Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

Roti Lapis Daging Berkeju

Entry ni dah potong queue yg lain nampaknya ... ;) I posted the pic on Instag, pastu member-member kat ofis terus tanya resepi, bila nak update. Ni pun dish yg dah lama popular, dah lama berangan-angan nak buat tapi baru bulan puasa kita sempat buat. The main reason pon sebab ada sebantal panjang roti Gardenia yg dah nak expired tak berusik-usik dan susu kotak yg dah buka kalau dibiarkan lagi 2-3 hari mmg akan basi.
Truly satisfied lah with the outcome. Haziq loves it so much, siap suruh simpan utk dia makan sahur pagi tadi. My only regret ialah x ikut kata hati psl daun sup tu, konon takut overpower. I should have put more, bila makan tergigit daun sup tu ...macam ada letupan kecil dlm mulut .. oopss, macam Chef Jo kita ye ;) Lagi satu, kurang puas hati bhgn atas tu x lawa, I prefer dia brownish sket .. lagi best dan menyelerakan. Semalam balik lambat sebab jalan jam. Sbb kesuntukan masa, I cuma bakar dlm 20 min je, tu pun set temperature 200C. Alhamdulillah sempat masak dgn elok. 

Agar-agar Milo

Rupa nampak tak berapa menarik kan, tapi percaya lah ... agar-agar ni sedap tau (of course buat penggemar milo la kan). Sekali hadap je habis satu talam. I ni mesti nak ada agar-agar, puding or jelly jello di bulan puasa ni. Dah hampir putus idea agar2 or puding apa lagi nak buat. Apa lagi, google la ... 'ter'berkenan nak buat agar-agar milo sempoi macam Cida de'Nuanza ni. I altered sikit sukatan bahan2nya .. susu pekat manis dan sukatan serbuk agar-agar tu dikurangkan, sbb nak guna sepeket je. 
AGAR-AGAR MILO
10 gram agar-agar serbuk 1 liter air 2 senduk milo - nak lebih sikit pon boleh ;) susu pekatmanis secukupnya
Campurkan agar-agar dan air. Masak hingga agar2 larut dan mendidih Masukkan 2 senduk milo dan susu pekat manis secukupnya Kacau hingga semua larut. Tutup api dan tapis masuk dlm acuan.  Sejukkan sebelum dihidang.
** Boleh tabur sedikit serbuk milo kat atasnya jika suka.
Bagi yang tertanya-tanya serbuk agar-agar macamana yg I biasa guna 

Mee Siam Kuah

Resepi ni dah lama cari and dah lama nampak kat blog Kak Ayu, punya la happy masa tu. Tapi dok peram je sampai la bulan puasa ni baru tergerak nak buat. Biasa la kan, time puasa ni macam-macam teragak nak makan. Nak beli, belum tentu kena selera. Kadang-kadang basi pon ada, sbb sstgh peniaga ni yg xhabis semlm pon dia bantai jual je x check benda tu elok lagi ke x. Baru-baru ni kami terkena, adik beli murtabak. I tanya dia awat lebam je kaler murtabak dia. Cemana la dia boleh berkenan nak beli kat org tu. Dia pon bagitau, masa dia nak beli mmg tgk yg depan mata menarik, baru masak. Tapi bila dia order, dia noticed org tu bungkus bukan yg depan dia tapi ambil dr belakang. Memang xjujur betul la, fikir nak untung je.
MEE SIAM KUAH Resepi:resipidiana.blogspot.com / Ayu@curlybabesatisfaction
1 bungkus mi siam cap lada merah - boleh je guna apa-apa cap pon, i biasa pakai cap bintang sbb senang lembut
1/2 kilo tauge, dibersihkan
6 - 8 batang daun kucai, dipotong sepanjang 1 inci
750 ml air
1/2 ca…

Biskut Suji

Biskut Suji a.k.a Biskut Arab ni satu kemestian kami buat tiap kali menjelang raya sebab membuatnya mudah, bahan-bahannya pon x banyak. Tambahan lagi budak-budak memang suka rasanya yg lemak manis bersusu tu. Baru kali ni teringat nak snap gambar and share resepinya kat sini.
BISKUT SUJI Resepi: Ain@my-sweetthots.blogspot.com
1kg tepung gandum -ayak 450g gula kastor 1 tin sedang minyak sapi

Gaul sebati tepung dengan gula. Masukkan 3/4 tin minyak sapi ke dalamnya dan gaul lagi. Baki 1/4 tin minyak sapi dipanaskan atas dapur sehingga cair. Tuangkan sedikit-sedikit minyak sapi cair ni sambil doh digaul sebati, tak perlu dituang habis, cukup sekadar sehingga doh boleh diuli/digentel. Ambil sedikit doh dan gentelkan bulat seperti guli. Buat sehingga selesai. Bakar pada suhu 180C sehingga masak (tapak kuih berwarna perang)
** Untuk mendapat biskut yang colourful seperti di atas, doh boleh diwarnakan dahulu sebelum digentel.

Red Velvet Marble Cheese Brownies

Biasanya jarang I terliur sampai nak buat kek time bulan puasa tapi last week bila my office mate dok cerita dia teringin nak makan cheesecake, tetiba i pun jadi teringin. Terus teringat nak try buat brownies ni, yang pernah  famous dikalangan blogger masak-masak selepas dikongsi oleh Maz dr Ilhamdapur 2-3 tahun lepas. So masa cuti last Friday I pon godek la sebiji brownies to fulfill my craving for cheesecake.
RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES Resepi: ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci) 
125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
1/2 sudu kecil garam
60g mentega - suhu bilik
110g gula halus
1 biji telur saiz A - suhu bilik
1/2 sudu kecil essen vanilla
120ml susu segar - suhu bilik
1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking powder

Lapisan Cheese 200g cream cheese…

Puding Laici

Dah 2 kali buat baru sempat nak post kat sini dan yang terbarunya untuk iftar semalam lah.Yang kelakarnya semalam masa nak letak kan pinggan yg berisi puding ni time berbuka tu, sos cili cucur udang tertumpah pulak kat dalam pinggan tu. Masing-masing gelakkan la, puding bersos cili katanya. I pun cepat-cepat angkat pinggan ke sinki, cuci puding yg terkena sos tu. Alhamdulillah, nasib baik dia x meresap dlm puding.
Asalnya beli laici ni nak buat benda lain, x ingat apa dah. Pastu tergerak la pulak nak buatkan puding dgn laici ni. Resepi I dapat dari Secubit Garam, thanks akak. Memang best puding ni, nyaman sungguh masuk tekak ... manis sedang elok je, tekstur pudingnya pon just nice, tak lembik dan tak keras.
PUDING LAICI  resipi asal : K.Liza diolah : K.Nor@SecubitGaram 

Bahan:
1 paket agar2 serbuk (10gm)
5 cawan air (cawan metrik)
8 sudu besar gula ~ lebih kurang 3/4 cawan metrik
1 tin susu cair
1 tin laici ~ dimesin/blend dgn 1 cawan air laici dlm tin (tinggalkan 2-3 bj laici dan siat2kan)
1…

Puding Karamel Idaman

Puding Karamel memang favorite hubby sejak dari dulu, sebab tu I belajar buat sampai pandai, sampai it's perfect to our tastebud & yg I buat is the best he ever tasted .. I guess I dah mencapai my target (or else he wont be requesting it often, ye tak) ... hehe. Dulu-dulu I memang x suka puding ni sebab yg I pernah cuba masa kecil pudingnya jenis yg spongy sbb byk telur, dan sebab tu gak biasanya ada bau telur yg I x senangi. Disebabkan dia suka, I berjinak-jinak la menyukainya dan cuba cari resepi yg boleh diterima tekak I juga. Skrg dah jadi my fav and favourite the kids juga. Ok, enuff said ... macam terlebih membebel lak rasa ;) 
All this while, I've been sticking to the recipe shared by Mamafami >> here. Well ... dulu kala sebelum jumpa blog Mamafami, I ikut resepi dr buku SRT sekolah je yg memang best juga ;)
Dalam bulan puasa, xlengkap la kalau xbuat this pudding. Kebetulan bila nak buat hari tu ternampak resepi ni yg Kak Nor dah olah ikut citarasa dia sefami…

Apam Labu

Ada baki labu dari buat onde-onde hari tu. I google la segala resepi kuih muih yg boleh dibuat dengan labu. Actually buat Cekodok labu pun best, favorite tuh .. tapi dah selalu sangat buat. Tergoda lak nak cuba Apam Labu sebab dulu pernah buat Apam Keledek guna keledek oren, memang sedap sangat, lembut gebus .. color pun cantik je, mmg tergoda la orang nak makan. 
Memang best apam labu ni walaupun I sebenarnya dah tersalah sukat part airnya. Kesnya, I double kan resepi sebab nak hulur kat makcik bagi dia rasa. Confident je x tulis balik sukatannya, main congak2 je. Sekali dah tertuang lebih air baru perasan, nasib baik xmasuk santan lagi . Fuhh ... nasib baik dpt diselamatkan lagi .. cuma santan i bubuh dah terkurang2 sangat la dr resepi tu .. dlm 1/8 je kot. (Hafiy sebelum tu dah ckp, banyaknya mummy buh air ... I kata mmg resepi mcm tu). Jadi apam labu yang buat ni adalah versi yang lebih healthy lah ye. Walau pun silap, rasanya masih sedap dan apam tu naik gebu dan lembut. Makcik …

Sheperd's Pie

Pai si pengembala kambing ni menu iftar 5 Ramadhan. Puas hati tengok anakandaku makan dengan berseleranya. Kalau dibiarkan memang habis kat diorang je 2 beradik ni, x merasa lah orang lain. Suka menu yang ringkas macam ni, kerja senang, perut kenyang.
The original Sheperd's Pie harus la letak daging kambing, tapi yang ni I guna minced meat Ramly burger je. Tak kuasa nak gi kedai cari daging & kisar ;) Lagi pun last minute plan, so I buat ikut cara I je, made do dengan apa yg ada. Just tengok resepi yang dapat dr blog Kak Ummi as reference. Oh, by the way, separuh I letak mozarella kat atasnya before bakar .. memang bertambah sedap lah.  


SHEPERD'S PIE

Resepi: Chef Hanieliza@Buku 1 Hari 1 Resepi
Sumber: Ummi@Home Sweet Home

Bahan A (Untuk Inti)

500g daging kisar
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 cawan kacang panggang
8 biji cendawan butang (dibelah 4)
5 biji tomato masak (dipotong dadu)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
1 pokok daun parsli (dicin…

Dadih

Dessert for iftar 12 Ramadhan. Tak sah kalau x dibuat di bulan puasa ... memang sedap dpt makan benda yg sejuk je lalu kat tekak kan. Yang ni Dadih Vanilla. Ada some yang I tambah isi jagung tin-"creamy style corn".

Yang ni pulak Hafiy request,  Dadih Milo. My personal preference is always the Vanilla/Plain one. Untuk variasi lain, selain dr tambah flavoured essence ... boleh juga if u all nak letak fruit cocktails dlmnya or just letak cocktails tu bila nak makan macam yg i buat before this >> here.
DADIH
(Sumber: Lynn Sham)

4300 ml air
15g agar-agar
350g susu tepung
300g gula
Esen vanila secukupnya
Secubit garam

Rebus agar-agar dgn 3300ml air. Bila dah larut, masukkan gula & masak lagi hingga larut. Dalam bekas lain, campurkan susu tepung dgn air panas (1000ml). Larutkan. Masukkan dlm campuran agar-agar tadi. Masukkan juga esen vanila & secubit garam. Masak hingga mendidih. Tutup api & tuangkan ke dalam bekas. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Here…

Kari Ayam Madura

Ni menu sebelum puasa lagi, xdan-dan nak post. Kita dah jatuh cinta dengan gulai ni, which I thot rasa macam gulai masakan Padang (Another recipe yg I memang dah aim nak masak masa terjah blog Ayu@curlybabesatisfaction sbb I syak rasanya macam gulai Padang) Dah lama mencari gulai macam ni. My 2 boys pon suka dan puji lah lauk mummy hari tu ... hehe.Memang satisfied tengok anak-anak lunch dengan happy nya ;) Hubby je yg tak memihak kita hari tu ... dia kata, buat apa susah2 ... ayam goreng jer cukup ... aishh ... sabar je la  
Walaupun namanya ada kari, lauk ni xrasa kari langsung, tapi rasa macam gulai lemak ada rempah sikit. Kalau tengok blog Ayu, dia tambah serbuk kari. Tapi I x follow sbb nak tau rasa resepi asalnya. Sedap secukup rasa seperti yang I bayangkan. Berbaloi-baloi mencuba, bahan-bahannya pun mudah je nak dapat. Thanks Kak Ayu for introducing.
KARI AYAM MADURA Resipi:-My Favourite Recipes
Sumber: Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan
1 ekor ayam
1 cawan santan-(I ikut ayu, gu…

Onde-Onde Labu

Menu iftar 2 Ramadhan 1434H. Tak ingat dapat idea dari blog siapa, bila tengok time bulan puasa ni mula la teringin la nak tau rasanya ...  resepinya I ambil dr blog Maz Ilhamdapur. 
Onde-onde labu ni rasanya lebih lembut dan kurang kenyal dari onde-onde biasa. Memang sedap and lembut je but surprisingly tak rasa labu pon.  Labu tu memberi warna yg cantik kat onde-onde ni, suka tengok colour dia. Hari tu bagi kat my auntie, dia ingat I buh kaler oren kat tepung tu. Terkejut dia bila I kata, I buh labu. Nampak ada blogger yg buat onde-onde keledek juga , may be boleh cuba next time pulak. 
ONDE-ONDE LABU  Sumber: ilhamdapur.blogspot.com
300g labu kuning Tepung pulut secukupnya Nisen/gula melaka secukupnya - dipotong kecil Kelapa parut secukupnya - gaul dengan garam secukup rasa 3 helai daun pandan - dicarik dan simpulkan
1. Kupas kulit labu dan rebus dengan sedikit garam sehingga lembut, kemudian keluarkan air rebusan dan lecek lumat. Sejukkan dulu. 2. Bila labu dah sejuk, dalam periuk…

Cream Puffs

Cream puffs ni second round I buat dalam waktu terdekat before puasa. Memenuhi permintaan Cik Wa yang x puas makan masa round 1 hari tu. Resepinya, memang I setia dengan resepi Umi Imah ni sejak dr RNet lagi .. Cuma Custard Filling tu I improvised sikit dengan menambahkan whipping cream, dapat idea selepas jengah Cream Puffs Kak Ita ;)


CREAM PUFFS (Sumber : Umi Imah)
Pastry 250ml air 125g butter 150g tepung – diayak ¼ st garam 1 st gula 4 biji telur
Didihkan air dan butter hingga cair. Kemudian masukkan tepung yang diayak. Gaul sebati hingga adunan tidak melekat di periuk. Angkat dan sejukkan. Bila sejuk pukul sedikit and masukkan telur sebijik sebijik. Bakar 25 minit dgn suhu 200˚C atau sehingga kekuningan. 

Custard Filling
500ml susu segar  100g gula  80g tepung custard 
Hangatkan susu dan gula atas api sederhana. Masukkan tepung kastard and kacau sehingga pekat.


** Untuk dapatkan inti krim kastad yg lebih creamy, Ain tambah 1 cawan whipping cream yg dah dipukul hingga kental ke dalam adunan kast…