Sunday, August 2, 2009

Teh 3 Layer / Three Layered Tea


Here comes my 3 layered tea. Dah lama tingin nak buat sendiri, asyik dok minum kat kedai jer. Siap pi tanya adik yg buat air kat food court Maju Junction tu, gula apa dia guna. Adik tu jawab "Mahal kak gula ni, import dr Sarawak. 1 liter RM40. Baik akak minum je kat sini."

As usual, naluri nak cuba buat sendiri tu membuak-buak. Lucky me bila my office mate Hasnor bagi nise ( I assumed it's a Kelantanese word for nisan) and dia ada bagi tau dia guna gula ni in making this drink. Excited la i mendengarnya kannn ... Memang sedap, tambahan ... nise yg dia bagi tu sedap sgt and ori.

TEH 3 LAYER
Resepi: ain sweetthots

Air teh yang pekat
Sirap gula melaka/nise
Susu cair
Ketulan ais

Mula-mula tuang sirap gula melaka 1/6 bhgn tinggi gelas. Masukkan ketulan ais dan tuang susu cair dlm 3/6 bhgn gelas tersebut. Akhir sekali tuang teh pekat. Siap. Kacau dulu sebelum minum.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...