat kg di Masjid Tanah, Melaka. Petang2 bila dengar macam bunyi basikal bai roti benggali lalu cepat-cepat turun dgn makcik & adik sambil bawa koleh nak beli air teh o halia & roti bai ni yang best sangat. Teh o halia dia mmg powerr! Panas lak tu. Memang sedap sangat makan dg roti dia tu, ada yg tabur gula, ada yg letak bijan atasnya. Entah la ye, walau pun sekrg ada Lavender, BreadTalk, Bread Story etc... tak setanding la roti bai tu... nak beli, bai tu pun dah xde lagi.
Teringat dulu kecik2 masa sekolah rendah dok ngan nenek kat kg di Masjid Tanah, Melaka. Petang2 bila dengar macam bunyi basikal bai roti benggali lalu cepat-cepat turun dgn makcik & adik sambil bawa koleh nak beli air teh o halia & roti bai ni yang best sangat. Teh o halia dia mmg powerr! Panas lak tu. Memang sedap sangat makan dg roti dia tu, ada yg tabur gula, ada yg letak bijan atasnya. Entah la ye, walau pun sekrg ada Lavender, BreadTalk, Bread Story etc... tak setanding la roti bai tu... nak beli, bai tu pun dah xde lagi.
Tuesday, July 20, 2010
Kopi Cham
Air ni digandingkan dengan telur goyang kat bawah tu mmg best lah... Wahhh! rasa macam duduk kat kopitiam ;) Resepi ni ilham rasa dr sessi menge-teh & mengopi kat kopitiam ler ^_^. Utk those yg addicted to both coffee & tea like me. Resepi ni agak2 je ikut sedap tekak masing2. Cara I seperti di bawah:
KOPI CHAM - menghasilkan lebih kurang 3 cawan seperti saiz di atas
2 uncang kopi - I suka guna cap Tupai Sin Sing, sometimes Aik Cheong / 434
2 sudu besar serbuk teh
3 cawan air panas
>< 4 sudu besar susu pekat manis
Campur kesemua bahan2 di atas ke dalam periuk. Masak atas api hingga mendidih. Tapiskan air ke dalam teko & campurkan susu pekat manis. Sesuaikan rasa & hidang.
p/s Masa minum hubby bagi teka teki kat anak2 pasal nama air ni. Cuba teka, patutnya nama air ni apa? Dia campuran kopi dgn teh tau! Puas la budak berdua tu meneka... tapi x tersebut pulak diorang nama yg satu tu; k*t*h ^_^ Err... mmg bahaya kalau kopitiam pakai nama tu kan... Mamak,nak k***h satu! masya allah..mau merah padam muka time order tu ...
Friday, July 9, 2010
Jus Tembikai Soda
Ni pulak jus penghilang dahaga utk berbuka hari tu. Actually teringat kat Orange-Lychee punch tapi orange juice pon xde nak buat cemana. Yang ada buah tembikai jer. Saja cuba letak aiskrim soda nak bagi ada punch! Nasib baik sedap. Cara I, 1 bhgn aiskrim soda + 3 bhgn jus tembikai.
Thursday, July 1, 2010
Orange-Lychee Punch
Sebenarnya nak post entry ni semalam, tapi bz yang tah apa2 tah... jadi x sempat. Takde plan nak buat air ni pon tengah2 minggu macam ni memandangkan malasnya nak singgah kedai mencari bahan2nya tu. Tau2 je la org pompuan kalau pi kedai, konon nak singgah kejap, tup2 habis gak la 1-2 jam. Al-kisahnya kita dok dapur tgh prepare sauces for lasagna bila cik abe masuk dapur tanya pasal masak macam2 ni (oven I tgh bakar bingka jagung masa tu). Then I said, ooo ... ni my kitchen therapy session... i really need 1 right now. Tu yang lepas maghrib terus masuk dapur. Bila I nampak dia pegang botol orange juice dr fridge, baru perasan ada semua bhn2 punch yg hana tayang tu. Terus I ambik botol tu dr dia and cakap .. nak rasa air special tak? tunggu jap. Disebabkan tak salin pon resepinya hari tu, i main godak je la secukup rasa tekak I. Maka terhasil la air yg sungguh refreshing ni... mmg betul-betul punch lah! Thank you pada hana & ika yang memberi ilham utk minuman yg mmg ada ummpphhh ni ^_^.
ORANGE-LYCHEE PUNCH
Sumber: ika @ http://kurniaanmu.blogspot.com
200 ml 100% orange Juice
100 ml air soda
100 ml syrup lychee
Gula jika perlu>> kita tak masukkan
Beberapa ketul ais
Hirisan Oren
Laici yg yg dah di siat-siat
Daun pudina untuk hiasan
Isi kiub ais dalam gelas.
Shake campuran air soda, fresh oren dan juga syrup laici.
Tuang ke dalam gelas tadi. Hiaskan dengan hirisan oren@laici dan daun pudina.
Friday, June 4, 2010
Dessert for Lunch: Choc Mousse Brownies
Dah makan nasi, makan pisang, jangan tak tau, ada hati lagi nak makan kek... isy, isy, isy ... x hengat.
Tapi nak buat cemana kan, dah ada depan mata... makan je la, jgn byk tanya. sementara boleh makan, kita makan, oke. sedap lak tu, bhgn atas tu ala2 makan aiskrim gitu... mmm... chedapp...
Choc Mousse Brownies
Sumber: Yani MyR
Bahan-bahan ( 18cm )
Tapi nak buat cemana kan, dah ada depan mata... makan je la, jgn byk tanya. sementara boleh makan, kita makan, oke. sedap lak tu, bhgn atas tu ala2 makan aiskrim gitu... mmm... chedapp...
Choc Mousse Brownies
Sumber: Yani MyR
Bahan-bahan ( 18cm )
- Brownies
- 45g butter
- 65g gula halus
- 1 biji telur
- 50g tepung gandum
- 1/2 sudu kecil baking powder
- 1 sudu besar serbuk koko
- Chocolate Mousse
- 140g coklat masakan
- 1 sudu besar gelatin
- 100ml air
- 2 biji telur putih
- 200g whipping cream
- 40g gula halus
Cara-cara
- Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
- Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
- Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
- Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
- Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
- Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
- Cairkan coklat masakan de ngan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
- Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
- Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
- Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
- Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
- Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermu kaan mousse.
Dah kenyang sangat ni... tak habis ler pulak... Ada yg nak ke? mai ler dtg ghumah... ada sepotong lagi nih. Dan rasa bersalah mengumpul lemak pulak dtg.. apa lagi, layan ler segelas air lemon madu ni... kenkonon nak kikis lemak yg degil tu ;)
Friday, May 14, 2010
Jemput Minum ...
Asyik entry makanan jer kan, pekata kita minum dulu!
Dapat idea masa gi bandung 2 bulan lepas, kat Pizza Hut dorang. Menu2 pizza hut dorang mmg meriah & menggoda. Air dia pon macam2 jenis, siap boleh tapau lagi. Tapi, don't ever ask for Air Bandung, mmg xde okeh ;) Kalau kat tempat kita ni, i rather eat Dominos... tengok pizza hut je, dah boleh putus selera beb. Ok lah... jom kita tengok minuman yg I dah buat ni, sedap tau layan hari panas2 gini.
Jus Tembikai Laici
Tembikai - dipotong
Air Laici dlm tin
Buah Laici
Air sejuk secukupnya
Blend bersama tembikai & air laici. Tambah air sejuk secukupnya. Semasa menghidang minuman masukkan buah laici.
** Air laici tu sukatannya agak2 ye, jgn hingga menghilangkan rasa tembikai pulak.
---------------------------------------------------------------------------
Minuman kesihatan ni pulak, i ternampak kat Jusco masa shopping beli buah2an & batang celery. Sukatannya pon agak2 aje lah ye sbb akak malu ler nak copy paste, maless nak layan org pandang2 kita. Saja buat utk buang toxin sekali sekala kan. Lagi pun btg celery yg beli tu ada banyak lagi.
Memula si bulu mata lentik tu excited je nengok mummy dia buat jus ni coz dia ingat jus karot susu, sekali dia rasa ada rasa celery daaa... terus tolak tepi. Then bila i bagi mr hubby minum, budak yg mulut bechok macam murai ni, angkat2 kening ngan i ... konon nak pekena dad dia la..
Jus ECC
1 biji Epal
1 1/2 batang celery
3 batang carrot
Air secukupnya
Blend semua & boleh lah diminum. Kalau nak manis, boleh tambah sket susu pekat manis.
Dapat idea masa gi bandung 2 bulan lepas, kat Pizza Hut dorang. Menu2 pizza hut dorang mmg meriah & menggoda. Air dia pon macam2 jenis, siap boleh tapau lagi. Tapi, don't ever ask for Air Bandung, mmg xde okeh ;) Kalau kat tempat kita ni, i rather eat Dominos... tengok pizza hut je, dah boleh putus selera beb. Ok lah... jom kita tengok minuman yg I dah buat ni, sedap tau layan hari panas2 gini.
Jus Tembikai Laici
Tembikai - dipotong
Air Laici dlm tin
Buah Laici
Air sejuk secukupnya
Blend bersama tembikai & air laici. Tambah air sejuk secukupnya. Semasa menghidang minuman masukkan buah laici.
** Air laici tu sukatannya agak2 ye, jgn hingga menghilangkan rasa tembikai pulak.
---------------------------------------------------------------------------
Minuman kesihatan ni pulak, i ternampak kat Jusco masa shopping beli buah2an & batang celery. Sukatannya pon agak2 aje lah ye sbb akak malu ler nak copy paste, maless nak layan org pandang2 kita. Saja buat utk buang toxin sekali sekala kan. Lagi pun btg celery yg beli tu ada banyak lagi.
Memula si bulu mata lentik tu excited je nengok mummy dia buat jus ni coz dia ingat jus karot susu, sekali dia rasa ada rasa celery daaa... terus tolak tepi. Then bila i bagi mr hubby minum, budak yg mulut bechok macam murai ni, angkat2 kening ngan i ... konon nak pekena dad dia la..
Jus ECC
1 biji Epal
1 1/2 batang celery
3 batang carrot
Air secukupnya
Blend semua & boleh lah diminum. Kalau nak manis, boleh tambah sket susu pekat manis.
Sunday, August 2, 2009
Teh 3 Layer / Three Layered Tea
Here comes my 3 layered tea. Dah lama tingin nak buat sendiri, asyik dok minum kat kedai jer. Siap pi tanya adik yg buat air kat food court Maju Junction tu, gula apa dia guna. Adik tu jawab "Mahal kak gula ni, import dr Sarawak. 1 liter RM40. Baik akak minum je kat sini."
As usual, naluri nak cuba buat sendiri tu membuak-buak. Lucky me bila my office mate Hasnor bagi nise ( I assumed it's a Kelantanese word for nisan) and dia ada bagi tau dia guna gula ni in making this drink. Excited la i mendengarnya kannn ... Memang sedap, tambahan ... nise yg dia bagi tu sedap sgt and ori.
TEH 3 LAYER
Resepi: ain sweetthots
Air teh yang pekat
Sirap gula melaka/nise
Susu cair
Ketulan ais
Mula-mula tuang sirap gula melaka 1/6 bhgn tinggi gelas. Masukkan ketulan ais dan tuang susu cair dlm 3/6 bhgn gelas tersebut. Akhir sekali tuang teh pekat. Siap. Kacau dulu sebelum minum.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat
Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...
-
Alhamdulillah, silaturrahim yg terputus sejak sekian lama dengan sahabat-sahabat puspawangiku dibawah tu dapat dieratkan semula melalui gr...
-
Breakfast or dinner .. haa lupa sudah ... hehe on one of the days. Anak I kan tekak international and Japanese food mmg his favourite la...
-
Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...




